Assalamualaikum.. Salam Sejahtera warga peribumi..
makin sendu makin rancak aku menari narikan jemari aku menekan segala mak nenek kt blog ni..
apa? mengapa aku jiwa sendu? eh apsal plak korang nak tau..
entry kali ni membuatkan aku nak menyentuh bab pernikahan, hantaran dan Adat?
apa syarat sah nikah dalam ISLAM?? (dalam ISLAM ye bukan dalam adat melayu mahupun adat pepatih bagai) nak aku terangkan ke? mau sampai 34 kitab xkan habis.. ckup saksi kadi dan sebagainya kan?..
nak nikah perlu le duit beribu riban? setahu aku xde dalam kitab2 kan?
mas kahwin tu aku tau la.. hurmm makin lama ideologi adat diserapkan secara tetap dlm bab Agama.. "huishh xde duit tak bleh nikah" atau "xde rm20k awk jgn harap nak kawen dgn sy"...
mungkin aku mewakili lelaki2 luar sana yang mgkin ada wat silap diasa lampau mahupun bergaji kecik sgt2 dimana teringin untuk berkahwin tapi tak mampu disebabkan ideologi ADAT berleluasa.. (aku rasa ADAT atau KEHENDAK atau mgkin nak tutup rasa malu kalau para sahabat bertanya eh kau kawen laki kau bayar rm5k je??)
pernah dengar frasa ayat ini?? "Jalankan Majlis Perkahwinan Biarpun Dengan SEEKOR Kambing"
ayat ni dr seorang manusia yang amat mulia disisi Allah Ta'ala iaitu Baginda Rasulullah..
tapi apakan org zaman sekarang lalai.. mereka lupa.. mereka hilang ingatan dgn wang ringgit.. bagi aku ckuplah hantaran Senaskah Kalam Suci Al-Quran dan sepasang telekung putih.. kot RM20k pun xmampu nak tandingi harga senaskah Al-Quran.. bagiku naskah suci inilah antara hantaran yang paling mahal dalam duniawi ini..
agak2 kalau aku buat mcm tu adakah mereka yang berprejudis ini yang bersandarkan ayat "kalau bayar tara tu nak wat majlis mcm mana? koman koman nak kene ada 5 6 khemah, nak wat kat dewan, nak berbaju pengantin cantik2, nak ada flowergirl bagai" nak ikut??
biasa dgr kan? ayat ni.. itulah realiti.. bila aku ajukan idea sebegini ada yang beranggapan aku kolot.. mgkin lebih tepat xberduit.. even kau Pilot sekalipun ingat Grand mana majlis kawen kau.. kot lepas kawen Allah nak tarik segala bende "click!!" just like that ok..
apa pun aku tulis la mcm mana sekalipun klau aku xmampu nak nikah nak kumpul beriban2 nak wat majlis bagai.. orang bukan nak baca atau amik iktibar atau kesedaran dr apa yg aku tulis ni..
Jangan kalian cakap nak ikut ajaran agama sedangkan kalian menjauhkan diri dengan apa yang agama tetapkan
OnePolar
No comments:
Post a Comment