Thursday, June 09, 2005

Gadis Comel

tepat pukul 12:34 Tengah hari ini bersamaan 9 June 2005,
aku pergi temankan member aku Katak_comei ke TNB Taman Melawati sana tuh..
dia cakap nak bayor bil letrik rumah.. sebab dia dah dapat kertas MERAH,
aku naik teksi, apek driver nie aku respek giler..
sebab knowledge dia pasal negara terlalu banyak.. aku rasa bangga menjadi rakyat Malaysia.. tetiba dia sentuh plak pasal PUSPAKOM
bila dah bukak topik PUSPAKOM ini apek terus mencarut giler babeng..
sebab munsabab dia carut adalah kerana dia nak gi setting meter..
pastu dia gi check kat sana tetiba result yg dia dapat GAGAL..
kesian aku nengok..
korang bayangkanlah sekali gi test kat PUSPAKOM RM 40.00.. ini apek sudah pergi 3 kali termasuk hari ni, cian lu apek..

dan lepas kitaorang dah sampai kat TNB Katak_Comei ajak gi makan KFC..
Dan segalanya bermula disini..
tengah syok beratur aku terpandang sekilas seorang awek KFC yang kerja kat situ..
comel giler, maklumlah kening dia cute, bulu mata dia nice dan yg menjadi bonus kecomellan dia adalah dibahagian pipi, siap ada lesung pipit tu..
aku dah jadi tak tentu arah disebabkan kecomelan gadis nie..
Katak_comei sibuk dah gelakkan aku, dia kata aku nie budus, lampi dan sebagainya..
aku suruh dia mintak no telepon tapi dia tak mau tolong.. dia suh aku bersifat gentleman..
baiklah aku mula nak beranikan diri jer..
tup! dia senyum kat aku bila aku tgh nak makan burger.. tersedak aku.
akceli aku nie antara lelaki yang sukakan kepada kecantikan ciptaan Allah Ta'ala
jadi gadis nie pun dah termasuk dalam senarai aku la..
namanya pun manis Syahidah dan secara otomatik aku kini dah mula mengingati wajahnya..
mungkin esok atau lusa aku akan LUNCH kat situ..
Syahidah tunggu akan kehadiran aku untuk mencoba mencari cinta dari dalam diri mu..
aku akan mencoba walau bagaimana sekalipun...


-- sekian --