Monday, June 27, 2005

GT Japan Championship 2005 (Super GT)

26 June 2005..
hari yang paling gembira bagi aku, mana taknya aku berpeluang tengok GT Japan Championship 2005, awal-awal pagi lagi aku dah keluar rumah..
aku sampai kat sana jer.. aku tengok berapa ramai Hot Babe yang ada kat situ..
WaauuWww! superb, erotic, exoctic, maksimatic, spastik, semua ada..
so hari nie aku dapat e-mail dari mmber aku yg turut serta time tu.. thanks la jidin bagi aku gambor nie... so korang nak tengok? just check it out!


Heiruki From Arta Projects Posted by Hello


Advan team Posted by Hello


Opening ceremony team Posted by Hello


GT Gurls Posted by Hello


Sweet babe.. ahakss.. Posted by Hello

Friday, June 24, 2005

Gelabah Maksima..

Alhamdulillah akhirnya aku dapat juga post dalam blog nie..
setelah sekian lama aku takde masa.. ekkeekkeke
anyway aku masih dalam menghitung hari untuk ke ITU ipoh..
segala persiapan diri dah aku buat.. yang aku risau satu jer.. mental aku tak berapa tuff seperti yang aku mahukan..
fizikal insyaAllah boleh.. mental yg aku risaukan..
smlm aku terima sms dari Syarifah Najwa.. kekekekke kelakar maksima budak katik sekor nie..
dan semalam aku dapat berita yang memeranjatkan aku
Seorang kapten TUDM meninggal dunia akibat pesawat BAE Hawk dia terhempas kat Labuan sewaktu melakukan pendaratan..
Dan ini salah satu ujian mental yang paling menggugat keyakinan orang tua aku untuk melepaskan aku ke TUDM esok..
bagi aku ini hanyalah dugaan dan cabaran untuk aku..
demimu aku rela bekorban demi Negara Malaysia yang tercinta

"Sentiasa Di Angkasa Raya"

Friday, June 10, 2005

Akhirnya.. penantian Ini Berakhir

10 June 2005
penantian aku selama ini berakhir, bukan apa..
aku teruja sebab Waren dan surat yang aku tunggu selama ini telah
selamat sampai ke teratak aku..
aku tengah syok lepak kat opis.. tetiba kakak aku call, dia cakap ada surat untuk aku..
aku dah suker separuh mati bila kakak aku cakap dalam tu ada surat TUDM
walllaaaaa.....
dan confirm 11 July 2005 aku akan berangkat ke ITU (Institut Tentera Udara) Ipoh, Perak...
dan kini aku cuma perlu kembali mengumpulkan segala stamina, endurence, fittness yang hilang dulu..
aku akan mencuba dengan terbaik dari apa yang terbaik yang pernah aku lakukan sebelum ini..
semoga aku berjaya

"Ya Allah ya Tuhanku, berikanlah aku kekuatan diri dan fizikal untuk aku menempuhi segala dugaan dan cabaran yang bakal aku tempuhi nanti.."
Amin Yarobbal'alamin...

Thursday, June 09, 2005

Gadis Comel

tepat pukul 12:34 Tengah hari ini bersamaan 9 June 2005,
aku pergi temankan member aku Katak_comei ke TNB Taman Melawati sana tuh..
dia cakap nak bayor bil letrik rumah.. sebab dia dah dapat kertas MERAH,
aku naik teksi, apek driver nie aku respek giler..
sebab knowledge dia pasal negara terlalu banyak.. aku rasa bangga menjadi rakyat Malaysia.. tetiba dia sentuh plak pasal PUSPAKOM
bila dah bukak topik PUSPAKOM ini apek terus mencarut giler babeng..
sebab munsabab dia carut adalah kerana dia nak gi setting meter..
pastu dia gi check kat sana tetiba result yg dia dapat GAGAL..
kesian aku nengok..
korang bayangkanlah sekali gi test kat PUSPAKOM RM 40.00.. ini apek sudah pergi 3 kali termasuk hari ni, cian lu apek..

dan lepas kitaorang dah sampai kat TNB Katak_Comei ajak gi makan KFC..
Dan segalanya bermula disini..
tengah syok beratur aku terpandang sekilas seorang awek KFC yang kerja kat situ..
comel giler, maklumlah kening dia cute, bulu mata dia nice dan yg menjadi bonus kecomellan dia adalah dibahagian pipi, siap ada lesung pipit tu..
aku dah jadi tak tentu arah disebabkan kecomelan gadis nie..
Katak_comei sibuk dah gelakkan aku, dia kata aku nie budus, lampi dan sebagainya..
aku suruh dia mintak no telepon tapi dia tak mau tolong.. dia suh aku bersifat gentleman..
baiklah aku mula nak beranikan diri jer..
tup! dia senyum kat aku bila aku tgh nak makan burger.. tersedak aku.
akceli aku nie antara lelaki yang sukakan kepada kecantikan ciptaan Allah Ta'ala
jadi gadis nie pun dah termasuk dalam senarai aku la..
namanya pun manis Syahidah dan secara otomatik aku kini dah mula mengingati wajahnya..
mungkin esok atau lusa aku akan LUNCH kat situ..
Syahidah tunggu akan kehadiran aku untuk mencoba mencari cinta dari dalam diri mu..
aku akan mencoba walau bagaimana sekalipun...


-- sekian --

Wednesday, June 08, 2005

My FotopageS CompletE..

8 Jun 2005
dengan rasminya aku telah melancarkan laman Fotopages aku..
kat dalam menatang nie aku letakkan pelbagai koleksi gambor yang aku ada..
anyway kalau korang ada yang minat tengok koleksi gegambor..
bolehler korang
KlicK kAt siNi -->http://onepolar.fotopages.com<--

So datang ler tengok.. senang skit mana tau esok lusa gambor engkorang
plak ada terpampang kat situ.. tinggalkan komen apa yang patut.. takkkan tak tau lagi kot...
ekeekkekkek

-- sekian --

Tuesday, June 07, 2005

ResiGn..

7 June 2005
merupakan hari aku menyerahkan surat perletakkan jawatan aku di
Delima Oil Products Sdn Bhd.
Aku nekad kali ini.. dapat atau tidak TUDM tu aku dah tidak peduli lagi..
apa yang berlaku kehendak Allah kan? so aku berhenti kerja kat sini pun mungkin dah dalam ketentuannya..
Semalam aku dah fikir banyak kali.. daripada aku berhenti style kurang ajar (cukup bulan amik gaji pastu blah) daripada rekod aku buruk cam lahanat better aku buat cara baik..
lagipun company nie pun banyak juga ilmu marketing yang aku tahu..
kalau nak diikutkan bab-bab akaun tu senang kacang buncis jer..
tapi disebabkan orang-orang Department aku tu yg aku kurang senang dengan perangai diaorang tu yang aku terpaksa quit dari sini..
Account tuh alahai senang giler.. kalau tidak takkan sesenang jer aku dapat certificade dalam akaun..
petik-petik jer.. nak dijadikan cerita aku dedulu memang kantoi dalam math dan sebagainya.. dan secara tidak langsung aku habis sekolah jer aku blajar kat Kolej yayasan Selangor pastu time praktikal tu aku uruskan akaun company tu..
thats why aku tarrak goyang dengan akaun-akaun yg berlambak nie..
anyway apa-apa hal aku ucap ler terima kacey kat org-org yg kononnya bagi aku ilmu mengenai pemasaran..
ekekekekeeeekkek

chow

Monday, June 06, 2005

Daulat Tuanku!

Daulat Tuanku

hari sabtu yang lepas aku rasa seronok maklumlah besday Agong atau besday Fil Marsyal Angkatan tentera..
Memula aku nak gi kat dataran nengok perbarisan panji-panji Agong tapi disebabkan aku rasa malas maksimum maka aku tak pergi..
aku tengok siaran langsung jer dalam tv1..
memang superb kawad kawalan kehormat dia.. Kawad pada kali nie disertai dengan ketiga-tiga cabang perkhidmatan iaitu Angkatan Tentera Darat, Udara dan Laut.
kali nie aku lihat Tentera Darat dan laut ada yang kantoi bila kawad.. udara aku tak nampak bcoz camera banyak tak fokus kat udara..
tapi aku fikir yang positif setiap orang mesti melakukan kesilapan.. mungkin waktu latihan perfect tapi waktu hari yg sebenar ada berlaku sedikit kecacatan..
dan yang menarik ketika formasi Hormat Diraja tu..
siap ada 5 biji Heli buat formasi siap asap berkaler tu..
memang best.. cuaca plak Alhamdulilah mandom + angin
anyway.. semoga Allah memanjangkan usia Tuanku demi rakyat malaysia

Friday, June 03, 2005

Back To Old Memories..

Hari nie 3 may 2005
aku dah mula rasa boring kerja kat opis nie, pasru dicampur plak dengan rasa
cuak untuk menunggu surat dari Tentera Udara tu..
hari berlalu macam biasa, pergi sembahyang jumaat pastu balik, aku teringat kat Noris (Budak Askar - semboyan - ) untuk pengetahuan korang Noris nie adalah seorang WANITA, haahahah
aku call le minah nie, kecoh + gamat = otak weng. memacam cerita aku bukak..
aku ajak jumpa tapi malangnya dia ada kerje sket.. (Blah la lu minah)
rupa-rupanya Noris nie dah nak tamat kursus kadar dia kat MINDEF...
maybe Esok atau malam nie dia bertolak balik ke IPOH..
Damm.. aku ingat dia ada kat sini lama lagi.. buleh aku ajak meng hu ha hu ha kan diri..
takpelah Noris cakap kat aku bila aku dah ada kat ipoh sok kontek dia..
dengan selamber dia akan jadi Tourist Guide rasmi aku nanti.. hahahah caya lah lu Noris..
lepas aku sembang aku dah mula boring lalu aku bukak PC main game
RaidenX hahahahah.. tiu tiu tiu kebabooommmmm!

chow chin mahaaiii! weakakaakkkak

Wednesday, June 01, 2005

Selamat Menyambut Ulangtahun ke 47

Selamat Menyambut Ulangtahun TUDM ke 47
Hari ini 1 June 2005 maka genaplah sudah TUDM ke 47, sempena hari yang bersejarah ini
aku harapkan TUDM dapat memantapkan lagi usahanya menjaga ruang angkasa negara yang bertuah ini daripada ancaman luar,
TUDM sinonim dengan namanya yang begitu gah dimata rakyat dengan berbekalkan dengan segala persenjataan moden kini TUDM bakal menerima beberapa buah pesawat tempur yang baru Su 30 kmm (Sukhoi). Aku harapkan dengan ada nya pesawat seperti ini kedaulatan negara
pasti akan lebih terjamin.
"Ya Allah ya Tuhanku, selamatkanlah negara bertuah ini daripada kancah peperangan yang boleh mendatangkan kesengsaraan kepada kami" Amin Yarobbal a'lamin..

Info Ketenteraan

PerHatiaaANn!
Di laman Multiply aku ada sedikit info mengenai ketenteraan, kepada member aku dan kepada visitor yang datang ke Blog aku nie, yang mana minat sahaja wajib singgah kat situ..
diharap kepada yang nak tengok tu.. apalagass.. tak reti-reti lagi? dan kepada yang singgah tu andai kata ada info atau pembetulan silalah email kat aku di norazlan.mohdnor@gmail.com
Klick kat sini -->http://onepolar.multiply.com<--
Sekian terima kasih

Blog StarWars complete

Today earlly morning aku masuk opis..
bukan pasal kerja yg melambak tapi sebenarnya aku naik kete orang..
ekekkek.. moto aku rosak
dan kat sini aku nak annpunce sket.. yang blog aku lagi satu dah siap
korang nak tengok klick kat sini --> http://deadgalaxies.blogspot.com
ada le sekeping dua gambor..
oklah chowww

Padme Sexy Posted by Hello

Revenge Of The Sith Posted by Hello

Jedi And Love Posted by Hello