Tuesday, April 20, 2004

Catitan Seorang Pengembara (Mawi Version)

CATATAN SEORANG PENGEMBARA
31 Dis 2002
Tinggal beberapa jam sahaja lagi aku akan meniggalkan tahun 2002, begitu juga dengan manusia di seluruh muka bumi. Jam dah menunjukkan 9.00 malam. Aku tengah “berperang” melayan COMMANDO 2, Mat Zul sebelah aku entah dengan “game” apa pula engkau orang tanyalah dia.
"Assalamualaikum.......," kedengaran suara dari luar rumah aku.
Rumah yang sudah dua bulan aku tidak bayar sewa.
"Mawie... ada Mawie...," belum pun sempat aku menjawab salam suara tuh berbunyi lagi.
"Waalaikummussalam.....," maklumlah jawab salam hukumnya wajib.
Sambil itu, aku berjalan ke arah muka pintu. Segera aku membuka pintu dan terus menghulur tangan.
"Ha... akulah Mawie," aku menambah sambil berjabat tangan."Epip nih... dah siap ker belum.
"'Oh nih..laa mamat yang tepon aku kat opis siang tadi,' dengus hati aku.
"Belum lagi laaa.. nak gi sekarang ker...," dengan sedikit rasa bersalah aku menjawab. Lagipun aku tengah pakai seluar pendek jer... Tapi betul juga terkaan aku, dia janji lepas Maghrib nak datang. Kalau lepas Asar waktu Maghrib, lepas Maghrib... Isyaklaa jawabnya. Sedangkan apa yang kita sentiasa fikir... kalau orang berjanji nak datang lepas Maghrib... mesti antara pukul 7.30 malam hingga 8.30 malam. Tapi... ramai yang tak sedar lepas Maghrib ialah Isyak.
"Ha... ah budak-budak aku janji nak kumpul 9 setengah nih..." Epip meneruskan perbualan pada pertemuan yang pertama nih.
"Okeylah... aku bersiap jap...," aku menoleh dan melangkah masuk ke dalam rumah.
"Bawak daypack jer...," sempat lagi mamat nih melaung.Masuk ke dalam bilik, terus aku pakai baju, sarung seluar ‘jeans’, capai ‘tide’ dan ‘daypack’ terus turun ke tingkat bawah.
"Sori la... Mat Zul kau tinggal sorang malam nih...," aku menyapa Mat Zul sambil menyarung 'sweater' dan mencapai dompet. Lepas tu gulung 'sleeping bag' dan terus aku sumbat dalam 'day pack' aku
"Takperla...," Mat Zul membalas. Nada kecewa seolah-olah terpancul dari mulutnya. Mana tidaknya, tadi aku janji nak ‘berperang’ bersama-sama. Tapi aku pula tiba-tiba sahaja keluar. Tapi budak-budak rumah ni pun sama juga. Pergi sambut tahun baru, sampai ‘member’ satu rumahpun dilupa. Aku terus melagkah keluar rumah.
"Botol air ader bawak tak," Epip bersuara sebaik sahaja aku malangkah keluar dengan kasut 'sport' Kecut.
"Alamak... kejap aku amik," aku melangkah masuk ke rumah semula. Berbekalkan botol air kosong aku keluar semula terus melompat ke atas motor Epip.
"Tak isi air ker..." melihat jer botol air Epip bersuara lagi."Air kosong dah habis la... aku minum lepas main bola petang tadi."
"Takpe kita isi kat kedai makan nanti. Lagipun aku belum makan lagi." Epip menyambung lagi. Bagus juga, aku pun belum makan lagi. Atas motor aku dan Epip berbual macam biasa. Nasib baik dia jumpa rumah aku. Siang tadi dia gelakkan aku sesuka hati dia sahaja. Aku memang dah tahu bukit batu kapur di belakang Taman Melawati tuh. Tiap-tiap hari aku tengok. Aku sendiri pernah cakap pada Mat Zul aku nak naik ke puncak tu. Tapi mana aku tak tahu bukit itu orang panggil Bukit Tabur. Tapi kalau dia tak jumpa rumah aku tadi... memang aku nak gelak kat dia sepuas hati aku.Selasai memesan makanan di kedai makan depan Pejabat Pos Taman Melawati aku berbual kosong dengan Epip.
Hinggalah ke satu topik yang biasanya menjadi tajuk utama pada pertemuan pertama macam ni.
"Kau dulu student UTM kan... Aku ada sorang member... UTM jugak dulu," Epip meneruskan perbualan."Siapa nama dia?"
"Tisha."
"La... tunang dier tuh budak rumah akulah, ade kat rumah 'berperang' sorang-sorang. Kesian gak nengok dia kene tinggal sesorang. Yang kau nampak depan rumah aku tadi kereta Tisha la..." aku menyambung panjang.
"Mat Zul nama dier..." aku menambah.
"Ye.. ker!!! Bila dia bertunang?" Macam terkejut jer si Epip nih.
"Ntah! Aku sendiri pun tak tau. Dengar-dengar jer dah bertunang." Betul juga tuh. Aku ingat aku sorang jer yang tak tahu si Mat Zul nih dah bertunang. Rupa-rupanya ramai lagi yang tak tahu. Masa 'open house' di rumah tunang Jack pun ramai yang mengaku tak tahu bila masa si Mat Zul nih bertunang.
"Tadi Mat Zul ada cakap kat aku, member Tisha nih geng naik gunung nak pegi ke Kelantan. Jadi... dier nak kenalkan aku pada member-member Tisha la... Aku rasa kau lah orangnyer...." sambung aku sambil meneka."Memang kitorang ada plan nak pegi ke sana. Tapi tak tau bila," tambah si Epip.Memang betullah terkaan aku. Alahai... Mat Zul, kau nih lambatla... aku dah kenal dengan member Tisha lebih dulu daripada kau. Dan juga jauh lebih rapat daripada kau. Mat Zul nih memang lembab la... sikit. Aku suruh dia 'frame'kan gambar puzzle tuh... sampai hari ni tak siap-siap lagi. Gambar tu langsung tak sampai kat kedai ‘frame’. Buat penat je aku susun. Tapi tidak mengapa bagi aku. Kerana menyusun puzzle tu... satu kepuasan bagi aku. Cuma aku harap Mat Zul padamkan niat dia nak kenalkan aku pada member-member Tisha ni. Sebab aku dah kenal!
"Aku nak tunggu member aku nih... Kita lepak lama sikit kat kedai nih takpe kan..." Epip bersuara. Nada kesal di atas kelewatan rakan-rakannya jelas terpancar.
"Takpe... aku ikut jer," balas aku.Aku meneruskan perbualan kosong aku dengan Epip. Hampir sejam masa berlalu, tiba-tiba telefon Epip berbunyi. Dari perbualanya aku dapati rakan-rakan Epip telah sampai depan Pejabat Pos Taman Melawati. Lalu Epip pun bergegas ke sana. Selang beberapa minit Epip muncul bersama sorang lelaki dan dan diikuti seorang perempuan.
'Ada jugak awek yang ikut naik puncak malam nih...' dengus hati aku. Lelaki tu mengenalkan dirinya sebagai Abang Em. Aku panggil Em sahaja. Kemudian muncul sebuah van bersama dua orang penumpang, kesemuanya lelaki. Mereka memperkenalkan diri sebagai Anala dan Trojan. Dari bibit perbualan mereka jelas memberi alasan kesesakan di bandaraya Kuala Lumpur menjadi sebab utama kelewatan. Em dengan awek tu datang dengan kereta, aku sendiri tak ingat di mana rumah Em dan di mana rumah awek tu. Tak silap aku kawasan PJ. Awek nih boleh dikatakan ada rupa dan ada gaya. Orang biasa cakap awek macam ni ‘kira cun jugak la...’ Dalam hati aku kata, Tisha mungkin kenal sangat dengan awek ni.Si Trojan lewat sebab menungu Anala si stesen LRT dari pukul 8 malam.
'Huh! Sekarang dah pukul 10.30 malam. Lewatnya LRT,' hati aku mendengus. Rupanya Anala yang mengambil LRT kat Kelana Jaya tak silap aku, terpaksa membiarkan 5 buah 'train' berlalu begitu sahaja. 'Train' tak berhenti, sebab terlampau penuh. Orang ramai turun nak KL. Nak sambut tahun baru la... katakan. Anala dan Trojan terpaksa ‘menapau’ makan malam mereka di kedai makan tu. Tak sempat makan malam rupanya mamat dua ekor nih. Kesian juga aku dengar cerita diorang nih. Kemudian terus bertolak ke kaki Bukit Tabur.
'Huh! Tak sangka aku!!' hati aku menjerit terkejut. Kaki Bukit Tabur ni rupanya di hadapan pintu masuk Empangan Klang Gate. Milik Puncak Niaga Sdn. Bhd. Yang membuatkan aku benar-benar tekejut ialah bilangan kereta ada dalam 15 buah, motor pula dalam 10 buah buah sedang 'parking' di situ.
"Yang parking kat sini nih semuanya dah naik ke puncak," Epip bersuara."Mak ai... ramainya!" Lantas aku menjawab dengan nada terkejut.
"Kat sini la... orang-orang KL biasanya nak buat aktiviti rekreasi," Epip menyambung.
"Siapa nak strecting... buatla... sendiri-sendiri," tambah Epip.Aku pun macam biasa. Melonggar kan urat saraf serta otot. Walaupun petang tadi dah main bola. Tapi kesejukan malam yang macam ni, macam-macam boleh jadi. Aku tak nak ambil risiko.Awek tu pun sama. Melentokkan badan dia, ke kiri dan ke kanan, dari tangan hinggalah ke kaki. Selesai 'strecting' dia mengenakan 'rain coat' celoreng. Uniform askar. Lengkap satu 'suit', dengan seluar celorang dan 'boot' hitam yang dia pakai. Nampak lasak. Tudung dan 'day pack' jer bukan askar. Tapi itulah macam orang dok cakap tadi 'kire cun jugak la...'Sedang aku dan rakan-rakan Epip melakukan 'strecting' muncul sebuah van. Penumpangnya dalam 10 orang, kesemuanya Chinese. Nak naik Bukit Tabur juga. Bertambahlah bilangan orang kat puncak malam nih. Kata hati aku. Nak sambut tahun baru kat puncak nampaknya.
"Bukit nih ada banayk puncak, kita akan cuba pergi ke puncak yang tertinggi." Kata Epip.
"Aku jangka 45 minit nanti sampailah. Kat situ mungkin tak ramai orang," sambungnya.Jam 11.02 aku memulakan perjalanan bersama kumpulan Chinese tu. Tapi mintak maaf la... Kumpulan Chinese tu memang jauh ketinggalan di belakang.Em depan sekali diikuti awek tu, dan aku dibelakangnya. Belakang aku ialah Anala, diikuti Trojan dan Epip ‘last’ sekali. Sedang berjalan tiba-tiba awek tu duduk. Keletihan terbayang di wajah awek ni. "Nak air," lantas aku menghulurkan air yang aku bawa pada dia. Kemudian pendakian diteruskan. ‘Trek’ agak licin. Mungkin dibasahi embun atau hujan pada petang hari. Tempat tinggi memang selalu hujan. Sesekali awek ni tergelincir. Akulah menghulurkan bantuan. Adakalanya perjalanan tersekat. Awek depan aku ni lambat sikit nak panjat batu di depannya. Terpaksalah aku membantu dia. Aku tolong angkat beg dia bagi mengurangkan beban dibahunya. Bila berjalan dibelakang perempuan, biasanya inilah tugas yang tak dapat dielakkankan. Ternyata beg yang dia bawa tu lebih berat dari beg aku.Tak berapa lama berjalan awek ni berhenti lagi. Penat dan letih. "Mawie nak air," aku membuka penutup botol dan meghulurkan botol air kepadanya. Kasihan melihat awek ni, aku menukar beg aku dengan beg dia. Kini beban di bahu aku telah bertambah sedikit."Ringanya beg nih..." awek tu bersuara sambil memulangkan botol air kepada aku. 'Memang la... beg aku tuh ringan.'"Dalam tu ada 'sleeping beg' dan roti 'compress' jer... memang ringan," balas aku pendek.Perjalanan diteruskan. Em di depan sibuh menyuluh jalan. Maklumlah waktu malam macam ni penglihatan agak terhad. Silap jalan boleh sesat. Sepanjang perjalanan Epip sesekali memberitahu aku. Tengok kanan, itulah tasik Empangan Klang Gate. Sebelah sana tu UIA tempat aku kerja. Dan mata sentiasa ke sebelah kiri melihat bandaraya Kuala Lumpur, menanti percikan bunga api.
"Aduh!" Tiba-tiba awek depan aku ni menjerit.
"Kenapa?" Aku menyoal.
"Tangan bercalar... aduh!!!" Ternyata batu yang dipegangnya agak tajam.
"Ala... takper... kurang seribu jer..." aku cuba membuat lawak.
"A... ha... ha... ha..." gelak manja pula awek nih. Bagus juga kalau macam tu. Kedua kaki dan tangan bercalar dah tolak empat ribu. Murah sikit perbelanjaan untuk pihak lelaki. Tapi ada ke orang buat macam tu? Dan... menjadi ke lawak aku tadi?"ING....!POM....!POM...!""Woi...! dah pukul 12!" Entah suara siapa aku tak pasti..
"Jauh lagi ker nak ke puncak paling tinggi?" Aku menyoal."Ada tiga puncak lagi nak ke sana," suara Epip dari belakang."Kita lepak kat puncak ni dulu la... tengok bunga api.""Okey..."Di hadapan jelas berdiri megah KLCC, disebelahnya KL Tower, menara Tabung Haji, May Bank dan menara-menara lain yang berdiri teguh. Sungguh teserlah gemerlapan cahaya di KLCC. Bola-bola cahaya meluncur deras ke udara. Tinggi dan tinggi akhirnya pecah membentuk kilauan warna. Umpama air pancuran yang terletak di taman, cahaya api berlumba-lumba untuk meluahkan dentuman bunyi yang yang mengasyikkan. Kuala Lumpur sungguh bercahaya di waktu malam. Tembakan-tembakan bunga api umpama menambah seri di malam hari. Dari KLCC higgalah ke Dataran Merdeka, Bintang Walk, Ampang, Mines, Bukit Jalil dan Selayang. Pancutan bunga api memberikan pemandangan yang sungguh menarik.Selamat tinggal 2002... kini tibalah 2003... malam yang sungguh mengasyikkan apabila tiba tahun baru. Berada di kemuncak tanah tinggi memang satu pengalaman yang sukar untuk aku lupakan. Kali ini aku melihat Kuala Lumpur yang dipenuhi cahaya. Percikan bunga api seolah memberi satu kelainan pada malam di Kuala Lumpur. Deretan kereta yang memenuhi MR2 umpawa semut yang ingin pulang ke sarang. Lingkaran Tengah jelas umpama tulang belakang kepada jaringan jalan raya di ibu kota.Tetapi apa yang akan berlaku pada aku di 2003? Hanya tuhan yang tahu.
"Jom naik satu lagi puncak kat depan nih. Di situ tempat luas sikit nak pasang khemah. Pagi esok kita ke puncak yang paling tinggi." Epip mengejutkan aku dari lamunan. Sekali lagi aku mendukung beg awek tu.Berada di kawasan perkhemahan bersama rakan-rakan sentiasa menghiburkan. Memang mendaki gunung memerlukan kemantapan fizikal dan mental. Walaupun jelas meletihkan dan memenatkan tetapi hanya orang yang seperti aku sahaja yang faham di mana keseronokan mendaki gunung. Keseronokan yang tak mampu aku gambarkan dengan kata-kata.Jam 4.00 pagi 1 Januari 2003 aku membuka 'sleeping beg' aku dan masuk tidur. Tidur pagi aku di tahun baru ini dikejutkan oleh azan subuh. Mungkin azan subuh yang dilaungkan di masjid UIA. Tempat aku bekerja.Pagi, aku tolong awek tu goreng cekodok. Itulah antara makanan paling 'glamer' dan paling sedap waktu berkhemah. Selepas sarapan dan membersihkan kawasan perkhemahan. Aku bersama kumpulan mendaki yang aku baru ‘join’ ni terus ke puncak yang paling tingggi. Bergambar. Dan turun semula ke kaki bukit. Sebelum pulang ke rumah sempat juga minum pagi di Taman Melawati.Tapi tak lengkap pula catatan ni kalau awek tu tak ada nama. Bagi je la... nama kat awek tu. Aku sendiri tak tau nama dia. Puteri Balqis.