Saturday, December 18, 2004

Kenangan Puncak IRAU

Pada hari jumaat bersamaan dengan 17 December aku sekali lagi telah beraksi bersama beberapa orang member outdoor aku yang sememangnyer kepala kureng betul. Target ekspedisi kali ini adalah menawan puncak Irau.

Ekspedisi  Gunung Irau ini dilaksanakan bersama anggota Chronicles Explorer (C.E)

anggota C.E ialah :-

1.       Momok

2.       Tomot (Ezrin)

3.       Fauzi Husin (Pojie / jewok)

4.       OnePolar (aku ler tu..)

Kuala Lumpur - Tanjung Malim - Kuala Kubu Bharu

Perjalanan dimulakan pada Malam sabtu.

Bertolak dari selayang (rumah OnePolar) dan terus pergi ke Tanjung malim untuk mengambil Flysheet dan groundsheet dan beberapa lagi peralatan yang lain daripada ngai a.k.a biNgai, malangnya sampai sahaja di tanjung Malim Ngai telefon mengatakan yang dia berada di Kuala Kubu Bharu, ternyata momok seorang pemandu profesional tidak sampai Setengah jam sampai ke Kuala Kubu Bharu. Lebih kurang 45 minit melepak bersama Ngai kami Kemudianya pergi ke Restoran rakyat di tanjung malim (Masing-masing dah lapar).

Tanjung Malim - Tapah

Lepas makan kami bergerak ke Tapah, dalam perjalanan aku mantul, sempat jugak aku menjeling meter kereta momok,

"makkk.. ai! 140 - 150KM sejam, giler budak nie" getus hati aku. Aku ignore kan jer yg aku tahu aku terlelap lepas tu.. Lebih kurang pukul 3.00 pagi kami tiba di Tol Tapah..

perbincangan dimulakan dankeputusan diambil, kami bersetuju untuk meneruskan perjalanan ke Tanah Rata (Cameroon Highland)

Tapah - Tanah Rata (cameroon)

Perjalanan dari tapah ke tanah rata kalau nak diikutkan jadual yang skema boleh sampai dalam 45 minit tetapi disebabkan kegilaan momok drive kereta kitaorg mengambil masa setengah jam sahaja (ko memeng giler la momok), sampai disana tanah rata kitaorg mengambil keputusan untuk bermalam dimasjid. dan dengan ini bermulalah Ekspedisi mencari masjid Abu bakar. lebih kurang setengah jam pencarian maka bertemulah juga dengan masjid Abu bakar di tanah rata.

momok parking jer terus keluar berlari sakit perut katanya, manakala aku dan pojie terus bukak beg kuarkan sweater (sejuk tak hengat) aku terus ambil hammock dan gantung di pokok bersebelahan dengan pintu utama (selamber jerk).. lepas sembahyang subuh aku teruskan dengan aktiviti tidor.. maklumlah esok nak layan gunung energy kureng.. apalagas tidus ler...

Tanah Rata - Gunung Brinchang

"Selamat Pagi Tomot" itulah ayat pertama aku ucap kat tomot, tomot yang tidur dalam kereta nyenyak giler, dengan muka sebunyer.. abisshh hilang seri. Lebih kurang 45 minit kitaorg kat masjid tu kitaorg teruskan lagi perjalanan ke pekan Tanah Rata, breakfast sambil layan kesyahduan ditiup angin sepoi-sepoi yang boleh dirasai kesejukkannya hingga ke tulang belakang. Selesai Breakfast jewok dgn aku pergi mencari ration yg lain, maklumlah nak beli sayur baik beli kat cameron bukan apa dah la murah fresh lagi tu.. lepas beli ration kitaorg bertolak ke brinchang, time nie dah banyak tourist dtg dah.. di sepanjang perjalanan kitaorg melalui kebun-kebun bunga, ladang teh, ladang strawberry, orkid, bonsai macam-macam lagi lah.. 

"dah sampai Brinchang nie tapi kat mana simpang nyer ek?" bisik jewok

"ko dah lupa ker?" aku balas balik

"ingat-ingat lupa ler... kejap bagi aku senafas dua" balas jewok.

Hampir setengah jam perjalanan kitaorg tiba di Pekan Tringkap ada la dalam pukul 11:34am, lepas pekan Tringkap kitaorg lajak lagi ke Kuala Terla kat sini satu jenaka telah diwujudkan

"Mot ko tengok tu" kata momok

"tengok apa? aku tak nampak mende pun" balas si tomot

"Tu ko nengok nama restoran tu" kata momok

"kepalaotak ko, budush betul... " kata tomot

rupa-rupanya ada sate restoran kat pekan Kuala Terla tu nama Restoran Kogila

apa lagi berderaila hilaian aku dan poji. hampir setengah jam dari pekan Terla aku dah syak nie mesti dah terlepas simpang, rupa-rupanya poji dah terlepas dari simpang apa lagi patah balik ler..

Akhirnya lebih kurang 12:02pm simpang ke Gunung Brinchang dijumpai di Ladang Sg. Palas. sepanjang perjalanan ke dalam kitaorg nampak bangla tengah sibuk memetik daun Teh (Ladan teh nie kepunyaan Teh BOH!®) lebih kurang pukul 12:28pm sampai di jalan permulaan trek ke Gunung Irau.

Gunung Brinchang - Gunung Irau

Perjalanan diteruskan inilah pertama kali aku trekking pakai sweater maklumlah keadaan suhu kat sini tahap giler sejuk, aku ushar kompas dalam poket aku lorr arah timur perjalanan kitaorg kali nie..

sepanjang perjalanan trek diselaputi lumpur-lumpur hitam yang sememangnyer berbau harum.. lebih kurang lagi beberapa ratus meter nak sampai ke anak irau perjalanan nak menaik tu memang mencanak time nie aku teringat kata-kata budak MDC  “Naik Menjunam Turun Mencanak” namun berbekal semangat juang anak jati melayu aku gagahkan juga mendaki pergghh… org cakap laluan nie lebih kurang laluan H2o yong belar… pergghhh! Giler semput letih mental down semua ada.. tapi rileks aku tetap cuba maintain kan diri aku.. dgn but berat beg berat selamber aku sesah bukit mencanak tu.. capai akar sana-sini aduii.. sakit pinggang mmg mendaki nie membuatkan aku mendapat kepuasan tahap maksimum..

lebih kurang dalam pukul 4:02pm aku sampai di puncak anak Irau, poji turun pergi tolong tomot maklumlah dah la minah tu pendek beg berat macam baragas, cian cik tomot. lebih kurang setengah Jam lepas poji turun mot sampai diikuti momok, poji aku nengok rileks jer

"Stamina resakse kot budak poji nie" bisik hati kecilku.

Anak Irau - Puncak Gunung Irau

"agak-agak ko lagi berapa jam perjalanan ek? poji!" aku tanya poji

"lebih kurang setengah jam atau 45minit jer.. tak jauh ko mungkin akan lalu 2 atau 3 puncak tipu, apa-apa hal korang berjalan bertiga aku jalan dulu aku nak shoot puncak nak pasang Flysheet dan GroundSheet" balas si poji.

perjalanan diteruskan aku, tomot, momok berjalan perlahan-lahan sambil bersembang-sembang untuk menghilangkan sedikit rasa saiko disepanjang perjalanan. lebih kurang 45minit akhirnya aku bertiga sampai di puncak Gunung Irau yang berketinggian 2110m.a.p.l

Sampai jer aku terus tengok momok posing maut dengan Bendera dan SignBoard

“Welcome to Gunung Irau” getus hatiku..

Selepas tu jewok suruh aku buat longkang  bersebelahan Campsite kitaorg, takut hujan katanya aku just follow jer tak kisah itupun aku banyak berterima kasih kat jewok mungkin tanpa dia aku tak jejak puncak Gunung Irau. Lepas habis buat longkang aku terus usha pemandangan, hampeh satu benda tak nampak putih jer. Yang bebudak dari Group lain tengah berdiri mengadap ungun api hasil pembakaran sampah yg diaorg kutip di sekitar puncak. Aku teringat kata jewok

“Kalau dulu aku naik memang banyak sampah dari anak irau sampai ke puncak irau, memang diaorg nie takde semangat cintakan alam, kalau plastic tu baker jelah kalau ada sisa makanan tu campak jerk kat atas-atas pokok tu,kalau yang tin-tin tu kemekkan pastu bawak jer la turun bukannya susah pun, Bodoh tul” kata jewok dengan nada yang sememangnya serius.

Aku faham perasaan jewok, aku pun Outdoor fanatic jugak tapi bab-bab sampah tu memang aku ambil berat. Ambil contoh time aku gi Gunung Liang aku siap bawak balik sampah yang ada dalam beg aku bukan setakat tu siap susu pekat tumpah lagi dalam beg.

Puncak Irau

lepas sesi merehatkan badan aku nengok si tomot dah mula nak tukar pakaian, yang momok pun sama yang pojie plak tengah sibuk kumpulkan ration kuarkan stove gas lantern ntah apa lagi ntah. Yang aku plak keluar rokok suria sebatang apa lagi hisap rokok ler.. bila lagi nak layan hisap rokok kat tempat-tempat sejuk macam nie. Lebih kurang pukul 6:50pm jewok dah memulakan aktiviti pertama iaitu memasak, kali nie buat pertama kali aku nengok jewok memasak tomot dan momok sibuk membahan sambil mensaiko jewok. Yang si jewok buat bodoh jer.. aku plak sibuk bentang groundsheet keluarkan sleeping bag, karrimat yang baru, pisau, dan multi knife. Lebih kurang pukul 7:15pm jewok kushyuk jer kat tempat memasak, yg momok plak sibuk keluarkan serbuk minuman coklat, yang si tomot plak dah selamat bawah sleeping bag, nak tidur la tu.. selang beberapa minit lepas tu momok bisik kat aku

“polar ko guide si tomot”kata momok

Aku paham maksud si momok, maklumlah tomot tu pernah ‘ada benda’ masuk dalam badan dia, aku pun apalagi peluang nak baring tu dah dapat, masuk sleeping bag terus baring sebelah tomot, sambil bering-bering aku ajak si tomot layan sembang-sembang, rupanya tomot demam dah pakai baju 4 lapis pun masih menggeletar tu dah siap pakai dua lapis sleeping bag tu..aku plak ambil poncho (brader sidek nyer, thank bro) buat penutup pintu flysheet yang kat bahagian belakang tu.. hampir pukul 7:45pm aku dikejutkan dengan suara jewok

“wehh! mu nak gapo dio?”cakap jewok dalam bahasa ibundanya

Yang si momok pulak dah bantai bergelak ketawa, mana taknya jewok berinteraksi dengan tikus bukit. Lantak ko lah jewok janji nasi siap. Sebelum tu jewok bagitau yang dia masak tomyam dengan kerabu ikan bilis, aku pun tak pernah dengar kerabu ikan bilis. Lebih kurang pukul 8:15pm ke 8:20pm chef jewok telah selamat menyelesaikan misi sukarnya iaitu menyediakan makanan untuk santapan kuli-kulinya.. aku kejut mot tapi takmo bangun, rupanya dia nak steward kejutkan rupanya.. macam-macam hal ko nie tomot.. lepas tu jer apa lagi semua makan macam pelarian Rwanda yang kebuluran hampir habis la tomyam si jewok tu.. jewok plak buat muka bangga giler.. cilakak ko jewok berlagak macam burung gagak.. lepas makan aku dengan jewok sembang-sembang kosong diikuti dengan sampukan daripada momok dan tomot yang khemah group yg lain tu dah mula bergelap.. awal giler korang tido.. lepas tu jewok orang yang terakhir tido pasal dia sibuk ambil poncho yang dia bawak buat penutup pintu flysheet bahagian depan.. malam tu aku tidur kurang lena kerana sejuk yang teramat sangat dan juga ada disebabkan mimpi-mimpi yang membuatkan muka aku berubah muka majalah mastika..

Selamat pagi Irau

Tepat pukul 8:15am aku bangun diikuti jewok.. sebaik jer aku keluar aku tengok jer peerrgghhh! Subahanallah cantik betul view, dalam bebanyak view yang ini paling cantik, sebab aku nampak puncak-puncak gunung yang lain termasuklah gunung brinchang, Gunung yong yap dan juga puncak Gunung korbu. Jewok plak pergi kejutkan si tomot dan momok dalam flysheet. Apalagi memasing buat muka tak senonoh ler. Sambil nengok view sambil bergambar, sampaikan aku dengan momok siap julang signboard tu.. lepas sesi bergambar mulalah pulak sesi membreakfast kan diri. Makanan pagi nie disediakan oleh aku sendiri , senang jer ambil tuna dengan roti pastu serve jerk at menatang 3 ekor tu..

Lebih kurang pukul 9:15pm kitaorg sambung balik tidur dah perut Kenyang layanplak tidur perrgghgh! Best betul, memasing pun hanyut dibuai angin yg bertiup kencang.. lebih kurang pukul 12:15pm aku bangun celik-celik jer mata aku nampka mat salih tgh bersembang dgn jewok, ntah apa kebende diaorg sembangkan.. aku terus bangun dan berkemas untuk pulang.. group yang lagi satu dah turun awal 25minit.  Yang group aku nie siap bergelak ketawa lagi.. lebih kurang pukul 01:12pm kitaorg bertolak turun dari puncak irau ke anak irau

Puncak irau – Anak irau

Perjalanan ke anak irau memang best giler takde langsung yang mampu membuatkan minda aku berputar ligat.. setibanya aku kat anak irau aku tengok jewok dah ada kat atas puncak anak irau. Lebih kurang 15minit kemudia tomot sampai bersama momok kitaorg lepak hampir setengah jam. Lepastu perjalanan diteruskan. Dalam perjalanan berderau jugak lah darah aku, mana taknya aku hampir terpijak anak ular tedung selar ada le lebih kurang setengah meter, pergghhh! Mengelupur aku lari, mot plak direct pegang lengan baju aku pojie plak genggam erat parang ala-ala samurai dia.. Alhamdulillah nasib baik takde apa jadi.. tapi rasanya kalau aku kena patuk pun mungkin takde apa terjadi sebab aku pakai kasut Spike (Army Boots) lebih kurang setengah jam perjalanan satu perkara buruk berlaku mot kaki terbenam dalam lubang, mot dah menjerit  kesakitan.. aku terpaksa tarik kaki dia bila ku tarik jer lagi dia jerit.. aku dah cuak dah risau takut lubang tu milik Ular Bersaudara and Co. aku tarik jugak kaki dia last-last kasut tercabut.. momok seluk lubang tu amik balik kasut mot.. mmber tu dah siap nak menangis (aparra lu mot) kitaorg jalan depan skit stop amik take 5 pastu aku urut kaki mot dan spray dengan Pain Killer.. dalam sakit-sakit tu mot nak jugak buat lawak.. (ko mmg giler la mot)dan perjalanan diteruskan dan akhirnya sampai juga kitaorg ke parking lot di gunung brinchang walaupun mot terpaksa memakia tongkat . Apalagi sesi menukar pakaian ler.. dah sattle semua barulah ktaorg gerak balik ke Kuala Lumpur.. tapi sebelum tu sempat jugak layan bergambar di Ladang teh rasa macam hero hindustan la plak.. mueekakkkaka... dalam perjalanan kitaorg memasing kuar pelbagai topic yang mana sesetengah topic tu boleh membuatkan seseorang tu ketawa bersendirian..  dan ada jugak terselit seketul dua topik mistik sepanjang perjalanan pergi dan balik..

Tapah – bidor – Kuala Lumpur

Sampai di hentian rehat dan rawat (R & R) tapah, kitaorg tak dapat port untuk makan-makan . daN akhirnya kitaorg stop dan makan di pekan bidor, memula cari gerai last-last aku singah kat kedai nasi ayam yg selalu aku makan bila aku balik kg.. lepas makan jer kitaorg terus layan kepala dan lepastu aku hanyut dibuai dendangan music dari radio kereta momok..

Lebih kurang pukul 11:25pm aku sampai betul-betul dihadapan rumah aku..aku pun angkat bag keluarkan barang apa yang nak didalam beg tu.. dan aku terus mandi dan tidur.. Trip kali nie membuatkan aku betul-betul rasa seronok  terima kasih semua semoga berjumpa di ekspedisi yang akan datang..

Sekian coretan daripada ahli junior Chronicle Explorer..

OnePolar a.k.a Azlan

Friday, December 10, 2004

Kenangan Di Gunung Liang East West

Menggamit Kenangan di Liang

HARI
nih Jumaat 3 Disember 2004 Masihi… mengikut perkiraan Islam hari ini ialah 20 Syawal 1425 Hijrah. Sisa-sisa kemeriahan Aidilfitri masih lagi terasa, maklumlah puasanya sebulan... raya pun mestilah sebulan. Walaupun ada yang tak cukup puasanya... namun tetap beraya sakan. Pejabat aku pulak buat jamuan raya Sabtu depan.
Tepat jam 5.00 petang aku punch out keluar pejabat. Dengan 125Z yang aku beli dari Kecuk, aku merempit di celah-celah kesesakan kota besar Kuala Lumpur untuk pulang ke rumah. Bawa motor memang macam orang gila... nasib tak masuk bawah lori.
Selesai solat Asar aku megemaskan beberapa lagi keperluan yang sempat di bawa sebelum Mono datang. Mulanya aku bercadang nak naik LRT pergi KL Sentral, sebab pengarah projek suruh kumpul di sana. Tapi sebelum keluar dari pejabat tadi, Mono pula telefon nak hantar aku ke KL Sentral sebab dia nak jumpa dengan Ngai.

Aku membonceng di belakang EX5 Mono sambil Tatonka 40+5L tersangkut di bahu aku. Ringan pula kali nih. Biasanya paling tidak pun kalau tak ditambah dengan ration mesti mencecah 20kg... kadang-kadang 40kg pun ada... ini macam tak sampai 10kg sahaja. Mana tidaknya... selepas balik dari main futsal semalam badan dah penat... tak pegi main kang Zairin pula bengang. Sabtu nih ada game memang aku tak dapat main. Entah apalah barang yang aku sempat packing semalam. Mampuslah aku... teruklah dalam hutan kali nih... keperluan aku kali nih tak lengkap.

Sambil membonceng motor, aku sibuk berbual dengan Mono. Zawati dan Masitah rakan sepejabat dengan aku mulanya kata nak ikut. Tapi menarik diri di saat akhir. Syawal kali ini seperti tahun lepas, bertembung dengan musim cuti sekolah. Banyak betul undangan rumah terbuka mahupun jemputan menghadiri kenduri majlis perkahwinan. Naik gunung punya pasal semuanya aku tolak ke tepi. Zawati ada urusan kerja, Masitah pula sibuk membuat persiapan agaknya.
Pengarah projek kali nih ialah Ngai atau BiNgai suruh berkumpul di KL Sentral sebab nak naik keretapi menuju Tanjung Malim jam 8.00 malam nanti. Kebetulan petang ini rakan-rakan aku yang naik gunung masa zaman pengajian dulu pun buat perjumpaan di food court KL Sentral jam 7.00 petang. Bolehlah aku bersembang sekejap.
Kira-kira jam 6.30 ptg aku sampai di KL Sentral terus menuju ke food court. Poji dah sedia menanti ditemani Cipoi.
“Dah lama sampai?” Aku menyoal Cipoi yang anggun berbaju kebaya.
“Baru jekkk...”
Setelah meletak beg di sebelah Cipoi, aku menuju ke satu sudut lain di mana rakan-rakan zaman pengajian aku dulu sedang berkumpul.
Yatt dan Suhaizal yang juga baru sampai mengambil tempat duduk tidak jauh dengan kaunter menjual minuman. Sedang sibuk berbual bertanya khabar Buruj sampai bersama adiknya diikuti oleh Kuril. Tidak lama selepas itu Zaki, Lin, Suhaimi dan Sabri pun sampai. Selain bersembang, aku diminta oleh Mat Zul untuk menghulurkan kad jemputan perkahwinannya kepada mereka. Mat Zul yang kecewa dengan pertunangannya beberapa bulan lalu akan melangsungkan perkahwinan dengan gadis lain pada pertengahan bulan ini.
Di sudut sana... bersebelahan dengan Cipoi pula, Ezrin, Kanee, Polar dan Ngai telah pun sampai dan sibuk melihat gambar-gambar ekpedisi yang dibawa oleh Mono. Jam 8.00 malam aku, Poji, Polar, Kanee dan Ezrin bergerak menuju ke arah gerabak keretapi yang menuju Tanjung Malim. Ngai akan pergi ke Tanjung Malim dengan kereta. Menurut Ngai ada seorang lagi kawannya dari Penang akan turut serta ekpedisi kali ini. Mono dan Cipoi hanya menghantar kami sampai di KL Sentral sahaja.
Keretapi mengambil masa 2 jam untuk sampai ke Tanjung Malim. Zarina kawan Ngai yang aku maksudkan tadi sedang menanti di sebuah kedai mamak di bandar Tanjung Malim ini. Walaupun pada mulanya tersalah arah, akhirnya kami sampai juga ke kedai mamak yang dimaksudkan oleh Zarina.
Selesai membayar harga makanan dan minuman jam sudah menghampiri tengah malam. Kami menuju Masjid Tanjung Malim sementara menunggu ketibaan Ngai. Tiba di masjid mata masing-masing seolah-olah tidak mahu terbuka lagi. Poji menggantung hammock di antara dua tiang lampu dalam kawasan masjid... tak pernah buat di orang tidur dalam hammock di masjid. Ezrin dan Zarina telah masuk ke ruang sembahyang wanita. Polar dan Kanee masing-masing telah masuk ke dalam sleeping bag. Aku membentag fly sheet di kaki lima masjid tidak jauh dari kepala Polar dan Kanee.
Ngai katanya akan sampai jam 2.00 pagi nanti. Tapi jam 4.00 pagi barulah nampak batang hidung. Ngai sampai diikuti kereta yang dinaiki oleh Shuk, Jebat, Anoy dan Aida. Pembahagian barang-barang keperluan pendakian yang hendak di bawa dilakukan sebelum subuh lagi. Selesai sembahyang subuh masing-masing menuju kedai makan untuk sarapan pagi. Sebelum itu sempat juga kami menyelitkan nota pada kereta kancil yang gila parking. Nak pegi kerja parkingnya di masjid... tak nak bayar parkinglah tuh... sebelum parking tuh asyik sumpah seranah pada kereta Jebat yang parking melintang... kesian Ezrin dan Kanee yang menjadi mangsa. Selesai sarapan Ngai membuat laporan polis untuk memulakan ekspedisi mendaki Gunung Liang Timur-Barat.

PAGI 4 Disember 2004... Aku, Poji, Polar, Kanee, Ezrin dan Zarina menaiki bas bernombor 166 untuk menuju ke Kampung Sungai Dara kira-kira jam 8.30 pagi.
“Bang... sampai nanti tolong petik loceng. Kami nih tak pernah lagi sampai ke sana.” Pinta Poji kepada konduktor bas yang bertugas. Setibanya di simpang Kg. Sg. Dara konduktor bas memetik loceng dan kami pun turun dari bas. Namun kelibat Ngai masim belum kelihatan. Masing-masing mula menyumpah seranah. Ke manalah si biNgai nih pergi... sepatutnya dia sampai lebih awal sebab naik kereta.
“Dia masuk dalam hantar beg dulu kot...” Kanee cuba menenangkan keadaan resah akibat lama menanti. Hampir setengah jam menunggu barulah Ngai dan Jebat muncul dengan kereta masing-masing. Agak jauh juga masuk ke Kg. Sg. Dara untuk tiba di pintu masuk Hutan Simpan Kekal Behrang. Di sini terdapat sebuah empangan yang di bina untuk menampung keperluan air bersih kepada seluruh penduduk Tanjung Malim.
Jam 10.00 pagi pendakian menuju puncak Gunung Liang bermula. Destinasi bermalam hari ini ini Camp Site 7 Eleven. Esok perjalanan akan di sambung menuju puncak Gunung Liang Barat diikuti puncak Gunung Liang Timur.
Lebih dua jam trekking aku dan semua yang lain tiba di check point pertama perjalanan ialah ulu Sungai Liang untuk makan tengah hari. Air sungai yang mengalir dari kawasan tanah tinggi ini jernih tak henti-henti menerjah batu. Terjunannya dari satu tingkat ke satu tingkat membawa seribu erti kehidupan dalam persada alam. Percikan airnya dan dingin hembusan angin hutan cukup mendamaikan resah hati si pendaki gunung. Suasana segar dan udara nyaman sebegini cukup sukar untuk dinikmati di Kuala Lumpur.
Kira-kira jam 1.30 petang perjalanan di sambung balik menuju Camp Site 7 Eleven.

“Kau perasan sepanjang jalan nih..?” Poji menyoal aku.
“Dari tadi dah aku dah nampak... sepanjang jalan ada jerr tapak nih.”
“Kau rasa binatang apa?”
“Nengok kesan kuku macam gajah kot... kau rasa binatang apa?” Balas aku dalam nada cuak.
“ Mungkin juga... tapi kalau gajah takkan jalan sengsorang macam nih. Aku rasa tenuk.”
“Ntahlah...” Perjalanan tetap disambung semula. Memang sepanjang perjalanan terdapat kesan tapak hidupan liar.
“Tuu haaaa Poji... kau nampak tuuu... banyaknya.” Aku menunding jari ke arah sebatang pokok.
“Buah apa tuh... boleh makan ker?” Soal Poji.
“Ntahlah... macam buah rambai tapi warna merah.” Lalu aku mengupas sebiji buah yang bertaburan di atas jalan. Isinya memang macam isi rambai... tapi kulitnya bewarna merah pudar.
“Argh... masamnyaaa...” lalu aku mencampakkan lebihan buah ke tanah. Perjalanan mendaki disambung semula.

Mata aku semakin letih dan penat. Malam tadi di Masjid Tanjung Malim mata tak berapa nak lelap. Pendakian kali ini menyebabkan aku kerap kali tertidur di atas trek ataupun berjalan sambil tidur.
Hari sudah semakin petang. Banyangan pokok hutan tidak lagi kelihatan. Walupun jam menunjukkan jam 5.00 petang tetapi keadaan hutan sudah mulai gelap.
“Jauh lagi ke nak sampai nih Jebat?” soal aku. Minggu ini kali kedua Jebat naik Gunung Liang.
“10 minit lagi.” Mudah sekali jawapan dari Jebat. Aku meneruskan perjalanan.
“Dah 10 minit nih tak sampai lagi nih...”
“Tambah lagi 10 minit.” Begitulah jawapan dari Jebat. Macam orang tak reti baca jam. 10 minit jekk yang dia tahu.
Akhirnya jam 6.00 petang aku sampai di Camp Site 7 Eleven ikuti oleh Ezrin di belakang aku, Polar dan Zarina. Beberapa minit kemudian Jebat, Anoy, Aida dan Shukri pun sampai dengan muka menahan penat diikuti oleh Kanee, Poji dan Ngai di belakang sekali.

Di camp site masing-masing dengan tugas yang tersendiri. Ada yang pasang khemah, mandi, ambil air, tukar pakaian, cari kayu api atau memasak. Setelah lamptern dipasang aku mengupas bawang dan memnyediakan bahan-bahan untuk di masak malam ini. Ngai pula mengeluarkan radio kecilnya yang sudah buruk dan disangkut pada sebatang pokok untuk memecah sunyi malam. Sementara menunggu makanan siap di masak aku melelapkan mata untuk menghilangkan penat lelah. Ezrin sejak awal tadi lagi telah pun lena berbungkus dalam sleeping beg tatkala senja melabuhkan tirainya.
Tersedar aku dari tidur makan malam sudah siap di masak. Entah siapa yang mengejutkan aku dari lena tadi aku pun tak perasan. Makan malam memang tak ingat... masing-masing makan macam rakyat Iraq kala perang. Menu nasi putih, tom yam campur daging, ayam goreng, telur dadar, goreng ikan masin dan sayur campur memang menambah selera makan. Lepas makan pula pekena pula kopi o... kenyang tak ingat.

Selesai makan malam Poji mengejutkan Ezrin supaya makan. Yang lain sibuk berbual, macam-macam perkara yang dibualkan. Berada pada ketinggian 1,300 meter dari aras laut memang menyejukkan. Aku mengenakan semula baju jeans dan sarung tangan waterproof yang baru dibeli seminggu lalu. Seluar jeans dan kasut yang aku pakai sejak pagi tadi masih belum dilucutkan dari badan.
Di kejauhan sana lampu neon dari Proton City Tanjung Malim seolah berkelip-kelip melambai irama malam. Sambil unggas hutan kadang kala bersahutan mengalun nada mesra. Di atas pula langit bersih yang terlindung oleh daunan pohon hutan cantik ditaburi bintang malam. Hutan Gunung Liang yang selama ini sunyi riuh seketika akibat gelak tawa kumpulan pendaki.
Menjelang tengah malam masing-masing tidak mampu lagi untuk menahan ngantuk mata. Akhirnya hanya radio buruk Ngai yang tegar mengalunkan irama, dibiar terpasang sehingga pagi. Suasana alam pula kembali kepada asal setelah semua peserta ekpedisi meyelimuti tubuh dengan sleeping beg masing-masing.

SARAPAN pagi 5 Disember 2004... Zarina memasak sardin dan tuna untuk membuat sandwich. Jebat masak nasi goreng. Anoy pula tukang buat air. Yang lain turut membantu. Aku hanya buat-buat rajin. Hanya Ngai yang memang liat untuk bangun pagi. Pagi aku lebih senang makan roti disapu jem atau kaya dan minum air teh o.
“Seterusnya kita akan mengumumkan 10 lagu teratas dalam carta Era...” Ketika carta lagu dalam Radio Era tiba di pertengahan rancangan, pendakin menuju ke puncak Gunung Liang dimulakan. Gunung Liang mempunyai dua puncak yang ditandakan dengan besi beirut iaitu di bahagian Barat dan Timur. Pendakian akan dimulakan dengan puncak Barat yang didahului oleh Ngai.
Hari ini trek menuju puncak memang mencanak... boleh dikatakan dari 89-90 darjah. Aku dan Ngai tiba di puncak Gunung Liang Barat kira-kira jam 12.30 tengah hari. Tidak lama kemudian Poji pula muncul dan diikuti dengan yang lain.
Berada di kawasan kemuncak sebegini memang menyeronokkan. Terik mentari tidak terasa langsung. Malah tubuh mengigil menahan sejuk. Kabus gunung masih meyelimuti kawasan sekeliling. Pemandangan adalah terhad. Namun sesekali angin yang bertiup menolak selimut kabus dari kemuncak hutan. Saujana mata memandag terbentang luas di hadapan mata. Dapat jugalah aku melihat Proton City serta bandar Tanjung Malim jauh di lembah sana walaupun seketika cuma.
Setelah bergambar dan berehat seketika... kami semua bergerak ke puncak Gunung Liang Timur pula. Perjalanannya tidaklah jauh... hanya mengambil masa 10 minit. Puncak timur ini dikelilingi oleh pokok hutan yang meninggi melebihi besi beirut. Tiada pemandangan yang dapat dilihat di sini.

“Kau ada bawak spray tak?” Jebat menyoal aku.
“Aku tinggal kat puncak Barat sana. Kenapa?”
“Nih... lutut Aida sakit.”
“Balik sana kang aku bagi.” Jelas aku.

Ekpedisi kali ini Ezrin sering menjadi bahan gelak tawa. Jebat sering membahan Ezrin. Yang lain turut menambah sambil gelak tak henti-henti. Setelah puas berehat, masing-masing bergerak ke puncak Gunung Liang Barat semula untuk melihat pemandangan. Aku meyerahkan pain relief spray kepada Aida untuk disembur ke lutut kanannya. Keputusan juga diambil untuk bermalam lagi sehari di Camp Site 7 Eleven. Esok barulah bergerak pulang ke Kuala Lumpur.

“Jom turun bawah...” Ezrin bersuara.
“Rireks aaah dulu Mot...”
“Kau nak rari ke mana cepat-cepat nih...”
“Dah nak cetart jalan ke..?” Ada sahaja yang menambah. Aku turut mengajuk kata-kata Ezrin yang berlidah pelat. Memang Ezrin teruk kena bahan. Yang lain berdekah-dekah bunyi ketawa.

Jam baru sahaja melepasi pukul 3.00 petang. Langit pula semakin berat. Aku pun memulakan langkah untuk turun ke Camp Site 7 Eleven diikuti yang lain. Hanya Ngai dan Poji masih tidur di puncak melayan perasaan. Selang beberapa minit berjalan, hujan mula merintik. Trek semakin basah dan licin. Ezrin yang berjalan di hadapan sekali paling kerap jatuh tergelincir... alasannya nak menangkap biawak.
Hujan mula berhenti sebaik sahaja aku sampai di camp site. Mujurlah hujan tadi tidak berapa lebat. Kalau tidak mampus mengigil aku. Menurut Jebat, Ngai dan Poji nak tunggu sehingga hujan berhenti barulah turun dari puncak.
Memang tidak sia-sia usaha mereka berdua menahan sejuk hujan di puncak Gunung Liang Barat. Sebaik sahaja hujan berhenti, tebal kabus gunung yang menyelimuti alam pergi bersama angin petang. Saujana mata memandang dapat mereka saksikan dan terakam dalam kamera masing-masing.
Makan malam kami kali ini ialah dua periuk lebihan nasi goreng pagi tadi. Selesai makan malam aktiviti bersembang sambil mendengar radio buruk Ngai diteruskan seperti biasa hingga larut malam. Malam ini angin bertiup sungguh kencang, sejuknya mencengkam hingga ke tulang sum-sum. Masing-masing penuh berkelubung dalam sleeping beg. Hendak mengeluarkan muka pun aku tak sanggup.

Memang benar cinta memang buta...
banyak gadis cantik sini-sana...macam mana aku boleh suka...
pada si dia dewi jelita...

ALUNAN lagu Cinta Dewa Dewi kumpulan Spider yang keluar dari radio buruk Ngai berkumandang di udara tatkala aku membuka mata pada pagi 6 Disember 2004. Dj Halim Othman yang menukar shif kerjanya dari pukul 6.00 pagi ke pukul 10.00 pagi masih gagal mengejutkan Ngai yang liat untuk bangun pagi.
“Woi... nak tidur balik rumahlah... tak payah pegi camping.” Sergah Ezrin. Sarapan pagi ini ialah megi goreng. Makanan lain sudah habis kesemuanya... yang tinggal hanyalah 10 bungkus megi dan sebungkus nasi himpit yang di bawa oleh Zarina.
Sementara menunggu megi selesai di masak oleh Jebat, Ezrin mengambil beberapa biji botol kosong dan turun ke punca air. Aku menemaninya sambil membawa beberapa biji periuk dan mess tin kotor.
“Cuti Tahun Baru Cina nanti ko nak pergi mana Mot?” Aku bertanya Ezrin yang sibuk membasuh kesemua periuk dan mess tin kotor tadi.
“Ntahlah... kau ada program ke?”
“Kalau kita pergi Air Terjun Jerangkang macam mana?” Cadang aku.
“Aku boleh jerr kalau ada pemangkin...”

Selepas menemani Ezrin membasuh di air aku terus mengambil sarapan pagi yang siap dimasak oleh Jebat. Selesai sarapan ada yang tidur semula dan ada yang berkemas untuk pulang.
Tepat jam 12.00 tengah hari Jebat, Shuk, Anoy dan Aida bergerak turun terlebih dahulu. Diikuti oleh Ezrin dan Kanee setengah jam kemudian. Aku dan Polar lewat 15 minit di belakang mereka. Ngai dan Poji paling lewat meninggalkan tapak perkhemahan.
Aku, Polar, Ezrin, Kanee dan Zarina tiba di Check Point Ulu Sg. Liang pada jam 2.30 petang. Aida yang mengalami sakit lutut masih di belakang ditemani Shuk, Jebat dan Anoy walaupun mereka bergerak awal. Akhirnya mereka tiba setengah jam lewat selepas Ngai dan Poji sampai dulu. Makan tengah hari kali ini ialah kek pisang dan beberapa bungkusan kecil coklat dan biskut.
Jam menghampiri 4.00 petang barulah perjalanan di sambung semula. Di langit awan hitam semakin berarak pekat. Selang beberapa minit berjalan, hujan turun seperti semalam namun tidaklah lebat. Di tengah perjalanan hujan pun berhenti.
Terdapat sedikit kelainan dalam ekpedisi kali ini. Hutan di Malaysia ketika ini sedang mengalami musin buah. Banyak buah-buah hutan bertaburan di atas jalan. Berbagai bentuk dan warna menjadi rezeki kepada penghuni rimba. Sehinggakan aku terserempak dengan *sensored* hutan yang keluar mencari makanan sebanyak dua kali.
Jam 6.00 petang aku, pun tiba di empangan Kg Sg Dara bersama Ezrin, Poji, Kanee, Zarina dan Polar. Tanpa membuang masa aku terus terjun ke sungai. Sebab aku menyedari kali terakhir aku mandi ialah hari jumaat lalu sebelum Amree menghantar aku ke KL Sentral. Setengah jam kemudian Ngai tiba bersama Shuk, Jebat, Anoy dan Aida.
Setelah selesai menukar pakaian bersih Ngai menghantar Poji, Polar, Kanee dan Ezrin ke stesen bas Tanjung Malim untuk mengambil bas ke Kuala Lumpur pada jam 8.00 malam ini. Kemudian berpatah balik mengambil aku dan Zarina yang menanti di empangan Kg Sg Dara di temani Jebat, Shuk, Anoy dan Aida.
Kami meniggalkan Kg Sg Dara ketika jam menghampiri pukul 8.00 malam. Ngai menuju ke Balai Polis Tanjung Malim terlebih dahulu untuk melaporkan ekpedisi kali ini telah selamat. Aku diarahkan oleh Ngai untuk membuat laporan tersebut. Kemudian kami ke stesen kertapi untuk menghantar Zarina. Malangnya semua tiket untuk ke setiap destinasi telah habis.

“Kau ikut kita orang ke KL lah... ambil bas kat Pudu.” Cadang aku.
“Ok juga... kat KL banyak bas.” Sebelum bertolak ke KL, terlebih dahulu kami menikmati makan malam di sebuah restoran di Hulu Bernam. Zarina terpaksa mengikut aku dan Ngai ke Kuala Lumpur dan mengambil bas di Puduraya.
Setelah menghantar Zarina ke Puduraya, Ngai menghantar aku pulang ke rumah. Ketika aku membuka pintu rumah. Jarum jam telah menghampiri pukul 12.00 tengah malam. Inilah ekspedisi paling santai yang pernah aku lalui. Banyak masa untuk berehat di sepanjang ekspedisi. Terima kasih kepada kengkawan yang sama-sama mengharungi keseronokan mahupun susah payah mendaki gunung. Semoga bertemu lagi di ekspedisi yang akan datang.

special Thanks To Kabus Gunung (Mawi) sorry tak mintak kebenaran ko

Tuesday, April 20, 2004

Catitan Seorang Pengembara (Mawi Version)

CATATAN SEORANG PENGEMBARA
31 Dis 2002
Tinggal beberapa jam sahaja lagi aku akan meniggalkan tahun 2002, begitu juga dengan manusia di seluruh muka bumi. Jam dah menunjukkan 9.00 malam. Aku tengah “berperang” melayan COMMANDO 2, Mat Zul sebelah aku entah dengan “game” apa pula engkau orang tanyalah dia.
"Assalamualaikum.......," kedengaran suara dari luar rumah aku.
Rumah yang sudah dua bulan aku tidak bayar sewa.
"Mawie... ada Mawie...," belum pun sempat aku menjawab salam suara tuh berbunyi lagi.
"Waalaikummussalam.....," maklumlah jawab salam hukumnya wajib.
Sambil itu, aku berjalan ke arah muka pintu. Segera aku membuka pintu dan terus menghulur tangan.
"Ha... akulah Mawie," aku menambah sambil berjabat tangan."Epip nih... dah siap ker belum.
"'Oh nih..laa mamat yang tepon aku kat opis siang tadi,' dengus hati aku.
"Belum lagi laaa.. nak gi sekarang ker...," dengan sedikit rasa bersalah aku menjawab. Lagipun aku tengah pakai seluar pendek jer... Tapi betul juga terkaan aku, dia janji lepas Maghrib nak datang. Kalau lepas Asar waktu Maghrib, lepas Maghrib... Isyaklaa jawabnya. Sedangkan apa yang kita sentiasa fikir... kalau orang berjanji nak datang lepas Maghrib... mesti antara pukul 7.30 malam hingga 8.30 malam. Tapi... ramai yang tak sedar lepas Maghrib ialah Isyak.
"Ha... ah budak-budak aku janji nak kumpul 9 setengah nih..." Epip meneruskan perbualan pada pertemuan yang pertama nih.
"Okeylah... aku bersiap jap...," aku menoleh dan melangkah masuk ke dalam rumah.
"Bawak daypack jer...," sempat lagi mamat nih melaung.Masuk ke dalam bilik, terus aku pakai baju, sarung seluar ‘jeans’, capai ‘tide’ dan ‘daypack’ terus turun ke tingkat bawah.
"Sori la... Mat Zul kau tinggal sorang malam nih...," aku menyapa Mat Zul sambil menyarung 'sweater' dan mencapai dompet. Lepas tu gulung 'sleeping bag' dan terus aku sumbat dalam 'day pack' aku
"Takperla...," Mat Zul membalas. Nada kecewa seolah-olah terpancul dari mulutnya. Mana tidaknya, tadi aku janji nak ‘berperang’ bersama-sama. Tapi aku pula tiba-tiba sahaja keluar. Tapi budak-budak rumah ni pun sama juga. Pergi sambut tahun baru, sampai ‘member’ satu rumahpun dilupa. Aku terus melagkah keluar rumah.
"Botol air ader bawak tak," Epip bersuara sebaik sahaja aku malangkah keluar dengan kasut 'sport' Kecut.
"Alamak... kejap aku amik," aku melangkah masuk ke rumah semula. Berbekalkan botol air kosong aku keluar semula terus melompat ke atas motor Epip.
"Tak isi air ker..." melihat jer botol air Epip bersuara lagi."Air kosong dah habis la... aku minum lepas main bola petang tadi."
"Takpe kita isi kat kedai makan nanti. Lagipun aku belum makan lagi." Epip menyambung lagi. Bagus juga, aku pun belum makan lagi. Atas motor aku dan Epip berbual macam biasa. Nasib baik dia jumpa rumah aku. Siang tadi dia gelakkan aku sesuka hati dia sahaja. Aku memang dah tahu bukit batu kapur di belakang Taman Melawati tuh. Tiap-tiap hari aku tengok. Aku sendiri pernah cakap pada Mat Zul aku nak naik ke puncak tu. Tapi mana aku tak tahu bukit itu orang panggil Bukit Tabur. Tapi kalau dia tak jumpa rumah aku tadi... memang aku nak gelak kat dia sepuas hati aku.Selasai memesan makanan di kedai makan depan Pejabat Pos Taman Melawati aku berbual kosong dengan Epip.
Hinggalah ke satu topik yang biasanya menjadi tajuk utama pada pertemuan pertama macam ni.
"Kau dulu student UTM kan... Aku ada sorang member... UTM jugak dulu," Epip meneruskan perbualan."Siapa nama dia?"
"Tisha."
"La... tunang dier tuh budak rumah akulah, ade kat rumah 'berperang' sorang-sorang. Kesian gak nengok dia kene tinggal sesorang. Yang kau nampak depan rumah aku tadi kereta Tisha la..." aku menyambung panjang.
"Mat Zul nama dier..." aku menambah.
"Ye.. ker!!! Bila dia bertunang?" Macam terkejut jer si Epip nih.
"Ntah! Aku sendiri pun tak tau. Dengar-dengar jer dah bertunang." Betul juga tuh. Aku ingat aku sorang jer yang tak tahu si Mat Zul nih dah bertunang. Rupa-rupanya ramai lagi yang tak tahu. Masa 'open house' di rumah tunang Jack pun ramai yang mengaku tak tahu bila masa si Mat Zul nih bertunang.
"Tadi Mat Zul ada cakap kat aku, member Tisha nih geng naik gunung nak pegi ke Kelantan. Jadi... dier nak kenalkan aku pada member-member Tisha la... Aku rasa kau lah orangnyer...." sambung aku sambil meneka."Memang kitorang ada plan nak pegi ke sana. Tapi tak tau bila," tambah si Epip.Memang betullah terkaan aku. Alahai... Mat Zul, kau nih lambatla... aku dah kenal dengan member Tisha lebih dulu daripada kau. Dan juga jauh lebih rapat daripada kau. Mat Zul nih memang lembab la... sikit. Aku suruh dia 'frame'kan gambar puzzle tuh... sampai hari ni tak siap-siap lagi. Gambar tu langsung tak sampai kat kedai ‘frame’. Buat penat je aku susun. Tapi tidak mengapa bagi aku. Kerana menyusun puzzle tu... satu kepuasan bagi aku. Cuma aku harap Mat Zul padamkan niat dia nak kenalkan aku pada member-member Tisha ni. Sebab aku dah kenal!
"Aku nak tunggu member aku nih... Kita lepak lama sikit kat kedai nih takpe kan..." Epip bersuara. Nada kesal di atas kelewatan rakan-rakannya jelas terpancar.
"Takpe... aku ikut jer," balas aku.Aku meneruskan perbualan kosong aku dengan Epip. Hampir sejam masa berlalu, tiba-tiba telefon Epip berbunyi. Dari perbualanya aku dapati rakan-rakan Epip telah sampai depan Pejabat Pos Taman Melawati. Lalu Epip pun bergegas ke sana. Selang beberapa minit Epip muncul bersama sorang lelaki dan dan diikuti seorang perempuan.
'Ada jugak awek yang ikut naik puncak malam nih...' dengus hati aku. Lelaki tu mengenalkan dirinya sebagai Abang Em. Aku panggil Em sahaja. Kemudian muncul sebuah van bersama dua orang penumpang, kesemuanya lelaki. Mereka memperkenalkan diri sebagai Anala dan Trojan. Dari bibit perbualan mereka jelas memberi alasan kesesakan di bandaraya Kuala Lumpur menjadi sebab utama kelewatan. Em dengan awek tu datang dengan kereta, aku sendiri tak ingat di mana rumah Em dan di mana rumah awek tu. Tak silap aku kawasan PJ. Awek nih boleh dikatakan ada rupa dan ada gaya. Orang biasa cakap awek macam ni ‘kira cun jugak la...’ Dalam hati aku kata, Tisha mungkin kenal sangat dengan awek ni.Si Trojan lewat sebab menungu Anala si stesen LRT dari pukul 8 malam.
'Huh! Sekarang dah pukul 10.30 malam. Lewatnya LRT,' hati aku mendengus. Rupanya Anala yang mengambil LRT kat Kelana Jaya tak silap aku, terpaksa membiarkan 5 buah 'train' berlalu begitu sahaja. 'Train' tak berhenti, sebab terlampau penuh. Orang ramai turun nak KL. Nak sambut tahun baru la... katakan. Anala dan Trojan terpaksa ‘menapau’ makan malam mereka di kedai makan tu. Tak sempat makan malam rupanya mamat dua ekor nih. Kesian juga aku dengar cerita diorang nih. Kemudian terus bertolak ke kaki Bukit Tabur.
'Huh! Tak sangka aku!!' hati aku menjerit terkejut. Kaki Bukit Tabur ni rupanya di hadapan pintu masuk Empangan Klang Gate. Milik Puncak Niaga Sdn. Bhd. Yang membuatkan aku benar-benar tekejut ialah bilangan kereta ada dalam 15 buah, motor pula dalam 10 buah buah sedang 'parking' di situ.
"Yang parking kat sini nih semuanya dah naik ke puncak," Epip bersuara."Mak ai... ramainya!" Lantas aku menjawab dengan nada terkejut.
"Kat sini la... orang-orang KL biasanya nak buat aktiviti rekreasi," Epip menyambung.
"Siapa nak strecting... buatla... sendiri-sendiri," tambah Epip.Aku pun macam biasa. Melonggar kan urat saraf serta otot. Walaupun petang tadi dah main bola. Tapi kesejukan malam yang macam ni, macam-macam boleh jadi. Aku tak nak ambil risiko.Awek tu pun sama. Melentokkan badan dia, ke kiri dan ke kanan, dari tangan hinggalah ke kaki. Selesai 'strecting' dia mengenakan 'rain coat' celoreng. Uniform askar. Lengkap satu 'suit', dengan seluar celorang dan 'boot' hitam yang dia pakai. Nampak lasak. Tudung dan 'day pack' jer bukan askar. Tapi itulah macam orang dok cakap tadi 'kire cun jugak la...'Sedang aku dan rakan-rakan Epip melakukan 'strecting' muncul sebuah van. Penumpangnya dalam 10 orang, kesemuanya Chinese. Nak naik Bukit Tabur juga. Bertambahlah bilangan orang kat puncak malam nih. Kata hati aku. Nak sambut tahun baru kat puncak nampaknya.
"Bukit nih ada banayk puncak, kita akan cuba pergi ke puncak yang tertinggi." Kata Epip.
"Aku jangka 45 minit nanti sampailah. Kat situ mungkin tak ramai orang," sambungnya.Jam 11.02 aku memulakan perjalanan bersama kumpulan Chinese tu. Tapi mintak maaf la... Kumpulan Chinese tu memang jauh ketinggalan di belakang.Em depan sekali diikuti awek tu, dan aku dibelakangnya. Belakang aku ialah Anala, diikuti Trojan dan Epip ‘last’ sekali. Sedang berjalan tiba-tiba awek tu duduk. Keletihan terbayang di wajah awek ni. "Nak air," lantas aku menghulurkan air yang aku bawa pada dia. Kemudian pendakian diteruskan. ‘Trek’ agak licin. Mungkin dibasahi embun atau hujan pada petang hari. Tempat tinggi memang selalu hujan. Sesekali awek ni tergelincir. Akulah menghulurkan bantuan. Adakalanya perjalanan tersekat. Awek depan aku ni lambat sikit nak panjat batu di depannya. Terpaksalah aku membantu dia. Aku tolong angkat beg dia bagi mengurangkan beban dibahunya. Bila berjalan dibelakang perempuan, biasanya inilah tugas yang tak dapat dielakkankan. Ternyata beg yang dia bawa tu lebih berat dari beg aku.Tak berapa lama berjalan awek ni berhenti lagi. Penat dan letih. "Mawie nak air," aku membuka penutup botol dan meghulurkan botol air kepadanya. Kasihan melihat awek ni, aku menukar beg aku dengan beg dia. Kini beban di bahu aku telah bertambah sedikit."Ringanya beg nih..." awek tu bersuara sambil memulangkan botol air kepada aku. 'Memang la... beg aku tuh ringan.'"Dalam tu ada 'sleeping beg' dan roti 'compress' jer... memang ringan," balas aku pendek.Perjalanan diteruskan. Em di depan sibuh menyuluh jalan. Maklumlah waktu malam macam ni penglihatan agak terhad. Silap jalan boleh sesat. Sepanjang perjalanan Epip sesekali memberitahu aku. Tengok kanan, itulah tasik Empangan Klang Gate. Sebelah sana tu UIA tempat aku kerja. Dan mata sentiasa ke sebelah kiri melihat bandaraya Kuala Lumpur, menanti percikan bunga api.
"Aduh!" Tiba-tiba awek depan aku ni menjerit.
"Kenapa?" Aku menyoal.
"Tangan bercalar... aduh!!!" Ternyata batu yang dipegangnya agak tajam.
"Ala... takper... kurang seribu jer..." aku cuba membuat lawak.
"A... ha... ha... ha..." gelak manja pula awek nih. Bagus juga kalau macam tu. Kedua kaki dan tangan bercalar dah tolak empat ribu. Murah sikit perbelanjaan untuk pihak lelaki. Tapi ada ke orang buat macam tu? Dan... menjadi ke lawak aku tadi?"ING....!POM....!POM...!""Woi...! dah pukul 12!" Entah suara siapa aku tak pasti..
"Jauh lagi ker nak ke puncak paling tinggi?" Aku menyoal."Ada tiga puncak lagi nak ke sana," suara Epip dari belakang."Kita lepak kat puncak ni dulu la... tengok bunga api.""Okey..."Di hadapan jelas berdiri megah KLCC, disebelahnya KL Tower, menara Tabung Haji, May Bank dan menara-menara lain yang berdiri teguh. Sungguh teserlah gemerlapan cahaya di KLCC. Bola-bola cahaya meluncur deras ke udara. Tinggi dan tinggi akhirnya pecah membentuk kilauan warna. Umpama air pancuran yang terletak di taman, cahaya api berlumba-lumba untuk meluahkan dentuman bunyi yang yang mengasyikkan. Kuala Lumpur sungguh bercahaya di waktu malam. Tembakan-tembakan bunga api umpama menambah seri di malam hari. Dari KLCC higgalah ke Dataran Merdeka, Bintang Walk, Ampang, Mines, Bukit Jalil dan Selayang. Pancutan bunga api memberikan pemandangan yang sungguh menarik.Selamat tinggal 2002... kini tibalah 2003... malam yang sungguh mengasyikkan apabila tiba tahun baru. Berada di kemuncak tanah tinggi memang satu pengalaman yang sukar untuk aku lupakan. Kali ini aku melihat Kuala Lumpur yang dipenuhi cahaya. Percikan bunga api seolah memberi satu kelainan pada malam di Kuala Lumpur. Deretan kereta yang memenuhi MR2 umpawa semut yang ingin pulang ke sarang. Lingkaran Tengah jelas umpama tulang belakang kepada jaringan jalan raya di ibu kota.Tetapi apa yang akan berlaku pada aku di 2003? Hanya tuhan yang tahu.
"Jom naik satu lagi puncak kat depan nih. Di situ tempat luas sikit nak pasang khemah. Pagi esok kita ke puncak yang paling tinggi." Epip mengejutkan aku dari lamunan. Sekali lagi aku mendukung beg awek tu.Berada di kawasan perkhemahan bersama rakan-rakan sentiasa menghiburkan. Memang mendaki gunung memerlukan kemantapan fizikal dan mental. Walaupun jelas meletihkan dan memenatkan tetapi hanya orang yang seperti aku sahaja yang faham di mana keseronokan mendaki gunung. Keseronokan yang tak mampu aku gambarkan dengan kata-kata.Jam 4.00 pagi 1 Januari 2003 aku membuka 'sleeping beg' aku dan masuk tidur. Tidur pagi aku di tahun baru ini dikejutkan oleh azan subuh. Mungkin azan subuh yang dilaungkan di masjid UIA. Tempat aku bekerja.Pagi, aku tolong awek tu goreng cekodok. Itulah antara makanan paling 'glamer' dan paling sedap waktu berkhemah. Selepas sarapan dan membersihkan kawasan perkhemahan. Aku bersama kumpulan mendaki yang aku baru ‘join’ ni terus ke puncak yang paling tingggi. Bergambar. Dan turun semula ke kaki bukit. Sebelum pulang ke rumah sempat juga minum pagi di Taman Melawati.Tapi tak lengkap pula catatan ni kalau awek tu tak ada nama. Bagi je la... nama kat awek tu. Aku sendiri tak tau nama dia. Puteri Balqis.