Saturday, October 31, 2009

Lambaian Kinabalu

19 Oct 2009

Berjaya melengkapkan misi untuk ke kinabalu bagi mrealisasikan
impian keji aku untuk menakluk Gunung Kinabalu...

Aku sertakan sedikit cebisan kenangan daripada lensa kaca aku ini..

Menikmati Kesejukan

Senyuman Manis Menawan Qalbu

Sepuncak

Van Sunyi

Aku Letih



Sekian

Adios Muchacos

Wednesday, October 14, 2009

Sejenak

1613H Okt 2009

Aku merenung jauh melihat kesibukan warga Subang Airport menyempurnakan
rutin seharian mereka...

Melihat menara kawalan yang entah berapa kali pernah terbakar dalam sejarah hidupnya...

mmmmm... mengeluh aku seketika..

Esok aku berangkat ke Kota Kinabalu.. jelas sekali jiwa aku mula beransur ansur tenang,
aku mula mencongak sendirian akan segala peralatan yang perlu aku bawa..

bersama lensa kechil dan bersama cebisan helaian dan pena berdakwat untuk aku
coretkan pengalaman perjalanan aku disana..
tidak lupa juga akan baju 'gemuk' kesayangan bersama seluar 'plastik' ku..
untuk aku menawan kembali puncak tertinggi di asi tenggara buat kali berapa entah
dalam hidup aku ini..

bila difikirkan semula,
"mampukah aku meneruskan perjuangan yang agak radikal ini?"

"kau tu gemok dah lan.." kata kaum hawa dipejabatku...



Ya!! aku sudah meningkat akan berat badan ku, insyaAllah aku tetap berjaya kali ini..

Ya!! Aku Boleh
Ya!! Aku Mampu

tunggulah Gunung Kinabalu seperti biasa akan aku cemari tapak kaki ku ini di pencak mu...

Sunday, October 11, 2009

The Jongket's VOL II

The Jongket's VOL II

Just Now i already capture these pic with Donut..


Donut a.k.a Dina


Next Monalisa


What Are You LooKinG aT?
Posted by Picasa

The Jongket's


Nak sandar belakang Atokkk!!!



Nak mamam tangan..


Hahhh!! apa!! jangan tangkap gambar ku wahai pak ngah yang itam...


The Jongket's

This is my lovely Dina a.k.a Donut
only 5months but always 'gedik'
same like Dina Uncle.. (That's Me)


Pak Ngah Love You So Much
Dina Donut...

Keboroian...

Huuaarrgghhhh~

1304H

Hari ni dah ahad... huhuhu ntah berapa lama aku lena pun tidak pasti..
apa pun semalaman aku menabdikan diri aku kepada rumah rumah
yang terbuka dengan aneka juadah yang mampu memboroikan aku..

dari ke Selayang Heights terus divert ke puchong dan kinrara..
aaaaiiiihhh~ aku capek!! (bila warga negara buluh runcing)

apa pun alhamdulillah kerana aku disajikan dengan kepelbagaian
jamuan makanan yang membuatkan badan aku terasa berat..


Yaa!! perut ku naik 1.5cm..
aduhai...


ya boroi
ya boroi
ya boroi

Tuesday, October 06, 2009

Kenangan Jiwa Runcam

Hari ni 06 Oktober 2009..

Macam biasa hari yang sama, tapi hari ni ada serba sedikit banyak membuatkan aku
terkenang peristiwa lama...
Terpandang kelibat die di iris aku ini...

Ntah macam mana hari ni aku amat rajin melangkahkan kaki malas aku ini untuk melangkah longlai ke Skypark Subang...

Motif??

Macam biasa nak mengisi sedikit ruang perut ini dengan makanan yang mungkin enak... (rasanya kot)
apa pun tika aku melalaikan diri dengan menikmati hidangan..

Jiwa aku jadi aneh.. aku rasakan macam ada bende melintasi ruangan iris aku ini..
jiwa aku jadi tidak keharuan.. hati aku mula rasa pedih dan sayu..
aku toleh ke kiri dan kanan.. hampa...
aku terpaku....

DemmS**t... (aku bersuara halus)
betul ke apa yg aku nampak?
ilusi atau pun rakaman ulang tayang dari cakera lazer?
mungkinkah atau tdiak tapi aku rasa mungkin kot..
iris aku terpaku dan aku kaget (normal situation jikalau aku terpana)

YAN!!

tapi aku kembali ke dunia realiti, die dah lama pergi dalam hidup aku..
mungkin ini cuma pelanduk 78 rupa (gamaknya...)
"incik... kerusi ni ada orang?"
"aaa..aaa.... ada eh takde takde sy seorang jer..." mata aku liar memandang kiri kanan bagi menkompomkan situasi ni bukan halusinasi aku...

"ja.. meja penuh ler.. nak duk mana ni?"
"awk duk sini jer..." (cilakak.. mulut ini mula membinasakan aku)
"boleh ke? takut ada ur friends nak dtg"
"ehh.. kompom dan serius s**t takde org" (alamak apsal aku kuar perkataan kurang enak plak ni)
"oklah kalau mcm tu, ja duk sini jer la"

perbualan aku terus bertanyakan kerja kat mana dan nama serta sebagainya..

haaaaiihhhh~ jadi sewel untuk 14jam hari ni..


Apa pun mungkin pertemuan ini Dia memberikan aku sedikit ruang
untuk melepaskan rasa seciput rindu yang terkubur
nnuuuuuunnn~ jauh dalam hati aku...




Antagonis Pencacai Najis

Saturday, September 19, 2009

Salam Eid Fitri

Syukur Alhamdulillah...

"Terima Kasih Ya Allah kerana berikan aku kekuatan dan kesabaran dalam menempuh
dugaan yang telah Engkau berikan kepadaku Ya Allah"

Pejam Celik iris aku, dah sebulan kita sebagai umat islam
menempuh bulan suci Ramadhan Eid Mubarak ini...

sebagai ganjaran, Bulan Syawal pula menjelma..
macam biasa terngiang di anak telinga perkataan..

"Saya Penyimpan Mohor Besar.... bla bla bla dan bla bla" (disusuli dengan jeritan jiran sebelah rumah "yeeaaaa dah nak rayyeeee")

Ha Ha Ha <-- gelak stereotaip (hippokrit sungguh) aku sorang sorang sambil memerhatikan kota hartamas di malam raya ini... tampak kosong tapi berpenghuni... aku duk termanggu sendirian sambil menghirup secangkir tea o suam kurang manis... (aduhai manusia memang lalai)


Salam Eidulfitri Kepada Semua Rakyat Jelata
di tanah jajahan kerajaan Malaysia..

yang mengenali, ku hulurkan salam dan berkata
"selamat hari raya' <-- tiada ungkapan maaf sebab aku rasa dosa sangat bila ckp perkataan maaf zahir dan batin sebab secara realitinya tak sampai 3 milisaat kita melakukan dosa terhadap orang tu balik.. tak percaya?? renung2 kan....

Saturday, September 12, 2009

Berbuka Puasa Bersama Bei...


Yuuhhhuuuuu~ setelah sekian lama

aku dan bei berjauhan menahan rindu dendam...
akhirnya hari ini bei menjemput aku berbuka di rumahnya...

hasilnya aku bertemu dengan kumusan, syok kawi, nique, abe chef
dan beberapa orang lagi yang hadir tadi...

masing masing datang bawak makanan masing masing, aku bersama
muntut ayam (habis lecheeennnn) dan ciken wings...

pendek kata selepas berbuka dan maghrib berjemaah
aktiviti diteruskan dengan bermain NINTENDO Wii
milik uncle kumu... sesungguhnya ramai betul yg terjebak dgn Wii


apa pun thanks a lot Bei...

Love u so much.. miss nak deting dgn u lagi...

mucha gracias

Gedix

Ramai Ramai

horayyy

Bie Gedix men Wii

Thursday, August 20, 2009

Salam Ramadahan Eid Mubarak

Alhamdulillah....

Syukur aku kepada Allah Ta'ala yang Maha Pencipta kerana memberi peluang
aku merasai sekali lagi mengecapi nikmat Ramadhan Eid Mubarak pada tahun ini...

Bila difikirkan kembali tibanya bulan rahmat ini, rutin seharian aku bertukar kepada yg lain dari yang sepatutnya..
memang aku dah bayangkan macam pelawaan berbuka puasa yang akan aku terima walaupun aku tak sefeymes mana...

tapi aku fikir dalam sedalamnya belum apa apa lagi, seminggu lepas dah terpacul beberapa risalah mengenai promosi bufet sana sini.. dan ada jugak desas desus kawan kawan mahupun Orang-orang diluar sana menceritakan nak berbuka dimana, masakan sana sini best dan sebagainya...

Haaaaiihhhhh~ mengeluh panjang aku dibuatnya...
senyum sendirian aku dibuatnya, tiada pula aku mendengar nak menjalani Solat Sunat Tarawih dimana dan bercerita mengenai berapa Raka'at Solat Tarawih yang hendak di tunaikan nanti...

rata-rata senario ini menbangkitkan kembali kata-kata Ustaz sekolah Ugama aku dulu,

"Kita ni Umat akhir zaman, Umat yang banyak LUPA"

mendalam dan banyak yg tersirat....

Friday, August 07, 2009

Maaf Kepada Semua

Assalamualaikum~

AAAhhhhh~ alhamdulillah masih bernafas lagi tubuh ni, Terima Kaseh Maha Pencipta dengan
udara yang masih aku berpeluang MEMINJAM demi meneruskan perjalanan hidup sebagai
Hambanya...

Saat mula berlalu, minit mula bergerak manakala Jam mula berlari jauh....
Hari demi hari berlalu dan minggu demi minggu berlalu...
Blog ini telah aku tinggalkan..
AAhhhhh~ mungkin aku terlalu ego untuk menconteng dalam blog ini atau aku telah
mula mengangkat hidung sombong untuk menulis...

errrmmm... hanya kata kata Maaf dapat aku berikan kepada Blog ini...
InsyaAllah jikalau berkesempatan mungkin akan aku terus menulis dan menulis..
Doakan Kejayaan dan Impian apa yg setiap Hamba ciptaan Allah Ta'ala termakbul dan berjaya....
Amin Yarobal'alamin...


Diam bukan bisu, Buta tak semestinya tak dapat melihat

Wednesday, June 17, 2009

L.O.S.T

Caaaakkkkkkkkkk!!!

Nothing to say takut nak biarkan Blog Buruk aku ini
menjadi sunyi sepi tanpa khabaran berita....

Saturday, June 06, 2009

Yang Pertama Kali

Huhuhu... alhamdulillah akhirnya dapat jugak aku nak sambung belajar..
8hb June 2009 tarikh aku daftar untuk belajar...
aaahhhhh~ agak letih aku rasa.. tapi aku nekad sebab aku
nak improve diri aku..

makin lama, makin aku rasa cuak-cuak buih.. maklumlah kali ni 1st time aku
sambung balik belajar setelah sekian lama aku tak jejak kaki kat
institusi pengajian tinggi ni...

Alhamdulillah CO aku pun dah luluskan tinggal aku nak majukan
GA jer... apapun target aku kali ni akan sampai ke penghabisan..

apa pun aku mengalami sedikit masalah untuk pendaftaran nanti..
apa pun sekarang ni aku dah berusaha sedikit.. mintak2 dapat solve kan masalah tu nanti...

InsyaAllah...


Vincent Van G...
OnePolar

Friday, June 05, 2009

Kawan ??

entah kenapa semenjak dua ni,
aku dah mula rasa lain macam... ntah lah, mungkin aku ni spesis mudah perasan kot..
ntahlah... jiwa melankoli ni makin meruntum dalam nuuunnn jauh sanubari aku..

kekerapan aku memikirkan hal ini dah sampai tahap tepu..
Kawan? Couple? atau TTM (Teman Tapi Mesra)

nak kata baru tak jugak... nak kata lama tak jugak..
senang cakap pertengahan...
hati hitam aku ni dah mula menunjukkan rasa sumting dalam jiwa aku..
Yaaaa... aku telah mula membibitkan rasa cinta dan sayang..
tapi apa kan aku terdaya nak halang rasa itu..
sedangkan aku terpikir dan mula memikir yg
tepukan aku tidak mungkin berbalas...

aku dah mula memikirkannya tadi.. akhirnya aku
akan cuba mengambil keputusan drastik...
aku akan cuba avoidkan diri aku ini dr terus
mencintai apa yg tak mungkin aku dapatkan..


Saying i love you.. its not the words i want to say~~

OnePolar

Monday, June 01, 2009

Clock it ticking

Tik Tok Tik Tok...







The Clock still Ticking..

Why nothing "Change"??

Sunday, May 31, 2009

Cinta Sempurna

a couple of days ago..

aku dah mula menagihkan diri aku serta
gegendang telinga aku ini dengan melodi-melodi
dari Yuna - Cinta Sempurna

aku dah mula bosan dengan Dan Sebenarnya
malah kini aku sudah mula seronok dengan lagu laguan
Cinta Sempurna ini..

Terima Kasih juga aku ucapkan kepada cik aqmaal
yang meracuni dan sanggup menyanyikan aku lagu ini..
(walaupun pada hakikatnya aku tak dengar hanya melihat
melalui lensa bisu didalam YM)

apa pun... to Aqmaal im dedicated this song just for you too...

Tuesday, May 26, 2009

M.A.A.F

Setelah aku ditegur oleh NENEK a.k.a Girl Polka Dot untuk
update blog...
InsyaAllah pada masa akan datang tiada lagi sebarang penangguhan mahupun
apa apa terhadap blog ini...

jika tiada masalah Blog ini akan diupdate dari masa ke semasa...

Sekian
OnePolar a.k.a Moyang Tua (amik ati si Nenek tu jer..)

Friday, May 22, 2009

Bercukur

22 Mei 2009

Nur Farisah Irdina telah selamat menjalani
Majlis Cukur Jambul...

Huhuhuh maka ini antara paparan untuk Beliau Beliau...



Pakcik Haroman menyuapkan kurma dan air Zam-Zam


Atok Irdina a.k.a Anje open dulu.... (my dad arr tu..)


Pakcik haroman a.k.a Ustaz Haroman Yaacob


Doa Selamat...
Posted by Picasa

Thursday, May 21, 2009

DUNIA INI KEChIL

Tip Tap Tip Tap
hhaaaiihhhhhhhhh~


masa saat sudah hampir 3 pagi..
sedangkan aku masih leka malah
tersenyum sendirian...

--------------------------------------------------------------------------



betul Kata Orang Lama...

DUNIA INI KEChIL

sebab? gambar diatas jelas mnyatakan
bahawa gadis ini pada mulanya sepatah bende aku
tak kenal... alih2 Tup Tup Tup

"Nanad dgn sy classmate"

sedangkan sebelum ini tak pernah terlintas mahupun terpikir...
so semenjak kes ini, aku mula terbayang keciknya dunia ini...
pusing pusing ke situ kita sampai jugak...

*Nanad adalah makcik yg dulu Gem tapi la ni dah Kurus (ayat amik ati ke? ekekek)
**Beliau ini adalah salah seorang Nenek yg baik ati budinya (bukan Nenek Kebayan tau)
Posted by Picasa

Monday, May 18, 2009

Serebrum Tersumbat

Setelah beberapa Detik masa bumi berputar..
aku tersentak dari lamunan..

"Ya Allah masakan aku hampir terlupa untuk mengHALALkan
jari jemari aku menyentuh Lensa Berkaca aku
"

Aku mula mengorak sedikit langkah... dan ini hasilnya..

Alhamdulillah aku masih buleh bernafas lagi...



Biru Langit + Hutan Kota + Sunyi + Sepi



Penghijrahan Warga Kota Politan


Menyusuri Laluan Lurus Bercahaya....



Mengecapi Kemanisan Air Sirap Limau
Posted by Picasa

Saturday, May 16, 2009

Iris yg Sejuk..

Antara Teh Syuhada dangan Nurul Syuhada
mana yang best?
huhuhuh terus terang aku lebih gemar menatap gambor
si Teh Syuhada tu berbanding makcik gambor bawah ni...

memandangkan Jom Heboh aku tak dpt cari Teh Syuhada..
maka terpaksa aku memper Pemeskan ini makcik...

(Teh Syuhada where are u bebeh.... huhuhu~)



Senyum Simpul nampak...
Posted by Picasa

Thursday, May 14, 2009

Kelahiran

Alhamdulillah~

Bertambah Seorang lagi Umat Nabi Muhammad SAW
dimuka bumi ini....

Tepat Jam 6:33 ptg (waktu Tempatan)
bertarikh sebentar tadi (14 mei 2009)
Nur Farisah Irdina binti Mohd Hanif
selamat dilahirkan oleh Nor Hasliza Binti Mohd Nor (my lovely KAKAK)
Dilahirkan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM a.k.a HUKM)

So ini gambar untuk tatapan beliau beliau...


Tangisan


Tidur yg lena setelah didodoi oleh unclenya (aku le tu)


Bekerut selepas unclenya selesai mencium habis habisan..
Posted by Picasa

Wednesday, May 13, 2009

Meredah Samudera

Selamat Ulang Tahun Navy...


Entah apa mimpi aku tempoh hari, kaki MALAS aku ini, melangkah
tiba tiba menghayun ke Bandar NAVY (Lumut)
sedangkan pada AZALI aku agak anti pada Navy...
(sedor lah, abang ipar ko pun Navy jugak Lan... aaiiyyaaaa~)

So sempena HUT (Hari Ulang Tahun) Navy
aku mengucapkan semoga Hangpa semua baguih dok ada noo..
(Ayat yg kurang ikhlas... ekekekkeke)



Kapal yg chomel (chomel lagi aku~)


Ini sahaja kapal yang paling aku minat..
Kapal Layar Diraja Tunas Samudera...


Lynx Navy



Budak Navy yang gile Camera... cesss...
(Thanks belanje aku minum ayor temikai)
Posted by Picasa

Saturday, May 09, 2009

YYeeaaaa!!!!

"Azlan, CONGRATS!! awak lulus exam tempoh hari"


Aku Berjaya!!!!

Alhamdulillah.. exam drawing depan ketua fakulti tempoh hari
membuahkan hasil yang sememangnya aku tunggu..

Syukur kehadrat Allah Ta'ala kerana memberikan aku seribu satu
limpah kurnianya dan menganugerahkan satu anugerah yang akhirnya
berjaya aku gunakan kearah yang mungkin memberikan
seribu satu jalan LURUS dan bercahaya...


Go Azlan!! Go Polar!! Go Go Go...


Trying Till Last Breath!!!


OnePolar
Bluesands
Posted by Picasa

Sunday, May 03, 2009

C.U.A.K

"This Wednesday u ada exam depan ketua Fakulti, i dah arrange dengan pihak kat sini, make sure u datang"

WWHHHAATTTT!!!

berderau darah aku bila dapat calling macam ni, exam depan ketua fakulti?
uuuhhhh~ drawing exam plak tu, aarrrggghhh~
tak pernah seumur hidup aku amik exam drawing, iisshhhh~
tetiba tangan dan jari jemari halus dan chomel aku ni bergetar
hati aku mula dup dap dup dap
jantung berdegup kencang, aku CUAK!!!

tolong aku....
aku mengalami kecuakan yang maksimum....
demm!!!!

Menarilah Bersamaku hingga aku pitam

OnePolar

Friday, May 01, 2009

Malaysia Truly Asia?

My name Elisa Pape..

Elisa... so sweet huh?

Teringat peristiwa kat Taman Negara Pahang Hari tu....
tengah dok seronok aku melihat serta menikmati pemandangan flora dan fauna
aku terpaku dek minah mat saleh depan mata aku.. dua Orang jer tu.. aku malas nak bertanya panjang just say HELLO jer..
apa pun setiba di Lubuk Simpon ternyata minah mat saleh ni agak friendly dengan aku..
aku jadi malu bila diajukan dengan soalan macam ni..

"why ur officemate, i mean eldest people behaving like teenagers?"
Hambik ko, mau tebal muka aku, disebabkan ada SEGELINTIR pihak yang agak kurang malu
dan bagi aku agak JAKUN melihat Wanita KULIT PUTIH berada depan mata..
dan ada jugak yang melihat mereka ini dan terbayang aksi aksi di ranjang.. (DEmmmm!!)

apa yang aku mampu jawab
"actually they all just having fun, anyway on behalf my friends im appologize all this matters"
agak-agak rasional ke jawapan aku ni?

"Its ok, by the way how old are u and if u dont mind can u tell us bout ur name?"
ishhh banyak soalan ni yang perlu aku jawab dengan berhati-hati

"im only 25 years old this year, and my name Azlan or u can call me polar, by the way may i know ur name?"
yyeeaahh mari berbalas pantun dengan mereka ini

"25 years old? OMG ur older than me but u looks very young... (hahah aku nampak muda beb!!)
im 24 years old same as my friends and my name elisa pape.. (sambil tangan dihulur tanda nak bersalam dengan aku)"

so kesimpulannnya dari peristiwa tadi aku jadi malu gile bila orang dari luar bertanyakan soalan macam tu kat aku.. aku jadi risau jikalau golongan mereka ini membawa berita yang kurang elok atau lebih tepat lagi kurang enak didengar pabila sekembalinya mereka ini ke tanah air masing-masing..

jelas dan terang apa yang terpancar dan apa yg telah aku lihat sedikit sebanyak telah membuatkan aku muhasabah diri, cuba menghormati budaya orang lain, cara orang lain..
huhuh mungkin ada yang melenting bila terbaca statement yang aku tulis ini..
sepanjang petang dan malam aku bersama dua gadis Germany ini bercerita mengenai MALAYSIA dan sedikit sebanyak cuba menolak dakyah dan tomahan buruk mengenai MALAYSIA yang mereka dengari selama ini..

mereka ini datang untuk mempelajari budaya dan adat resam budaya kita.. sedangkan apa yang mereka dapat bila datang ke negara kita hanyalah muda mudi yang mengagungkan budaya BARAT dan tiada langsung unsur2 keTIMURan seperti yang diomongkan dalam media massa...

Aduhai kesian aku melihat bangsa sendiri dan aku sendiri mengaku aku pun terJAHANAMkan diri aku.. tapi dalam keadaan aku macam ini aku masih ingat bumi yang aku pijak dan budaya serta adat yg tersemat dalam jiwa aku...


Budaya Melambangkan Keangungan Sesebuah Bangsa

OnePolar

Saturday, April 25, 2009

Pandang Jauh Kehadapan...

uhhhaaaiihhhh~

lega aku rasa kali ni, aku termanggu sendirian dan mula memikirkan apa yang telah aku lakukan kali ini, aku berusaha untuk memajukan diri kali ini..
Alhamdulillah kali ini aku buat satu perkara yang berkemungkinan boleh membuka jalan
berhala-hala untuk masa depan aku..
Fakulti in Multimedia
bakal aku takluki nanti... macam biasa aku sambung balik study aku yang dah bertahun aku
tinggalkan.. kali ini nekad aku untuk sambung study..

Graphic Design <-- subject yang agak aku teruja untuk terokai..

malang skali aku takde Art dalam SPM yg dulu..
but harapan aku cerah bila aku akan diuji skill dalam Art..
semoga Allah Ta'ala memberikan aku inspirasi dan beberapa ilham dimasa
aku memulakan ujian nanti...

takkan aku sia-siakan peluang dan 'GIFT' yang Allah kurniakan kepada aku..

takkan aku siakan pena pensil mahupun pena dakwat kali ini..


Semoga Aku Berjaya
Go Polar Go Polar


OnePolar
Tyrannis, Cympler, Glorivaniys...

Tuesday, April 14, 2009

Rinduku pada Luna

Mau juling anak mata kaca aku mencari
meliar sana sini iris aku mencari..

Hampa dan terus hampa (jawapan yang sama macam 3 hari lepas)

Kemana Luna hilang?
Luna Merajuk ke?
Luna takmo datang lagi ke? (Mustahil~)

Tikala persoalan ni datang, otak aku ligat
merembes segala sisa elektron mahupun ion-ion untuk mencari
JAWAPAN mitos mahupun misteri kehilangan Luna..

Aku dah letih semenjak 3 hari lepas mencari dan memasang harapan
dapat melihat Luna seperti malam-malam yang lepas..

Huuuussshhh~ aku lepaskan slow-slow asap rokok Nusantara
"eehhh~ asap ni tebal plak" getus hati kechil aku..

Nahhhh~ baru aku sedar dan baru aku mendapat dan menjawab segala sarang persoalan
kehilangan Luna..
merah dan suram langit malam-malam ni...
aku dah mula merasai kesan tangisan si langit dan awan..
aku senyum dan terus berlalu masuk ke teratak aku
sambil bermonolog sendirian...

"patut le bulan takde malam-malam lepas musim hujan, awan tebal... rupanya~"



Terra, Vena, Vincent Van Goh

OnePolar

Saturday, April 11, 2009

Girl In Red Kebaya

tip tap tip tap

hujan gerimis manja nampaknya..
aduhai agak tegang perut aku hari ni.. makanan
dari majlis doa selamat terus ke wedding Sharifah Najwa a.k.a Wawa
Dalam pukul 2 petang aku bersiap nak ke Wedding wawa..
heheh sepanjang perjalanan kepala otak berputar ligat
memutarkan kembali sisa rakaman nostalgia silam..
Kak Pah, Budak Ketot Biru, Saripah, Najwa dan yg latest panggilan aku
kat die Wawa...
maybe ada yang tertanya Whos This Fellas?

short story - Die ni antara budak satu sekolah dengan aku
senang cerita die ni antara briliant student kat school aku.. tapi ada some guys dalam group aku
panggil die ni jenis nerd, selekeh, pakai besi kat gigi dan sebagainya.. (maklumlah pendiam dan always makan dengan Ain chubby, Aisyah Kamal dan beberapa allied yg len time rehat dan suke wat hal sendiri kot) senang cerita time school takde orang yg pandang sgt pun..

1st time aku kenal die time balik school, die berjalan agak kartun, (laju semacam) aku follow dari belakang.. selalu juga le iris aku ni pandang kat die ni.. dah le pendek tapi jalan laju jer.. cian aku tgk kekadang..
and 1st time aku sembang dgn die bile aku dtg kelas die, duk depan table die dan aku tolong cari sama2 perkataan dalam bahasa inggeris... (aku pun dah lupa perkataan tu) heheh klakar time tu..

1st time aku kuar jejalan dgn die kat KLCC.. (after SPM)..
berjumpa di Kinokunia dan terus berlibang libu sampai kul 12 lebih (tgh hari tau) dan tidak lupa hari Jumaat time tu.. lepak2 bercerita mengenai life masing2 banyak jugak yg aku tau pasal wawa ni.. heheh tak silap aku
time ni die dah habis study kat Kolej matrikulasi yayasan Saad lembah beringin kot..
before balik time tu sempat jugak die daftar sebagai pemilih tinggat bawah KLCC...
hahahah itu lah last aku jumpa die...

sedar tak sedar dah bertahun benda benda ni berlalu..
aku tetap macam dulu.. wawa dah selamat diijabkabulkan..
tak silap aku Zaid nama hubby die.. bile aku sampai kat Perangsang tampler jer..
aku masuk ballroom aku dah nampak wawa.. cantik sangat2 dengan busana merah
dan pelamin putih suci lagi... Alhamdulillah bahagia jugak wawa...
hati aku sayu time ni sebab amat terkilan tak dapat amik pic die dgn SLR aku..
heemm~ mengeluh panjang aku time ni...

so For Wawa Selamat Pengantin Baru dan Semoga bahagia selamanya...
ur my best friend i ever had....


OnePolar

Tuesday, April 07, 2009

Fast & Shopaholic!!

Adehhh...
agak berat kepala aku pagi tadi..
mana tidaknya, semalaman aku menonton cakera laser
di rumahku.. terhibur aku seketika ditemani dengan
sepeket Cikedis @ Jajan yang aku temui di dapur..
dan Segelas Sirap yang agak sejuk sejuk manja rasanya.. (cedapnyeee~)

Kisah Pertama dimulakan dengan adengan Filem Aksi (Kononnya~)
Fast and Furious 4...
senang cerita kali ini filem ni agak kurang cemerlang kalau nak dibandingkan dengan sebelumnya.. walaupun pengarah kali ini cuba menghidupkan kembali watak-watak lama
tetapi ceehhhh~ kureng jugak (tapi aku puji lakonan Vin Diesel SUPERB!!!!)
supercar pun agak kureng, kebanyakkan kereta yang dipertonjolkan adalah dari era
puluhan sket.. Mustang dan sebagainya...
apa pun aku cuma buleh berikan 3 Bintang daripada 6 Bintang...

Kisah Kedua yang jadi tontonan bagi aku semalam ialah
Confession of a Shopaholic...
Yeeaahhh~ Great movie..
Thumb up jugak le aku bleh nak bagi kat filem ni..
mengisahkan wanita yg suke joli katak sampai berhutang kad kredit melampau2..
kepada yang teringin nak tengok beberapa tokoh yg agak menjadi idola aku
bleh tengok citer ini ok.. contoh?
eheheh contohnya Beliau dari Finland (cube tekaaa)
dan owner of Elite Mag dan tidak jugak aku terlupa
CEOs of one famous branded Wardrobe in World (teka leeee.. ekeekke)

citer ni sebenarnya bermotifkan untuk mengigatkan kepada belia-beliawanis untuk
beringat sebelum berbelanja (eleeehhh~ ko pun sama Lan.. hahaha)
so moral die jgn kuat berbelanja nnti lapor plak.. ekekeke

Drive Fast Because Im Own Ten Second Car
Buy While U Can...

hahahahaha Adios Adriagos Plague... (^_^)

OnePolar

Sunday, April 05, 2009

Selamat Malam Penchenta Agung

After rain is over~
Love Find The Way~
Lalalalal~
(Hayunan Lagu Klasik Oleh Penyanyi Itali.. apa nama ntah aku dah lupa) ^_^

Heheh masih agak lembab baju aku tika ini,
mana tidaknya sehari suntuk berjemur dan diselang seli dengan kehadiran Hujan yang agak sejuk dan dingin, membuatkan aku kejap-kejap menggigil manje kesejukan..

ffuuuhhh~ agak sedap aku menghirup asap rokok gulungan hasil dari Tembakau Brown Herbie
khas dari Finland... Nak kata aku ni agak letih, memang pun, cuba jugak aku
menamatkan perjalanan hari ini dengan mendapatkan tidur yang agak cukup sempurna
namun aku gagal...

Seharian aku bertungkus lumus menjadi Penjaga lensa Berkaca disaat sahabat baikku Faisal Angkut (<-- Angkut for Felda Transport) menjadi Raja Sehari..
Alhamdulillah hati aku terhibur melihat Lin (orang Rumah Faisal) agak cantik dan anggun bergaya orangnya (bertuah ko faisal ekekekek) begitu ceria walaupun
kadang kala agak susah aku menangkap wajahnya yang bersifatkan Neutral...
tapi syukur Alhamdulillah sepanjang aku menggalas tanggungjawab dan kepercayaan dari Lin dan Faisal aku berjaya menempuh hari ini dan semalam dengan penuh sabar dan agak terhibur..

Sepanjang perjalanan balik ke teratak aku, dalam diam aku drive sambil menikmati lagu nyanyian Afghan - Terima Kasih Cinta, aku dah mula senyum sendiri..
memikirkan betapa seronok nya pabila melihat kawan-kawan aku sendiri melangkah ke alam
yang agak penuh dengan cabaran dan macam biasa disusuli dengan kebahagiaan..
hari ini sahaja 2 orang sahabat baikku telah menamatkan zaman bujangnya..

tetiba aku sayu hati tak dapat menghubungi Chimmy Yummy @ Murni, hari ni die kahwen arr..
aisey.. nak kata jauh bohong sangat lah, dewan dekat dengan HUKM takkan jauhkan?
apakandaya aku memiliki tanggungjawab dan amanah daripada orang.. insyaAllah minggu depan 12hb akan aku pergi ke sebelah pihak Lelaki..

dan aku mula teringat akan Kak Pah @ Sharifah Najwa antara gadis yang berjaya mencuri jiwa aku ketika sekolah dahulu kala sampai ke hari ini..
11hb April 2009 merangkap hari kebahagiaan Wawa (nama panggilan aku kepada Najwa)
dah nak kahwen jugak... heheheh
aku agak terharu bila tengok sekeping Kad Jemputan dihantar kepada aku..
walaupun aku hanya sekadar bermain kata dalam pesbok tempoh hari..
InsyaAllah aku akan hadir jugak...

HHHuuuuuu~ lesu aku kali ini...
ntah mengapa pun aku tak ngerti sama sekali..
heheeh.. aku capai teddy, aku sandarkan kepala yang berat ni..


ZZZzzzzZZZZZzzzzZZ~


Selamat Malam Dunia
Selamat Malam Penchenta Agung

OnePolar