Sunday, May 17, 2015

Hijau Biru Kaler Bumi

‎Assalamualaikum,

a few days ni aku tak dapat nak menulis, even Hari ni Ahad namun disebabkan kekangan waktu (yang sebenarnya BlackBerry aku ni tak cas bateri die).
so semalam aku dok pulun wat design untuk Masjid Seri Melati.. yeah op kos walaupun insyaAllah dalam masa yang terdekat ni aku akan berangkat ke Sarawak namun kerja One Dezari tetap diteruskan demi mencari sesuap nasi yang halal.

Mengenai job kat Sarawak aku akan berada di Tanjung Manis bagi memonopoli bisnes perladangan di mana aku merupakan one of the Board Of Director in this project (woahhh speaking British kau) dan mengikut pengiraan Ahli falaq aku akan menerima bayaran insentif sebagai BOD.

Alhamdulillah penamat aku di TUDM Tidak membawa aku ke penamat hidup di muka Bumi Allah Ta'ala ini.. insyaAllah selagi aku berKhalifah di Bumi Allah ini aku akan teruskan selagi Tulang Empat Kerat aku berfungsi denga sebaik mungkin..

Bercerita mengenai Hari Ahad iaitu Liburan bagi aku, aku menghabiskan waktu pagi aku di Forest Research Institute Malaysia (FRIM) Kepong.. aku beranggapan bertahun tahun lamanya aku tak bermandi manda di kawasan hutan tu..
Subahanallah suasana masih sama dimana ketika aku berendam dan kencing dalam sungai tu pekikan dan lolongan riang riang serta serangga hutan memenuhi pelusuk hutan itu.. aku teruja dan bernafsu.. (jangan fikir bebukan nah)

oklah selagi jari aku ni laju nak menaip kang makin merepek entry aku ni..
sekian dari aku untuk tatapan (mungkin aku je kot)

Nor Azlan Mohd Nor @ Codename Galahad

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Monday, May 11, 2015

Debaran

‎Assalamualaikum..

Yep yep, Debaran kian memuncak, esok aku akan meluangkan sedikit masa untuk berkunjung ke HQ Motorola Malaysia bagi mendapatkan info dan kalau boleh nak mendapatkan suggestion daripada Motorola untuk project Tanjung Manis.

Minimum Requirement dari Team Management adalah bantuan alat komunikasi yang boleh cover almost 500 ekar, pada mulanya aku berkomunikasi dengan geng MARES (Malaysia Amature Radio) dan kebanyakannya semua suggest untuk pemasangan Repeater di site location..

Namun apa bila aku Cuba berbincang dengan Team Management idealogi aku ditolak oleh Hamba Allah yang kononnya lebih arif mahupun pakar dalam hal telekomunikasi mahupun nasi basi..
Ya, dia mendapat khidmat nasihat PAKAR menerusi cina yang menjual alatan telekomunikasi tersebut.
Aku hanya mampu akur walhal kalau aku layan duplex internal repeater range keluasan yang aku akan dapat menyamai 20KM radius..

Aku tau entry aku agak membosankan dan agak mencabar dari minda intelek mahupun minda revolusi hangpa semua..
Namun itulah cara aku untuk aku berkongsi kemutan dan ketulan di jiwa kacak aku ini. 
Oklah rokok pun dah habis hisap, aku nak tidor, 
Papai nusantara, Papai bloggerjaya, Papai Tiz Zakiyah dan Papai bulan dan bintang.

Telangkup Jiwa Otomen
Nor Azlan Mohd Nor a.k.a OnePolar

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Penantian Satu Penyeksaan Yang Total

Assalamualaikum, Betul kata org, yang penantian itu satu penyiksaan, dalam diam dah nak bulan Jun 2015 dan dalam seumur hidup aku, aku tak pernah menunggu saat yang sebegini dan to be honest desperate gile..
Kenapa? Ini adalah masa yang paling aku tunggu berikutan untuk projek mega iaitu, Tanjung Manis Project..

Ya, aku insyaAllah akan memulakan migrasi aku ke Sarawak untuk project ini.. dan seperti yang adik aku cakap, kalau project ini menjadi maka ianya akan mengubah seluruh kehidupan total aku..

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.