Mencari Ketenangan dan menikmati keindahan Alam Flora dan fauna..Keindahan Flora dan Fauna Menjadi Igauan Mimpi bagi ku dan ianya akan aku Ukir dan lemparkan bersama tenungan manja Lensa serta Iris ku yang menggoda ini dan biarkn Setiap hari ia menjelma sedikit demi sedikit.. aku mengharap kedatangannya kan berpanjangan hingga ke akhir hayatku..
Tuesday, August 28, 2018
Berhabuk dan Berdebu
MasyaAllah dah 2018 dan barulah aku sedar dan kononnya teringat yang aku
ada blog sendiri dan agak dah terabai blog aku ni..
dalam sedar atau tak aku dah beberapa tahun quit atau bersara dari perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia.. yaaa!! aku kini bergelar Pesara Tentera..
so apa yang aku buat sepanjang tempoh persaraan aku ni?
Outdoor? yaaa ada juga aktiviti gedik gedik santai aku buat..
4x4? Yaaa!! ada juga aku berkecimpung dalam Borneo Safari 2015 dan 2017..
travel overseas? ada juga ke New Zealand.. insyaAllah aku akan upload beberapa gambar dan video sepanjang aku dekat sana nanti..
so memandangkan otak aku tepu untuk menulis atau mengetuk papan kekunci ni.. maka
kita akan bersambung semula akan datang InsyaAllah..
Hasta pronto
Nor Azlan Mohd Nor
OnePolar @ Outscape.my
Sunday, May 17, 2015
Hijau Biru Kaler Bumi
Monday, May 11, 2015
Debaran
Penantian Satu Penyeksaan Yang Total
Wednesday, April 01, 2015
Kembali Menjengah
Assalamualaikum..
setelah sekian lama tak menulis dalam blog ni, maka dh masuk ke thn 2015, blog aku ni berfungsi..
kalau nak diikutkan banyak keluh resah suka duka tawa riang aku coretkan dalam ni.. Dan dah tentu follower aku semua dh xde..
Alhamdulillah..
Tahun 2015 ni banyak perubahan yg berlaku, dimana aku dh cukup tempoh 10tahun berkhidmat dalam pasukan keselamatan negara iaitu Tetera Udara DiRaja Malaysia (TUDM).. Dan dengan itu
maka berakhir sudah perkhidmatan aku..
sekarang Ini dengan restu Dan rahmat Dari Allah Ta'ala maka aku berjaya tubuhkan One Dezari
Tahun 2015 jugak merupakan tahun yang membuatkan hidup aku bertambah mencabar, Dari segi kerohanian Dan sebaliknya..
Apa pun mini dengan masa yg sdikit terluang Ini. insyaAllah aku akan kembali menulis disini..
salam sayang
Nor Azlan Mohd Nor @ OnePolar
Friday, January 10, 2014
SEAFARER On The Way
Alhamdulillah tak lama lagi aku bakal mengeluarkan branded sendiri..
Nantikan di pasaran ye....
Wednesday, January 01, 2014
Happy New Year 2014
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Tahun Baru 2014...
Alhamdulillah serta bersyukur ke hadrat Allah Ta'ala kerana memanjangkan lagi
jangka masa 'Loan' jasad ni...
apa pun semoga di tahun baru ini dimurahkan rezeki dan di permudahkan segala urusan..
Hasta Pronto Amigos
OnePolar
Monday, August 26, 2013
Salam Aidilfitri
Assalamualaikum
Rasanya masih belum terlambat aku ucap
Salam Lebaran dan Salam Aidilfitri.. dah nak habis Syawal baru aku nak cakap.. eheheh
Apa pun syawal kali ni mcm biasa je perjuangan hidup aku..
meskipun terdapat liku2 getir dalam ruang hidup aku ini insyaAllah aku selamba hadap walaupun susah..
Baru2 ni bnyak news yang tidak beberapa elok halwa telinga dengar diantaranya Pergolakkan di Bumi Mesir dan Syria, Kemalangan ngeri yang melibatkan Bas di Genting Highland dan antara yang Famous ialah kes pembunuhan melibatkan pembunuh upahan..
rata rata berita kali ini banyak mengenai kehilangan jiwa.. bunuh membunuh sesama manusia seperti tiada apa (tolak bab kemalangan ngeri).. rasanya pihak kerajaan dah boleh ujudkan Special Task Force bagi mengekang kejadian bunuh membunuh ini kembali berulang.. ujudkan satu akta yang baru mengenai akta persenjataan dan sebagainya.. tapi aku amat memahami sistem kabinet kita.. itu ini agak susah nk laksanakan.. kekangan perjawatan apa semua diambil kira kan kan kan..
so bagi pendapat aku xelok wat jahat nanti kene tembak or tikam.. hehhhh.
ps: Hormati Orang Tua
Thursday, July 11, 2013
Cabaran Ramadhan
Assalamualaikum.. Salam Ramadhan utk semua..
Now dah masuk hari ke 2 berpuasa kan..
nak dijadikan plot cerita yanag menarik semalam merupakan hari pertama berpuasa bukan... namun semalam juga aku terlibat dalam kemalangan jalan raya..
Kereta Kancil Kelabu (Biawak Kesayangan) aku kemek teruk.. kesan dari perlanggaran jugak membuatkan aku terpaksa menerima jahitan di kepala dan ini membuatkan aku menambah koleksi parut kekal di kepala aku..
Apa pun aku redha benda2 ni terjadi.. mungkin ada hikmah bnde2 ni berlaku..
Salam Ramadhan
OnePolar
Tuesday, July 09, 2013
Salam Ramadhan Eid Mubaraq
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
ye aku tau agak lama aku tak coret coret kat sini..
Esok dah mula umat islam seluruh dunia menunaikan kewajipan sebagai seorang Islam.. Alhamdulillah bulan mulia bulan Ramadhan kembali seperti tahun tahun sebelumnya..
dan syukur kepada Allah Ta'ala yang abah dh dapat keluar dari hospital dan akan datang ke IJN pula..
Kedatangan Ramadhan tahun ni aku amatlah tak sabar.. terbayang suasana malam di bulan Ramadhan.. ya.. Masjid Besi Putrajaya akan menjadi destinasi Solat Sunat Tarawih aku tahun ni.. cuma bezanya tahun ini aku bersendirian tidak ada peneman cinta agung aku..
apa pun bersyukur pada Allah Ta'ala kerana membenarkan aku menghidu menyentuh Ramadhan kali ini..
Salam Cinta Kasih Sayang
Ramadhan Eid Mubarraq
Tuesday, June 18, 2013
Penumbuk Rasa Cinta Dewa
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Gudmorning Kuala Lumpur *pekik hati aku (puihhh bajet mat saleh)
macam biasa aku menulis blog sendu sentul ini.. aku celik mata Alhamdulillah aku masih bernyawa.. Allah Ta'ala berikan aku nyawa untuk menyambung perjalanan hidup..
dan sekali lagi aku bangkit seperti hari hari semalam.. pedih tapi aku cuba harungi lagi..
esok abah masuk wad lagi.. ahhhh... tahun ni saje dah lebih 4kali abah masuk hospital.. Ada orang beranggapan aku cuba amik advantage dari penyakit abah.. namun aku persetankan bualan rasa suka suki mereka mereka terbabit.. Aku hanya seorang anak yang walaupun ada benda terpalit rasa sikit sikit kecik ati dengan abah aku namun aku sedia berbakti demi abah aku.. sebab takde dia takdelah aku dimuka bumi Allah ini..
Apa pun yang berlaku aku cuba belajar dimana kesilapan aku.. dan dengan kesilapan lampau aku dulu aku mengheret orang yang aku sayang sekali dengan aku.. walhal istilah hidup susah sama susah senang sama senang dah tak relevan waktu zaman batu moden ini.. ye aku akui.. aku silap perhitungan waktu dulu.. namun aku bukan Tuhan yang mampu nampak apa yang dah tertulis dalam perjalanan hidup aku.. jikalau aku nampak akan dimana kesilapan aku dulu mungkin waktu dia jadi student lagi aku dah "Ikat" dia.. mungkin dia xperlu nak hadapi liku liku hitam diri dia.. takpe selagi aku bernyawa selagi itu aku akan berusaha untuk terus membawa kemakmuran dalam hidup aku dan dia meskipun pahit jawapan dia..
From Montrichard to Sg Petani
OnePolar
Sunday, June 16, 2013
Koi Koi Koi
Assalamualaikum..
dah beberapa hari aku tak masukkan entry dalam blog ni..
seperti entry sebelum sebelum ini.. aku cuba menempuh hari hari perit.. aku cuba sibukkan diri malangnya gagal..
Aku agak tension kebelakangan ni.. mood aku bertukar jd zero.. aku mula berada dlm keadaan sugul muram dan stress.. meskipun aku mungkin menerima jawapan yang aku tak nak dengar..
Ya Allah aku hanya mampu berdoa dan masih cuba mencari penyelesaian.. kuatkanlah rasa kasih dan sayang aku kepada nya.. ikatkanlah aku dengan dirinya dalam ikatan yang sah.. Amin Ya Robbal'lamin..
Pantai Morib
OnePolar
Monday, June 10, 2013
Rokok Paip
Assalamualaikum dan selamat pagi..
Bangun aku subuh tadi.. seperti semalam aku rasa.. bepijak di dunia pahit sekali lagi..
aku rasa aku tak kuat nak hadap..
Ya Allah kau bukakanlah pintu hatinya..
Penegur Rambut Tegar
OnePolar
Sunday, June 09, 2013
Hijau Bumi Biru Langit
Assalamualaikum..
Hari ni aku try pijak kat bumi Allah pabila aku bangun subuh.. Ya Allah apa yg aku lalui bukan mimpi..
aku termanggu.. segala lagu laguan dendangan UI hilang perlahan lahan umpama dimamah dek resaksa gorgon..
aku bangkit dan Alhamdulillah aku boleh berdiri.. nampak gayanya Allah Taala mahu aku lalui hari perit sekali lagi.. aku terpikir berapa lama aku kene lalui.. mgkin bertahun atau selamanya begini.. aku mulai rs pasrah..
aku tanamkan dalam diri.. aku akan berdiri menunggu selama mungkin.. biar dibenci di hina diherdik aku rasa aku akan terus berdiri tanpa menghiraukan apa segala yang mendatang..
OnePolar
Guruh Kilat Merah
Saturday, June 08, 2013
Hari yang sukar
Assalamualaikum..
makin teruk hari yang aku lalui.. aku menerima perasaan yang paling teruk dalam sejarah hidup aku..
aku manusia biasa.. aku dah berjanji pada dia.. pada arwah mak dia.. InsyaAllah mati hidup semula aku akan tunaikan.. biarpun dibalas dengan benci dan makian sekalipun...
maka dengan ini disaat ini diri aku dh mula menghidupkan mode yang tak pernah nak aku fikirkan untuk aku aktifkan..
Kalau aku tak dapat maka orang len takkan dapat..
OnePolar
Kelapa Nan Sebatang
Assalamualaikum dan Salam Jumaat..
mungkin semalam hari aku agak beremosi..
maafkan aku semalam.. hari ini aku akan cuba tidak beremosi meskipun benak emosi aku dah mula menendang dada serta jiwa..
Dalam aku menunggu tiba waktu Solat Jumaat.. aku terpandang Sebatang Pokok Kelapa.. kesian jiwa kecil aku berkata.. sorang sorang je.. tup tup eh macam sama je dengan aku..
Kelapa Nan Sebatang
OnePolar
Thursday, June 06, 2013
Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun TUDM ke 55
Assalamualaikum..
Aku tak nak bercakap banyak sebab aku rasa aku takde mood nak bercakap..
apa pun..
Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Tentera Udara DiRaja Malaysia Yang Ke 55 Tahun...
esok adalah Perbarisan Istiadat Sempena Hari Ulang Tahun di Pangkalan Udara Kuantan.. so aku terlibat sebagai Juruvideo..
Terus Maju TUDM
Sentiasa di Angkasa Raya
OnePolar
Lepaskan...
Assalamualaikum.. Salam Sejahtera warga peribumi..
makin sendu makin rancak aku menari narikan jemari aku menekan segala mak nenek kt blog ni..
apa? mengapa aku jiwa sendu? eh apsal plak korang nak tau..
entry kali ni membuatkan aku nak menyentuh bab pernikahan, hantaran dan Adat?
apa syarat sah nikah dalam ISLAM?? (dalam ISLAM ye bukan dalam adat melayu mahupun adat pepatih bagai) nak aku terangkan ke? mau sampai 34 kitab xkan habis.. ckup saksi kadi dan sebagainya kan?..
nak nikah perlu le duit beribu riban? setahu aku xde dalam kitab2 kan?
mas kahwin tu aku tau la.. hurmm makin lama ideologi adat diserapkan secara tetap dlm bab Agama.. "huishh xde duit tak bleh nikah" atau "xde rm20k awk jgn harap nak kawen dgn sy"...
mungkin aku mewakili lelaki2 luar sana yang mgkin ada wat silap diasa lampau mahupun bergaji kecik sgt2 dimana teringin untuk berkahwin tapi tak mampu disebabkan ideologi ADAT berleluasa.. (aku rasa ADAT atau KEHENDAK atau mgkin nak tutup rasa malu kalau para sahabat bertanya eh kau kawen laki kau bayar rm5k je??)
pernah dengar frasa ayat ini?? "Jalankan Majlis Perkahwinan Biarpun Dengan SEEKOR Kambing"
ayat ni dr seorang manusia yang amat mulia disisi Allah Ta'ala iaitu Baginda Rasulullah..
tapi apakan org zaman sekarang lalai.. mereka lupa.. mereka hilang ingatan dgn wang ringgit.. bagi aku ckuplah hantaran Senaskah Kalam Suci Al-Quran dan sepasang telekung putih.. kot RM20k pun xmampu nak tandingi harga senaskah Al-Quran.. bagiku naskah suci inilah antara hantaran yang paling mahal dalam duniawi ini..
agak2 kalau aku buat mcm tu adakah mereka yang berprejudis ini yang bersandarkan ayat "kalau bayar tara tu nak wat majlis mcm mana? koman koman nak kene ada 5 6 khemah, nak wat kat dewan, nak berbaju pengantin cantik2, nak ada flowergirl bagai" nak ikut??
biasa dgr kan? ayat ni.. itulah realiti.. bila aku ajukan idea sebegini ada yang beranggapan aku kolot.. mgkin lebih tepat xberduit.. even kau Pilot sekalipun ingat Grand mana majlis kawen kau.. kot lepas kawen Allah nak tarik segala bende "click!!" just like that ok..
apa pun aku tulis la mcm mana sekalipun klau aku xmampu nak nikah nak kumpul beriban2 nak wat majlis bagai.. orang bukan nak baca atau amik iktibar atau kesedaran dr apa yg aku tulis ni..
Jangan kalian cakap nak ikut ajaran agama sedangkan kalian menjauhkan diri dengan apa yang agama tetapkan
OnePolar
Tuesday, May 14, 2013
Secret Garden
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Dalam aku tengah tengok Last Episode of ALICE dekat channel 393 (citer korea la..)
weii.. apsal nak gelak2 aku tgk korea?? bukan crime hokkay!!
tetiba aku teringat cerita Secret Garden dolu dolu.. huhuhu ada lagu yang best di situ.. maka aku try cari last2 aku jumpa dalam Running Man Episode 86.. memang DEABAK!! ekekeke
apa pun aku guna Apps Shazam akhirnya dapat jgk title dan penyanyinya.. so try la usha sapa kt Link bawah ni ye..
Appearance by Kim Bum Soo. http://shz.am/t68866513
OnePolar
Saranghee.. ♡♡
Saturday, May 11, 2013
Cinta Dalam Hati
agak hampir seminggu selepas PRU 13 yang banyak menyaksikan suka duka macam macam ragam rakyat jelata Malaysia ni..
tapi apa kene mengena dengan tajuk entry aku kali ni? ekekeke (sumpah takde kene mengena langsung)
tapi apa pun aku nak cakap...
jiwa aku tika aku tulis natang blog ni agak luluh / sendu / cendol (apa saja yg kalian nak fikirkan)
kaum Hawa yang aku sayangi (selain mak aku) iaitu cik Baby Sayang aku telah keluar dari hidup aku..
seperti biasa jiwa gundah gulana membawa aku seperti dedulu semula..
hidup bertopeng dengan macam2 klise yang akan aku kuarkan..
punca? aahhhh.. xperlu aku huraikan apakah punca namun yang penting bukan kehadiran orang ketiga dipihak aku.. pihak dia? ntah aku tak tau sebab sepanjang aku bersama dia amatlah RARE untuk aku mengsyaki sesuatu apa2 yang berlaku atau yang terjadi atau apa segalanya yang dia lakukan..
ada segelintir pihak juga mengikut pahaman aku tidak gemar mahupun suka hubungan aku dengan die..
ntah mana silapnya aku atau mungkin rupa aku yang agak tak kemas atau lebih tepat hitam dan tak hensem ni membuatkan pihak pihak terbabit mengata aku dibelakang tanpa prejudis.. walhal bagiku keluargaku telah menerima dengan girang gembira dan sorak tawa akan kehadirannya..
hurmm.. dunia kekadang tak adil kan? sedih? jiwa kacau?
bohonglah kalau aku cakap aku tak memiliki perasaan macam tu semua.. (weii aku masusia bukan kereta KIA ok) tapi aku dah rasa bende bende ni.. nak kata imune mungkin tak tapi aku try to behave diri aku agar jangan buat bende melalut.. (aku nak buat bende melalut? owh puhleessss~)
apa pun aku redha akan segalanya, mungkin Allah Ta'ala ada merancangkan sesuatu untuk aku..
just ikut flow kata mat saleh kat dalam tv..
apa pun untuk aku bukak balik hati ni.. ntah la.. susah nak cakap sebab aku dapat merasakan jiwa hidup aku dah sebati dengan dia.. tiada seorang kaum Hawa mampu buat macam dia buat.. impak die terhadap kehidupan ritual mahupun realiti maya aku begitu ketara.. jujur aku katakan yang aku takkan mampu nak lupakan diri dia..
Aku sayang Kau sampai bebila jika Allah izinkan rasa cinta aku kat kau menghuni dalam jiwa aku..
Wassalam
Aku kelu..
OnePolar


