Tuesday, March 31, 2009

Le Gardenie

Woshhhh~ angin sepoi ni dah mula menambat helaian rambut
aku yang agak pendek ni..
kali ni aku baru selepas pulang dari menikmati
sepingggan nasi lemak beserta mocha Hazelnut (betul kot nama menatang tu)
di OldT0wn Bangsar South...
Pertama kali kaki suchi aku ini menjejakkan kaki ke wilayah seberang sana..
itu pun dengan bingkisan dan coretan SMS daripada
Sang Puteri Didie a.k.a Nadia Yusof yg berjaya menjadi Tourism Guide untuk aku..

Sesi pertama kali berjumpa berjalan agak secara rawak.. ini kerana aku dah nampak sgt lah
kurang kekok mahupun beliau terbabit..
Sesi bergedik sambil menggemukkan badan ini kalau tidak
akan dihadiri oleh beliawanis-beliawanis Nad2 a.k.a nadiah Ibrahim dan Rina...

Akan tetapi nasib tidak baik beliawanis terbabit (nad2+Rina) tidak hadir..
so tonite Table For Two sahaja yang ada.. antara aku dgn makcik didie ni...
gelak tawa clumsy aku jelas terserlah.. berjuta zilion aku cuba sorokkan
perangai zionis aku namun aku gagal.. maklumlah aku teringin sgt nak jmpa dgn makcik ni..

dan sewaktu pulang ke rumah, otak aku mula berputar ligat dan tetiba aku tersenyum sendirian.. why not aku sekarang ni jadi macam AKU yang bertahun sudah..
bebas berkawan dengan siapa sahaja.. ahli korupsi, ahli politik wang mahupun ke ahli kolar biru..
semua kawan aku.. why not ea? so student dah pun aku ada kawan.. thats mean..
tahun 2009 dah mula tahun aku berkawan dengan sesiapa pun sekali...

kawan susah mmg payah nak dapat
kawan senang petik jari jer dapat..
moral? - lu cari arr sendiri... apaaddaaaaa....~

Thursday, March 26, 2009

Inspirasi Minda Tercalar

Woosshhh~ Sepoi agak angin hari ni..
ntah kali ke berapa milisaat serebrum aku berglodak memikirkan apa akan kesinambungan hari ni..
heheh.. senyum kambing aku sorang2 kat opis sambil melihat awan hitam menjajah sekitar "Town Subang Airport" ni... aduhai rasa Chenta terlarang ni makin meruntum dijiwa..
hati makin parah.. jiwa makin runcam, addehhh~ apa la kene aku hari ni..
aku mula menconteng drawing pad (boss takde bleh arr~ :p)
shreehhh~ shreehhh~ pensel murahan aku menari ligat..
hasilnya Alhamdulillah potret picisan halus berjaya aku hasilkan..

dari dalam aku mula terpikir dan secara otomatikus logikal akal aku yg sedang beradu bangkit
aku dah mula sedar satu per satu yang aku ini telah mensia sia kan apa yg dikurniakan maha Pencipta.. hasil "artwork" aku menjadi, setelah hampir 10 tahun aku tidak melukis..
Aku dah mula sedar dan kali ini telah aku cangkul dan tanamkan sedalamnya yang
mulai saat bumi ini berputar, aku akan mula kembali berkarya dari segi
pena mahupun dari segi Lensa berkaca..

Perasaan Agung yang masih bersarang menjadi sumber inspirasi mahupun ianya sumber yg agak tercalar pada hakikatnya....
kerusi masih kosong, aku masih termanggu melihat dari dalam... huhuhu
apa pun kehidupan aku kene teruskan mahupun aku rasa kelat dan tergeliat..

OnePolar

Saturday, March 21, 2009

Penerbitan karya warga jalanan..

Besok aku akan memulakan job aku bersama rakan seperjuangan
dalam misi mencari dan mentarbiah segala pelusuk Kota batu Kuala Lumpur
dengan sisipan iris dan lensa kecil milik aku dan rakan rakan aku ini..

motif serta objektif mahupun modus operandi kali ini
mengisarkan wajah2 kota batu ini yang penuh dengan
1001 tipu dusta mahupun kebenarannya untuk tatapan warga seantero alam..

pendek kata esok merupakan opening ceremony untuk Haluan Kanan beraksi..
fuuhhhh.. insyaAllah usaha aku kali ini mesti menjadi dan bakal
menggemparkan serba sedikit ubun-ubun kepada mereka yang agak kronik dan fanatik
dalam perjuangan yang sama..

nantikan kemunculan nya....

Wednesday, March 18, 2009

Berakhir Sebuah Karya Agung

18hb berakhirnya sebuah karya agung yang agak trajis

Aku hanya mampu menitiskan beberapa kaca dari mata aku ni
dan hanya mampu melihat dan menerima dengan hati yang tenang
segala ketetapan yg telah ditetapkan..

eheh.. aku cuba ketawa mahupun buat buat senyum kelat lepas menerima
keputusan tu, MALANGnya aku gagal..
hati aku yg telah terlanjur memiliki satu zarah perasaan Agung
tak mampu nak dilupakan mahupun disia siakan begitu sahaja...

Aku berdoa pada Maha Pencipta agar disambungkan semula apa
yang telah diakhiri olehNya.. Amin

Tuesday, March 17, 2009

Segenggam Janji..

Sekitar Tahun 2003 Kuala Lumpur International Airport...

"Awak jangan risau ler, saya pergi tak lama mana pun,
pejam celik pejam celik balik la saya nanti"

Aku bisu jer......

"Nah! awak simpan penyu Chain ni, saya sayang sgt penyu ni,
tapi saya lagi sayang awak, saya nak awak janji dengan saya
yang awak akan setia dengan saya tau, saya pergi jauh jauh ni
tak lama, Janji tau dengan saya"

"Yee.. saya janji... awak jaga diri bila dah sampai ea?
e-mail kat saya tau nanti, kot ada rezeki saya datang hujung tahun ni tau" Aku jawab lesu sambil mengenggam erat Penyu Chain..

"Ehh.. toksah nak mengada sampai nak datang sana, saya dan awak sama-sama bukan orang berada, simpan duit awak tu, kot-kot abis saya study ni kite kawen.. hahahah"

------------------------------------------------------------------------------------------

Last ayat yang sempat aku bual dengan dia, sedar-sedar tarikh hari ni genap aku dengan dia ke 8 tahun..
tapi malangnya angka tu bukan indah yang aku harapkan..

" Awak.. saya nak mintak tolong nanti, bila saya dah sampai KLIA awak datang jemput saya ea?
Sorry saya dah lama tak contact awak, saya banyak masalah dan banyak part kene focus..."

"Macam mana awak dapat nombor saya ni? awak tau tak dah bertahun saya tunggu jawapan awak, even family awak pun tak jawab apa-apa soalan saya, awak tau tak saya pergi sana mencari awak bagai nak mampus, tetiba awak boleh muncul macam ni jer.." Aku sound tepat jer... geram sangat aku.. dah bertahun tetiba sekelumit saat dia boleh call aku... just like that!!

"Thats why i nak u datang Azlan.. semuanya akan terjawab nanti"

Aku kaget sebab dengar bunyi sebak dari sana....

"Ok... i datang nanti flight u macam u cakap dlm email hari ni kan?
i datang nanti" Aku kontrol balik nada marah aku... kene slowdown sket temper aku ni...

------------------------------------------------

5th July 2008 Kuala Lumpur International Airport

"Saya minta maaf dekat awak Azlan seba wat awak macam ni,
saya dah tertekan sangat bila keadaan memaksa saya buat keputusan macam ni..."


Aku nampak berkaca dari mata dia, sedangkan mata aku dah berkaca dari awal aku nampak dia, dah naik berombak dada aku ni bila nampak dia dari dalam tu lagi.. hhaaaiiihhhhh~ hela nafas panjang aku...

"Dah la, saya mintak halal makan minum saya serta ada salah silap termaki ke apa ke saya kat awak harap awak maafkan ea? Segala apa yang awak wat kat saya tu anggaplah takde apa yg terjadi, dan anggap yang awak tak pernah kenal saya k? biar habis kat sini sahaja kita"

Aku dah tak mampu nak bicara secara rasional dah time ni...

"Awak jaga anak awak elok-elok k? cantik macam mak dia"

Aku bercakap sebak dah time ni....

------------------------------------------------------------------------------------

Tup tap tup tap...
aku terfikir macam mana lah keadaan die skng kan?
last aku ternampak pun last week kat One Utama,
itu pun aku ternampak die dengan Hubby die, dah besar budak tu skng ni, dah ada adik pun
(sebab aku nampak die tolak kete bayi tu lerrr...)
Alhamdulillah Semoga Kamu Bahagia Hendaknya.. Amin...

Aku? heheh still macam ni, single singlet, cuma banyak bermain dengan rasa cinta
yang bila aku tepuk tapi tepuk aku macam tak bersambut..
redha jer lah lan... apa pun
Aku tetap kene teruskan hidup kan... aku nak buktikan
kepada 'Orang' yang suka cakap HATI-HATI bila dengan aku tu yang
aku bukan macam yg dorang sangka...
Tengok jerlah nanti, masa tu akan datang cuma kene sabar menanti jer..
lepas ni tau la macam mana dorang rasa seksa mengalami hidup macam
mana yang aku rasa....

Aku skng ni dah mula meminati lagu
kerispatih - bila rasa ku ini rasa mu

daaa....
OnePolar

Saturday, March 07, 2009

Flickr....

Huuu~ agak lesu ari ni badan aku, mungkin disebabkan aku terlampau
KERAS menjalani sesi pengurusan badan kot..
dari 4ptg jogging di Titiwangsa dan pukul 6 ptg sambung jogging lagi di Taman Metropolitan a.k.a Taman Layang Layang Kepong...
dan hasilnya hari ini badan aku agak FLAT... hahaahha
aku dok surf internet last2 aku terjumpa beberapa link yang agak dah lama aku tak bukak..
rupa-rupanya aku terlupa yang aku memiliki akaun Flickr...
(macam mana aku bleh terlupa ea?)
kesimpulannya banyak gambar yang agak nostalgia dalam tu..
huhuhu..

rindu plak mau aktif balik dalam bidang photographer ni...
ermm.. ptg ni aku nekad takmo gi jogging
tapi aku mau gi tangkap gambar... hahahha
tengah hati sendu rindu ni.. layan tangkap gambar sentimental best jugak ni..

Thursday, March 05, 2009

Tetiba aku jadi seorang PERINDU

jiwangkan tajuk entry kali ni????
hahahah.. terus terang aku nak cakap
aku hari ni jadi seorang perindu..
aku rindu sangat2..
jiwa pun halus tetiba hari ni..
nak je aku touching tapi aku pikir balik tak guna nak touching sebab
apa yang aku rasa ni takde kene mengena dengan touching..
heheheh..
so berbekalkan laptop mekti..
aku terus cek apa yang patut untuk lepaskan kerinduan aku kat ....

ps: Aku rindu jugak kat kawan2 aku yg bertungkus lumus dalam operasi mencari dan menyelamat Hasan Ayat yang hampir hari ke 19 beliau hilang di pergununggan Yong Yap...
Doakan beliau selamat dan dijumpai semula..