Friday, August 29, 2008

My Bike SOLD!!

Sorry for late notification..
just adding some usefull information (Maybe heheeh)
My Lovely Bike aka Mentadak Hitam (Black Prying Mantis) aka Momos Boxer ST200
have been sold to my friends AD (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia..)

So if you guys want any BIG BIKE just call me, maybe i can help you guys to find it one (priceless, comform!!)
anyway mmuuaaaahhhh to all ladies.. kekekek (im not gay, hahaha)

Intan aka budak tomei (rasa macam nak tumbuk er budak nie)

Intan (anak pandan@kartunis APO? memang gile kalau dapat aku amik gambor die ni
bukan nak cakap apa.. dalam banyak2 budak kecil yang
dalam ranking aku, dah tentu ini budak kicik mesti First skali rank die...


Haah.. korang tengok macam mana aku dapat menahan kesabaran bile tengok ini pendek? fuuuuuhhhhh~ betapa aku rasa macam nak gomol gomol jer pipi budak katek nie....
(errr.. patut ke aku kahwin? baru buleh layan anak sendiri kan? hahahahaah)
Posted by Picasa

My Paksu Weding

Selamat Pengantin Baru untuk Zainal aka Paksu serta Syalkiah aka maksu
yang telah selamat diiajbkabulkan pada awal tahun hari tu...
huhuhuh nak dijadikan cerita, cerita dah basi baru skng nie nak upload gambar-gambar ni, maklumlah i sentiasa sibuk dengan pelbagai kerje...

selamat pengantin baru bro... ekekekek

Posted by Picasa

Sunday, July 13, 2008

Aku, Siggy dan BORINGGGG


Just want to make my Siggy.. huhuhuh dah takde kerje so saje try mengedit gambor yang ada.. kekekke
aku BORING..
Posted by Picasa

Monday, June 30, 2008

Momos Boxer ST200 For Sale

Momos Boxer For Sale

Keupayaan : 198cc
Tarikh Pendaftaran : 2006
Pemilikan : 2 ( Anda ke-3 )
Ubahsuai : tayar depan 90%,tayar belakang 90%
Mileage : 9000++
Sebab dijual : Upgrade
Lokasi : Selayang - Subang - KL
Harga : RM 5K (boleh cerita sampai dapat)
Berminat?...sila hubungi saya @ 012-3541879 ( polar@azlan )

*Roadtax baru renew.. so xpayah nak fenin kefala...




Posted by Picasa

Wednesday, June 25, 2008

Laki atau Wanita (Same je)

emmm.. agaknya dah berapa lama aku tak update blog nie kan?
dari aku bujang hingga aku dah bertunang... BERTUNANG?
yaaa.. aku dah berpunya skng nie.. tepat 07 June 2008 aku melangkaui batas seorang lelaki yg bergelar BUJANG..
dari single mingle singgah ke title dah berpunya..
sumtimes aku ada dengar orang bicara

"bile dah bertunang mesti ko akan rasa bahagia"
"bile ko dah bertunang makin besar cabaran yang datang"

apa pendapat korang kedua dua ungkapan kat atas?
bagi aku, aku setuju kedua2 benda tu... bahagia mmg arr terasa bahagia
tapi bab cabaran tu.. huhuhu rasa macam nak gantung diri pun ada...
bermula dengan sorang2 x-gf aku yg dulu call aku balik dengan nada yang menggoda..
uisshh.. bergetar iman dan kelakian aku nie.. sib baik arr aku dah berubah tahap maksima..
ikutkan nafsu serakah yang setinggi bukit cerakah mau aku sapu semua yang ada..
sib baik aku teringat nasihat arwah opah dan atuk aku

"orang tamak kadang2 untung tapi dah jadi lumrah untung2 tapi lama akan jatuh rugi"

so aku amik nasihat kedua arwah tu.. moga sejuk roh dorang kat sana.. Amin..

since aku dengan Erine (Tunang aku) aku da banyak berubah,
terus terang aku cakap since aku bersama dengan erine aku diberi dugaan yang gile dahsyat...
betol org cakap, nak tawan and nak paham ati Kaum Hawa ni mmg susah..
semua kene amik berat walaupun hal sekelumit kuman...

tapi bab yang aku nak ceritakan ni takde kene mengena antara hubungan aku dengan Erine benda yang nak aku tulis kat sini hanya lahir dalam keluhan halus LELAKI, bile Lelaki memahami WANITA, adakah wanita memahami kite yakni Kaum Adam ni?
majoriti ada yg pernah bercakap dengan aku yang 45% jer dorang akan memahami perasaan Kaum Adam ni.. baik dari segi berkecil ati mahupun makan ati,
sumtimes ada yang mintak dorang disayangi and diberi 150% perhatian.. tapi kite ni??
bukan nak DOWN kan wanita, tapi mungkin anggaplah aku ni wakil Kaum Adam untuk mengutarakan apa yg Kami rasa dan apa yg Kami dirasai..
kadang2 bila kite dah sayang sumone, apa saja sanggup kita lakukan, sampaikan ada yang sanggup tunggu awek/gewe/Tunang/baby atau apa saja gelaran untuk Kaum Hawa ni balik tengah malam bute sampaikan ada yang sanggup bersengkang mata hanya untuk memastikan orang yg mereka sayangi secure sampai kerumah...

bukan nak mengungkit tapi mengutarakan realiti dalam kehidupan.. wanita always cakap yang lelaki ni EGO terlalu tinggi, sedangkan tanpa wanita sedari mereka juga memiliki EGO yang agak maksima tinggi nye..
sumtimes bila da melakukan kesalahan sanggup bermati-matian takkan mengaku dan boleh plak menunding jari ke arah Lelaki... (Apa sudah jadi???)
zaman sekarang ni aku banyak tengok lelaki mengalah sedangkan benda yang terjadi bukan salah pihak lelaki.. kadang2 aku pernah terkene macam ni, bila aku tanya dari dalam..

"aku sayangkan dia, kalau boleh biar aku salah jgn dia salah"

huhuhuhuhuhu... cuba berfikir sejenak, apa rasa kalau situasi yg aku coret sedikit ni akan bertukar watak??
memang betul ada ayat yang aku dengar

"kalau laki tu, toksah nak percaya arr, orang berani kerat jari arr kalau dia xde attract kat pompuan len even dia dah berpunya"

yuppp... aku pun setuju dengan ayat macam ni, tapi xsemua macam ni, ada yang hanya nak berkawan.. tapi korang percaya atau tidak ada seperkara yg macam ni terjadi..

"u xbleh nak halang i berkawan dengan mana2 lelaki pun, diri i so i tau macam mana nak jaga, u sapa nak sibuk2 pasal diri i?"

hhhmmm... banyak dah lelaki yang dah kene macam ni... wanita marah lelaki bila nak berkawan dengan wanita tapi wanita menghalang lelaki yang menghalang wanita dari mencari kawan dengan lelaki... appadarkkeesssss!!!!
not fair rite?? kadang2 wanita xnampak (JARANG NAMPAK) apa yang dah lelaki korbankan untuk mencuri/menjaga/memberi kasih sayang kat wanita.. dan ada jugak lelaki tak nampak apa yang dah wanita wat untuk menjaga lelaki supaya lelaki jangan main KAYU TIGA kan!!
ada jugak yg secara terang terangan mengaku "JUST FOR FUN JER AKU DENGAN BALAK/AWEK AKU TU"

konklusi dari apa yg aku tengok and aku alami..

LELAKI DAN WANITA SAMA

Saturday, February 24, 2007

WaWa yg comel



WaWa @ Syarifah Najwa bte Syed Amin antara MAKCIK yg amat chubby.. (yelah tuuu..)

die skng nie tgh tanam anggur kat rumah.. petani yg kekonon cute..

akceli bnyk kenangan nie kalau nak aku cerita kan.. anyway thanks wawa (aku pggil ko wawa ek?) sebab sudi DATE dgn aku...

amat gumbira and senang ati...
Semuga sukses bila gi U.K nnti ek? muaaaahhhh lots of love from me just for u...

Eyes On Malaysian











Jumaat yg indah







merata-rata hambaNya mencari tempat untuk beribadah kepadaNya



Jumaat hari yg besh..

dalam tgh-tgh cuti aku buang tebiat gi lepak-lepak KLCC..


tepat time solat jumaat dpt sepam dua pic solat kat Masjid Assyakirin KLCC...

Friday, November 24, 2006

Kenangan terpalit kembali..





Assalamualaikum dan salam pergunungan

Pehh!! rasanya makin lama aku tak update Blog comey aku nie, aku rasa mcm² berlaku sepanjang tahun nie, dari seorang ke seorang yg bikin kepala pecah..
aku masih mcm dulu (seorang tentera udara yang gikos)
cuma tahun 2006 ni ada benda yang wat aku rasa bes mcm zaman aku civilian dulu, aku dpt naik gunung lagi,
sometimes ada org tanya aku apa yg bes naik gunung, ada sesetengah orang pikir serong terhadap aku, antara ayat serong yg sering dilontar kan
apa yang best naik gunung? mesti ada ramai perempuan, mesti awk ngorat..

haiiyaaa!! sesak napas aku bila ditanya soklan mcm tu..
maklumlah ingat banyak pompuan aku jadi bohjan? sorry mak limah arr nak aku jadi bohjan gunung,
tujuan aku pergi ari tu pun sbb aku rindu bauan lumpur hitam, sejuknya embun gunung, tajamnya duri rotan, harumnya bau peluh member, semangat berpasukan (teamwork)...



banyak lagi nak aku cakap lagi, ooohh and one more thing starting next week aku dah mula kat base baru..
sebelumni aku kat Alor Setar (Goodbye Alor Setar), and next week aku kat Butterwoth (Welcome Penang) so anybody yg ada kat penang tu nak ajak minum just hit me SMS k?
016-3276320 Polar

Saturday, May 13, 2006

hahahaha kenangan giler..

Sorry ek? gambar takleh nak letak bcoz ada problem arr..
kalau nak tgk gambor macam biasa click kat aku nyer URL bawah tu...
choowwww!!!

This messagge write on 21 june 2006 by OnePolar



hehehehe tetiba tersurf multiply aku...
dan secara tak sengaja aku ternampak beberapa gambor yg aku post dulu..
kalau korang nak tengok just log on
http://onepolar.fotopages.com
http://onepolar.multiply.com

anything can e-mail me
norazlan.mohdnor@gmail.com
or can call me at 016-3276320

Aku Laporr...

Assalamualaikum.. huhuhuh
makin hari makin pewai aku kat dalam perkhidmatan nie..
bukan apa macam biasa trenen mcm nak mampos..
letih baii... akceli aku time nie ada kat TLDM Base... (intan jangan jeles)
kat sini aku enjoy maksima, mana taknya asyik dok melepak pastu jalan-jalan dgn bebudak gikos (Ain @ joyah, ieda @ anak ikan,masni @ jenab dan yang selalu main sms cik munira)
sepanjang waktu aku kat sini dorang arr yang menghiburkan aku dan ALONG (member intan)
tak pasal-pasal aku jadi photographer tak rasmi dorang..
dah arr kelam kabut dengan trenen untuk mini Olimpik kat base TLDM malam plak dok kuar dgn along.. pusing pekan lumut..
memang besh..
akceli this for Irah (sarawak) apsal ko tak bls sms aku smlm? ko tido ek?
apa barang tidoo awal... tak hardcore ar...
this for Azi @ yangseri semoga berjaya dalam ujian menembak M16 tau.. just follow instructors orders.. jgn mmbantah, awak tu comel lote.. hui huih ui hui
this for my sister yg katik (intan) aku kat navy base jgn jeles... hahahahaah berlagaknya aku macam burung gagak..

ermm.. aku rasa mgkin takat nie jer kot.. takde idea nak menulis nie.. maklumlah suasana diganggu oleh igaun sora sora ngeri yg tengah dok melalak
dalam karaoke jamban kat armada square... penin kepala pakcik..
so jumpa lagi ek?

p/s:atak bulan nie maybe aku x balik bcoz aku gi xpdc melayu.com (xpdc berakit kat sg perak)
yeeehhaaaaa... aribas astiagos sprontos..

chowww... miss u alll

Saturday, April 29, 2006

ginjal yang hina

hollaaa.. eh silap Assalamualaikum...
hari nie 29 april 06... hahhaah hari paling giler aku.. maklumlah
aku ada kat KL... hari nie satu hari suntuk aku melepak kat KL.. dari jusco wangsa maju sampai ke KLCC sg wang low yat times square..
survey brg2...
hasilnya aku dapat beli CD software nokia dan memori card reader..
kat jusco tadi aku jumpa Raisya (Budak Malaysian Fotopages) giler+gikos
dah lama x berborak tunggang langgang dunia... abih segala cerita kuar..
maybe esok petang aku turun kat menara maybank nak menghantar bebudak
KHK (Kasih Hutan Kita @ Bintang3.net) gi Trans.. dah lama aku tak menyertai arena
pergunungan.. aku rindukan pepohon hijau...
bunyian unggas.. aku fedup dengan deruan enjin aircraft bodo... aku rindukan
sejuknya air pergunungan.. bau hamis kucing hutan.. gadis-gadis hutan (pepaham dah ler)
macam-macam laa... huhuhuhuh agaknya bila aku leh gi join balik..
rindunya aku.....
wallllllaaaaa..........

Sunday, January 29, 2006

Aku Berjaya

Alhamdulillah..
buat pertama kali setelah 6 bulan aku tak sentuh blog aku akhirnya
aku berjaya jugak..
for all information aku dah habis training untuk Perajurit Muda TUDM..
after this aku akan melapor diri di Kolej Tentera Udara (Alor Setar) aku dapat bahagian Juruteknik Elektrik (band 5)
anyway nampak gayanya kena belajar balik la nie... huhuhuhu
oklah macam biasa aku kena ucapkan terima kasih buat semua yang selalu
'menconteng shout box aku' terutama kakak aku dan SERI..
hehehhe apsal tak ngantor surat kat aku ek SERI?
aku rindu arr....

so chow chin cow

wassalam
725595 LU II Nor Azlan Mohd Nor

Monday, June 27, 2005

GT Japan Championship 2005 (Super GT)

26 June 2005..
hari yang paling gembira bagi aku, mana taknya aku berpeluang tengok GT Japan Championship 2005, awal-awal pagi lagi aku dah keluar rumah..
aku sampai kat sana jer.. aku tengok berapa ramai Hot Babe yang ada kat situ..
WaauuWww! superb, erotic, exoctic, maksimatic, spastik, semua ada..
so hari nie aku dapat e-mail dari mmber aku yg turut serta time tu.. thanks la jidin bagi aku gambor nie... so korang nak tengok? just check it out!


Heiruki From Arta Projects Posted by Hello


Advan team Posted by Hello


Opening ceremony team Posted by Hello


GT Gurls Posted by Hello


Sweet babe.. ahakss.. Posted by Hello

Friday, June 24, 2005

Gelabah Maksima..

Alhamdulillah akhirnya aku dapat juga post dalam blog nie..
setelah sekian lama aku takde masa.. ekkeekkeke
anyway aku masih dalam menghitung hari untuk ke ITU ipoh..
segala persiapan diri dah aku buat.. yang aku risau satu jer.. mental aku tak berapa tuff seperti yang aku mahukan..
fizikal insyaAllah boleh.. mental yg aku risaukan..
smlm aku terima sms dari Syarifah Najwa.. kekekekke kelakar maksima budak katik sekor nie..
dan semalam aku dapat berita yang memeranjatkan aku
Seorang kapten TUDM meninggal dunia akibat pesawat BAE Hawk dia terhempas kat Labuan sewaktu melakukan pendaratan..
Dan ini salah satu ujian mental yang paling menggugat keyakinan orang tua aku untuk melepaskan aku ke TUDM esok..
bagi aku ini hanyalah dugaan dan cabaran untuk aku..
demimu aku rela bekorban demi Negara Malaysia yang tercinta

"Sentiasa Di Angkasa Raya"

Friday, June 10, 2005

Akhirnya.. penantian Ini Berakhir

10 June 2005
penantian aku selama ini berakhir, bukan apa..
aku teruja sebab Waren dan surat yang aku tunggu selama ini telah
selamat sampai ke teratak aku..
aku tengah syok lepak kat opis.. tetiba kakak aku call, dia cakap ada surat untuk aku..
aku dah suker separuh mati bila kakak aku cakap dalam tu ada surat TUDM
walllaaaaa.....
dan confirm 11 July 2005 aku akan berangkat ke ITU (Institut Tentera Udara) Ipoh, Perak...
dan kini aku cuma perlu kembali mengumpulkan segala stamina, endurence, fittness yang hilang dulu..
aku akan mencuba dengan terbaik dari apa yang terbaik yang pernah aku lakukan sebelum ini..
semoga aku berjaya

"Ya Allah ya Tuhanku, berikanlah aku kekuatan diri dan fizikal untuk aku menempuhi segala dugaan dan cabaran yang bakal aku tempuhi nanti.."
Amin Yarobbal'alamin...

Thursday, June 09, 2005

Gadis Comel

tepat pukul 12:34 Tengah hari ini bersamaan 9 June 2005,
aku pergi temankan member aku Katak_comei ke TNB Taman Melawati sana tuh..
dia cakap nak bayor bil letrik rumah.. sebab dia dah dapat kertas MERAH,
aku naik teksi, apek driver nie aku respek giler..
sebab knowledge dia pasal negara terlalu banyak.. aku rasa bangga menjadi rakyat Malaysia.. tetiba dia sentuh plak pasal PUSPAKOM
bila dah bukak topik PUSPAKOM ini apek terus mencarut giler babeng..
sebab munsabab dia carut adalah kerana dia nak gi setting meter..
pastu dia gi check kat sana tetiba result yg dia dapat GAGAL..
kesian aku nengok..
korang bayangkanlah sekali gi test kat PUSPAKOM RM 40.00.. ini apek sudah pergi 3 kali termasuk hari ni, cian lu apek..

dan lepas kitaorang dah sampai kat TNB Katak_Comei ajak gi makan KFC..
Dan segalanya bermula disini..
tengah syok beratur aku terpandang sekilas seorang awek KFC yang kerja kat situ..
comel giler, maklumlah kening dia cute, bulu mata dia nice dan yg menjadi bonus kecomellan dia adalah dibahagian pipi, siap ada lesung pipit tu..
aku dah jadi tak tentu arah disebabkan kecomelan gadis nie..
Katak_comei sibuk dah gelakkan aku, dia kata aku nie budus, lampi dan sebagainya..
aku suruh dia mintak no telepon tapi dia tak mau tolong.. dia suh aku bersifat gentleman..
baiklah aku mula nak beranikan diri jer..
tup! dia senyum kat aku bila aku tgh nak makan burger.. tersedak aku.
akceli aku nie antara lelaki yang sukakan kepada kecantikan ciptaan Allah Ta'ala
jadi gadis nie pun dah termasuk dalam senarai aku la..
namanya pun manis Syahidah dan secara otomatik aku kini dah mula mengingati wajahnya..
mungkin esok atau lusa aku akan LUNCH kat situ..
Syahidah tunggu akan kehadiran aku untuk mencoba mencari cinta dari dalam diri mu..
aku akan mencoba walau bagaimana sekalipun...


-- sekian --

Wednesday, June 08, 2005

My FotopageS CompletE..

8 Jun 2005
dengan rasminya aku telah melancarkan laman Fotopages aku..
kat dalam menatang nie aku letakkan pelbagai koleksi gambor yang aku ada..
anyway kalau korang ada yang minat tengok koleksi gegambor..
bolehler korang
KlicK kAt siNi -->http://onepolar.fotopages.com<--

So datang ler tengok.. senang skit mana tau esok lusa gambor engkorang
plak ada terpampang kat situ.. tinggalkan komen apa yang patut.. takkkan tak tau lagi kot...
ekeekkekkek

-- sekian --