Friday, April 29, 2005

Aku buhsan lagi...

11.53 mlm (pejabat Fama)
aku dah buhsan giler kali nie.. mana taknya biasanya time-time macam nie
aku tengah naik Tren KTM atau Bas menuju ke destinasi yang aku inigin takluki..
RMDC (Rekreasi Melayu.com) buat trip ke Gunung Ledang gunung yang menyimpan 1001 misteri.. Trip tu plak diketuai Oleh Bro apip.. member kamcing aku pun join trip tu (Syam pitam)..
Trip rahsia aku dengan Kak Mot (Redtomato) ke jelawang plak tak dapat buat..
aduhh.. aku rindukan kedamaian hutan, kabus, gunung-ganang, permatang, periuk kera, kedinginan air sungai dan segala spesis serangga..
aku kadang kala terfikir akan persoalan yg sering orang lemparkan ke aku..
"Apa yang korang dapat dengan masuk hutan nie?"
"apa yang menariknya masuk keluar hutan nie?"
"Buat apa korang menyeksa badan? dari aku ikut korang baik aku gi ngorat awek.."

aku bukan apa.. dah itu je yang aku rasa seronok bila aku dapat buat.. nak bercinta aku bukannya pandai sangat.. nak gi cari awek pun aku bukan reti sangat.. terus terang aku nak cakapkan aku nie bukan Lelaki jenis yang senang nak pikat awek..
muka macam aku nie kalau ada gadis cantik (macam iela budak praktikal kat building aku) yang nak couple memang aku beruntung sangat..
tapi aku tak berani sebab aku nie tak pandai nak membuat gaya seorang romantis.. buat apa aku nak jadi hipokrit.. lebih baik aku jadi konkrit..
Biarlah aku dengan hidup aku dan Dunia aku.. ada sesetangah pihak (terutama gadis) berfikiran orang macam aku nie jenis tak berduit..
tapi kalau diaorang fikir ikut kepala hotak diaorang dan diaorg cuba conggakan jumlah segala perbelanjaan set camping aku maunya mencecah ribuan ringgit...
aku cakap macam nie sebab majoriti wanita zaman nie semua pandang lelaki yang poket berisi bila minta dibelikan itu ini dengan selamba balak diaorang belikan..

eheh.. aku tergelak sendirian bila aku dah sampai puncak gunung aku terfikir.. kalau aku ada awek nak ke diaorang ikut macam aku nie?
tidur kat surau, lepak hu ha hu ha kat maple, overnite sampai lebam, mandi sungai sana-sini, masuk hutan sampai bau badan dah macam katak mati..
lucu plak bila kua fikirkannya tapi itulah realiti hidup aku..
aku nie susah nak buat kerja lain.. aku hanya fokuskan kepada aktiviti menjelajah alam ciptaan Allah Ta'ala yang luas ini..
pelbagai misteri, pelbagai rahsia yang kita sendiri harus rungkaikan..
pendek kata aku takkan stop aktiviti macam nie.. bairpun aku dah tua bongkok selagi tulang 4 kerat nie mampu pikul beban sampai berkilo kilo aku tetapkan beraktiviti..

Hidup Outdoor,
Just leave ur footstep and memories every where u go dont forget it

1 comment:

Anonymous said...

nak komen sikit..
pasal cinta, bila kita jumpa the right person, automatically kita akan pandai bercinta..tak percaya, tunggu je masa nye nanti ye...
pasal outdoor, hanya org yg minat je tau betapa besnye hobi kita..lain org, lain hobinya...
tapi saya ada teori..org yg sukat outdoor ni..biasanya lambat kawen..sebab? cintanya dah diletak di outdoor..susah nak bagi cinta kat manusia...