Tuesday, June 18, 2013

Penumbuk Rasa Cinta Dewa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Gudmorning Kuala Lumpur *pekik hati aku (puihhh bajet mat saleh)
macam biasa aku menulis blog sendu sentul ini.. aku celik mata Alhamdulillah aku masih bernyawa.. Allah Ta'ala berikan aku nyawa untuk menyambung perjalanan hidup..

dan sekali lagi aku bangkit seperti hari hari semalam.. pedih tapi aku cuba harungi lagi..
esok abah masuk wad lagi.. ahhhh... tahun ni saje dah lebih 4kali abah masuk hospital.. Ada orang beranggapan aku cuba amik advantage dari penyakit abah.. namun aku persetankan bualan rasa suka suki mereka mereka terbabit.. Aku hanya seorang anak yang walaupun ada benda terpalit rasa sikit sikit kecik ati dengan abah aku namun aku sedia berbakti demi abah aku.. sebab takde dia takdelah aku dimuka bumi Allah ini..

Apa pun yang berlaku aku cuba belajar dimana kesilapan aku.. dan dengan kesilapan lampau aku dulu aku mengheret orang yang aku sayang sekali dengan aku.. walhal istilah hidup susah sama susah senang sama senang dah tak relevan waktu zaman batu moden ini.. ye aku akui.. aku silap perhitungan waktu dulu.. namun aku bukan Tuhan yang mampu nampak apa yang dah tertulis dalam perjalanan hidup aku.. jikalau aku nampak akan dimana kesilapan aku dulu mungkin waktu dia jadi student lagi aku dah "Ikat" dia.. mungkin dia xperlu nak hadapi liku liku hitam diri dia.. takpe selagi aku bernyawa selagi itu aku akan berusaha untuk terus membawa kemakmuran dalam hidup aku dan dia meskipun pahit jawapan dia..

From Montrichard to Sg Petani
OnePolar

Sunday, June 16, 2013

Koi Koi Koi

Assalamualaikum..

dah beberapa hari aku tak masukkan entry dalam blog ni..
seperti entry sebelum sebelum ini.. aku cuba menempuh hari hari perit.. aku cuba sibukkan diri malangnya gagal..

Aku agak tension kebelakangan ni.. mood aku bertukar jd zero.. aku mula berada dlm keadaan sugul muram dan stress.. meskipun aku mungkin menerima jawapan yang aku tak nak dengar..

Ya Allah aku hanya mampu berdoa dan masih cuba mencari penyelesaian.. kuatkanlah rasa kasih dan sayang aku kepada nya.. ikatkanlah aku dengan dirinya dalam ikatan yang sah.. Amin Ya Robbal'lamin..

Pantai Morib
OnePolar

Monday, June 10, 2013

Rokok Paip

Assalamualaikum dan selamat pagi..

Bangun aku subuh tadi.. seperti semalam aku rasa.. bepijak di dunia pahit sekali lagi..
aku rasa aku tak kuat nak hadap..

Ya Allah kau bukakanlah pintu hatinya..

Penegur Rambut Tegar
OnePolar

Sunday, June 09, 2013

Hijau Bumi Biru Langit

Assalamualaikum..

Hari ni aku try pijak kat bumi Allah pabila aku bangun subuh.. Ya Allah apa yg aku lalui bukan mimpi..
aku termanggu.. segala lagu laguan dendangan UI hilang perlahan lahan umpama dimamah dek resaksa gorgon..

aku bangkit dan Alhamdulillah aku boleh berdiri.. nampak gayanya Allah Taala mahu aku lalui hari perit sekali lagi.. aku terpikir berapa lama aku kene lalui.. mgkin bertahun atau selamanya begini.. aku mulai rs pasrah..

aku tanamkan dalam diri.. aku akan berdiri menunggu selama mungkin.. biar dibenci di hina diherdik aku rasa aku akan terus berdiri tanpa menghiraukan apa segala yang mendatang..

OnePolar
Guruh Kilat Merah

Saturday, June 08, 2013

Hari yang sukar

Assalamualaikum..

makin teruk hari yang aku lalui.. aku menerima perasaan yang paling teruk dalam sejarah hidup aku..

aku manusia biasa.. aku dah berjanji pada dia.. pada arwah mak dia.. InsyaAllah mati hidup semula aku akan tunaikan.. biarpun dibalas dengan benci dan makian sekalipun...

maka dengan ini disaat ini diri aku dh mula menghidupkan mode yang tak pernah nak aku fikirkan untuk aku aktifkan..

Kalau aku tak dapat maka orang len takkan dapat..

OnePolar

Kelapa Nan Sebatang

Assalamualaikum dan Salam Jumaat..

mungkin semalam hari aku agak beremosi..
maafkan aku semalam.. hari ini aku akan cuba tidak beremosi meskipun benak emosi aku dah mula menendang dada serta jiwa..

Dalam aku menunggu tiba waktu Solat Jumaat.. aku terpandang Sebatang Pokok Kelapa.. kesian jiwa kecil aku berkata.. sorang sorang je.. tup tup eh macam sama je dengan aku..

Kelapa Nan Sebatang
OnePolar

Thursday, June 06, 2013

Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun TUDM ke 55

Assalamualaikum..

Aku tak nak bercakap banyak sebab aku rasa aku takde mood nak bercakap..
apa pun..

Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Tentera Udara DiRaja Malaysia Yang Ke 55 Tahun...

esok adalah Perbarisan Istiadat Sempena Hari Ulang Tahun di Pangkalan Udara Kuantan.. so aku terlibat sebagai Juruvideo..

Terus Maju TUDM

Sentiasa di Angkasa Raya
OnePolar

Lepaskan...

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera warga peribumi..

makin sendu makin rancak aku menari narikan jemari aku menekan segala mak nenek kt blog ni..
apa? mengapa aku jiwa sendu? eh apsal plak korang nak tau..

entry kali ni membuatkan aku nak menyentuh bab pernikahan, hantaran dan Adat?

apa syarat sah nikah dalam ISLAM?? (dalam ISLAM ye bukan dalam adat melayu mahupun adat pepatih bagai) nak aku terangkan ke? mau sampai 34 kitab xkan habis.. ckup saksi kadi dan sebagainya kan?..
nak nikah perlu le duit beribu riban? setahu aku xde dalam kitab2 kan?
mas kahwin tu aku tau la.. hurmm makin lama ideologi adat diserapkan secara tetap dlm bab Agama.. "huishh xde duit tak bleh nikah" atau "xde rm20k awk jgn harap nak kawen dgn sy"...

mungkin aku mewakili lelaki2 luar sana yang mgkin ada wat silap diasa lampau mahupun bergaji kecik sgt2 dimana teringin untuk berkahwin tapi tak mampu disebabkan ideologi ADAT berleluasa.. (aku rasa ADAT atau KEHENDAK atau mgkin nak tutup rasa malu kalau para sahabat bertanya eh kau kawen laki kau bayar rm5k je??)

pernah dengar frasa ayat ini?? "Jalankan Majlis Perkahwinan Biarpun Dengan SEEKOR Kambing"
ayat ni dr seorang manusia yang amat mulia disisi Allah Ta'ala iaitu Baginda Rasulullah..
tapi apakan org zaman sekarang lalai.. mereka lupa.. mereka hilang ingatan dgn wang ringgit.. bagi aku ckuplah hantaran Senaskah Kalam Suci Al-Quran dan sepasang telekung putih.. kot RM20k pun xmampu nak tandingi harga senaskah Al-Quran.. bagiku naskah suci inilah antara hantaran yang paling mahal dalam duniawi ini..

agak2 kalau aku buat mcm tu adakah mereka yang berprejudis ini yang bersandarkan ayat "kalau bayar tara tu nak wat majlis mcm mana? koman koman nak kene ada 5 6 khemah, nak wat kat dewan, nak berbaju pengantin cantik2, nak ada flowergirl bagai" nak ikut??
biasa dgr kan? ayat ni.. itulah realiti.. bila aku ajukan idea sebegini ada yang beranggapan aku kolot.. mgkin lebih tepat xberduit.. even kau Pilot sekalipun ingat Grand mana majlis kawen kau.. kot lepas kawen Allah nak tarik segala bende "click!!" just like that ok..

apa pun aku tulis la mcm mana sekalipun klau aku xmampu nak nikah nak kumpul beriban2 nak wat majlis bagai.. orang bukan nak baca atau amik iktibar atau kesedaran dr apa yg aku tulis ni..

Jangan kalian cakap nak ikut ajaran agama sedangkan kalian menjauhkan diri dengan apa yang agama tetapkan

OnePolar