Tuesday, May 14, 2013

Secret Garden

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Dalam aku tengah tengok Last Episode of ALICE dekat channel 393 (citer korea la..)
weii.. apsal nak gelak2 aku tgk korea?? bukan crime hokkay!!

tetiba aku teringat cerita Secret Garden dolu dolu.. huhuhu ada lagu yang best di situ.. maka aku try cari last2 aku jumpa dalam Running Man Episode 86.. memang DEABAK!! ekekeke

apa pun aku guna Apps Shazam akhirnya dapat jgk title dan penyanyinya.. so try la usha sapa kt Link bawah ni ye..

Appearance by Kim Bum Soo. http://shz.am/t68866513

OnePolar
Saranghee.. ♡♡

Saturday, May 11, 2013

Cinta Dalam Hati

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

agak hampir seminggu selepas PRU 13 yang banyak menyaksikan suka duka macam macam ragam rakyat jelata Malaysia ni..

tapi apa kene mengena dengan tajuk entry aku kali ni? ekekeke (sumpah takde kene mengena langsung)
tapi apa pun aku nak cakap...

jiwa aku tika aku tulis natang blog ni agak luluh / sendu / cendol (apa saja yg kalian nak fikirkan)
kaum Hawa yang aku sayangi (selain mak aku) iaitu cik Baby Sayang aku telah keluar dari hidup aku..
seperti biasa jiwa gundah gulana membawa aku seperti dedulu semula..
hidup bertopeng dengan macam2 klise yang akan aku kuarkan..

punca? aahhhh.. xperlu aku huraikan apakah punca namun yang penting bukan kehadiran orang ketiga dipihak aku.. pihak dia? ntah aku tak tau sebab sepanjang aku bersama dia amatlah RARE untuk aku mengsyaki sesuatu apa2 yang berlaku atau yang terjadi atau apa segalanya yang dia lakukan..

ada segelintir pihak juga mengikut pahaman aku tidak gemar mahupun suka hubungan aku dengan die..
ntah mana silapnya aku atau mungkin rupa aku yang agak tak kemas atau lebih tepat hitam dan tak hensem ni membuatkan pihak pihak terbabit mengata aku dibelakang tanpa prejudis.. walhal bagiku keluargaku telah menerima dengan girang gembira dan sorak tawa akan kehadirannya..

hurmm.. dunia kekadang tak adil kan? sedih? jiwa kacau?
bohonglah kalau aku cakap aku tak memiliki perasaan macam tu semua..  (weii aku masusia bukan kereta KIA ok) tapi aku dah rasa bende bende ni.. nak kata imune mungkin tak tapi aku try to behave diri aku agar jangan buat bende melalut.. (aku nak buat bende melalut? owh puhleessss~)
apa pun aku redha akan segalanya, mungkin Allah Ta'ala ada merancangkan sesuatu untuk aku..
just ikut flow kata mat saleh kat dalam tv..

apa pun untuk aku bukak balik hati ni.. ntah la.. susah nak cakap sebab aku dapat merasakan jiwa hidup aku dah sebati dengan dia.. tiada seorang kaum Hawa mampu buat macam dia buat.. impak die terhadap kehidupan ritual mahupun realiti maya aku begitu ketara.. jujur aku katakan yang aku takkan mampu nak lupakan diri dia..

Aku sayang Kau sampai bebila jika Allah izinkan rasa cinta aku kat kau menghuni dalam jiwa aku..

Wassalam

Aku kelu..

OnePolar

Wednesday, May 01, 2013

Pengundi, Diundi dan. ..

Assalamualaikum salam sejahtera..

tika aku menulis entry ini.. aku melihat YB Dato Tg. Adnan sedang berjalan-jalan sambil menyapa rakyat jelata disekitar Alamanda Putrajaya..

"Baguih orangnya" memula hati aku terdetik, kendian sifat rasional dan mekanisme mula menerjah dalam jiwa.. kepelbagaian persoalan mula menerjah jiwa aku..

Adakah waktu nak pilihanraya baru nak meraih undi masyarakat sekitar?
Pada waktu nak mengundikah baru para Politikus mula hendak turun menghadap sang rakyat jelata?

Dari dulu aku melihat mungkin secara sedar atau separa total sedar.. terpampang di dada mahupun di perut akhbar kepelbagaian berita berita sensasi.. mengutuk memuji dan ada berbaur mendewa dewakan sang politikus.. pelbagai gambar yang dipaparkan memperlihatkan status keadaan serata ceruk rantau penjuru desa mahupun hutan batu pelusuk kota keadaan menjelang Pilihanraya Umum..
segala manifestasi diperjuangkan rata rata cuba mempengaruhi minda usang rakyat jelata..
tidak kurang ada juga yang memprejudiskan diri kononnya ala ala menghamba abdikan diri demi rakyat..

aaahhhh.. omong kosong kebanyakannya..
segalanya banyak untuk mengisi perut kerabat mahupun untuk keturunan demi keturunan.. percayalah selepas tempoh PRU tamat nescaya sang rakyat akan teruskan kerja seperti biasa manakala calon yang dipilih mahupun yang dilantik menjadi menteri, adun mahupun yang sebagainya hanya diam duduk mungkin dipejabat mahupun menghadiri janji janji projek kewangan seperti biasa semula..

Menteri, Adun dan YB yang dulunya senang untuk berjumpa bakal dipertemukan dengan PA PA yang gayanya melebihi menteri untuk membuat temu janji yang ntah bila akan dilayan segala permintaan..

Owh baru aku sedar seluruh dunia begini rupanya.. Dunia owh duniaku..

Sekadar coretan zahir ku
OnePolar

Sunday, March 24, 2013

LIMA 13

Assalamualaikum..

Seperti tahun tahun terdahulu LIMA di Langkawi berlangsung..
bagi aku ini dh kali ke dua aku join Lima.. sebelum2 ni aku hanya sebagai penonton awam..

Kali ini agak menarik bagi aku dengan kehadiran sicilik genit (Russian Knight) yang menggunakan Su 27 Flanker..
dan bila aku amati.. kehebatan dan keterujaan antara Su 27 Milik mereka itu mahupun Su 30 Mkm milik TUDM ada yang lebih atau ada yg kurang..

apa pun LIMA mmg terbaik..

Sunday, March 03, 2013

Rundingan atau Peperangan..

Assalamualaikum..

pejam celik pejam celik iris aku bila melihat laporan media massa mengenai nahas di Lahad Datu Sabah..

Yes ketika ini aku mhla terfikir sejenak macam mana semua ini terjadi? bagaimana puak puak militan (aku lebih selesa gelarkan mereka ini militan) ini boleh menceroboh masuk kedalam negara?

Mungkinkah pertahanan negara kita semakin rapuh atau sebaliknya.. aku terpanggil untuk berfikir sejenak dan ketika ramai rakyat memberi simpati kepada anggota keselamatan yang menjadi korban nahas di Lahad Datu.. otakku berputar ligat mencari pelbagai persoalan..

Adakah ini yang dikatakan negara kita mempunyai aset pertahanan negara yang mantap? pada pengetahuan ilmu alam aku masih ujud beberapa kumpulan Khas (PASKAL) di kawasan Semporna Sabah.. (Aku pernah membaca artikelnya di Majalah Perajurit dan Tempur).. bagi ku Semporna tidak beberapa jauh jika aku melihatnya dari Google Map..
Dimanakah tugas pengawasan yang sepatutnya dilakukan agensi atan badan keselamatan tertentu? Aku masih berkeyakinan bahawa negara kita masih lagi mempunyai Sumber Risikan yang mantap dan terbaik di rantau ini..

Ketika aku menaip post ini aku terlihat beberapa anggota PARA di sekitar KLIA berjalan kesana sini sambil membawa senjata bersama Anggota Polis.. ada yang tersenyum riang ada yang senyap membisu menyimpan 1001 rahsia.. ahhhh... kelihat muda muda semuanya.. dan sekali lagi aku terfikir.. adakah mereka mereka ini memang terlatih atau hanya mengisi julat Kuantiti yang diperlukan dalam membentuk sebuah Seksyen, Kompeni, Batalion dan sebagainya.. adakah mereka mereka ini sanggup berkorban demi menggusir puak militan di Lahad Datu?

Ketika ramai pihak pro kerajaan mahupun anti kerajaan membidas, menuduh, menyokong, menyelar ntah apalagi sebagainya peristiwa di Lahad Datu..  aku sekadat tersenyum.. aaahhh.. ahli politik!! karut semuanya!! hanya pandai omong kosong menabur janji janji manis untuk memenuhi tabung masing masing.. semuanya sama.. hanya tau berkata kata sedangkan anggota keselamatan bermati-matian mengusir dan mempertahankan kedaulatan negara.. rata rata semuanya sama.. Perdana Menteri bersama karnivalnya dan pihak pembangkang bersama ideologi ideologi tersendiri menyelar kerajaan pemerintahan sekarang..

Aku juga teringat beberapa ucapan dari pihak pro kerajaan mahupun anti kerajaan.. "aahh.. Negara kita masih aman untuk apa kita membelanjakan sejumlah peruntukan berbillion ringgit untuk aset pertahanan?"
Apa pendapat rakyat jika fikir semua ini secara mendalam?
Ya aku setuju negara kita memang aman KETIKA INI? tetapi adakah kita baru nak membeli aset yang canggih jika berlakunya peperangan atau pemberontakkan? Benda dah jadi baru nak beli begitu?

aaaaahhhh... serabut juga aku fikirkan semua ini.. apa yang aku harapkan negara kita akan tetap merdeka dan aman damai.. Berjuang Wahai Perwiraku.. Usirlah Bangsat Bangsat itu dari tanah airku yang tercinta ini.. Bangkit dan berjuang wahai perwiraku.. janganlah sekali2 mengenal erti menyerah kalah!!!!

Tuesday, January 15, 2013

Im Lost Again!!

hola cak kun cak!!

mesti ada antara kamu orang yang igtkan aku sesat ntah mana hala kan kan kan? bukan mcm tu semuanya terjadi pada...

Ada la suatu ketika tu time aku ke Giant Kajang untuk bawak Si Cantik Manis aku gi cek gigi dengan aku terpengaruh dengan restoran makcik ni.. makcik cashier yang agak friendly sangat2.. dia offer aku makan Nasik Kukus Ayam Berempah atau dia offer Nasik Kukus dgn Asam pedas...

wooahhh.. aku konfius time tu.. hahahhha akhirnya aku memilih Ayam Berempah sebagai pendinding diri hahahah.. apa pun rating bg aku dlm skala 1-10 aku bagi 6 sbb berjaya membuatkan selera aku hidup.. huhuhu

kalau korang nak try goole maps kat giant saujana kajang sana nunnn.. sebelah giant tu ada shopping lot berdekatan dengan pusat pergigian aina..

selamat menjamu selera!!

Congratulation For Sanjay & Kavitha

Holla..

ada tak kamu orang pergi ke majlis resepsi indian stlye? by the way thanks to Kavitha & Sanjay untuk jemputan..

resepsi diadakan di Bangunan Peladang di Jalan Klang Lama.. dari segi makanan memulanya aku agak was was.. tetapi pabila aku dibutakan dengan masakan kambing maka rasa was was itu totally hilang hahahaha.. *ye iman aku goyah bab makanan* catering yang menyediakan juadah malapetaka sedap ni adalah Little Caterer..

apa pun tahniah aku ucapkan kepada mereka berdua..

Saturday, January 12, 2013

H A P P Y N E W Y E A R 2 0 1 3

ﺍﺳﻠﺎﻡ ﻋﻠﻴﻜﻢ

agak lama aku tak menulis dalam picisan blog ini, nak kata masa tak bagi aku peluang agak bohong sama sekali, dalam diam dalam sedar atau tidak kita dah masuk pun dalam tahun 2013 *ye entry aku lambat jangan bak pertikai apa apa*

begitu banyak suka duka tawa tangis berak cirit apa semua dalam tahun 2012, apa yang boleh aku katakan dan aku harapkan tahun 2013 ini akan aku perolehi kebahagiaan dan murah rezeki dari Maha Pencipta Allah SWT...

Salam Tahun Baru Semua
Nor Azlan Mohd Nor

Thursday, August 23, 2012

Salam Syawal

Asaalamualaikum..

Alhamdulillah sedar atau tidak dah hari ke 4 dalam syawal.. Apa pun hari ni aku dah masuk opis balik..

Setakat ni kerje takde apa yang on lagi.. Aku hanya melayari laman web..

Dalam aku melayari laman web.. Sekilas iris aku terpandang pada tajuk '10 orang wanita melayu yang terkenal dalam blog'. Aku terkesima mana tidaknya agak rupawan juga empunya blog blog yang hits nya mencecah ratusan ribu
Malah mempunyai follower tegar..

So.. Kalau korang nak tengok boleh layari
Malaysian Tabloid cari dalam laman web ini..

So jumpa lagi dalam entry yang aka datang ye...

O.N.E.P.O.L.A.R


Thursday, August 16, 2012

JW Marriot..

Salam Ramadhan..

Nampaknya raya dah nak dekat, semalam aku beriftar di JW Marriot.. Senang cerita bersama LV dan sebagainya.. Huhuhu

Makanan agak best jugak sebab kebanyakan semua memang feveret aku...

Anyway.. If next year kalau diberi peluang sambut ramadhan, aku akan berbuka kat sini lagi...

O N E P O L A R


Saturday, August 11, 2012

Shopaholic at Raya

Salam Ramadhan..
Agak menerujakan apabila tahun ni aku berjaya pegi ke jualan raya di Jalan Tunku Abd Rahman..
MasyaAllah.. Terbaik gile.. Ramai org tahap gaban.. Untuk kaum adam sila kuatkan mental jikalau anda ikut awek, wife atau sebagainya..

Parking paling selesa pun kat menara Multi Purpose even terpaksa bayar lebih sikit atleast nk cari paking selesa...

*tips - sila sentiasa memakai pakaian yang selesa kasut yang sesuai.. Untuk ladies, avoidkan pakaian kekonon ala2 DIVA.. Hehehehe

Oklah nak sambung perjuangan balik nih...

Jalan Masjid India 1513H
O N E P O L A R


Friday, August 10, 2012

Dugaan Ramadhan

Salam.. Takala org berpuasa.. Biawak kelabu aku sakit... Cian die.. Maka aku pun bawak ke beliau ke klinik berhampiran...

Doktor cakap dia dah lama xwat medical checkup.. Huhuhu

Akukah yang bersalah??


Salam Ramadhan

Assalamualaikum..

Alhamdulillah setelah sekian lama tak menhapdet blog ni..
Sedar atau tidak dah bertemu kembali dalam bulan yang mulia ini..
Salam Ramadhan untuk semua..
Dan apa yang pasti aku kembali untuk memulakan coretan meskipun waktu coretan hampir lupus dimamah waktu..

Salam Ramadhan untuk Kalian Semua
O N E P O L A R


Thursday, October 13, 2011

Kurus

setelah aku makin gemuk..
insyaAllah awal tahun depan aku buleh dapat bentuk badan macam taylor lutner...
perghhh.. kompom!!

Saturday, August 27, 2011

Raya

Agaknya tidak keterlaluan untuk aku mengeluarkan kata kata ini


"SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI"

Sempena lebaran ini aku menyusun 10 jari jemari ini memohon maaf kepada yang mengenali diri ini dari jauh mahupun dekat..
Takala aku menulis ini nun jauh disudut hati ini aku merindui kampung halaman..

Kepada Bonda Ayahanda Kakanda mahupun adik2.. Salam rindu dari Abang nuun diperantauan.. Restui apa yang dilakukan.. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Wednesday, August 24, 2011

Selamat Berpuasa

Salam Ramadhan
Entry ini sempena Ramadhan..
Tak banyak juadah kat sini cuma banyak yang 'Hand Made' by aku sendiri..
Ini aku beli dr 'food stall' dekat dgn opis


Menu ini menginatkan aku pada 'fast food' kat Malaysia.. BEEF LASAGNA menarik bukan bunyinya.. Keuntungan aku makan bende ni, setengah utk berbuka setengah lagi utk sahur nanti.. Apa pun Salam Ramadhan aku rindu pd Tanah Air tercinta BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Sunday, July 31, 2011

Fly Thru Aerospace

C130H

C-130H (Charlie) one of they formation when im fly with this.. Hahahaha crazy huh? BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Friday, July 29, 2011

My home sweet home

Hommy

Here where i watch tv's, Glee, american idol, and national geographic, and not forget Skyy News.. Leave here with Jennifer Tate (Royal New Zealand Air Force) BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Me Around The World Part 3

Me At Bamyan Afghanistan

Here when im on mission at Afghanistan..
With my best friends Andrew from Aussie Troops
BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Me Around The World Part 2

Me At Dubai BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop