Monday, May 11, 2015

Debaran

‎Assalamualaikum..

Yep yep, Debaran kian memuncak, esok aku akan meluangkan sedikit masa untuk berkunjung ke HQ Motorola Malaysia bagi mendapatkan info dan kalau boleh nak mendapatkan suggestion daripada Motorola untuk project Tanjung Manis.

Minimum Requirement dari Team Management adalah bantuan alat komunikasi yang boleh cover almost 500 ekar, pada mulanya aku berkomunikasi dengan geng MARES (Malaysia Amature Radio) dan kebanyakannya semua suggest untuk pemasangan Repeater di site location..

Namun apa bila aku Cuba berbincang dengan Team Management idealogi aku ditolak oleh Hamba Allah yang kononnya lebih arif mahupun pakar dalam hal telekomunikasi mahupun nasi basi..
Ya, dia mendapat khidmat nasihat PAKAR menerusi cina yang menjual alatan telekomunikasi tersebut.
Aku hanya mampu akur walhal kalau aku layan duplex internal repeater range keluasan yang aku akan dapat menyamai 20KM radius..

Aku tau entry aku agak membosankan dan agak mencabar dari minda intelek mahupun minda revolusi hangpa semua..
Namun itulah cara aku untuk aku berkongsi kemutan dan ketulan di jiwa kacak aku ini. 
Oklah rokok pun dah habis hisap, aku nak tidor, 
Papai nusantara, Papai bloggerjaya, Papai Tiz Zakiyah dan Papai bulan dan bintang.

Telangkup Jiwa Otomen
Nor Azlan Mohd Nor a.k.a OnePolar

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

No comments: