Assalamualaikum salam sejahtera..
tika aku menulis entry ini.. aku melihat YB Dato Tg. Adnan sedang berjalan-jalan sambil menyapa rakyat jelata disekitar Alamanda Putrajaya..
"Baguih orangnya" memula hati aku terdetik, kendian sifat rasional dan mekanisme mula menerjah dalam jiwa.. kepelbagaian persoalan mula menerjah jiwa aku..
Adakah waktu nak pilihanraya baru nak meraih undi masyarakat sekitar?
Pada waktu nak mengundikah baru para Politikus mula hendak turun menghadap sang rakyat jelata?
Dari dulu aku melihat mungkin secara sedar atau separa total sedar.. terpampang di dada mahupun di perut akhbar kepelbagaian berita berita sensasi.. mengutuk memuji dan ada berbaur mendewa dewakan sang politikus.. pelbagai gambar yang dipaparkan memperlihatkan status keadaan serata ceruk rantau penjuru desa mahupun hutan batu pelusuk kota keadaan menjelang Pilihanraya Umum..
segala manifestasi diperjuangkan rata rata cuba mempengaruhi minda usang rakyat jelata..
tidak kurang ada juga yang memprejudiskan diri kononnya ala ala menghamba abdikan diri demi rakyat..
aaahhhh.. omong kosong kebanyakannya..
segalanya banyak untuk mengisi perut kerabat mahupun untuk keturunan demi keturunan.. percayalah selepas tempoh PRU tamat nescaya sang rakyat akan teruskan kerja seperti biasa manakala calon yang dipilih mahupun yang dilantik menjadi menteri, adun mahupun yang sebagainya hanya diam duduk mungkin dipejabat mahupun menghadiri janji janji projek kewangan seperti biasa semula..
Menteri, Adun dan YB yang dulunya senang untuk berjumpa bakal dipertemukan dengan PA PA yang gayanya melebihi menteri untuk membuat temu janji yang ntah bila akan dilayan segala permintaan..
Owh baru aku sedar seluruh dunia begini rupanya.. Dunia owh duniaku..
Sekadar coretan zahir ku
OnePolar
No comments:
Post a Comment