Monday, August 26, 2013

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum

Rasanya masih belum terlambat aku ucap
Salam Lebaran dan Salam Aidilfitri.. dah nak habis Syawal baru aku nak cakap.. eheheh

Apa pun syawal kali ni mcm biasa je perjuangan hidup aku..
meskipun terdapat liku2 getir dalam ruang hidup aku ini insyaAllah aku selamba hadap walaupun susah..

Baru2 ni bnyak news yang tidak beberapa elok halwa telinga dengar diantaranya Pergolakkan di Bumi Mesir dan Syria, Kemalangan ngeri yang melibatkan Bas di Genting Highland dan antara yang Famous ialah kes pembunuhan melibatkan pembunuh upahan..

rata rata berita kali ini banyak mengenai kehilangan jiwa.. bunuh membunuh sesama manusia seperti tiada apa (tolak bab kemalangan ngeri).. rasanya pihak kerajaan dah boleh ujudkan Special Task Force bagi mengekang kejadian bunuh membunuh ini kembali berulang.. ujudkan satu akta yang baru mengenai akta persenjataan dan sebagainya.. tapi aku amat memahami sistem kabinet kita.. itu ini agak susah nk laksanakan.. kekangan perjawatan apa semua diambil kira kan kan kan..

so bagi pendapat aku xelok wat jahat nanti kene tembak or tikam.. hehhhh.

ps: Hormati Orang Tua

Thursday, July 11, 2013

Cabaran Ramadhan

Assalamualaikum.. Salam Ramadhan utk semua..

Now dah masuk hari ke 2 berpuasa kan..
nak dijadikan plot cerita yanag menarik semalam merupakan hari pertama berpuasa bukan... namun semalam juga aku terlibat dalam kemalangan jalan raya..

Kereta Kancil Kelabu (Biawak Kesayangan) aku kemek teruk.. kesan dari perlanggaran jugak membuatkan aku terpaksa menerima jahitan di kepala dan ini membuatkan aku menambah koleksi parut kekal di kepala aku..

Apa pun aku redha benda2 ni terjadi.. mungkin ada hikmah bnde2 ni berlaku..

Salam Ramadhan
OnePolar

Tuesday, July 09, 2013

Salam Ramadhan Eid Mubaraq

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

ye aku tau agak lama aku tak coret coret kat sini..
Esok dah mula umat islam seluruh dunia menunaikan kewajipan sebagai seorang Islam.. Alhamdulillah bulan mulia bulan Ramadhan kembali seperti tahun tahun sebelumnya..
dan syukur kepada Allah Ta'ala yang abah dh dapat keluar dari hospital dan akan datang ke IJN pula..

Kedatangan Ramadhan tahun ni aku amatlah tak sabar.. terbayang suasana malam di bulan Ramadhan.. ya.. Masjid Besi Putrajaya akan menjadi destinasi Solat Sunat Tarawih aku tahun ni.. cuma bezanya tahun ini aku bersendirian tidak ada peneman cinta agung aku..

apa pun bersyukur pada Allah Ta'ala kerana membenarkan aku menghidu menyentuh Ramadhan kali ini..

Salam Cinta Kasih Sayang
Ramadhan Eid Mubarraq

Tuesday, June 18, 2013

Penumbuk Rasa Cinta Dewa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Gudmorning Kuala Lumpur *pekik hati aku (puihhh bajet mat saleh)
macam biasa aku menulis blog sendu sentul ini.. aku celik mata Alhamdulillah aku masih bernyawa.. Allah Ta'ala berikan aku nyawa untuk menyambung perjalanan hidup..

dan sekali lagi aku bangkit seperti hari hari semalam.. pedih tapi aku cuba harungi lagi..
esok abah masuk wad lagi.. ahhhh... tahun ni saje dah lebih 4kali abah masuk hospital.. Ada orang beranggapan aku cuba amik advantage dari penyakit abah.. namun aku persetankan bualan rasa suka suki mereka mereka terbabit.. Aku hanya seorang anak yang walaupun ada benda terpalit rasa sikit sikit kecik ati dengan abah aku namun aku sedia berbakti demi abah aku.. sebab takde dia takdelah aku dimuka bumi Allah ini..

Apa pun yang berlaku aku cuba belajar dimana kesilapan aku.. dan dengan kesilapan lampau aku dulu aku mengheret orang yang aku sayang sekali dengan aku.. walhal istilah hidup susah sama susah senang sama senang dah tak relevan waktu zaman batu moden ini.. ye aku akui.. aku silap perhitungan waktu dulu.. namun aku bukan Tuhan yang mampu nampak apa yang dah tertulis dalam perjalanan hidup aku.. jikalau aku nampak akan dimana kesilapan aku dulu mungkin waktu dia jadi student lagi aku dah "Ikat" dia.. mungkin dia xperlu nak hadapi liku liku hitam diri dia.. takpe selagi aku bernyawa selagi itu aku akan berusaha untuk terus membawa kemakmuran dalam hidup aku dan dia meskipun pahit jawapan dia..

From Montrichard to Sg Petani
OnePolar

Sunday, June 16, 2013

Koi Koi Koi

Assalamualaikum..

dah beberapa hari aku tak masukkan entry dalam blog ni..
seperti entry sebelum sebelum ini.. aku cuba menempuh hari hari perit.. aku cuba sibukkan diri malangnya gagal..

Aku agak tension kebelakangan ni.. mood aku bertukar jd zero.. aku mula berada dlm keadaan sugul muram dan stress.. meskipun aku mungkin menerima jawapan yang aku tak nak dengar..

Ya Allah aku hanya mampu berdoa dan masih cuba mencari penyelesaian.. kuatkanlah rasa kasih dan sayang aku kepada nya.. ikatkanlah aku dengan dirinya dalam ikatan yang sah.. Amin Ya Robbal'lamin..

Pantai Morib
OnePolar

Monday, June 10, 2013

Rokok Paip

Assalamualaikum dan selamat pagi..

Bangun aku subuh tadi.. seperti semalam aku rasa.. bepijak di dunia pahit sekali lagi..
aku rasa aku tak kuat nak hadap..

Ya Allah kau bukakanlah pintu hatinya..

Penegur Rambut Tegar
OnePolar

Sunday, June 09, 2013

Hijau Bumi Biru Langit

Assalamualaikum..

Hari ni aku try pijak kat bumi Allah pabila aku bangun subuh.. Ya Allah apa yg aku lalui bukan mimpi..
aku termanggu.. segala lagu laguan dendangan UI hilang perlahan lahan umpama dimamah dek resaksa gorgon..

aku bangkit dan Alhamdulillah aku boleh berdiri.. nampak gayanya Allah Taala mahu aku lalui hari perit sekali lagi.. aku terpikir berapa lama aku kene lalui.. mgkin bertahun atau selamanya begini.. aku mulai rs pasrah..

aku tanamkan dalam diri.. aku akan berdiri menunggu selama mungkin.. biar dibenci di hina diherdik aku rasa aku akan terus berdiri tanpa menghiraukan apa segala yang mendatang..

OnePolar
Guruh Kilat Merah

Saturday, June 08, 2013

Hari yang sukar

Assalamualaikum..

makin teruk hari yang aku lalui.. aku menerima perasaan yang paling teruk dalam sejarah hidup aku..

aku manusia biasa.. aku dah berjanji pada dia.. pada arwah mak dia.. InsyaAllah mati hidup semula aku akan tunaikan.. biarpun dibalas dengan benci dan makian sekalipun...

maka dengan ini disaat ini diri aku dh mula menghidupkan mode yang tak pernah nak aku fikirkan untuk aku aktifkan..

Kalau aku tak dapat maka orang len takkan dapat..

OnePolar

Kelapa Nan Sebatang

Assalamualaikum dan Salam Jumaat..

mungkin semalam hari aku agak beremosi..
maafkan aku semalam.. hari ini aku akan cuba tidak beremosi meskipun benak emosi aku dah mula menendang dada serta jiwa..

Dalam aku menunggu tiba waktu Solat Jumaat.. aku terpandang Sebatang Pokok Kelapa.. kesian jiwa kecil aku berkata.. sorang sorang je.. tup tup eh macam sama je dengan aku..

Kelapa Nan Sebatang
OnePolar

Thursday, June 06, 2013

Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun TUDM ke 55

Assalamualaikum..

Aku tak nak bercakap banyak sebab aku rasa aku takde mood nak bercakap..
apa pun..

Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Tentera Udara DiRaja Malaysia Yang Ke 55 Tahun...

esok adalah Perbarisan Istiadat Sempena Hari Ulang Tahun di Pangkalan Udara Kuantan.. so aku terlibat sebagai Juruvideo..

Terus Maju TUDM

Sentiasa di Angkasa Raya
OnePolar

Lepaskan...

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera warga peribumi..

makin sendu makin rancak aku menari narikan jemari aku menekan segala mak nenek kt blog ni..
apa? mengapa aku jiwa sendu? eh apsal plak korang nak tau..

entry kali ni membuatkan aku nak menyentuh bab pernikahan, hantaran dan Adat?

apa syarat sah nikah dalam ISLAM?? (dalam ISLAM ye bukan dalam adat melayu mahupun adat pepatih bagai) nak aku terangkan ke? mau sampai 34 kitab xkan habis.. ckup saksi kadi dan sebagainya kan?..
nak nikah perlu le duit beribu riban? setahu aku xde dalam kitab2 kan?
mas kahwin tu aku tau la.. hurmm makin lama ideologi adat diserapkan secara tetap dlm bab Agama.. "huishh xde duit tak bleh nikah" atau "xde rm20k awk jgn harap nak kawen dgn sy"...

mungkin aku mewakili lelaki2 luar sana yang mgkin ada wat silap diasa lampau mahupun bergaji kecik sgt2 dimana teringin untuk berkahwin tapi tak mampu disebabkan ideologi ADAT berleluasa.. (aku rasa ADAT atau KEHENDAK atau mgkin nak tutup rasa malu kalau para sahabat bertanya eh kau kawen laki kau bayar rm5k je??)

pernah dengar frasa ayat ini?? "Jalankan Majlis Perkahwinan Biarpun Dengan SEEKOR Kambing"
ayat ni dr seorang manusia yang amat mulia disisi Allah Ta'ala iaitu Baginda Rasulullah..
tapi apakan org zaman sekarang lalai.. mereka lupa.. mereka hilang ingatan dgn wang ringgit.. bagi aku ckuplah hantaran Senaskah Kalam Suci Al-Quran dan sepasang telekung putih.. kot RM20k pun xmampu nak tandingi harga senaskah Al-Quran.. bagiku naskah suci inilah antara hantaran yang paling mahal dalam duniawi ini..

agak2 kalau aku buat mcm tu adakah mereka yang berprejudis ini yang bersandarkan ayat "kalau bayar tara tu nak wat majlis mcm mana? koman koman nak kene ada 5 6 khemah, nak wat kat dewan, nak berbaju pengantin cantik2, nak ada flowergirl bagai" nak ikut??
biasa dgr kan? ayat ni.. itulah realiti.. bila aku ajukan idea sebegini ada yang beranggapan aku kolot.. mgkin lebih tepat xberduit.. even kau Pilot sekalipun ingat Grand mana majlis kawen kau.. kot lepas kawen Allah nak tarik segala bende "click!!" just like that ok..

apa pun aku tulis la mcm mana sekalipun klau aku xmampu nak nikah nak kumpul beriban2 nak wat majlis bagai.. orang bukan nak baca atau amik iktibar atau kesedaran dr apa yg aku tulis ni..

Jangan kalian cakap nak ikut ajaran agama sedangkan kalian menjauhkan diri dengan apa yang agama tetapkan

OnePolar

Tuesday, May 14, 2013

Secret Garden

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Dalam aku tengah tengok Last Episode of ALICE dekat channel 393 (citer korea la..)
weii.. apsal nak gelak2 aku tgk korea?? bukan crime hokkay!!

tetiba aku teringat cerita Secret Garden dolu dolu.. huhuhu ada lagu yang best di situ.. maka aku try cari last2 aku jumpa dalam Running Man Episode 86.. memang DEABAK!! ekekeke

apa pun aku guna Apps Shazam akhirnya dapat jgk title dan penyanyinya.. so try la usha sapa kt Link bawah ni ye..

Appearance by Kim Bum Soo. http://shz.am/t68866513

OnePolar
Saranghee.. ♡♡

Saturday, May 11, 2013

Cinta Dalam Hati

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

agak hampir seminggu selepas PRU 13 yang banyak menyaksikan suka duka macam macam ragam rakyat jelata Malaysia ni..

tapi apa kene mengena dengan tajuk entry aku kali ni? ekekeke (sumpah takde kene mengena langsung)
tapi apa pun aku nak cakap...

jiwa aku tika aku tulis natang blog ni agak luluh / sendu / cendol (apa saja yg kalian nak fikirkan)
kaum Hawa yang aku sayangi (selain mak aku) iaitu cik Baby Sayang aku telah keluar dari hidup aku..
seperti biasa jiwa gundah gulana membawa aku seperti dedulu semula..
hidup bertopeng dengan macam2 klise yang akan aku kuarkan..

punca? aahhhh.. xperlu aku huraikan apakah punca namun yang penting bukan kehadiran orang ketiga dipihak aku.. pihak dia? ntah aku tak tau sebab sepanjang aku bersama dia amatlah RARE untuk aku mengsyaki sesuatu apa2 yang berlaku atau yang terjadi atau apa segalanya yang dia lakukan..

ada segelintir pihak juga mengikut pahaman aku tidak gemar mahupun suka hubungan aku dengan die..
ntah mana silapnya aku atau mungkin rupa aku yang agak tak kemas atau lebih tepat hitam dan tak hensem ni membuatkan pihak pihak terbabit mengata aku dibelakang tanpa prejudis.. walhal bagiku keluargaku telah menerima dengan girang gembira dan sorak tawa akan kehadirannya..

hurmm.. dunia kekadang tak adil kan? sedih? jiwa kacau?
bohonglah kalau aku cakap aku tak memiliki perasaan macam tu semua..  (weii aku masusia bukan kereta KIA ok) tapi aku dah rasa bende bende ni.. nak kata imune mungkin tak tapi aku try to behave diri aku agar jangan buat bende melalut.. (aku nak buat bende melalut? owh puhleessss~)
apa pun aku redha akan segalanya, mungkin Allah Ta'ala ada merancangkan sesuatu untuk aku..
just ikut flow kata mat saleh kat dalam tv..

apa pun untuk aku bukak balik hati ni.. ntah la.. susah nak cakap sebab aku dapat merasakan jiwa hidup aku dah sebati dengan dia.. tiada seorang kaum Hawa mampu buat macam dia buat.. impak die terhadap kehidupan ritual mahupun realiti maya aku begitu ketara.. jujur aku katakan yang aku takkan mampu nak lupakan diri dia..

Aku sayang Kau sampai bebila jika Allah izinkan rasa cinta aku kat kau menghuni dalam jiwa aku..

Wassalam

Aku kelu..

OnePolar

Wednesday, May 01, 2013

Pengundi, Diundi dan. ..

Assalamualaikum salam sejahtera..

tika aku menulis entry ini.. aku melihat YB Dato Tg. Adnan sedang berjalan-jalan sambil menyapa rakyat jelata disekitar Alamanda Putrajaya..

"Baguih orangnya" memula hati aku terdetik, kendian sifat rasional dan mekanisme mula menerjah dalam jiwa.. kepelbagaian persoalan mula menerjah jiwa aku..

Adakah waktu nak pilihanraya baru nak meraih undi masyarakat sekitar?
Pada waktu nak mengundikah baru para Politikus mula hendak turun menghadap sang rakyat jelata?

Dari dulu aku melihat mungkin secara sedar atau separa total sedar.. terpampang di dada mahupun di perut akhbar kepelbagaian berita berita sensasi.. mengutuk memuji dan ada berbaur mendewa dewakan sang politikus.. pelbagai gambar yang dipaparkan memperlihatkan status keadaan serata ceruk rantau penjuru desa mahupun hutan batu pelusuk kota keadaan menjelang Pilihanraya Umum..
segala manifestasi diperjuangkan rata rata cuba mempengaruhi minda usang rakyat jelata..
tidak kurang ada juga yang memprejudiskan diri kononnya ala ala menghamba abdikan diri demi rakyat..

aaahhhh.. omong kosong kebanyakannya..
segalanya banyak untuk mengisi perut kerabat mahupun untuk keturunan demi keturunan.. percayalah selepas tempoh PRU tamat nescaya sang rakyat akan teruskan kerja seperti biasa manakala calon yang dipilih mahupun yang dilantik menjadi menteri, adun mahupun yang sebagainya hanya diam duduk mungkin dipejabat mahupun menghadiri janji janji projek kewangan seperti biasa semula..

Menteri, Adun dan YB yang dulunya senang untuk berjumpa bakal dipertemukan dengan PA PA yang gayanya melebihi menteri untuk membuat temu janji yang ntah bila akan dilayan segala permintaan..

Owh baru aku sedar seluruh dunia begini rupanya.. Dunia owh duniaku..

Sekadar coretan zahir ku
OnePolar

Sunday, March 24, 2013

LIMA 13

Assalamualaikum..

Seperti tahun tahun terdahulu LIMA di Langkawi berlangsung..
bagi aku ini dh kali ke dua aku join Lima.. sebelum2 ni aku hanya sebagai penonton awam..

Kali ini agak menarik bagi aku dengan kehadiran sicilik genit (Russian Knight) yang menggunakan Su 27 Flanker..
dan bila aku amati.. kehebatan dan keterujaan antara Su 27 Milik mereka itu mahupun Su 30 Mkm milik TUDM ada yang lebih atau ada yg kurang..

apa pun LIMA mmg terbaik..

Sunday, March 03, 2013

Rundingan atau Peperangan..

Assalamualaikum..

pejam celik pejam celik iris aku bila melihat laporan media massa mengenai nahas di Lahad Datu Sabah..

Yes ketika ini aku mhla terfikir sejenak macam mana semua ini terjadi? bagaimana puak puak militan (aku lebih selesa gelarkan mereka ini militan) ini boleh menceroboh masuk kedalam negara?

Mungkinkah pertahanan negara kita semakin rapuh atau sebaliknya.. aku terpanggil untuk berfikir sejenak dan ketika ramai rakyat memberi simpati kepada anggota keselamatan yang menjadi korban nahas di Lahad Datu.. otakku berputar ligat mencari pelbagai persoalan..

Adakah ini yang dikatakan negara kita mempunyai aset pertahanan negara yang mantap? pada pengetahuan ilmu alam aku masih ujud beberapa kumpulan Khas (PASKAL) di kawasan Semporna Sabah.. (Aku pernah membaca artikelnya di Majalah Perajurit dan Tempur).. bagi ku Semporna tidak beberapa jauh jika aku melihatnya dari Google Map..
Dimanakah tugas pengawasan yang sepatutnya dilakukan agensi atan badan keselamatan tertentu? Aku masih berkeyakinan bahawa negara kita masih lagi mempunyai Sumber Risikan yang mantap dan terbaik di rantau ini..

Ketika aku menaip post ini aku terlihat beberapa anggota PARA di sekitar KLIA berjalan kesana sini sambil membawa senjata bersama Anggota Polis.. ada yang tersenyum riang ada yang senyap membisu menyimpan 1001 rahsia.. ahhhh... kelihat muda muda semuanya.. dan sekali lagi aku terfikir.. adakah mereka mereka ini memang terlatih atau hanya mengisi julat Kuantiti yang diperlukan dalam membentuk sebuah Seksyen, Kompeni, Batalion dan sebagainya.. adakah mereka mereka ini sanggup berkorban demi menggusir puak militan di Lahad Datu?

Ketika ramai pihak pro kerajaan mahupun anti kerajaan membidas, menuduh, menyokong, menyelar ntah apalagi sebagainya peristiwa di Lahad Datu..  aku sekadat tersenyum.. aaahhh.. ahli politik!! karut semuanya!! hanya pandai omong kosong menabur janji janji manis untuk memenuhi tabung masing masing.. semuanya sama.. hanya tau berkata kata sedangkan anggota keselamatan bermati-matian mengusir dan mempertahankan kedaulatan negara.. rata rata semuanya sama.. Perdana Menteri bersama karnivalnya dan pihak pembangkang bersama ideologi ideologi tersendiri menyelar kerajaan pemerintahan sekarang..

Aku juga teringat beberapa ucapan dari pihak pro kerajaan mahupun anti kerajaan.. "aahh.. Negara kita masih aman untuk apa kita membelanjakan sejumlah peruntukan berbillion ringgit untuk aset pertahanan?"
Apa pendapat rakyat jika fikir semua ini secara mendalam?
Ya aku setuju negara kita memang aman KETIKA INI? tetapi adakah kita baru nak membeli aset yang canggih jika berlakunya peperangan atau pemberontakkan? Benda dah jadi baru nak beli begitu?

aaaaahhhh... serabut juga aku fikirkan semua ini.. apa yang aku harapkan negara kita akan tetap merdeka dan aman damai.. Berjuang Wahai Perwiraku.. Usirlah Bangsat Bangsat itu dari tanah airku yang tercinta ini.. Bangkit dan berjuang wahai perwiraku.. janganlah sekali2 mengenal erti menyerah kalah!!!!

Tuesday, January 15, 2013

Im Lost Again!!

hola cak kun cak!!

mesti ada antara kamu orang yang igtkan aku sesat ntah mana hala kan kan kan? bukan mcm tu semuanya terjadi pada...

Ada la suatu ketika tu time aku ke Giant Kajang untuk bawak Si Cantik Manis aku gi cek gigi dengan aku terpengaruh dengan restoran makcik ni.. makcik cashier yang agak friendly sangat2.. dia offer aku makan Nasik Kukus Ayam Berempah atau dia offer Nasik Kukus dgn Asam pedas...

wooahhh.. aku konfius time tu.. hahahhha akhirnya aku memilih Ayam Berempah sebagai pendinding diri hahahah.. apa pun rating bg aku dlm skala 1-10 aku bagi 6 sbb berjaya membuatkan selera aku hidup.. huhuhu

kalau korang nak try goole maps kat giant saujana kajang sana nunnn.. sebelah giant tu ada shopping lot berdekatan dengan pusat pergigian aina..

selamat menjamu selera!!

Congratulation For Sanjay & Kavitha

Holla..

ada tak kamu orang pergi ke majlis resepsi indian stlye? by the way thanks to Kavitha & Sanjay untuk jemputan..

resepsi diadakan di Bangunan Peladang di Jalan Klang Lama.. dari segi makanan memulanya aku agak was was.. tetapi pabila aku dibutakan dengan masakan kambing maka rasa was was itu totally hilang hahahaha.. *ye iman aku goyah bab makanan* catering yang menyediakan juadah malapetaka sedap ni adalah Little Caterer..

apa pun tahniah aku ucapkan kepada mereka berdua..

Saturday, January 12, 2013

H A P P Y N E W Y E A R 2 0 1 3

ﺍﺳﻠﺎﻡ ﻋﻠﻴﻜﻢ

agak lama aku tak menulis dalam picisan blog ini, nak kata masa tak bagi aku peluang agak bohong sama sekali, dalam diam dalam sedar atau tidak kita dah masuk pun dalam tahun 2013 *ye entry aku lambat jangan bak pertikai apa apa*

begitu banyak suka duka tawa tangis berak cirit apa semua dalam tahun 2012, apa yang boleh aku katakan dan aku harapkan tahun 2013 ini akan aku perolehi kebahagiaan dan murah rezeki dari Maha Pencipta Allah SWT...

Salam Tahun Baru Semua
Nor Azlan Mohd Nor