Tuesday, March 17, 2009

Segenggam Janji..

Sekitar Tahun 2003 Kuala Lumpur International Airport...

"Awak jangan risau ler, saya pergi tak lama mana pun,
pejam celik pejam celik balik la saya nanti"

Aku bisu jer......

"Nah! awak simpan penyu Chain ni, saya sayang sgt penyu ni,
tapi saya lagi sayang awak, saya nak awak janji dengan saya
yang awak akan setia dengan saya tau, saya pergi jauh jauh ni
tak lama, Janji tau dengan saya"

"Yee.. saya janji... awak jaga diri bila dah sampai ea?
e-mail kat saya tau nanti, kot ada rezeki saya datang hujung tahun ni tau" Aku jawab lesu sambil mengenggam erat Penyu Chain..

"Ehh.. toksah nak mengada sampai nak datang sana, saya dan awak sama-sama bukan orang berada, simpan duit awak tu, kot-kot abis saya study ni kite kawen.. hahahah"

------------------------------------------------------------------------------------------

Last ayat yang sempat aku bual dengan dia, sedar-sedar tarikh hari ni genap aku dengan dia ke 8 tahun..
tapi malangnya angka tu bukan indah yang aku harapkan..

" Awak.. saya nak mintak tolong nanti, bila saya dah sampai KLIA awak datang jemput saya ea?
Sorry saya dah lama tak contact awak, saya banyak masalah dan banyak part kene focus..."

"Macam mana awak dapat nombor saya ni? awak tau tak dah bertahun saya tunggu jawapan awak, even family awak pun tak jawab apa-apa soalan saya, awak tau tak saya pergi sana mencari awak bagai nak mampus, tetiba awak boleh muncul macam ni jer.." Aku sound tepat jer... geram sangat aku.. dah bertahun tetiba sekelumit saat dia boleh call aku... just like that!!

"Thats why i nak u datang Azlan.. semuanya akan terjawab nanti"

Aku kaget sebab dengar bunyi sebak dari sana....

"Ok... i datang nanti flight u macam u cakap dlm email hari ni kan?
i datang nanti" Aku kontrol balik nada marah aku... kene slowdown sket temper aku ni...

------------------------------------------------

5th July 2008 Kuala Lumpur International Airport

"Saya minta maaf dekat awak Azlan seba wat awak macam ni,
saya dah tertekan sangat bila keadaan memaksa saya buat keputusan macam ni..."


Aku nampak berkaca dari mata dia, sedangkan mata aku dah berkaca dari awal aku nampak dia, dah naik berombak dada aku ni bila nampak dia dari dalam tu lagi.. hhaaaiiihhhhh~ hela nafas panjang aku...

"Dah la, saya mintak halal makan minum saya serta ada salah silap termaki ke apa ke saya kat awak harap awak maafkan ea? Segala apa yang awak wat kat saya tu anggaplah takde apa yg terjadi, dan anggap yang awak tak pernah kenal saya k? biar habis kat sini sahaja kita"

Aku dah tak mampu nak bicara secara rasional dah time ni...

"Awak jaga anak awak elok-elok k? cantik macam mak dia"

Aku bercakap sebak dah time ni....

------------------------------------------------------------------------------------

Tup tap tup tap...
aku terfikir macam mana lah keadaan die skng kan?
last aku ternampak pun last week kat One Utama,
itu pun aku ternampak die dengan Hubby die, dah besar budak tu skng ni, dah ada adik pun
(sebab aku nampak die tolak kete bayi tu lerrr...)
Alhamdulillah Semoga Kamu Bahagia Hendaknya.. Amin...

Aku? heheh still macam ni, single singlet, cuma banyak bermain dengan rasa cinta
yang bila aku tepuk tapi tepuk aku macam tak bersambut..
redha jer lah lan... apa pun
Aku tetap kene teruskan hidup kan... aku nak buktikan
kepada 'Orang' yang suka cakap HATI-HATI bila dengan aku tu yang
aku bukan macam yg dorang sangka...
Tengok jerlah nanti, masa tu akan datang cuma kene sabar menanti jer..
lepas ni tau la macam mana dorang rasa seksa mengalami hidup macam
mana yang aku rasa....

Aku skng ni dah mula meminati lagu
kerispatih - bila rasa ku ini rasa mu

daaa....
OnePolar

2 comments:

Ryehanna said...

sedihnyer...

cik puan olympus said...

dalam manyak2 cite ko... yang ni memang wat aku cedey sangat...