Saturday, September 19, 2009

Salam Eid Fitri

Syukur Alhamdulillah...

"Terima Kasih Ya Allah kerana berikan aku kekuatan dan kesabaran dalam menempuh
dugaan yang telah Engkau berikan kepadaku Ya Allah"

Pejam Celik iris aku, dah sebulan kita sebagai umat islam
menempuh bulan suci Ramadhan Eid Mubarak ini...

sebagai ganjaran, Bulan Syawal pula menjelma..
macam biasa terngiang di anak telinga perkataan..

"Saya Penyimpan Mohor Besar.... bla bla bla dan bla bla" (disusuli dengan jeritan jiran sebelah rumah "yeeaaaa dah nak rayyeeee")

Ha Ha Ha <-- gelak stereotaip (hippokrit sungguh) aku sorang sorang sambil memerhatikan kota hartamas di malam raya ini... tampak kosong tapi berpenghuni... aku duk termanggu sendirian sambil menghirup secangkir tea o suam kurang manis... (aduhai manusia memang lalai)


Salam Eidulfitri Kepada Semua Rakyat Jelata
di tanah jajahan kerajaan Malaysia..

yang mengenali, ku hulurkan salam dan berkata
"selamat hari raya' <-- tiada ungkapan maaf sebab aku rasa dosa sangat bila ckp perkataan maaf zahir dan batin sebab secara realitinya tak sampai 3 milisaat kita melakukan dosa terhadap orang tu balik.. tak percaya?? renung2 kan....

Saturday, September 12, 2009

Berbuka Puasa Bersama Bei...


Yuuhhhuuuuu~ setelah sekian lama

aku dan bei berjauhan menahan rindu dendam...
akhirnya hari ini bei menjemput aku berbuka di rumahnya...

hasilnya aku bertemu dengan kumusan, syok kawi, nique, abe chef
dan beberapa orang lagi yang hadir tadi...

masing masing datang bawak makanan masing masing, aku bersama
muntut ayam (habis lecheeennnn) dan ciken wings...

pendek kata selepas berbuka dan maghrib berjemaah
aktiviti diteruskan dengan bermain NINTENDO Wii
milik uncle kumu... sesungguhnya ramai betul yg terjebak dgn Wii


apa pun thanks a lot Bei...

Love u so much.. miss nak deting dgn u lagi...

mucha gracias

Gedix

Ramai Ramai

horayyy

Bie Gedix men Wii

Thursday, August 20, 2009

Salam Ramadahan Eid Mubarak

Alhamdulillah....

Syukur aku kepada Allah Ta'ala yang Maha Pencipta kerana memberi peluang
aku merasai sekali lagi mengecapi nikmat Ramadhan Eid Mubarak pada tahun ini...

Bila difikirkan kembali tibanya bulan rahmat ini, rutin seharian aku bertukar kepada yg lain dari yang sepatutnya..
memang aku dah bayangkan macam pelawaan berbuka puasa yang akan aku terima walaupun aku tak sefeymes mana...

tapi aku fikir dalam sedalamnya belum apa apa lagi, seminggu lepas dah terpacul beberapa risalah mengenai promosi bufet sana sini.. dan ada jugak desas desus kawan kawan mahupun Orang-orang diluar sana menceritakan nak berbuka dimana, masakan sana sini best dan sebagainya...

Haaaaiihhhhh~ mengeluh panjang aku dibuatnya...
senyum sendirian aku dibuatnya, tiada pula aku mendengar nak menjalani Solat Sunat Tarawih dimana dan bercerita mengenai berapa Raka'at Solat Tarawih yang hendak di tunaikan nanti...

rata-rata senario ini menbangkitkan kembali kata-kata Ustaz sekolah Ugama aku dulu,

"Kita ni Umat akhir zaman, Umat yang banyak LUPA"

mendalam dan banyak yg tersirat....

Friday, August 07, 2009

Maaf Kepada Semua

Assalamualaikum~

AAAhhhhh~ alhamdulillah masih bernafas lagi tubuh ni, Terima Kaseh Maha Pencipta dengan
udara yang masih aku berpeluang MEMINJAM demi meneruskan perjalanan hidup sebagai
Hambanya...

Saat mula berlalu, minit mula bergerak manakala Jam mula berlari jauh....
Hari demi hari berlalu dan minggu demi minggu berlalu...
Blog ini telah aku tinggalkan..
AAhhhhh~ mungkin aku terlalu ego untuk menconteng dalam blog ini atau aku telah
mula mengangkat hidung sombong untuk menulis...

errrmmm... hanya kata kata Maaf dapat aku berikan kepada Blog ini...
InsyaAllah jikalau berkesempatan mungkin akan aku terus menulis dan menulis..
Doakan Kejayaan dan Impian apa yg setiap Hamba ciptaan Allah Ta'ala termakbul dan berjaya....
Amin Yarobal'alamin...


Diam bukan bisu, Buta tak semestinya tak dapat melihat

Wednesday, June 17, 2009

L.O.S.T

Caaaakkkkkkkkkk!!!

Nothing to say takut nak biarkan Blog Buruk aku ini
menjadi sunyi sepi tanpa khabaran berita....

Saturday, June 06, 2009

Yang Pertama Kali

Huhuhu... alhamdulillah akhirnya dapat jugak aku nak sambung belajar..
8hb June 2009 tarikh aku daftar untuk belajar...
aaahhhhh~ agak letih aku rasa.. tapi aku nekad sebab aku
nak improve diri aku..

makin lama, makin aku rasa cuak-cuak buih.. maklumlah kali ni 1st time aku
sambung balik belajar setelah sekian lama aku tak jejak kaki kat
institusi pengajian tinggi ni...

Alhamdulillah CO aku pun dah luluskan tinggal aku nak majukan
GA jer... apapun target aku kali ni akan sampai ke penghabisan..

apa pun aku mengalami sedikit masalah untuk pendaftaran nanti..
apa pun sekarang ni aku dah berusaha sedikit.. mintak2 dapat solve kan masalah tu nanti...

InsyaAllah...


Vincent Van G...
OnePolar

Friday, June 05, 2009

Kawan ??

entah kenapa semenjak dua ni,
aku dah mula rasa lain macam... ntah lah, mungkin aku ni spesis mudah perasan kot..
ntahlah... jiwa melankoli ni makin meruntum dalam nuuunnn jauh sanubari aku..

kekerapan aku memikirkan hal ini dah sampai tahap tepu..
Kawan? Couple? atau TTM (Teman Tapi Mesra)

nak kata baru tak jugak... nak kata lama tak jugak..
senang cakap pertengahan...
hati hitam aku ni dah mula menunjukkan rasa sumting dalam jiwa aku..
Yaaaa... aku telah mula membibitkan rasa cinta dan sayang..
tapi apa kan aku terdaya nak halang rasa itu..
sedangkan aku terpikir dan mula memikir yg
tepukan aku tidak mungkin berbalas...

aku dah mula memikirkannya tadi.. akhirnya aku
akan cuba mengambil keputusan drastik...
aku akan cuba avoidkan diri aku ini dr terus
mencintai apa yg tak mungkin aku dapatkan..


Saying i love you.. its not the words i want to say~~

OnePolar

Monday, June 01, 2009

Clock it ticking

Tik Tok Tik Tok...







The Clock still Ticking..

Why nothing "Change"??

Sunday, May 31, 2009

Cinta Sempurna

a couple of days ago..

aku dah mula menagihkan diri aku serta
gegendang telinga aku ini dengan melodi-melodi
dari Yuna - Cinta Sempurna

aku dah mula bosan dengan Dan Sebenarnya
malah kini aku sudah mula seronok dengan lagu laguan
Cinta Sempurna ini..

Terima Kasih juga aku ucapkan kepada cik aqmaal
yang meracuni dan sanggup menyanyikan aku lagu ini..
(walaupun pada hakikatnya aku tak dengar hanya melihat
melalui lensa bisu didalam YM)

apa pun... to Aqmaal im dedicated this song just for you too...

Tuesday, May 26, 2009

M.A.A.F

Setelah aku ditegur oleh NENEK a.k.a Girl Polka Dot untuk
update blog...
InsyaAllah pada masa akan datang tiada lagi sebarang penangguhan mahupun
apa apa terhadap blog ini...

jika tiada masalah Blog ini akan diupdate dari masa ke semasa...

Sekian
OnePolar a.k.a Moyang Tua (amik ati si Nenek tu jer..)

Friday, May 22, 2009

Bercukur

22 Mei 2009

Nur Farisah Irdina telah selamat menjalani
Majlis Cukur Jambul...

Huhuhuh maka ini antara paparan untuk Beliau Beliau...



Pakcik Haroman menyuapkan kurma dan air Zam-Zam


Atok Irdina a.k.a Anje open dulu.... (my dad arr tu..)


Pakcik haroman a.k.a Ustaz Haroman Yaacob


Doa Selamat...
Posted by Picasa

Thursday, May 21, 2009

DUNIA INI KEChIL

Tip Tap Tip Tap
hhaaaiihhhhhhhhh~


masa saat sudah hampir 3 pagi..
sedangkan aku masih leka malah
tersenyum sendirian...

--------------------------------------------------------------------------



betul Kata Orang Lama...

DUNIA INI KEChIL

sebab? gambar diatas jelas mnyatakan
bahawa gadis ini pada mulanya sepatah bende aku
tak kenal... alih2 Tup Tup Tup

"Nanad dgn sy classmate"

sedangkan sebelum ini tak pernah terlintas mahupun terpikir...
so semenjak kes ini, aku mula terbayang keciknya dunia ini...
pusing pusing ke situ kita sampai jugak...

*Nanad adalah makcik yg dulu Gem tapi la ni dah Kurus (ayat amik ati ke? ekekek)
**Beliau ini adalah salah seorang Nenek yg baik ati budinya (bukan Nenek Kebayan tau)
Posted by Picasa

Monday, May 18, 2009

Serebrum Tersumbat

Setelah beberapa Detik masa bumi berputar..
aku tersentak dari lamunan..

"Ya Allah masakan aku hampir terlupa untuk mengHALALkan
jari jemari aku menyentuh Lensa Berkaca aku
"

Aku mula mengorak sedikit langkah... dan ini hasilnya..

Alhamdulillah aku masih buleh bernafas lagi...



Biru Langit + Hutan Kota + Sunyi + Sepi



Penghijrahan Warga Kota Politan


Menyusuri Laluan Lurus Bercahaya....



Mengecapi Kemanisan Air Sirap Limau
Posted by Picasa

Saturday, May 16, 2009

Iris yg Sejuk..

Antara Teh Syuhada dangan Nurul Syuhada
mana yang best?
huhuhuh terus terang aku lebih gemar menatap gambor
si Teh Syuhada tu berbanding makcik gambor bawah ni...

memandangkan Jom Heboh aku tak dpt cari Teh Syuhada..
maka terpaksa aku memper Pemeskan ini makcik...

(Teh Syuhada where are u bebeh.... huhuhu~)



Senyum Simpul nampak...
Posted by Picasa

Thursday, May 14, 2009

Kelahiran

Alhamdulillah~

Bertambah Seorang lagi Umat Nabi Muhammad SAW
dimuka bumi ini....

Tepat Jam 6:33 ptg (waktu Tempatan)
bertarikh sebentar tadi (14 mei 2009)
Nur Farisah Irdina binti Mohd Hanif
selamat dilahirkan oleh Nor Hasliza Binti Mohd Nor (my lovely KAKAK)
Dilahirkan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM a.k.a HUKM)

So ini gambar untuk tatapan beliau beliau...


Tangisan


Tidur yg lena setelah didodoi oleh unclenya (aku le tu)


Bekerut selepas unclenya selesai mencium habis habisan..
Posted by Picasa

Wednesday, May 13, 2009

Meredah Samudera

Selamat Ulang Tahun Navy...


Entah apa mimpi aku tempoh hari, kaki MALAS aku ini, melangkah
tiba tiba menghayun ke Bandar NAVY (Lumut)
sedangkan pada AZALI aku agak anti pada Navy...
(sedor lah, abang ipar ko pun Navy jugak Lan... aaiiyyaaaa~)

So sempena HUT (Hari Ulang Tahun) Navy
aku mengucapkan semoga Hangpa semua baguih dok ada noo..
(Ayat yg kurang ikhlas... ekekekkeke)



Kapal yg chomel (chomel lagi aku~)


Ini sahaja kapal yang paling aku minat..
Kapal Layar Diraja Tunas Samudera...


Lynx Navy



Budak Navy yang gile Camera... cesss...
(Thanks belanje aku minum ayor temikai)
Posted by Picasa

Saturday, May 09, 2009

YYeeaaaa!!!!

"Azlan, CONGRATS!! awak lulus exam tempoh hari"


Aku Berjaya!!!!

Alhamdulillah.. exam drawing depan ketua fakulti tempoh hari
membuahkan hasil yang sememangnya aku tunggu..

Syukur kehadrat Allah Ta'ala kerana memberikan aku seribu satu
limpah kurnianya dan menganugerahkan satu anugerah yang akhirnya
berjaya aku gunakan kearah yang mungkin memberikan
seribu satu jalan LURUS dan bercahaya...


Go Azlan!! Go Polar!! Go Go Go...


Trying Till Last Breath!!!


OnePolar
Bluesands
Posted by Picasa

Sunday, May 03, 2009

C.U.A.K

"This Wednesday u ada exam depan ketua Fakulti, i dah arrange dengan pihak kat sini, make sure u datang"

WWHHHAATTTT!!!

berderau darah aku bila dapat calling macam ni, exam depan ketua fakulti?
uuuhhhh~ drawing exam plak tu, aarrrggghhh~
tak pernah seumur hidup aku amik exam drawing, iisshhhh~
tetiba tangan dan jari jemari halus dan chomel aku ni bergetar
hati aku mula dup dap dup dap
jantung berdegup kencang, aku CUAK!!!

tolong aku....
aku mengalami kecuakan yang maksimum....
demm!!!!

Menarilah Bersamaku hingga aku pitam

OnePolar

Friday, May 01, 2009

Malaysia Truly Asia?

My name Elisa Pape..

Elisa... so sweet huh?

Teringat peristiwa kat Taman Negara Pahang Hari tu....
tengah dok seronok aku melihat serta menikmati pemandangan flora dan fauna
aku terpaku dek minah mat saleh depan mata aku.. dua Orang jer tu.. aku malas nak bertanya panjang just say HELLO jer..
apa pun setiba di Lubuk Simpon ternyata minah mat saleh ni agak friendly dengan aku..
aku jadi malu bila diajukan dengan soalan macam ni..

"why ur officemate, i mean eldest people behaving like teenagers?"
Hambik ko, mau tebal muka aku, disebabkan ada SEGELINTIR pihak yang agak kurang malu
dan bagi aku agak JAKUN melihat Wanita KULIT PUTIH berada depan mata..
dan ada jugak yang melihat mereka ini dan terbayang aksi aksi di ranjang.. (DEmmmm!!)

apa yang aku mampu jawab
"actually they all just having fun, anyway on behalf my friends im appologize all this matters"
agak-agak rasional ke jawapan aku ni?

"Its ok, by the way how old are u and if u dont mind can u tell us bout ur name?"
ishhh banyak soalan ni yang perlu aku jawab dengan berhati-hati

"im only 25 years old this year, and my name Azlan or u can call me polar, by the way may i know ur name?"
yyeeaahh mari berbalas pantun dengan mereka ini

"25 years old? OMG ur older than me but u looks very young... (hahah aku nampak muda beb!!)
im 24 years old same as my friends and my name elisa pape.. (sambil tangan dihulur tanda nak bersalam dengan aku)"

so kesimpulannnya dari peristiwa tadi aku jadi malu gile bila orang dari luar bertanyakan soalan macam tu kat aku.. aku jadi risau jikalau golongan mereka ini membawa berita yang kurang elok atau lebih tepat lagi kurang enak didengar pabila sekembalinya mereka ini ke tanah air masing-masing..

jelas dan terang apa yang terpancar dan apa yg telah aku lihat sedikit sebanyak telah membuatkan aku muhasabah diri, cuba menghormati budaya orang lain, cara orang lain..
huhuh mungkin ada yang melenting bila terbaca statement yang aku tulis ini..
sepanjang petang dan malam aku bersama dua gadis Germany ini bercerita mengenai MALAYSIA dan sedikit sebanyak cuba menolak dakyah dan tomahan buruk mengenai MALAYSIA yang mereka dengari selama ini..

mereka ini datang untuk mempelajari budaya dan adat resam budaya kita.. sedangkan apa yang mereka dapat bila datang ke negara kita hanyalah muda mudi yang mengagungkan budaya BARAT dan tiada langsung unsur2 keTIMURan seperti yang diomongkan dalam media massa...

Aduhai kesian aku melihat bangsa sendiri dan aku sendiri mengaku aku pun terJAHANAMkan diri aku.. tapi dalam keadaan aku macam ini aku masih ingat bumi yang aku pijak dan budaya serta adat yg tersemat dalam jiwa aku...


Budaya Melambangkan Keangungan Sesebuah Bangsa

OnePolar

Saturday, April 25, 2009

Pandang Jauh Kehadapan...

uhhhaaaiihhhh~

lega aku rasa kali ni, aku termanggu sendirian dan mula memikirkan apa yang telah aku lakukan kali ini, aku berusaha untuk memajukan diri kali ini..
Alhamdulillah kali ini aku buat satu perkara yang berkemungkinan boleh membuka jalan
berhala-hala untuk masa depan aku..
Fakulti in Multimedia
bakal aku takluki nanti... macam biasa aku sambung balik study aku yang dah bertahun aku
tinggalkan.. kali ini nekad aku untuk sambung study..

Graphic Design <-- subject yang agak aku teruja untuk terokai..

malang skali aku takde Art dalam SPM yg dulu..
but harapan aku cerah bila aku akan diuji skill dalam Art..
semoga Allah Ta'ala memberikan aku inspirasi dan beberapa ilham dimasa
aku memulakan ujian nanti...

takkan aku sia-siakan peluang dan 'GIFT' yang Allah kurniakan kepada aku..

takkan aku siakan pena pensil mahupun pena dakwat kali ini..


Semoga Aku Berjaya
Go Polar Go Polar


OnePolar
Tyrannis, Cympler, Glorivaniys...