Monday, May 30, 2005

Eks. Mekar Malindo 2005

Nie antara keratan yang menarik perhatian aku..
aku tujukan keratan akhbar ini kepada sahabat dalam navy_paskal
(ignitus hangga) seorang warga indonesia yang sering mensalah tafsirkan perhubungan kedua pihak (antara malaysia - indonesia)


KOTA BELUD: Latihan bersama Tentera Darat Malaysia
(TDM) dan Indonesia membolehkan kedua-dua pasukan
menjalin persefahaman serta bertukar maklumat
mencari kaedah terbaik menghadapi ancaman keselamatan,
terutama menangani kegiatan pengganas.

Panglima Tentera Darat, Jen Datuk Seri
Abdul Aziz Zainal, berkata pertukaran maklumat risikan pada
peringkat Jawatankuasa Bersama Sempadan dan latihan
bersama yang mampu meningkatkan
persefahaman.
"Kami mengadakan latihan bersama untuk menghadapi
ancaman biasa terutama berkaitan kegiatan pengganas.
Ada keperluan untuk bertukar
idea, pendapat dan pengalaman melalui latihan secara bersama
antara kedua-dua negara.
"Ada juga keperluan untuk saling memahami di
kalangan anggota tentera kedua-dua negara (Malaysia dan
Indonesia) bagi menghadapi sebarang ancaman keselamatan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas
Majlis Penutupan Latihan Bersama TDM dan
Tentera Nasional Indonesia (TNI) Angkatan Darat melalui
Eksesais Kekar Malindo ke-31, di Lapang Sasar Kota
Belud, kira-kira 20 kilometer dari sini
semalam.
Hadir sama Panglima Tentera Darat Indonesia (KASAD)
TNI, Jen Djoko Santoso.
Seramai 1,008 anggota tentera darat Malaysia dan
140 anggota tentera darat Indonesia menyertai latihan
sejak 18 Mei lalu dan berakhir semalam.

Latihan membabitkan peperangan konvensional,
disusuli latihan di lapang sasar. Eksesais Kekar Malindo
dianjurkan setiap tahun secara bergilir.
Dalam pada itu, Djoko berkata skop latihan
bersama akan dikembangkan lagi merangkumi pelbagai aspek
terutama menghadapi ancaman
semasa terutama pengganas.
Katanya, latihan bersama membabitkan tentera
kedua-dua negara perlu diadakan untuk mempertingkatkan
lagi kerjasama dan persefahaman yang sudah lama dijalin.

Debaran memuncak

Alahai.. 30 mei 2005
Debaran makin memuncak dalam dada aku..
aku masih menunggu surat dari TUDM tu.. risau jugak, segalanya dari mental dan fizikal aku dah prepare..
insyaAllah kalau boleh aku nak buat macam mana time aku kat kem TD dulu..
Show no mercy, eheheheheh
bila aku lepak snegsorang teringat time aku training dulu, time tu perrgghh! selamber
itik jer aku buat... minum air longkang dalam kasut but, makan lipan goreng, kenduri gosok gigi,
meniarap bawah trak 3 tan, tukar tayar 3 tan dlm masa 1/2 jam, kawad dalam keadaan hujan lebat..
kawad sampai lemau.. ekekekekek pendek kata time tu hati aku kering giler..
takde rasa letih mahupun sakit.. main belasah jer.. kena lempang dengan selipar dah bosan..
walaubagaimana pun aku kalau boleh nak buat sehabis baik time aku kat sana sok..
walau aku tak tido 3-4 hari pun aku sanggup.. dah ini cita-cita aku time aku kecik dulu..
dan aku berpegang pada kata-kata arwah atuk aku..
"Buat dengan bersungguh-sungguh, kalau boleh jangan putus asa, biar ler apa yg jadi.."
sebab banyak target aku kalau aku dapat masuk ATM nie..
Ko boleh lan.. u can doit..
Jgn putus asa.. Chaiiiyyoookkk!

Saturday, May 28, 2005


Pingat Tentera Udara Posted by Hello

Pingat tentera Udara

PINGAT TENTERA UDARA (P.T.U.)
Dikurniakan kepada anggota Angkatan Tentera Udara Diraja Malaysia kerana keperwiraan atau taat setia yang teristimewa ketika menjalankan kewajipan penerbangan dalam masa operasi ataupun tidak
*Sumber Dari Istana Negara
Ihsan Dari http://www.sultanate.com

Friday, May 20, 2005

Hargai anak anda..

Cerita kat bawah nie aku dapat dari e-mail aku..
bagi aku cerita nie memang akan membuatkan hati seorang lelaki macam aku
rasa sedih.. terbayang andai suatu hari nanti benda macam nie mungkin
berlaku ke atas diri aku..
eeiii.. mintak dijauhkan la hendaknya..

------------------------------------------------------------------

Papa! Bacakan Kuat-Kuat Ye

Malam itu saya benar-benar sibuk. Selepas solat Isyak dan menikmati hidangan, saya terus ke meja tulis, mahu menyiapkan kertas kerja yang akan saya bentangkan pada mesyuarat tiga hari akan datang.
Baru nak mula, anak tunggal saya Serena 6, tiba-tiba datang menghampiri. Dan membawa sebuah buku. Saya kerling nampak dia tersengih-sengih manja.
Begitulah dia, kalau ada sesuatu yang dimahukannya, dia akan bersikap terlalu manja.
"Papa? bacakan buku cerita ni. Bagus tau! cerita pari-pari, Ina nak dengar," kata Serena menghulurkan buku bergambar itu pada saya.
"Buku baru ya?" saya bertanya berbasa basi tanpa menoleh,
sekadar melayan. Serena mengangguk lantas memberitahu buku itu dibelinya pagi tadi.
"Papa sibuk, lain kali boleh tak?" saya memujuk.
Serena memuncung, memperjelaskan rasa kecewanya, tapi saya benar-benar sibuk.
"Bolehlah Papa?..sekejap saja. Ceritanya sedap?." Rengek Serena enggan mengalah.
"Kan papa kata sibuk! Suruh mama baca?.."
"Mama basuh pinggan. Alaaa? bacalah, papa!" Serena merengek sambil menghentak-hentak kakinya ke lantai.
Nyata dia tidak mahu mengalah.
"BUDAK INI?..!!!" Tak reti bahasa ke. Pergi sana!!!!" saya jerkah permata hati saya itu.
Serena panik. Dia terperanjat sungguh kerana tidak menyangka saya bertindak sejauh itu. Nampak jelas matanya sedikit berkaca, lalu dia beredar sayu.
Dalam nada sebak, dengan muka yang sebek, Serena beredar sambil menoleh ke arah saya. Dalam suara tersekat-sekat dia bersuara,
"Nanti papa bacakan kuat-kuat cerita ini kat Ina, ya papa!" Saya hanya memandang tajam ke arahnya.
Sebaik tiba di pintu bilik dia menjeling saya, kali ini saya mengangguk. Masa terus berlalu, seminggu, dua minggu namun kesibukan saya semakin bertambah.
Setiap kali pulang, Serena tidak merengek minta dibaca cerita pari-pari itu, namun tangannya tak lepas memegang buku itu. Mungkin juga dia faham saya terlalu sibuk.
Pada minggu berikutnya sedang saya, isteri dan Serena menikmati sarapan bersama, saya perhatikan buku itu masih dipegangnya.
"Mama dah baca, seronok papa," kata Serena.
Saya mengangguk sambil tersenyum.
"Bila papa nak bacakan?" tiba-tiba Serena bertanya.
"Mama dah bacakan, okeylah tu!" Nampak wajahnya terkuncam. Saya terus menyuap makanan.
"Mama baca perlahan. Nanti papa bacakan kuat-kuat ya! katanya. Saya mengangguk. Selesai makan saya mencapai akhbar. Lembar demi lembar saya tatapi. Tidak terfikir untuk menunaikan impian Serena.
Tiba-tiba terdengar bunyi suatu dentuman yang cukup kuat di luar. Konsentrasi saya cuma terganggu seketika, sebelum kembali memusatkan perhatian ke dada akhbar.
Tiba-tiba pintu pagar rumah digegar, saya segera menjenguk. Jiran-jiran mengatakan Serena dilanggar kereta.
Saya panik, sempat berfikir, bila pulak dia keluar? Tadi ada kat dapur. Saya memekik memanggil isteri sebelum meluru ke lokasi kemalangan. Sungguh kabar itu benar, Serena terkulai diribaan seorang jiran yang sedang memberi bantuan.
Saya terus pangku anak saya, masuk ke kereta jiran yang sedia memecut ke hospital. Darah membasahi pakaian Serena. Nafasnya sesak. Isteri meraung sekuat hatinya.
"Ina?! Ina?..! Inaaaaaaa!!!" saya memanggil-manggil perlahan namanya dipangkal telinga Serena yang berada dalam pangkuan.
Tatkala itu nafasnya tersekat-sekat.
"Papa? mama..Ina takut. Ina sayang papa, Ina sayang mama, Ina tak nak mati!" bersuara Serena antara dengar dan tidak sambil membuka matanya yang dipenuhi darah, saya kesat darah itu dengan tisu.
Namun sekadar cuma. Darah kembali memenuhi wajahnya. Tangisan kuat isteri saya membuatkan jiran yang memandu terus memecut.
Di hospital, Serena di tempatkan di bilik ICU ekoran keparahan kecederaannya.
Masuk hari kedua, keadaan Serena tak berubah. Dia masih tidak sedarkan diri dan terpaksa bernafas menggunakan respirator.
Itulah saatnya saya merasa cukup bersalah. Lalu petang itu, saya bacakan cerita pari-pari dalam suara yang kuat tetapi tersekat-sekat di sisi katil Serena.
Semakin kuat saya membaca, semakin merumbai air mata.
Kekesalan berlabuh, tapi segalanya telah musnah. Mungkin Serena tidak dapat mendengar jalan cerita yang sangat diminatinya itu.
Keesokan harinya, saya bacakan sekali lagi, masih dalam nada suara yang kuat. Kemudian setiap hari saya bacakan cerita itu ditelinga Serena, sementara isteri saya tak henti-henti menangis.
Dia mungkin terlalu marah dan kesal dengan tindakan saya terhadap Serena sejak seminggu yang lalu. Masuk hari ketujuh, sebaik saya mula membaca, Serena tiba-tiba membuka matanya perlahan-lahan.
Saya nampak terlalu sukar untuk dia melakukan. Bacaan saya terhenti, Air mata merembes dan saya usap-usap kepalanya.
Beberapa ketika kemudian, Serena memejamkan semula matanya, pejam untuk selama-lamanya.
Saya seperti terdengar suara Serena mengucapkan terima kasih kerana membacakan cerita itu padanya.
"Papa?? nanti bacakan cerita ini kuat-kuat pada Ina ya?" kata-kata Serena masih terngiang-ngiang di telinga saya sehingga ke hari ini, walau setahun berlalu.
Hingga kini saya tertanya-tanya, apakah sedikit perhatian yang diperlukan oleh seorang anak terlalu mahal untuk diberikan oleh seorang lelaki yang bergelar ayah?
Saya tidak dapat menjawap, selain air mata yang tumpah.

Moral: hargai Pemberian Allah Ta'ala kepada kita..

Thursday, May 19, 2005

Laman Multiply..

Alhamdulillah hari ini bersamaan 19 Mei 2005
akhirnya dapat jugak aku siapkan Laman Multiply aku..
antara tujuan aku buat multiply nie pun disebabkan aku tak lama lagi nak blah dah..
so aku nak delete segala gambar dalam PC opis nie..
dan yang mana aku sayang aku letakkan dalam Multiply aku..
nak tengok koleksi gambor aku? haaa.. apalagas
klik kat sini --->http://onepolar.multiply.com
give ur comment eks?

Wednesday, May 18, 2005

Menerjah Awan Biru

Today Hari yang bagi aku Mood aku baik tahap maksima kat opis..
Mana taknya aku dah nantikan lagu Mp3 tu dah lama giler.. setelah penantian lebih setahun aku berjaya juga dapatkan lagu tu..
Alhamdulillah memang berbaloi hasil aku mennunggu.. Semalam berjaya juga aku mendownload lagu Menerjah Awan (Nyanyian farahwahida) hahahha.. gumbira tidak terkata..
Anyway special Thanks to http://www.webkl.net kerana menyeksa aku selama setahun lebih hanya untuk mendapatkan satu lagu..
Trimas semua..

- Sekian -

Tuesday, May 17, 2005

Wedding Photos

Minggu nie aku secara otomatik mengistiharkan adalah minggu kahwin..
dengan itu akan aku letak sekeping dua gambor Orang kahwin yang mmber aku tangkap kat bawah nie..
Korang tengok jerlah.. jangan usik tu semua tu dah jadi milik orang yang sah..
kalau itu macam ZZAaaAASSSss!

GamBar kat bawah nie adalah perkahwinan antara Betterman dan Amoi..
Akceli diaorang dah kawin lama dah cuma aku jer malas nak upload..
Betterman adalah salah seorang member outdoor aku yang paling aku respek..
Dia nie kalau bukak speaking Perak memang besh.. jadi seronok aku berbual dengan dia nie.. Al maklumlah dah sekampung.. ekekekekek


Betterman And Amoi Posted by Hello Sama cantik sama padan Posted by Hello


James Bond Kuale.. Posted by Hello Betterman dan amoi Posted by Hello


Betterman dan amoi Posted by Hello Betterman dan amoi Posted by Hello


Kat pagor pun jadik Posted by Hello Aiceh.. pakai kasut plak Posted by Hello


main cak Pulakk! Posted by Hello

*Main Reason sebab aku upload gambor nie adalah aku dah nak delete dalam PC aku.. maklumlah tak lama lagi aku dah nak berambus..

Monday, May 16, 2005

Love inside Pictures..


Love is depp in ur heart Posted by Hello Free is in ur heart Posted by Hello

Together ForeverPosted by Hello Love Forever Posted by Hello

Cantik kan gambar nie? Haa.. bila aku tengok gambar nie aku terasa syokk sangat..
Angle dia cantik tahap maksima.. terutama bila gambar Pengantin perempuan melepaskan merpati tu.. perghhh cantik giler...
Ada ciri artistik.. Ingat gambo kawen aku sok mau bikin ini macam..
hehehehe.. buleh tak agak-agak korang?

Kegembiraan Di hati


Berjalan eks? Posted by Hello Senyum.. :P Posted by Hello

Eheh.. Hari nie aku Breakfast dengan Iela a.k.a Bidadari wahh..
sememangnya hari ini aku gumbira tahap gaban..
anyway.. gambor nie aku dapat Last week..
time nie iela ada kat Cameroon highland (Tempat paling best kalau aku trekking)
anyway cutekan dia dalam gambor nie.. bila aku besorkan jer..
terselah keayuan dia.. macam mana aku tak nobatkan dia nie
antara Wanita tercantik dalam Dunia ini..
Aku bersyukur sebab aku dapat melihat Keajaiban dan keindahan ciptaan Allah Ta'ala terhadap makhluknya..

Semoga Allah Ta'ala kurniakan kebahagiaan untuk Cik Iela yg Comel ini buat Selamanya dan temukanlah dia dengan seseorang yang mampu menjaga dan memberi kebahagiaan buatnya...

Saturday, May 14, 2005

Meniti nostalgia Bersama


Aku dan Cipoi Posted by Hello
Ermm.. bila aku tengok sekeping demi sekeping gambor kenangan aku.. aku rasa sayu plak
rasa sedih bila aku mungkin akan meninggalkan bidang Outdoor yang menjadi permainan hidup aku selama aku hidup di bumi Bertuah ini..
Walaupun aku tinggalkannya sekejap sahaja namun aku sudah terasa Impak yang ketara.. hati aku dah mula wujudnya perasaan rindu kat aktiviti nie..
tambahan pulak aku kena berpisah dengan member-member seangkatan (RedTomato, Cipoi, Betterman, Fauzi Husin, Kabus Gunung, Nice momox, Ugly Guly, Abg Jaws, Pisha, Nowa, Nelly, dan ramai lagi warga Outdoor)

Semoga kenangan Demi Kenangan akan
Terpahat dalam memori

MALAKOFF Dualthon Challenge 2005

14 may 2005

merupakan tarikh MALAKOFF kat lumut..
malangnya aku tak dapat nak pergi.. ishh. ishh.. ish..
aku tau banyak pihak kecil hati sebab aku tak pergi.. apa kan daya dah macam tu la nasib aku..
tetiba satu badan aku injured dari ke peha hingga ke bahu semua injured..
apa sebabnya? dah nak injured nak buat camner..
anyway semalam merupakan hari paling best aku sebab aku berjaya menghabiskan centralize training aku..
dan hari ini esok dan sampai bila-bila aku akan mulakan latihan yang terbaru..
hari nie aku dah dapat Blog gadis pujaan aku.. member dia yang bagi aku (nurul)
anyway thanks nurul for ur information..

Dan hati aku mulai sayu pada masa ini, mana taknya kalau nak diikutkan aku tinggal 1 bulan lebih jer kehidupan aku sebagai civilian...
andai aku lulus interview Final tu.. bermakna hidup mati aku demi Negara dan Bangsa. dari dulu aku dah fikirkan masak-masak benda ni.. aku tahu setiap manusia ada matlamat hidup dan ini matlamat aku dan impian aku semenjak aku kecil cili hingga ke sebesar ini..

Dan kini aku mulai menghargai pemberian ilahi keatas aku, aku dah mula berasa mudah tersentuh hati dengan alam ini..
dan aku rasa aku tak lama lagi dah mula Gantung Beg camping aku.. insyaAllah aku takkan tinggalkan hobi yang banyak mengajar aku mengenai kehidupan dan penciptaan Alam ini..
terima Kasih Ya Allah pencipta Alam ini..

-- sekian --

Friday, May 13, 2005

Back To Old Memories..


Its.. make me a beautiful memories Posted by Hello

Touch up sket.. baru nampak sweet memories..
pergghh tak sangka sejibik gambor macam orang lamo..
kepada tuan empunya gambo maap eks?
teredit

Gambar Gunung Liang East West 2004

Ehehmm.. Buat pertama kalinya aku nak menempatkan serba sedikit gambor yang
aku ada ketika aku dan beberapa team mendaki di Bumi Malaysia yang bertuah ini..
aku kalau boleh nak abadikannya sebagai kenag-kenangan..

nie aku nak tunjuk skit gambor time aku memula join bebudak team M.A.L.A.S gi camping..

Tg. Malim Posted by Hello On the way ler nie.. Posted by Hello

Perosak gambor Antarabangsa Posted by Hello Sebelum Ekspedisi Posted by Hello

sebelum ekspedisi lagie.. Posted by Hello last water point.. Posted by Hello


Pewaiiii... Posted by Hello Kanee, aku dan kakmotty Posted by Hello


Kak motty and Zarin USM Posted by Hello Dah sampai puncak weiii.. Posted by Hello


Yeeaa! campai dah Posted by Hello Puncak Lagi satu.. Yeaa! Posted by Hello


chantiknyee... Posted by Hello Bandar proton tu.. Posted by Hello


Ya Allah cantiknya.. Posted by Hello Hujan + Kabus = Sejuknyer... Posted by Hello


Kabus + Gunung = marbeles Posted by Hello sejuk maksimas Posted by Hello


aku yg kesejukan Posted by Hello punca air kat campsite Posted by Hello


dah nak balik yeeeaaa..! Posted by Hello