Assalamualaikum..
pejam celik pejam celik iris aku bila melihat laporan media massa mengenai nahas di Lahad Datu Sabah..
Yes ketika ini aku mhla terfikir sejenak macam mana semua ini terjadi? bagaimana puak puak militan (aku lebih selesa gelarkan mereka ini militan) ini boleh menceroboh masuk kedalam negara?
Mungkinkah pertahanan negara kita semakin rapuh atau sebaliknya.. aku terpanggil untuk berfikir sejenak dan ketika ramai rakyat memberi simpati kepada anggota keselamatan yang menjadi korban nahas di Lahad Datu.. otakku berputar ligat mencari pelbagai persoalan..
Adakah ini yang dikatakan negara kita mempunyai aset pertahanan negara yang mantap? pada pengetahuan ilmu alam aku masih ujud beberapa kumpulan Khas (PASKAL) di kawasan Semporna Sabah.. (Aku pernah membaca artikelnya di Majalah Perajurit dan Tempur).. bagi ku Semporna tidak beberapa jauh jika aku melihatnya dari Google Map..
Dimanakah tugas pengawasan yang sepatutnya dilakukan agensi atan badan keselamatan tertentu? Aku masih berkeyakinan bahawa negara kita masih lagi mempunyai Sumber Risikan yang mantap dan terbaik di rantau ini..
Ketika aku menaip post ini aku terlihat beberapa anggota PARA di sekitar KLIA berjalan kesana sini sambil membawa senjata bersama Anggota Polis.. ada yang tersenyum riang ada yang senyap membisu menyimpan 1001 rahsia.. ahhhh... kelihat muda muda semuanya.. dan sekali lagi aku terfikir.. adakah mereka mereka ini memang terlatih atau hanya mengisi julat Kuantiti yang diperlukan dalam membentuk sebuah Seksyen, Kompeni, Batalion dan sebagainya.. adakah mereka mereka ini sanggup berkorban demi menggusir puak militan di Lahad Datu?
Ketika ramai pihak pro kerajaan mahupun anti kerajaan membidas, menuduh, menyokong, menyelar ntah apalagi sebagainya peristiwa di Lahad Datu.. aku sekadat tersenyum.. aaahhh.. ahli politik!! karut semuanya!! hanya pandai omong kosong menabur janji janji manis untuk memenuhi tabung masing masing.. semuanya sama.. hanya tau berkata kata sedangkan anggota keselamatan bermati-matian mengusir dan mempertahankan kedaulatan negara.. rata rata semuanya sama.. Perdana Menteri bersama karnivalnya dan pihak pembangkang bersama ideologi ideologi tersendiri menyelar kerajaan pemerintahan sekarang..
Aku juga teringat beberapa ucapan dari pihak pro kerajaan mahupun anti kerajaan.. "aahh.. Negara kita masih aman untuk apa kita membelanjakan sejumlah peruntukan berbillion ringgit untuk aset pertahanan?"
Apa pendapat rakyat jika fikir semua ini secara mendalam?
Ya aku setuju negara kita memang aman KETIKA INI? tetapi adakah kita baru nak membeli aset yang canggih jika berlakunya peperangan atau pemberontakkan? Benda dah jadi baru nak beli begitu?
aaaaahhhh... serabut juga aku fikirkan semua ini.. apa yang aku harapkan negara kita akan tetap merdeka dan aman damai.. Berjuang Wahai Perwiraku.. Usirlah Bangsat Bangsat itu dari tanah airku yang tercinta ini.. Bangkit dan berjuang wahai perwiraku.. janganlah sekali2 mengenal erti menyerah kalah!!!!
No comments:
Post a Comment