Saturday, May 11, 2013

Cinta Dalam Hati

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

agak hampir seminggu selepas PRU 13 yang banyak menyaksikan suka duka macam macam ragam rakyat jelata Malaysia ni..

tapi apa kene mengena dengan tajuk entry aku kali ni? ekekeke (sumpah takde kene mengena langsung)
tapi apa pun aku nak cakap...

jiwa aku tika aku tulis natang blog ni agak luluh / sendu / cendol (apa saja yg kalian nak fikirkan)
kaum Hawa yang aku sayangi (selain mak aku) iaitu cik Baby Sayang aku telah keluar dari hidup aku..
seperti biasa jiwa gundah gulana membawa aku seperti dedulu semula..
hidup bertopeng dengan macam2 klise yang akan aku kuarkan..

punca? aahhhh.. xperlu aku huraikan apakah punca namun yang penting bukan kehadiran orang ketiga dipihak aku.. pihak dia? ntah aku tak tau sebab sepanjang aku bersama dia amatlah RARE untuk aku mengsyaki sesuatu apa2 yang berlaku atau yang terjadi atau apa segalanya yang dia lakukan..

ada segelintir pihak juga mengikut pahaman aku tidak gemar mahupun suka hubungan aku dengan die..
ntah mana silapnya aku atau mungkin rupa aku yang agak tak kemas atau lebih tepat hitam dan tak hensem ni membuatkan pihak pihak terbabit mengata aku dibelakang tanpa prejudis.. walhal bagiku keluargaku telah menerima dengan girang gembira dan sorak tawa akan kehadirannya..

hurmm.. dunia kekadang tak adil kan? sedih? jiwa kacau?
bohonglah kalau aku cakap aku tak memiliki perasaan macam tu semua..  (weii aku masusia bukan kereta KIA ok) tapi aku dah rasa bende bende ni.. nak kata imune mungkin tak tapi aku try to behave diri aku agar jangan buat bende melalut.. (aku nak buat bende melalut? owh puhleessss~)
apa pun aku redha akan segalanya, mungkin Allah Ta'ala ada merancangkan sesuatu untuk aku..
just ikut flow kata mat saleh kat dalam tv..

apa pun untuk aku bukak balik hati ni.. ntah la.. susah nak cakap sebab aku dapat merasakan jiwa hidup aku dah sebati dengan dia.. tiada seorang kaum Hawa mampu buat macam dia buat.. impak die terhadap kehidupan ritual mahupun realiti maya aku begitu ketara.. jujur aku katakan yang aku takkan mampu nak lupakan diri dia..

Aku sayang Kau sampai bebila jika Allah izinkan rasa cinta aku kat kau menghuni dalam jiwa aku..

Wassalam

Aku kelu..

OnePolar

No comments: