Sunday, May 31, 2009

Cinta Sempurna

a couple of days ago..

aku dah mula menagihkan diri aku serta
gegendang telinga aku ini dengan melodi-melodi
dari Yuna - Cinta Sempurna

aku dah mula bosan dengan Dan Sebenarnya
malah kini aku sudah mula seronok dengan lagu laguan
Cinta Sempurna ini..

Terima Kasih juga aku ucapkan kepada cik aqmaal
yang meracuni dan sanggup menyanyikan aku lagu ini..
(walaupun pada hakikatnya aku tak dengar hanya melihat
melalui lensa bisu didalam YM)

apa pun... to Aqmaal im dedicated this song just for you too...

Tuesday, May 26, 2009

M.A.A.F

Setelah aku ditegur oleh NENEK a.k.a Girl Polka Dot untuk
update blog...
InsyaAllah pada masa akan datang tiada lagi sebarang penangguhan mahupun
apa apa terhadap blog ini...

jika tiada masalah Blog ini akan diupdate dari masa ke semasa...

Sekian
OnePolar a.k.a Moyang Tua (amik ati si Nenek tu jer..)

Friday, May 22, 2009

Bercukur

22 Mei 2009

Nur Farisah Irdina telah selamat menjalani
Majlis Cukur Jambul...

Huhuhuh maka ini antara paparan untuk Beliau Beliau...



Pakcik Haroman menyuapkan kurma dan air Zam-Zam


Atok Irdina a.k.a Anje open dulu.... (my dad arr tu..)


Pakcik haroman a.k.a Ustaz Haroman Yaacob


Doa Selamat...
Posted by Picasa

Thursday, May 21, 2009

DUNIA INI KEChIL

Tip Tap Tip Tap
hhaaaiihhhhhhhhh~


masa saat sudah hampir 3 pagi..
sedangkan aku masih leka malah
tersenyum sendirian...

--------------------------------------------------------------------------



betul Kata Orang Lama...

DUNIA INI KEChIL

sebab? gambar diatas jelas mnyatakan
bahawa gadis ini pada mulanya sepatah bende aku
tak kenal... alih2 Tup Tup Tup

"Nanad dgn sy classmate"

sedangkan sebelum ini tak pernah terlintas mahupun terpikir...
so semenjak kes ini, aku mula terbayang keciknya dunia ini...
pusing pusing ke situ kita sampai jugak...

*Nanad adalah makcik yg dulu Gem tapi la ni dah Kurus (ayat amik ati ke? ekekek)
**Beliau ini adalah salah seorang Nenek yg baik ati budinya (bukan Nenek Kebayan tau)
Posted by Picasa

Monday, May 18, 2009

Serebrum Tersumbat

Setelah beberapa Detik masa bumi berputar..
aku tersentak dari lamunan..

"Ya Allah masakan aku hampir terlupa untuk mengHALALkan
jari jemari aku menyentuh Lensa Berkaca aku
"

Aku mula mengorak sedikit langkah... dan ini hasilnya..

Alhamdulillah aku masih buleh bernafas lagi...



Biru Langit + Hutan Kota + Sunyi + Sepi



Penghijrahan Warga Kota Politan


Menyusuri Laluan Lurus Bercahaya....



Mengecapi Kemanisan Air Sirap Limau
Posted by Picasa

Saturday, May 16, 2009

Iris yg Sejuk..

Antara Teh Syuhada dangan Nurul Syuhada
mana yang best?
huhuhuh terus terang aku lebih gemar menatap gambor
si Teh Syuhada tu berbanding makcik gambor bawah ni...

memandangkan Jom Heboh aku tak dpt cari Teh Syuhada..
maka terpaksa aku memper Pemeskan ini makcik...

(Teh Syuhada where are u bebeh.... huhuhu~)



Senyum Simpul nampak...
Posted by Picasa

Thursday, May 14, 2009

Kelahiran

Alhamdulillah~

Bertambah Seorang lagi Umat Nabi Muhammad SAW
dimuka bumi ini....

Tepat Jam 6:33 ptg (waktu Tempatan)
bertarikh sebentar tadi (14 mei 2009)
Nur Farisah Irdina binti Mohd Hanif
selamat dilahirkan oleh Nor Hasliza Binti Mohd Nor (my lovely KAKAK)
Dilahirkan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM a.k.a HUKM)

So ini gambar untuk tatapan beliau beliau...


Tangisan


Tidur yg lena setelah didodoi oleh unclenya (aku le tu)


Bekerut selepas unclenya selesai mencium habis habisan..
Posted by Picasa

Wednesday, May 13, 2009

Meredah Samudera

Selamat Ulang Tahun Navy...


Entah apa mimpi aku tempoh hari, kaki MALAS aku ini, melangkah
tiba tiba menghayun ke Bandar NAVY (Lumut)
sedangkan pada AZALI aku agak anti pada Navy...
(sedor lah, abang ipar ko pun Navy jugak Lan... aaiiyyaaaa~)

So sempena HUT (Hari Ulang Tahun) Navy
aku mengucapkan semoga Hangpa semua baguih dok ada noo..
(Ayat yg kurang ikhlas... ekekekkeke)



Kapal yg chomel (chomel lagi aku~)


Ini sahaja kapal yang paling aku minat..
Kapal Layar Diraja Tunas Samudera...


Lynx Navy



Budak Navy yang gile Camera... cesss...
(Thanks belanje aku minum ayor temikai)
Posted by Picasa

Saturday, May 09, 2009

YYeeaaaa!!!!

"Azlan, CONGRATS!! awak lulus exam tempoh hari"


Aku Berjaya!!!!

Alhamdulillah.. exam drawing depan ketua fakulti tempoh hari
membuahkan hasil yang sememangnya aku tunggu..

Syukur kehadrat Allah Ta'ala kerana memberikan aku seribu satu
limpah kurnianya dan menganugerahkan satu anugerah yang akhirnya
berjaya aku gunakan kearah yang mungkin memberikan
seribu satu jalan LURUS dan bercahaya...


Go Azlan!! Go Polar!! Go Go Go...


Trying Till Last Breath!!!


OnePolar
Bluesands
Posted by Picasa

Sunday, May 03, 2009

C.U.A.K

"This Wednesday u ada exam depan ketua Fakulti, i dah arrange dengan pihak kat sini, make sure u datang"

WWHHHAATTTT!!!

berderau darah aku bila dapat calling macam ni, exam depan ketua fakulti?
uuuhhhh~ drawing exam plak tu, aarrrggghhh~
tak pernah seumur hidup aku amik exam drawing, iisshhhh~
tetiba tangan dan jari jemari halus dan chomel aku ni bergetar
hati aku mula dup dap dup dap
jantung berdegup kencang, aku CUAK!!!

tolong aku....
aku mengalami kecuakan yang maksimum....
demm!!!!

Menarilah Bersamaku hingga aku pitam

OnePolar

Friday, May 01, 2009

Malaysia Truly Asia?

My name Elisa Pape..

Elisa... so sweet huh?

Teringat peristiwa kat Taman Negara Pahang Hari tu....
tengah dok seronok aku melihat serta menikmati pemandangan flora dan fauna
aku terpaku dek minah mat saleh depan mata aku.. dua Orang jer tu.. aku malas nak bertanya panjang just say HELLO jer..
apa pun setiba di Lubuk Simpon ternyata minah mat saleh ni agak friendly dengan aku..
aku jadi malu bila diajukan dengan soalan macam ni..

"why ur officemate, i mean eldest people behaving like teenagers?"
Hambik ko, mau tebal muka aku, disebabkan ada SEGELINTIR pihak yang agak kurang malu
dan bagi aku agak JAKUN melihat Wanita KULIT PUTIH berada depan mata..
dan ada jugak yang melihat mereka ini dan terbayang aksi aksi di ranjang.. (DEmmmm!!)

apa yang aku mampu jawab
"actually they all just having fun, anyway on behalf my friends im appologize all this matters"
agak-agak rasional ke jawapan aku ni?

"Its ok, by the way how old are u and if u dont mind can u tell us bout ur name?"
ishhh banyak soalan ni yang perlu aku jawab dengan berhati-hati

"im only 25 years old this year, and my name Azlan or u can call me polar, by the way may i know ur name?"
yyeeaahh mari berbalas pantun dengan mereka ini

"25 years old? OMG ur older than me but u looks very young... (hahah aku nampak muda beb!!)
im 24 years old same as my friends and my name elisa pape.. (sambil tangan dihulur tanda nak bersalam dengan aku)"

so kesimpulannnya dari peristiwa tadi aku jadi malu gile bila orang dari luar bertanyakan soalan macam tu kat aku.. aku jadi risau jikalau golongan mereka ini membawa berita yang kurang elok atau lebih tepat lagi kurang enak didengar pabila sekembalinya mereka ini ke tanah air masing-masing..

jelas dan terang apa yang terpancar dan apa yg telah aku lihat sedikit sebanyak telah membuatkan aku muhasabah diri, cuba menghormati budaya orang lain, cara orang lain..
huhuh mungkin ada yang melenting bila terbaca statement yang aku tulis ini..
sepanjang petang dan malam aku bersama dua gadis Germany ini bercerita mengenai MALAYSIA dan sedikit sebanyak cuba menolak dakyah dan tomahan buruk mengenai MALAYSIA yang mereka dengari selama ini..

mereka ini datang untuk mempelajari budaya dan adat resam budaya kita.. sedangkan apa yang mereka dapat bila datang ke negara kita hanyalah muda mudi yang mengagungkan budaya BARAT dan tiada langsung unsur2 keTIMURan seperti yang diomongkan dalam media massa...

Aduhai kesian aku melihat bangsa sendiri dan aku sendiri mengaku aku pun terJAHANAMkan diri aku.. tapi dalam keadaan aku macam ini aku masih ingat bumi yang aku pijak dan budaya serta adat yg tersemat dalam jiwa aku...


Budaya Melambangkan Keangungan Sesebuah Bangsa

OnePolar