Wednesday, November 26, 2008

makan at cameron

Salah satu sebab aku suke gi jejalan..
ialah sebab aku solo so takde sapa nak halang...
then aku suke makan-makan
thanks tu strawberrymoment sbb bagi makan yang best gile..
http://www.strawberrymoment.com untuk lebih lanjut...
nie sekeping dua gambor aku UP untuk kasi orang terliur...


Makanan yang agak mengGEMUKkan..


Nyum-nyum nyum


Eskerim strawberry...


Makanan yang malang sebab terpaksa di hadam oleh aku yg rakus tapi chomel...
Posted by Picasa

Aku, Cameron dan Gedik2...

Last week aku meng'cameron' kan diri aku yang cute lagi chomel
ini, bertolak dari Bidor perak menyusuri
jalan jalan berliku daripada Tapah... dalam kereta aku dah mula
merasai simptom 'hamil' (mual nak muntah <-- harap maklum time ni perut aku kosong tapi bnyk minum air)
sampai di tanah rata aku dah mula hilang pertimbangan disebabkan
hidung yang mulai sejuk-sejuk manja...
bile jejak je kaki ke tanah (kuar dari kete arr tu)
aku dah mula sengih-sengih bangang mungkin terlampau rindu
dekat warga-warga cameron...
then terus pergi ke Gunung Berinchang... walaupun hujan gerimis manje..
tapi aku tetap kuar sambil bukak baju... best oo bile kesejukan manje
menusuk liang reroma sambil menghirup serokok
hua hua hua hua... so aku UP sikit gambor trip gedik+jongket
untuk tatapan seluruh warga alam internet ini..

Sekian dari aku yang chomel lagi chubby+cute <-- Gile Perasan!!
OnePolar


Peace!! sambil pose gedik di ladang Teh menghijau..


Hancock!! yeaaaa!!


I'm Single again... Freedom!!!


Akibat keseronokan melampau maka aku ter'menerbang'kan diri tanpa sengaja... oppppsss!!
Posted by Picasa

Monday, November 17, 2008

Kuala Lumpur Early Morning

Huhuhuh.. memang aku dah takde kerje langsung
dok melayan suasana KL di ambang subuh nak menjelma
pendek kata time aku capture ni adalah dalam kul 4 pagi..
lokasi RAHSIA.. ekekeek
kot sapa tau msg aku nnti aku blnjer makan capati..


Kelihatan Kotaraya KL amat tenang diambang pagi


Nunnnn jauh disana kelihatan Genting Highland dan keadaa
highway MRR2 yang agak lengang..
Posted by Picasa

Me On Orange View...

Huhuhu.. Disebabkan takde kerje maka aku dengan
bangang serba abadi, melakukan kerja-kerja amal
menangkap gambor ala2 gediks dan pose yg ntah
apa-apa... so Heppy life in Orange... kekekekeke


Hehehe guess where are this pic were taken?


Aku suke gambor ni sebab AKU dalam dua chermin..
ekekeke


Muka yang agak serabai disebabkan digomol rakus oleh
keadaan yang agak membosankan rutin aku.. ekekekek
Posted by Picasa

Jatcc Road Relay 2008

Hari Jumaat bersamaan pada tarikh 7 November 2008
Berlakunya peristiwa dimana tempat kerje aku
JATCC membuat larian tahunan..
sebenornya pada pendapat aku, ini bukan larian
tapi based kepada jogging gedik2 dan santai sebenarnya..
motif lebih kepada untuk beramas mesra bersama
opish mate... heheheh
meh sini tengok seketul dua gambor
yang berjaya aku capture... so Check This out!!!


Antara mereka yang pantang nampak Camera Besor..


Run Baby Run!!


Kaum Hawa yang kelihatan bersungguh sungguh untuk berlari...


Geng Opish aku yang agak terlampau...
(Kelihatan manusia GEDIK di hadapan sekali.. hahahaha)
Posted by Picasa

Thursday, November 13, 2008

Special Person in My Life

Hari ni, aku gi bawak orang tua aku (Ayahanda)
gi checkup kat Hospital Selayang.. Kesian aku nengok bapak aku ni..
walaupun 1001 benda yang silap dulu-dulu dia dah wat,
sayang aku kat dia tak penah luput... Dari amik darah,
Check Buah Pinggang, macam macam lagi, semua aku kene pantau..
mulanya aku nak suh kakak aku handle, tapi memandangkan
die pun kurang bermaya (maklumlah pregnant Lady)
so aku kene pikul tanggungjawab ni... sapa lagi kalau bukan aku selaku anak dorang..
kot orang len pun tak tau la aku, maybe ada kot yang MALAS nak layan karenah orang tua
masing masing, tapi aku fikirkan balik sejak kecil
orang tua sanggup layan karenah bodoh kite, so takkan kita tak bleh nak
layan segala kehendak dorang waktu tua dorangkan?
heheh tepuk dada tanya dalam-dalam...


Ayahanda Kesayangan


Bonda dan mak lang tersayang..
(For your info Mak Lang aku nie pun antara orang yang aku sayang,
dari aku lari dari sekolah dulu sampai dah besor panjang, anak2 die pun
semua rapat dgn family aku, sanggup aku jadi penjamin untuk
kereta dorang, jenis aku, tak berkira sangat..)


Dan malam ni aku akan gi ke MRSM FELDA di Trolak, untuk majlis
makan malam adik aku ni...
inilah satu satunya adik katik bergigi besor yang aku sayang..
anyway hari ni memang letih gile aku... ahak!

Alhamdulillah 13-14 Dec aku dah dapat Job kat sg.Koyan untuk wedding
dan 28 Dec wedding kat Bidor (kg aku wehhh)..
Semenjak aku lepas dari belenggu masalah ni, rezeki aku bertambah..
betul cakap member2 aku, ada hikmah dari apa yang berlaku, so aku
redha dan terima.. semoga Rezeki aku bertambah dan kesihatan orang tua aku
pulih balik... apa-apa pun.. aku bakal memperluaskan empayar aku
ke area Pahang.. semoga berkat usaha aku kali ni..

Antagonis si penyair Muda
OnePolar
Posted by Picasa

Wednesday, November 12, 2008

Geng Super Abadi

Heheheh... bile aku usha gambar2 lama ni,
teringat kat geng aku semua ni...
detik2 aku huha huha huha dengan dorang ni...
weiii.. jumpa time Futsal KHK nnti..
hahahah... for all info, this pic diambik time trip
ke sg.chiling Kuala Kubu Baru...
tempat agak best.. sebab bleh berenang dengan ikan2 tengas...



Smile!!!


2 serikandi seorang mental (belakanggg skali tu)


Auuwww... 3 orang lelaki yang telah diNYAHkan... ekekek
(eh! Bonda pun ada... - Bonda antara orang yang bertanggungjawab
menNYAHkan mereka ini.. sorry BONDA)
Posted by Picasa

Monday, November 10, 2008

Hari yang Gumbira

Huuaarrghhh~ segar gile bile aku baru bangun tadi..
almaklum dari semalam aku langsung tak tido..

aku bangun jer tadi 1001 persoalan yg bikin kepala otak aku
serabut hilang... dah sampai masanya aku facing the truth...
yaa.. aku dah tak serabut da nak pikir masalah semalam, kelmarin mau pun
yg lepas-lepas... im single again (hahahaha)

for now on... aku dah mula balik berkecimpung dalam
aktiviti lama aku, dari awal pagi tadi bersembang dengan alfie earth..
sembang dengan cik panda.. hurmmm...
dan semalam dalam kepala tengah weng, geng gunung aku
ajak makan-makan kat rumah die.. (thanks syam botak)

dan subuh tadi waktu aku jadi drebar mak aku..
aku tenung wajah suram mak aku, aku tau walaupun ada
ORANG label aku anak mak, duk bawah ketiak mak (peduli apa aku)
tapi atleast dekat dorang kita berasal..
tak salah kite berbakti dengan dorang.. sampai bila2 pun kite tetap
darah daging dorang...

Ada orang cakap jenis orang macam aku ni anak mak,
tapi dorang tak penah terpikir sapa yg lahir kan aku kalau bukan mak aku..
maybe dorang dah besar dam mula abai tanggungjawab sebagai anak...
aku pernah dengar ada segelintir orang..
gaji dah beribu tapi still abaikan mak bapak dorang.. (mgkin korang pernah tgk adengan seperti
ni dalam drama tv kan?)
yaaa betul, monthly bagi serat dua, sedangkan tatacara hidup anak2 agak keterlaluan,
lepak tempat nak high class, join golongan high class, sedangkan mak bapak terlingkup..

kadang2 aku kesian dgn golongan macam ni, bila susah2 baru cari mak bapak..
baru nak ingat dorang.. padahal time susah always palam dorang macam tu jer..
ntah le.. eh apsal aku bicara pasal ni plak...
huhuhu mungkin kesan negatif aku tidor petang kot... hahahaha

by the way mlm ni macam biasa mybe aku ada meeting TAHAN 2009
atau aku jadi mak nenek folo id bonda gi cari bebarang wedding adik die (mar gem) hahahah
mampus aku kalau mar gem baca entry ni...
berbalikpada xtvt aku, dah lama benor aku tak join golongan warga2 tua ni.. (mampus aku kalau dorang baca entry ni)
akceli dorang muda, umur jer dah jangkau 30an tetapi semangat muda tu ada..
ekekekek... aku nie jer golongan muda belia lagi yg gatal2 nak beramas mesra dengan dorang ni...
15hb ni aku ada job photo tangkap gambor adik id bonda nikah, then terus shoot gi
LIGA FUTSAL GUNUNG KHK 2008 (mintak2 gadis canthek2 ada ramai macam yang lepas2)
then 22hb plak aku gi balik kampung aku
sebab adik id bonda langsung kawen dekat sana (Taman Sri Bidor)...
so alhamdulillah rezeki makin bertambah, ada hikmah aku lalui prob yg lepas2
mungkin Allah nak tunjukkan sapa yg sanggup susah senang dgn aku..

Tu belum lagi tunang sepupu aku yang banyak nak tolong aku,
Lisa Mohd (for ur info tunang sepupu aku ni kaki photo jugak)
insyaAllah bulan 12 nie dorang kawen, so aku dah ada kaki jugak..
Lisa banyak nak bagi aku job, mcm biasa duty aku just as 2nd photographer jer..
tu pun jadi arr.. atleast sebelum aku nak sambar new camera Nikon D80 heheheh
sesapa nak beli D40 aku bleh arr risik2 berapa harga...

so hidup aku makin hari makin bersinar...
enjoy? apa korang igt aku kaki enjoy ke?
hahahahhahh
so hasta pronto amigos...

Sunday, November 09, 2008

Sorry Kepada Semua

Kenangan Terindah Yang Pernah
Aku Miliki...




Buat pada Semua Kaum Keluarga
yang mengenali, Maaf aku hulurkan...

Aku tak dapat meneruskan hubungan yang ada ini..
Salah aku atau salah si 'Dia'
aku tak nak komen apa-apa...
sebenarnya, aku dah lama terima kenyataan yang
mungkin aku akan berpisah dengan dia..

Just aku nak tengok sejauh mana dia
nak men tarik tarik dengan aku.. hmmm...
Dalam hal ni takde sape salah takde sapa
yang betul, masing-masing dah takde jodoh..

by the way, kepada MEREKA yang ada kene mengena
dengan MASALAH aku ni,

AKU MINTAK MAAF DUNIA DAN AKHIRAT

OnePolar
Posted by Picasa

Monday, November 03, 2008

What should i do?

Huhuhu.. aku jadi tak keharuan dah sekarang ni..
satu satu dugaan gile bab* datang kat aku..
sib baik ada orang yang sudi melayan karenah aku
melalui YM memalam macam ni,
Thanks Nadiah Ibrahim a.k.a Nad Nad,
ko dah bersusah payah hiburkan aku dengan
idealogi idealogi yang agak serabut aku nak pikir..
hahah tapi ur save da day..

by the way, aku berharap esok lusa dan bebila
aku makin kuat nak harung benda2 dugaan macam ni
biar masa yang tentukan
ada jodoh maka ada lah ia..
kalau dah takde nak buat macam mana..

Kawan (part III)

Sebenarnya tujuan aku post topik ni just untuk upload gambor Effa a.k.a Eppot menang Kenaboi Celen (kayak tau bukan sukan merapu2)
tapi aku nak huraikan bab tajuk topik ni..
Akceli aku agak terharu dan gembira, bile timesusah susah aku time sekarang ni,
ada jugak kekawan yangdatang tolong aku bertanyakan susah senang and life aku..
kadang-kadang aku flash back balik ayat orang tua aku dedulu time memula aku kenal geng aku ni

"Ko kawan dengan sape? ada kawan ko tu nak tolong time kosusah? ada ke kawan gunung ko tu nak tolong ko time koada problem?"

bila aku pikir balik tak rugi aku kawan dengan dorang ni
ternyata sangkaan orang tua aku mengenai dorang ni salah..
teringat aku time aku keje Felda (zaman kegemilangan pergunungan aku)
time aku susah RedTomato (Kak Mot),Bibah (Kanee), Uncle Pet (hensem), Syam (botak pos), Abah reen (Mat Saiko), Chimmy, dan ramai lagi (maaf tak dapat nak sebut semua..)
tolong aku, bantu aku, bagi aku semangat bile time susah..
Bukan senang aku nak cari kawan macam dorang ni..

tak rugi dan tak menyesal aku kawan dengan dorang ni..
walaupun masing-masing dah beranak pinak, dah jadi bapak orang,
mak orang tapi hubungan masing masing masih kuat
ikatan tetap kukuh walaupun ada yang sebulan dua baru berjumpa..
aku rasa sedih (time aku taip aku rasa sebak)
dan aku jadi takut kalau aku terputus hubungan dengan dorang ni

serius aku cakap, walaupun umur dorang semua ni
dah mencapai tahap 30an dan aku yang antara paling JUNIOR
tapi aku rasa sayang dengan dorang semua..
takde dorang maybe ntah jadi apa aku sekarang ni..
berkat dengan nasihat dorang semua menggubah aku jadi ORANGbukan SHETON...

Terima Kasih Kawan Kawan semua
Semoga Kite Berkekalan sehingga Nyawa Melekat di Jasad
All For One, One For All..
Hidup tenuk Hidup Semua nya (ekekekke)


Bonda sedang baca berite Gossip


Champion sedang lena (letih sebab makan pizza and main boling
also letih drive dari Kenaboi)


Bonda tengok Eppot tido ("macam best jer tido" bilang Bonda dalam Hati)


Along tunjuk rajin (konon...)
Posted by Picasa

Kawan (part II)


Eppot si Pemenang


Eppot leaking (hahahaha)


Score Board Bowling (perhatian lihat row tengah nama eppot bertukar jadi Champion)


Along yang bengang kalah dengan 2 Gadis..
hahahah Spin lebey longkang juga kalu...
Posted by Picasa

Kawan..


Bonda (Id) dan Pemenang (Eppot - Effa)


Along (Abg Dreber)


LePas makan kat Pizza gi men boling


Bonda (Id)
"Usha Usha ape hal?" ekekeke
Posted by Picasa

Kuala Lumpur ke PutraJaya

01 November 2008
kalau nak diikutkan hari ni aku masuk competition
Photo marathon 2008, aku memang dah bayor and daftar tapi
bile melihatkan ramai arr plak yang agak pro datang join
maka aku pun terus berjalan naik moto sedara aku (sedara ke? apa
apa arr..) pusing KL so ini ar sekeping dua dari lensa dan Iris aku yang
bercahaya yang dapat aku upload setakat ini...


Menara Kuala Lumpur yang chomel


On The Road (huhuh sib baik takde pulis time aku
snap gambor ni..)


Masjid PutraJaya di hening senja yang berlabuh (Chewaaaahhh)


Masjid Putra jaya lagi.. ekeke syahdu jer tengokkan?
Posted by Picasa