Syukur aku kepada Allah Ta'ala yang Maha Pencipta kerana memberi peluang
aku merasai sekali lagi mengecapi nikmat Ramadhan Eid Mubarak pada tahun ini...
Bila difikirkan kembali tibanya bulan rahmat ini, rutin seharian aku bertukar kepada yg lain dari yang sepatutnya..
memang aku dah bayangkan macam pelawaan berbuka puasa yang akan aku terima walaupun aku tak sefeymes mana...
tapi aku fikir dalam sedalamnya belum apa apa lagi, seminggu lepas dah terpacul beberapa risalah mengenai promosi bufet sana sini.. dan ada jugak desas desus kawan kawan mahupun Orang-orang diluar sana menceritakan nak berbuka dimana, masakan sana sini best dan sebagainya...
Haaaaiihhhhh~ mengeluh panjang aku dibuatnya...
senyum sendirian aku dibuatnya, tiada pula aku mendengar nak menjalani Solat Sunat Tarawih dimana dan bercerita mengenai berapa Raka'at Solat Tarawih yang hendak di tunaikan nanti...
rata-rata senario ini menbangkitkan kembali kata-kata Ustaz sekolah Ugama aku dulu,
"Kita ni Umat akhir zaman, Umat yang banyak LUPA"
mendalam dan banyak yg tersirat....