Daulat Tuanku
hari sabtu yang lepas aku rasa seronok maklumlah besday Agong atau besday Fil Marsyal Angkatan tentera..
Memula aku nak gi kat dataran nengok perbarisan panji-panji Agong tapi disebabkan aku rasa malas maksimum maka aku tak pergi..
aku tengok siaran langsung jer dalam tv1..
memang superb kawad kawalan kehormat dia.. Kawad pada kali nie disertai dengan ketiga-tiga cabang perkhidmatan iaitu Angkatan Tentera Darat, Udara dan Laut.
kali nie aku lihat Tentera Darat dan laut ada yang kantoi bila kawad.. udara aku tak nampak bcoz camera banyak tak fokus kat udara..
tapi aku fikir yang positif setiap orang mesti melakukan kesilapan.. mungkin waktu latihan perfect tapi waktu hari yg sebenar ada berlaku sedikit kecacatan..
dan yang menarik ketika formasi Hormat Diraja tu..
siap ada 5 biji Heli buat formasi siap asap berkaler tu..
memang best.. cuaca plak Alhamdulilah mandom + angin
anyway.. semoga Allah memanjangkan usia Tuanku demi rakyat malaysia
No comments:
Post a Comment