Saturday, April 30, 2005

OnePolar Journal

OnePolar Journal
30 May 2005 (opis aku)
hari nie aku dah mula rasai tahap kebuhsanan tahap maksimum..
perut aku dah mula cam nak meragam jer.. pastu nick
Bidadari dalam MSN aku pun takde ari nie..
balik kg katanya.. adduuhhh.. apabende aku nak buat arini ek?
abih opis gi Lumut lagi.. lepak TLDM base la agaknya.. usha minah TLDM yg comel lote..
mana tau bleh sangkut.. (Kalau aku berani nak tegur, sesilap aku blah camtu jer)
ahaakkaass...
anyway Jgn difikirkan apa yang berlaku itu sesuatu misteri...
asta porontos divalie

Friday, April 29, 2005

Aku buhsan lagi...

11.53 mlm (pejabat Fama)
aku dah buhsan giler kali nie.. mana taknya biasanya time-time macam nie
aku tengah naik Tren KTM atau Bas menuju ke destinasi yang aku inigin takluki..
RMDC (Rekreasi Melayu.com) buat trip ke Gunung Ledang gunung yang menyimpan 1001 misteri.. Trip tu plak diketuai Oleh Bro apip.. member kamcing aku pun join trip tu (Syam pitam)..
Trip rahsia aku dengan Kak Mot (Redtomato) ke jelawang plak tak dapat buat..
aduhh.. aku rindukan kedamaian hutan, kabus, gunung-ganang, permatang, periuk kera, kedinginan air sungai dan segala spesis serangga..
aku kadang kala terfikir akan persoalan yg sering orang lemparkan ke aku..
"Apa yang korang dapat dengan masuk hutan nie?"
"apa yang menariknya masuk keluar hutan nie?"
"Buat apa korang menyeksa badan? dari aku ikut korang baik aku gi ngorat awek.."

aku bukan apa.. dah itu je yang aku rasa seronok bila aku dapat buat.. nak bercinta aku bukannya pandai sangat.. nak gi cari awek pun aku bukan reti sangat.. terus terang aku nak cakapkan aku nie bukan Lelaki jenis yang senang nak pikat awek..
muka macam aku nie kalau ada gadis cantik (macam iela budak praktikal kat building aku) yang nak couple memang aku beruntung sangat..
tapi aku tak berani sebab aku nie tak pandai nak membuat gaya seorang romantis.. buat apa aku nak jadi hipokrit.. lebih baik aku jadi konkrit..
Biarlah aku dengan hidup aku dan Dunia aku.. ada sesetangah pihak (terutama gadis) berfikiran orang macam aku nie jenis tak berduit..
tapi kalau diaorang fikir ikut kepala hotak diaorang dan diaorg cuba conggakan jumlah segala perbelanjaan set camping aku maunya mencecah ribuan ringgit...
aku cakap macam nie sebab majoriti wanita zaman nie semua pandang lelaki yang poket berisi bila minta dibelikan itu ini dengan selamba balak diaorang belikan..

eheh.. aku tergelak sendirian bila aku dah sampai puncak gunung aku terfikir.. kalau aku ada awek nak ke diaorang ikut macam aku nie?
tidur kat surau, lepak hu ha hu ha kat maple, overnite sampai lebam, mandi sungai sana-sini, masuk hutan sampai bau badan dah macam katak mati..
lucu plak bila kua fikirkannya tapi itulah realiti hidup aku..
aku nie susah nak buat kerja lain.. aku hanya fokuskan kepada aktiviti menjelajah alam ciptaan Allah Ta'ala yang luas ini..
pelbagai misteri, pelbagai rahsia yang kita sendiri harus rungkaikan..
pendek kata aku takkan stop aktiviti macam nie.. bairpun aku dah tua bongkok selagi tulang 4 kerat nie mampu pikul beban sampai berkilo kilo aku tetapkan beraktiviti..

Hidup Outdoor,
Just leave ur footstep and memories every where u go dont forget it

Puteri

This song just for someone..Heheh.. there give me some spirit.. maybe spirits of love i think..so just read an understand it..

Harum semerbak kasturi indah mewangi
Cantik rupa parasnya puteri di sinar maya
Cinta bukannya semata yang ku perlu zahirmu
Hey... yeah... yeah...
Puteri... ohh...

Kini kau tiada lagi tinggallah aku sendiri
Rindu di hati ku ini tak dapat aku sembunyi
Entah bila kan kembali
Setelah kau pergi oh...

Puteri... malam ku dingin tiada pujuk rayumu
Kembalilah... ku kehilangan tawa mesramu itu
Ohh puteri... malam ku dingin aku kehilanganmu
Kembalilah... mengertilah oh kekasihku
Ohh... puteri ku

Dengarkanlah rayuan (hati)
Tak sanggup aku kehilanganmu
Di dalam jaga aku keliru
Ohh... mengertilah

Kembalilah
Malam ku dingin tiada pujuk rayumu
Puteriku...
Ku kehilangan tawa mesramu itu
Kembalilah...
Malam ku dingin aku kehilanganmu
Kekasihku... mengertilah oh kekasihku... ohh...

Kekasihku... kembalilah...

Tensionn MaKsiMaAaa...

Today 29 may 2005
hari nie memula aku okies jer.. tetiba lak dapat call dalam kul 11.19 pagi..
adalaa.. malaun mana yg ckp kat aku perjanjian aku dibatalkan.. (Syaitaannnn..)
anyway ari nie lega sket la.. bcoz cam biasa seperti yg aku tulis kat blog aku yg lain..
ada nick Bidadari Mimpi dari MSN msgger aku.. setia melayan kerenah aku..
aku cam biasa tak tentu hala arah tuju aku bila aku ber MSN mssger dgn minah nie..
anyway Esok kemungkinan aku gi ke Lumut dengan Uncle aku.. greg tak jadi nak datang malaysia.. dia kata ada masalah dengan Visa..
dan aku masih menghitung hari mengenai petandingan yang
bakal aku tempuhi pada 14 may 2005 MALAKOFF
pastu aku cuak jugak dengan interview TUDM pada 11 may 2005 nanti..

sekarang nie aku masih meneruskan sesi latiha intensif dan superb suspensif
untuk ketahanan mental dan fizikal aku..

dan malam tadi benda yg menakutkan aku kembali datang kat aku
bila T-naj telefon.. tetiba dia ckp dia rindu kat aku.. (Damm shit man)
time tengah sunyi la baru cari aku.. time tgh syok berjoli tak ingat kat aku..
siap boleh marah-marah aku... so dgn selambernya aku ckp
"Azlan takde yg nie bkn azlan tapi Polar"
hahhaah terrer aku kan?
yaa! aku mmg terrer melampaui tahap gaban peringkat ke 12

Thursday, April 28, 2005

MALAKOFF Dualthon Challenge 2005

14 may 2005
malakoff Dualthon challenge.. dengar pun dah bikin gerun seyy..
kali nie sirkit kedua di LumutPerak...
team aku nie diunggili dengan Pahlawan yg kental semangat Budin @ bud-bud dan Pisha @ minah kental...
Nama team aku Team Kasut Getah...
sesiapa yg ada masa nak tengok aku beraksi dan mmber aku beraksi datang ke lumut eks?

Saturday, April 23, 2005

Jogging dlm hujan?

Ari nie petang tadi aku joging dlm hujan..
pergghh syahdu giler.. sesyahdu senyuman iela..
heheehh.. bila difikirkan balik banyak aku salah kat minah kiut nie..
mana tak nya dia takde buat salah
aku tetiba larikan diri dari dia... cian minah nie..
tapi apa boleh buat bila aku nampak dia
perasaan dlm hati x bleh nk bendung.. nak jer aku melutut depan dia
bagi cincin yg aku dapat waktu aku selam kat lubuk jerangkang bulan lepas...
pastu nak jer aku tanya
"iela! would u marry me?"
mau tonggang langgang bumi nie kalau aku buat macam tu..

lepas jogging aku lepak sengsorang kat pondok dekat tempat kuda tu..
layan rokok sepam dua..
pastu aku balik.. time balik aku singgah kat Teratai lepak ngan mmber aku la.. sapa lagi
kalau bukan RedTomato @ kak Mot dan Albudin @ Bud Bud..

aaiihh.. Letih btol aku ari nie.. berjalan jer kerjanya.. lesen takde lagi..
adduuihhhh