Saturday, March 11, 2017

Crazy Saturday mih mih mih

Assalamualaikum..

Crazy Saturday... hahahahaah saje je nak bubuh gambar lama ni..
Sebab apa? Sebab aku boring tunggu client nak itu ini..
Hahaahah
Apa pun Enjoys Weekend Gais... hahahahh

Penelan Panadol Berpengalaman
Nor Azlan

Monday, March 06, 2017

2017 aku masih disini

Assalamualaikum..
Alhamdulillah, itu sahaja yang mamph aku ungkapkan.
Kerana Allah Taala mengurniakan yulang empat kerat aku ini untuk mencari rezeki dimuka buminya ini.
Bagi yang belum maklum status aku terkini adalah sebagai seorang Pesara Tentera. Ya hampir 2 tahun aku bergelar pesara.
Dan kini aku kembali sebagai seorang yang memegang title sebagai JURUFOTO FULL TIME.
Syukur kehadrat ilahi kerana memberi aku ruang untuk berkarya melalui lensa dan bakat yang Allab kurniakan.
InsyaAllah akan datang aku akan memiliki domain sendiri di onedezari.com
Dimana segala karya dan penulisan serta video blog aku akan disimpan disini.
Namun blogspot ini insyaAllah aku akan tetap update dari maa ke semasa paling tidak pun
Setahun satu entry hahahaahh

Alhamdulillah anak aku makin membesar Ammar Safwan.. dah nak masuk 2 tahun lebih. Dan isteri tercinta aku
Zurena Razak masih seperti biasa dok tak habis habis bising yang dia dah gemuk bagai. Heheheh apa boleh buat kalau dah nama pun perempuankan,
Oh ya bonda tercinta aku Puan Rokiah dan pun bersara dari Felda. (Aku bersara dulu athen baru mak aku bersara ekekekeke).
Kini bonda aku menghabiskan masa menjaga sepupu aku yang berpantang, itu pun sebab mak dia ke Abu Dhabi ikut adik dia yang bongsu.

Oklah cukup kot entry aku hari ni.. esok aku ada misi mencari SSD untuk upgrade kedalam Macbook Pro aku ni..
Oh ye.. (nak show off sket ni..) entry kali ini aku menggunakan Samsung Galaxy Tab 4 10.1 2014 Edition.

Haaaa canggih kan... sila teruja dan jeles..
Oklab beransur dulu aku nak berak jap..

Hasga pronto
Wassalam

Nor Azlan Mohd Nor

Sunday, May 17, 2015

Hijau Biru Kaler Bumi

‎Assalamualaikum,

a few days ni aku tak dapat nak menulis, even Hari ni Ahad namun disebabkan kekangan waktu (yang sebenarnya BlackBerry aku ni tak cas bateri die).
so semalam aku dok pulun wat design untuk Masjid Seri Melati.. yeah op kos walaupun insyaAllah dalam masa yang terdekat ni aku akan berangkat ke Sarawak namun kerja One Dezari tetap diteruskan demi mencari sesuap nasi yang halal.

Mengenai job kat Sarawak aku akan berada di Tanjung Manis bagi memonopoli bisnes perladangan di mana aku merupakan one of the Board Of Director in this project (woahhh speaking British kau) dan mengikut pengiraan Ahli falaq aku akan menerima bayaran insentif sebagai BOD.

Alhamdulillah penamat aku di TUDM Tidak membawa aku ke penamat hidup di muka Bumi Allah Ta'ala ini.. insyaAllah selagi aku berKhalifah di Bumi Allah ini aku akan teruskan selagi Tulang Empat Kerat aku berfungsi denga sebaik mungkin..

Bercerita mengenai Hari Ahad iaitu Liburan bagi aku, aku menghabiskan waktu pagi aku di Forest Research Institute Malaysia (FRIM) Kepong.. aku beranggapan bertahun tahun lamanya aku tak bermandi manda di kawasan hutan tu..
Subahanallah suasana masih sama dimana ketika aku berendam dan kencing dalam sungai tu pekikan dan lolongan riang riang serta serangga hutan memenuhi pelusuk hutan itu.. aku teruja dan bernafsu.. (jangan fikir bebukan nah)

oklah selagi jari aku ni laju nak menaip kang makin merepek entry aku ni..
sekian dari aku untuk tatapan (mungkin aku je kot)

Nor Azlan Mohd Nor @ Codename Galahad

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Monday, May 11, 2015

Debaran

‎Assalamualaikum..

Yep yep, Debaran kian memuncak, esok aku akan meluangkan sedikit masa untuk berkunjung ke HQ Motorola Malaysia bagi mendapatkan info dan kalau boleh nak mendapatkan suggestion daripada Motorola untuk project Tanjung Manis.

Minimum Requirement dari Team Management adalah bantuan alat komunikasi yang boleh cover almost 500 ekar, pada mulanya aku berkomunikasi dengan geng MARES (Malaysia Amature Radio) dan kebanyakannya semua suggest untuk pemasangan Repeater di site location..

Namun apa bila aku Cuba berbincang dengan Team Management idealogi aku ditolak oleh Hamba Allah yang kononnya lebih arif mahupun pakar dalam hal telekomunikasi mahupun nasi basi..
Ya, dia mendapat khidmat nasihat PAKAR menerusi cina yang menjual alatan telekomunikasi tersebut.
Aku hanya mampu akur walhal kalau aku layan duplex internal repeater range keluasan yang aku akan dapat menyamai 20KM radius..

Aku tau entry aku agak membosankan dan agak mencabar dari minda intelek mahupun minda revolusi hangpa semua..
Namun itulah cara aku untuk aku berkongsi kemutan dan ketulan di jiwa kacak aku ini. 
Oklah rokok pun dah habis hisap, aku nak tidor, 
Papai nusantara, Papai bloggerjaya, Papai Tiz Zakiyah dan Papai bulan dan bintang.

Telangkup Jiwa Otomen
Nor Azlan Mohd Nor a.k.a OnePolar

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Penantian Satu Penyeksaan Yang Total

Assalamualaikum, Betul kata org, yang penantian itu satu penyiksaan, dalam diam dah nak bulan Jun 2015 dan dalam seumur hidup aku, aku tak pernah menunggu saat yang sebegini dan to be honest desperate gile..
Kenapa? Ini adalah masa yang paling aku tunggu berikutan untuk projek mega iaitu, Tanjung Manis Project..

Ya, aku insyaAllah akan memulakan migrasi aku ke Sarawak untuk project ini.. dan seperti yang adik aku cakap, kalau project ini menjadi maka ianya akan mengubah seluruh kehidupan total aku..

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Wednesday, April 01, 2015

Kembali Menjengah

Assalamualaikum..

setelah sekian lama tak menulis dalam blog ni, maka dh masuk ke thn 2015, blog aku ni berfungsi..
kalau nak diikutkan banyak keluh resah suka duka tawa riang aku coretkan dalam ni.. Dan dah tentu follower aku semua dh xde..

Alhamdulillah..
Tahun 2015 ni banyak perubahan yg berlaku, dimana aku dh cukup tempoh 10tahun berkhidmat dalam pasukan keselamatan negara iaitu Tetera Udara DiRaja Malaysia (TUDM).. Dan dengan itu
maka berakhir sudah perkhidmatan aku..
sekarang Ini dengan restu Dan rahmat Dari Allah Ta'ala maka aku berjaya tubuhkan One Dezari

Tahun 2015 jugak merupakan tahun yang membuatkan hidup aku bertambah mencabar, Dari segi kerohanian Dan sebaliknya..
Apa pun mini dengan masa yg sdikit terluang Ini.  insyaAllah aku akan kembali menulis disini..

salam sayang
Nor Azlan Mohd Nor @ OnePolar

Friday, January 10, 2014

SEAFARER On The Way

Assalamualaikum...

Alhamdulillah tak lama lagi aku bakal mengeluarkan branded sendiri..
Nantikan di pasaran ye....


Wednesday, January 01, 2014

Happy New Year 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Selamat Tahun Baru 2014... 


Alhamdulillah serta bersyukur ke hadrat Allah Ta'ala kerana memanjangkan lagi
jangka masa 'Loan' jasad ni...
apa pun semoga di tahun baru ini dimurahkan rezeki dan di permudahkan segala urusan..



Hasta Pronto Amigos

OnePolar