Friday, May 13, 2005

Gambar Gunung Liang East West 2004

Ehehmm.. Buat pertama kalinya aku nak menempatkan serba sedikit gambor yang
aku ada ketika aku dan beberapa team mendaki di Bumi Malaysia yang bertuah ini..
aku kalau boleh nak abadikannya sebagai kenag-kenangan..

nie aku nak tunjuk skit gambor time aku memula join bebudak team M.A.L.A.S gi camping..

Tg. Malim Posted by Hello On the way ler nie.. Posted by Hello

Perosak gambor Antarabangsa Posted by Hello Sebelum Ekspedisi Posted by Hello

sebelum ekspedisi lagie.. Posted by Hello last water point.. Posted by Hello


Pewaiiii... Posted by Hello Kanee, aku dan kakmotty Posted by Hello


Kak motty and Zarin USM Posted by Hello Dah sampai puncak weiii.. Posted by Hello


Yeeaa! campai dah Posted by Hello Puncak Lagi satu.. Yeaa! Posted by Hello


chantiknyee... Posted by Hello Bandar proton tu.. Posted by Hello


Ya Allah cantiknya.. Posted by Hello Hujan + Kabus = Sejuknyer... Posted by Hello


Kabus + Gunung = marbeles Posted by Hello sejuk maksimas Posted by Hello


aku yg kesejukan Posted by Hello punca air kat campsite Posted by Hello


dah nak balik yeeeaaa..! Posted by Hello

Sheila Cutenyer...


Shiela cutenyeerr.. Posted by Hello

Ermm.. nie lagi satu gambor orang yang aku sayang..
jgn jeles.. itupun baru aku dapat hari nie gambor dia..
takpelah.. itulan nasib aku yang tiada apa ini..

jangan kecewa didunia realiti dan berbahagia dialam fantasi

Sheila Comey..


Shiela (Bidadari) Posted by Hello Iela di cameron Posted by Hello


Err.. Eh! Shapa nie ek?
korang nak tau ker sapa? ini ada Cik Sheila aka Bidadari yang selama ini aku selalu ckp dlm blog aku dan Website aku..
Cute tak? memang le cute.. korang jgn pandai2 nak usik minah nie.. kalau aku nampak cam biasa la konpem korang nampak batu nisan nyer..
Wanita ini adalah yang berjaya mengubat 'Luka' lama yang aku rasa banyak menganggu kosentrasi idup aku..
dan sekarang secara tetiba dia muncul dan mula berkawan dengan aku.. dan secara otomatik atau dlm bahasa sanskrit Diortomatika hati aku tertarik dan menarik..
dialah yang bagi aku tercantik dalam abad ini..
bagi aku kalau aku tahu ada sesiapa yang sakitkan hati dia.. memang orang yang sakitkan hati dia akan nampak bayangan batu nesan la jawabnya..
oklah..
chow chin choww...

Thursday, May 12, 2005

TUDM Grunman?


TUDM Grunman A-4 PTM Posted by Hello
Errmm... nie plak gambor salah satu lencana yang ada pada pakaian TUDM nie.. Aku dapat pun dari kedai member aku Gemini Enterprise dia ada simpan Sample lencana nie.. heheh Anyaway Thanks Ezra diatas kesudian ko melayan member sekolah ko yang separa giler nie.. Nanti kalau aku kawin ko adalah antara tetamu VVIP aku..
wallaaaa...

Mig-29 terbang tinggi


MiG-29 Skuardon Posted by Hello
Gambor nie aku dapat time aku gi Kuantan 3 minggu Lepas aku tengok 4 Ekor biawak terbang nie baru berlepas dari Base kat Kuantan..
memang aku time nie teruja tahap maksimum.. sampai Provos kejar aku..
mana taknya orang pun naik heran aku boleh lepak kat tepi pagar time tengah hari giler.. dengan berbekalkan sejibik Nikon Pinjam lepak pastu CCeelluuppaapp! sekepin demi sekeping aku tangkap.. tetiba Provos TUDM sergah aku.. apalagas....
CABUTTTT! hahahh.. nyaris nak kena kantoi aku..
heheehheh.. memang best.. dan aku tau ianya semakin menjadi kenyataan..

Wednesday, May 11, 2005

Aku Berjaya..

11 Mei 2005
Alhamdulillah akhirnya aku berjaya juga melayakkan diri ke Peirngkat Akhir Ujian Pemilihan Parajurit Muda Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)..
memang aku rasa bangga sebab aku dengan selamber buat tak tau jer dengan saiko-saiko diaorang..
Cuma sendi dibahagian tangan aku lenguh sikit..
Maklumlah Bumping ala-ala manja.. ekekekek
anyway Aku just tunggu surat daripada pihak TUDM untuk penghantaran Waren perjalanan dan beberapa dokumen penting..
anyway aku sekarang dah mula rasa besh tahap maharaja Gaban peringkat ke-17

Tuesday, May 10, 2005

Erti Cinta - maya Karin

Hari ni aku dok asyik melayan lagu nie.. ntah tetiba plak aku dapat lagu nie dalam PC aku.. syok plak aku layan dia nyer irama dan lirik..

Sekurang-kurangnya lagu nie bikin hati aku rileks, seronok pun ada.. Dan hari ini dengan rasminya aku rasa best sebab Blog aku berwajah baru.. trimas kepada Sultan Muzaffar sebab memberi inspirasi untuk pembikinan Blog terbaru aku ini..
InsyaAllah akan aku modify bagi kesenangan pihak yang lain..

Erti Cinta - Maya Karin

Termenung ku bercelaru
Memikirkan cinta
Di mana sebenar
Namanya cinta

Tak tertahan hati ini
Bila kau berkata
Sememangnya aku
Menyintaimu

( 1 )
Mungkin kita tak pernah mengutarakan masalah
Kau dan aku bagai tiada arah
Namun aku percaya kita akan mengatasi
Segalanya hanya untukmu
Kupasti

Sama-sama kita kembali
Sama-sama kita binakan
Cinta yang pernah mekar
Untuk engkau dan aku

Sama-sama kita tempuhi
Sama-sama kita rasakan
Apa yang dinamakan
Erti cinta sebenar

( ulang dari 1 )
Sama-sama kita tempuhi
Sama-sama kita rasakan
Apa yang dinamakan
Erti cinta sebenar

Haruman Sutera... Kelembutan mawar

Haruman Sutera...Kelembutan Mawar

Sutera...
Halusnya sentuhanmu
Dingin belaianmu meresap kalbu
Membangkit rindu

Mawar...
Segenap haruman mekar
Meniup semangat segar
Sanubari kian kekar

Sutera...
Resapi lembutmu
Lenakan daku
Lenyapkan ragu

Mawar...
Indahkan mimpi
Jauh aku berlari
Riang menyanyi

Sutera dan mawar...
Satukan dalam jiwa
Harum dalam kelembutan
Jadikan aku pesona
Misteri alam keindahan
Hanya aku...insan mendambakanmu

Monday, May 09, 2005

Aku Risau tahap Gaban

hari nie hari Isnin.. Bersamaan dengan 9 May 2005...
maka Dengan rasminya debaran dalam dada aku ni kian memuncak..
mana taknya esok dah 10 may dan lusanya.... Yarabbi..
11 may 2005.. adalah hari yang bakal menentukan sama ada aku dapat atau tidak
didalam selection untuk Tentera Udara Diraja malaysia (TUDM)..
Hati aku berdebar cam nak lari 100 meter jer..
hati aku juga berdebar sebab 14 may 2005 pulak ada Competition MALAKOFF Dualthon kat Lumut..
aku risau tahap maksima minggu nie..
dengan risau semalam tak abih lagi (bongok btol pompuan yang tak tahu malu tu..)
dah malukan aku, dah permainkan aku buleh dia nak terhegeh-hegeh kat aku.. Tarrak malu kaa?
Lainlah kalau wanita idaman aku si Bidadari tu ker.. yang nak kat aku.. Alahmdulillah aku ucapkan.. hehehheheh..
anyway Aku ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Kakak Member aku.. Sorry la bebanyak aku dah ajak satu batalion tapi yg datang hanya aku dan Masnira si budak tomboy yg poyo..
san aku nk mintak maap pada Nani @ Muzani sebab aku tak dpt dtg kenduri kakak sulung ko.. aku cuma hantar Skuad Cuci pinggan jer.. Oklah tu sekurangnya bebudak kecik tu dibawah kawalan adik cayang aku.. marinna kakak ko yg katik itu.. wakakakkakaka

Friday, May 06, 2005

Aku sakit nie..

Errmm.. ari nie cam biasa aku ke pejabat..
lutut aku injured tahap maksima... tu yg membuatkan hati aku gusar tahap maksima..
mana taknya.. 11 mei interview.. 14 mei Malakoff..
semua nak pakai lutut tu..
anyway.. aku akan HEAL secepat mungkin..
aku nak maintain kan fittness aku
aku nak buktikan kepada semua org yg aku boleh berjaya...


Chaaiiyyookk Lan

Tuesday, May 03, 2005

Memancing ler...

Pergghh.. last week aku gi Lumut.. perghh mancing beb..
memang besh walaupun kat bawah jambatan Tunku apa kejadah ntah..
murah giler tambang nak gi bawak jambatan tu..
Rm 5.00 pergi balik..
seingat aku pagi2 lagi paksu aku gi jemput mmber dia dari pekan Lumut..
diaorang nie semua kategori pemancing Tegar..
equipment mancing perrgghhhh.. teruja beb
aku nie hanya pakai pancing pinjam (Thanks ady)
memula kitaorang gi ke Teluk senangin.. pastu sambutan kurang menggalakan..
so kitaorg berpindah ker Jambatan tu..
fist catch aku anak kerapu singa..
pastu aku menyusul lagi dengan menaikkan anak pari sebesar dua tapak tangan
pendek kata.. sepanjang aktiviti aku juara
hahahah..
total penangkapan yg aku berjaya naikkan ialah..
3 ekor anak pari dan 2 ekor kerapu singa...
hahahhahaha.. aku juara keseluruhan..

Saturday, April 30, 2005

OnePolar Journal

OnePolar Journal
30 May 2005 (opis aku)
hari nie aku dah mula rasai tahap kebuhsanan tahap maksimum..
perut aku dah mula cam nak meragam jer.. pastu nick
Bidadari dalam MSN aku pun takde ari nie..
balik kg katanya.. adduuhhh.. apabende aku nak buat arini ek?
abih opis gi Lumut lagi.. lepak TLDM base la agaknya.. usha minah TLDM yg comel lote..
mana tau bleh sangkut.. (Kalau aku berani nak tegur, sesilap aku blah camtu jer)
ahaakkaass...
anyway Jgn difikirkan apa yang berlaku itu sesuatu misteri...
asta porontos divalie

Friday, April 29, 2005

Aku buhsan lagi...

11.53 mlm (pejabat Fama)
aku dah buhsan giler kali nie.. mana taknya biasanya time-time macam nie
aku tengah naik Tren KTM atau Bas menuju ke destinasi yang aku inigin takluki..
RMDC (Rekreasi Melayu.com) buat trip ke Gunung Ledang gunung yang menyimpan 1001 misteri.. Trip tu plak diketuai Oleh Bro apip.. member kamcing aku pun join trip tu (Syam pitam)..
Trip rahsia aku dengan Kak Mot (Redtomato) ke jelawang plak tak dapat buat..
aduhh.. aku rindukan kedamaian hutan, kabus, gunung-ganang, permatang, periuk kera, kedinginan air sungai dan segala spesis serangga..
aku kadang kala terfikir akan persoalan yg sering orang lemparkan ke aku..
"Apa yang korang dapat dengan masuk hutan nie?"
"apa yang menariknya masuk keluar hutan nie?"
"Buat apa korang menyeksa badan? dari aku ikut korang baik aku gi ngorat awek.."

aku bukan apa.. dah itu je yang aku rasa seronok bila aku dapat buat.. nak bercinta aku bukannya pandai sangat.. nak gi cari awek pun aku bukan reti sangat.. terus terang aku nak cakapkan aku nie bukan Lelaki jenis yang senang nak pikat awek..
muka macam aku nie kalau ada gadis cantik (macam iela budak praktikal kat building aku) yang nak couple memang aku beruntung sangat..
tapi aku tak berani sebab aku nie tak pandai nak membuat gaya seorang romantis.. buat apa aku nak jadi hipokrit.. lebih baik aku jadi konkrit..
Biarlah aku dengan hidup aku dan Dunia aku.. ada sesetangah pihak (terutama gadis) berfikiran orang macam aku nie jenis tak berduit..
tapi kalau diaorang fikir ikut kepala hotak diaorang dan diaorg cuba conggakan jumlah segala perbelanjaan set camping aku maunya mencecah ribuan ringgit...
aku cakap macam nie sebab majoriti wanita zaman nie semua pandang lelaki yang poket berisi bila minta dibelikan itu ini dengan selamba balak diaorang belikan..

eheh.. aku tergelak sendirian bila aku dah sampai puncak gunung aku terfikir.. kalau aku ada awek nak ke diaorang ikut macam aku nie?
tidur kat surau, lepak hu ha hu ha kat maple, overnite sampai lebam, mandi sungai sana-sini, masuk hutan sampai bau badan dah macam katak mati..
lucu plak bila kua fikirkannya tapi itulah realiti hidup aku..
aku nie susah nak buat kerja lain.. aku hanya fokuskan kepada aktiviti menjelajah alam ciptaan Allah Ta'ala yang luas ini..
pelbagai misteri, pelbagai rahsia yang kita sendiri harus rungkaikan..
pendek kata aku takkan stop aktiviti macam nie.. bairpun aku dah tua bongkok selagi tulang 4 kerat nie mampu pikul beban sampai berkilo kilo aku tetapkan beraktiviti..

Hidup Outdoor,
Just leave ur footstep and memories every where u go dont forget it

Puteri

This song just for someone..Heheh.. there give me some spirit.. maybe spirits of love i think..so just read an understand it..

Harum semerbak kasturi indah mewangi
Cantik rupa parasnya puteri di sinar maya
Cinta bukannya semata yang ku perlu zahirmu
Hey... yeah... yeah...
Puteri... ohh...

Kini kau tiada lagi tinggallah aku sendiri
Rindu di hati ku ini tak dapat aku sembunyi
Entah bila kan kembali
Setelah kau pergi oh...

Puteri... malam ku dingin tiada pujuk rayumu
Kembalilah... ku kehilangan tawa mesramu itu
Ohh puteri... malam ku dingin aku kehilanganmu
Kembalilah... mengertilah oh kekasihku
Ohh... puteri ku

Dengarkanlah rayuan (hati)
Tak sanggup aku kehilanganmu
Di dalam jaga aku keliru
Ohh... mengertilah

Kembalilah
Malam ku dingin tiada pujuk rayumu
Puteriku...
Ku kehilangan tawa mesramu itu
Kembalilah...
Malam ku dingin aku kehilanganmu
Kekasihku... mengertilah oh kekasihku... ohh...

Kekasihku... kembalilah...

Tensionn MaKsiMaAaa...

Today 29 may 2005
hari nie memula aku okies jer.. tetiba lak dapat call dalam kul 11.19 pagi..
adalaa.. malaun mana yg ckp kat aku perjanjian aku dibatalkan.. (Syaitaannnn..)
anyway ari nie lega sket la.. bcoz cam biasa seperti yg aku tulis kat blog aku yg lain..
ada nick Bidadari Mimpi dari MSN msgger aku.. setia melayan kerenah aku..
aku cam biasa tak tentu hala arah tuju aku bila aku ber MSN mssger dgn minah nie..
anyway Esok kemungkinan aku gi ke Lumut dengan Uncle aku.. greg tak jadi nak datang malaysia.. dia kata ada masalah dengan Visa..
dan aku masih menghitung hari mengenai petandingan yang
bakal aku tempuhi pada 14 may 2005 MALAKOFF
pastu aku cuak jugak dengan interview TUDM pada 11 may 2005 nanti..

sekarang nie aku masih meneruskan sesi latiha intensif dan superb suspensif
untuk ketahanan mental dan fizikal aku..

dan malam tadi benda yg menakutkan aku kembali datang kat aku
bila T-naj telefon.. tetiba dia ckp dia rindu kat aku.. (Damm shit man)
time tengah sunyi la baru cari aku.. time tgh syok berjoli tak ingat kat aku..
siap boleh marah-marah aku... so dgn selambernya aku ckp
"Azlan takde yg nie bkn azlan tapi Polar"
hahhaah terrer aku kan?
yaa! aku mmg terrer melampaui tahap gaban peringkat ke 12

Thursday, April 28, 2005

MALAKOFF Dualthon Challenge 2005

14 may 2005
malakoff Dualthon challenge.. dengar pun dah bikin gerun seyy..
kali nie sirkit kedua di LumutPerak...
team aku nie diunggili dengan Pahlawan yg kental semangat Budin @ bud-bud dan Pisha @ minah kental...
Nama team aku Team Kasut Getah...
sesiapa yg ada masa nak tengok aku beraksi dan mmber aku beraksi datang ke lumut eks?

Saturday, April 23, 2005

Jogging dlm hujan?

Ari nie petang tadi aku joging dlm hujan..
pergghh syahdu giler.. sesyahdu senyuman iela..
heheehh.. bila difikirkan balik banyak aku salah kat minah kiut nie..
mana tak nya dia takde buat salah
aku tetiba larikan diri dari dia... cian minah nie..
tapi apa boleh buat bila aku nampak dia
perasaan dlm hati x bleh nk bendung.. nak jer aku melutut depan dia
bagi cincin yg aku dapat waktu aku selam kat lubuk jerangkang bulan lepas...
pastu nak jer aku tanya
"iela! would u marry me?"
mau tonggang langgang bumi nie kalau aku buat macam tu..

lepas jogging aku lepak sengsorang kat pondok dekat tempat kuda tu..
layan rokok sepam dua..
pastu aku balik.. time balik aku singgah kat Teratai lepak ngan mmber aku la.. sapa lagi
kalau bukan RedTomato @ kak Mot dan Albudin @ Bud Bud..

aaiihh.. Letih btol aku ari nie.. berjalan jer kerjanya.. lesen takde lagi..
adduuihhhh

Saturday, March 12, 2005

Updates Gua Tempurung

Kemasukkan utk aktiviti Menggua telah ditutup..
Dah penuh dah.. hari nie ada meeting Krew Gua tempurung
di Teratai Bunga dah layu..
jam 3 petang..
Hari nie letih tahap maksimum kerja byk giler... sib baik
ada Cik Shila yg comel lagi cute sanggup melayan
kerenah aku dlm MSN..
oklah semoga bertemu kembali..

*Kemasukkan utk ke Jerangkang kini sedang dijalankan.. anda disarankan utk mendaftar secepat mungkin nnti tak dapat pollow menangis plak.. wakakakak

Friday, March 11, 2005

Monday, March 07, 2005

KL international marathon 2005

KL international marathon 2005
dengar dah gerun apatah lagi menyertainya....
Aku dengan selamber telah mengambil bahagian tapi bukan dalam Full Marathon..
tapi hanya 10KM jer..
10 KM pun dah tercungap nafas aku.. giler mental kaw-kaw..
dah la dengan angkle yg injured time gi TAHAN dulu sakit balik..
pergghhh.. azab giler..
aku target masa yg perlu aku catat 1jam 20minit..
tapi apa yang aku terkejut masa yang aku catatkan adalah dalam
1jam sahaja... perghhh.. itu dalam keadaan injured.. belum lagi aku Heal sepenuhnya..
aku bangga jugak ler.. walaupun
tak dapat hadiah saguhati pun.. insyaAllah tahun depan aku
nak repeat balik.. aku nak dapatkan ranking dalam top 80..
hambik ko.. tengoklah thun depan..

KL International Marathon 2005

Hari nie macam biasa la.. kerje.. tapi aku totally letih tahap maksimum
semalam aku Join KL international marathon.. jarak yang aku ambil 10KM
aku pepagi bute dah bangun.. maklumlah kali nie aku, Nowa dan Anala yang pergi..
cuak pun ada.. maklumlah ini merupakan first time aku join event yang Grand cam nie..
start lati pukul 0715 hours..
aku memula rileks jer.. tapi bila sampai kat Jln Imbi jer.. ada lahabau mana
gi langgar aku.. dan secara otomatikal Angkle aku sakit balik..
dah la injured Dari Gunung Tahan tak habis lagi...
apalagas.. aku terpaksa melepak kejap kat St. John tu.. lepas sapu krim apa semua..
aku pun terus runner balik..
last-last nowa yang dah jauh aku tinggalkan.. dapat pintas aku.. aku pun follow samapai habis belakang nowa..
non-stop aku follow dia..
dalam masa 1jam aku sampai di garisan penamat..
lega aku.. sebab masa qual;ification pun 1jam 45minit.. dan maknanya
aku berjaya atasi..
oklah nanti aku sambung balik..

Wednesday, February 23, 2005

Assalamualaikum

RMDC akan mengadakan xtvt menggua ke GUA TEMPURUNG PEERAK, oleh itu di jemput semua ahli melayu.com untuk join the club kita semua meraba raba di dalam gelap di gua tempurung, penyertaan dalah terhad kepada 30 orang pertama sahaja, 30 orang kedua akan di bawa tahun hadapan.


quote:



Lokasi : GUA TEMPURUNG PERAK
Tarikh : 19-20 march 2005
Hari : Sabtu- Ahad (2 hari satu malam)
Bayaran : RM 90 ( Anggaran kasar)
Akaun : Maybank 158097630187 (Zul Hilmi bin Hamdun)
Dah bank in, wajib call betterman 012 - 2900 494 ataupon emel ke zul.hilmi@dhl.com. Jangan PM sbb aku jarang masuk mdc
Peserta : 25 ekor tenuk
krew : 5 orang budiman
keseluruhan: 30 orang tenuk jadian yang budiman
Kesusahan xtvt : 2 bintang
Stamina peserta : 3 bintang
**hubungi: 012-3311951
**tempahan : sapa bayar dia join, no booking place!!**
Akaun : Maybank 158097630187 (Zul Hilmi bin Hamdun)
Dah bank in, wajib call betterman 012 - 2900 494 ataupon emel ke zul.hilmi@dhl.com. Jangan PM sbb aku jarang masuk mdc






Kenapa harus serta?
1. dapat t-shirt berkolar xklusif official tshirt pertama REKREASI MELAYU.COM yang logo dan text di sulami dengan benang yang di import dari kg talang
2. 3 jam di dalam gua dapat melihat beraneka rupa dan bentuk menarik]
- susunan gigi di lantai
- bijih timah mati terbesar di malaysia
- melalui teronong bawah tanah
- merangkak dengan penuh aksi fear factor
- melihat peninggalan komunis keturunan zul hilmi
- cantuman batu atas batu bawah( sorry aku lupa nama saintifik)
- melihat puteri berambut panjang di dinding
- baru berupa patung besar berperut buncit macam lofier dan lipan
- air gua yang sesejuk air vanilla ais
- jutaan kelawar yang beterbangan membentuk perkataan LOVE
- lokasi perkhemahan yang indah dan permai
- tandas yang 10 kali ganda lebih cantik dari tandas rumah ezrin
- permandangan di luar gua umpama anda berada di dalam mimpi dalam mimpi
- melihat pancaran lampu seindah lampu KLCC

Tuesday, February 22, 2005

Gua Tempurung

Ekspedisi Gua Tempurung
AssalamualaikumRMDC akan mengadakan xtvt menggua ke GUA TEMPURUNG PEERAK, oleh itu di jemput semua ahli melayu.com untuk join the club kita semua meraba raba di dalam gelap di gua tempurung, penyertaan dalah terhad kepada 30 orang pertama sahaja, 30 orang kedua akan di bawa tahun hadapan.
quote:
Lokasi : GUA TEMPURUNG PERAK
Tarikh : 19-20 march 2005
Hari : Sabtu- Ahad (2 hari satu malam)
Bayaran : RM 90 ( Anggaran kasar)
Akaun : Maybank 158097630187 (Zul Hilmi bin Hamdun)
Dah bank in, wajib call betterman 012 - 2900 494 ataupon emel ke zul.hilmi@dhl.com.
Jangan PM sbb aku jarang masuk mdc
Peserta : 25 ekor tenuk
krew : 5 orang budiman
keseluruhan: 30 orang tenuk jadian yang budiman
Kesusahan xtvt : 2 bintang
Stamina peserta : 3 bintang

**hubungi: 012-3311951 **tempahan : sapa bayar dia join, no booking place!!
**Akaun : Maybank 158097630187 (Zul Hilmi bin Hamdun)

Dah bank in, wajib call betterman 012 - 2900 494 ataupon emel ke zul.hilmi@dhl.com.
Jangan PM sbb aku jarang masuk mdc
Kenapa harus serta?
1. dapat t-shirt berkolar xklusif official tshirt pertama REKREASI MELAYU.COM yang logo dan text di sulami dengan benang yang di import dari kg talang
2. 3 jam di dalam gua dapat melihat beraneka rupa dan bentuk menarik]
- susunan gigi di lantai- bijih timah mati terbesar di malaysia- melalui teronong bawah tanah- merangkak dengan penuh aksi fear factor
- melihat peninggalan komunis keturunan zul hilmi
- cantuman batu atas batu bawah( sorry aku lupa nama saintifik)
- melihat puteri berambut panjang di dinding
- batu berupa patung besar berperut buncit macam lofier dan lipan
- air gua yang sesejuk air vanilla ais
- jutaan kelawar yang beterbangan membentuk perkataan LOVE
- lokasi perkhemahan yang indah dan permai
- tandas yang 10 kali ganda lebih cantik dari tandas rumah ezrin
- permandangan di luar gua umpama anda berada di dalam mimpi dalam mimpi
- melihat pancaran lampu seindah lampu KLCC

Monday, January 03, 2005

Trans New Year (Yong Yap - Yong Belar)

Trans New Year (Gunung Yong Yap – Gunung Yong Belar)

Pagi ini beban kerja agak berkurangan. Kegagalan saya untuk membawa turun sub-sub program dari kerangka utama sejak awal minggu lalu menyebabkan kerja terbengkalai. Mungkin terdapat kesilapan pada ID pengguna yang telah diberikan. Namun itu semua bukan salah saya kerana sebelum ini tidak langsung timbul masalah sebegini. Dari tingkat 13 saya turun ke pejabat tingkat 8 untuk memenuhi ruang masa kerja yang kosong.
“Kau pergi ke mana pula lepas nih?” Saya menyoal Saiful Adli yang berada di Tingkat 8.
“Gunung Nuang kot… ari tuuuh pegi Yong Yap tak jadi, diorang naik Gunung Besar Hantu… tapi aku tak pergi.” Jelas Saiful yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti rekreasi mendaki gunung seperti saya.
“Kalau kau nak ikut aku… tahun depanlahh… tahun nih aktiviti dah penuhlahhhh.” Saya menerangkan kepada Saiful. Lagipun tahun 2004 hanya berbaki 10 hari sahaja lagi.
“Eh… hujung migu nih kau nak main futsal tak???” Saiful cuba mengajak saya.
“Minggu nih tak dapatlahhh.”
“Pegi datinglah tuuh.” Hazarani yang berada di hadapan Saiful menjawab pantas. Saya hanya tersengih memandang Hazarani. Cuti saya ke manalah tempat yang hendak di tuju selain masuk ke hutan. Naik gunung. Mandi air terjun. Tidur bawah khemah. ‘Tetapi… bertuah juga kalau ada awek yang nak keluar dengan aku.’
Bermula dari Kuala Lumpur saya mengambil KTM Komuter untuk ke Rawang atas arahan Ngai yang suruh menunggu di sana pada jam 9.00 malam. Ngai pula tiba 2 jam selepas itu. Di sini saya berkenalan dengan 4 orang peserta ekpedisi yang lain iaitu Omar, Abang Ngah, Adik dan Zali. Menjelang tengah malam kami meniggalkan Kuala Lumpur menuju Ipoh.

HARI PERTAMA (25 Disember 2004)
Jam 3.15 pagi kami tiba di Desa Putra Indah, Ipoh rumah seorang rakan lama iaitu Salan setelah berhenti di Hulu Bernam untuk mengambil makan malam. Zali dan Abang Ngah meletakkan kereta mereka di hadapan rumah Salan. Kami meminta bantuan Salan untuk mengambil dua orang lagi peserta ekspedisi di Stesen Keretapi Sg. Siput iaitu Zarina dan Along menggunakan van buruk kepunyaan bapanya. Salan juga turut menghantar kami ke Lasah.
Sunyi 4.15 pagi pekan koboi Lasah pecah seketika oleh enjin van buruk yang Salan pandu. Abang Ngah mengambil kesempatan untuk tidur seketika di bangku panjang yang tersadai di hadapan deretan kedai bertutup rapat. Zali pula membentang tikar plastiknya untuk kami duduk berbual. Salan meniggalkan kami bersama dua orang anak buah yang menemaninya tatkala ayam jantan mula bersahutan di pekan Lasah. Beberapa ketika selepas itu, gema subuh pun berselang-seli dari masjid dan surau berhampiran pekan Lasah.
Setelah mengambil sarapan pagi dan membeli beberapa lagi barang keperluan untuk masuk ke hutan, kami meniggalkan pekan Lasah ketika jam menghampiri 8.30 pagi. Ngai duduk di sebelah Ah Soon, pemandu Toyota Hilux yang kami naik. Ah Soon memandu menuju Pos Kuala Mu.
Di bawah Rancangan Penempatan Semula Legar (RPS Legar), banyak perkampungan Orang Asli di bina sepanjang jalan menuju Pos Kuala Mu. Dari Kg. Komris ke Kg. Temakah, Kg. Jelantik, Kg. Perjek, Kg. Jei, Kg Cheut, Kg. Dawoi dan Kg. Keeb, anak-anak Orang Asli yang berkeliaran sibuk memerhati ke arah kami. Selepas Kg. Keeb perjalanan kami terhenti di sebatang sungai yang mana jambatannya telah runtuh. Ah Soon sendiri yang mengambil alih kontrak pembinaan semula jambatan tersebut. Dari sini kami akan berjalankaki menuju Pos Kuala Mu.
“Kalau jalan pukul 8.00 pagi.. 2.00 petang nanti sampailaaaah.” Kata salah seorang Orang Asli yang turut bekerja di bawah Ah Soon untuk membina semula jambatan runtuh tersebut. Azab.
Kami memulakan langkah ketika jam baru sahaja melepasi 10.00 pagi. Dengan selipar bewarna pink, trek suit hitam dan baju lengan panjag berwarna hitam yang dipakai sejak petang semalam saya turut mengenakan spek mata hitam untuk memulakan langkah Terminator merentas Banjaran Titiwangsa buat kali kedua dengan melalui G. Yong Yap – Bubu – Junction – G. Yong Belar. Dengan kata lain dari Lasah, Perak ke Cameron Highland, Pahang. Azab.
Dari jambatan runtuh ini orang kata memang jauh untuk sampai ke Pos Kuala Mu, iaitu tempat pertama untuk kami bermalam. Dari kata-kata Orang Asli tadi, tentu dapat dikira berapa lama masa yang akan saya ambil untuk manghabiskan jalan balak menuju Pos Kuala Mu. Azab..!
Dalam perjalanan menuju Pos Kuala Mu sekali-sekala kami bertembung dengan Orang Asli yang menaiki motorsikal untuk membawa hasil hutan ke pekan Lasah. Ada juga yang mengankut getah sekerap untuk di jual kepada tauke-tauke Cina di Lasah.
Kami berhenti selama 1 jam untuk mengambil makan tengah hari di atas jalan balak. Saya menghabiskan dua bungkus nasi lemak yang di beli pagi tadi. Di atas kepala pula, matahari masih terik memancarkan cahayanya. Azaab..!

Jam 2.15 petang kami memulakan kembali perjalanan menuju Pos Kuala Mu. Di bawah panas terik, sesekali saya mengerling ke dada langit. Terperasan juga pada awan hitam yang berarak pekat. Omar yang memikul beg One Polar 75L mengadu sakit kaki. Rentaknya makin perlahan dan tidak selesa. Akhirnya saya menukar beg denga Omar sebab beg saya kecil sahaja iaitu 40L. Beban di bahu saya pun bertambah. Azaabb..!
Tidak lama selepas itu hujan pula turun. Omar menukar selipar Jepun yang dipakainya dengan kasut getah. Saya pun mengenakan jungle boot tinggi berwarna hijau di kaki kerana jalan menjadi licin. Azaaabb..!
Hujan berhenti kira-kira jam 4.00 petang. Dalam masa berjalan, tiba-tiba keluar dua orang anak Orang Asli dari celah semak di tepi jalan balak. Di tangannya terdapat sebilah parang yang digunakan untuk menebas. Entah apa yang mereka cari saya pun tak tahu.
“Lapan bukit lagi sampailaaaah.” Kata salah seorang dari mereka. Dalam hati saya berkira. ‘Nak naik sebuah bukit pun seksa... inikan lapan bukit.’ Azaaabb..!
Kini puncak Yong Yap telah tersergam di hadapan mata. Kemuncaknya masih diselimuti kabus. Ini menandakan Pos Kuala Mu semakin hampir. Dalam pada itu lalu pula seorang penunggang motorsikal. Katanya lagi 20 minit sampailah di Kuala Mu. Dalam hati saya masih berkira. ‘20 minit engkau naik motor... aku nih jalan kaki.’ Azaaaabb..!
Abang Ngah, Ngai, Adik dan Zali berjalan jauh di hadapan. Saya berjalan bersama Omar. Zarina dan Along tak jauh di belakang. Selepas itu saya ternampak pula papan tanda kecil di kanan jalan. Kuala Mu 5KM. Azaaaaabb..!

Jam menunjukkan 6.15 petang ketika kami tiba di tepi padang bola berhadapan Sekolah Kebangsaan Pos Kuala Mu. Anak-anak muda kaum Orang Asli di sini sibuk berkejaran bermain bola. Akhirnya sampai juga ke tempat yang dituju. ‘A...bis sudah azab untuk hari ini.’
Ngai dan Abang Ngah pergi berjumpa Tok Batin untuk mendapat kebenaran bermalam di sini. Kemudian kami pun turut serta untuk menulis nama di buku catatan yang terdapat pada Tok Batin. Kami mendirikan khemah di tepi tebing sungai yang mengalir jernih merentasi Pos Kuala Mu.
Malam bulan mengambang penuh. Cahaya yang terpancar jatuh terus ke permukaan sungai. Seolah-olah bergerak mengikut arus deras. Walau batu keras yang menghalang, arusnya tetap mengalir laju. Membawa pelbagai perubahan kepada corak kehidupan masyarakat Orang Asli di sini. Namun dalam sebuah dewan di tengah Pos Kuala Mu, aktiviti sewang masih diteruskan. Irama rentak asli muziknya jelas kedengaran dari pinggir khemah.

HARI KEDUA (26 Disember 2004)
Pagi di Kuala Mu cukup tenang. Hijau alam menghiasi suasana. Air sungai mengalir ke hilir. Kicau burung riang membawa irama pagi. Suhu dingin membuatkan saya malas untuk keluar dari sleeping beg.
Ngai telah pun pergi berbicang untuk mendapatkan khidmat jurupandu dengan Orang Asli Pos Kuala Mu. Tetapi rundingan mendapat jalan buntu. Bayaran yang tinggi menyebabkan kami menolak khidmat jurupandu. Keputusan dibuat untuk merentas Banjaran Titiwangsa dari Kuala Mu ke Blue Valley dengan melalui G. Yong Yap dan G. Yong Belar tanpa khidmat jurupandu.
jam 10.00 pagi kami memulakan perjalanan. Destinasi untuk bermalam pada hari ini ialah puncak G. Yong Yap. Selang 10 minit berjalan, tiba-tiba datang sekumpulan pendaki yang turut ingin mendaki ke G. Yong Yap. Mereka baru sahaja sampai di Kuala Mu pagi tadi dengan menaiki Hilux Ah Hee. Katanya jambatan sudah siap. Bermakna jambatan siap petang semalam. Hari semalam kami berjalan di laluan balak bermula 10 pagi hingga 6 petang. ‘Kerja bodoh!’
Bermula dari Kuala Mu laluan terus sahaja mencanak. Azab. Selama hampir dua jam kemudian bertembung lagi dengan jalan balak. Jalan balak terdedah dengan terik mentari. Azab. Jalan balak sekejap menuruni bukit, kejap lagi mencanak pula. Azab.
Habis jalan balak barulah masuk ke laluan hutan apabila tiba di sebuah pondok Orang Asli. Di sini laluannya mendatar dan terlindung sepenuhnya dari matahari. Jam 2.00 petang kami mengambil makan tengah hari di tepi sungai sebelum sampai di sebuah lagi pondok Orang Asli. Sejam kami berehat di sini. Apabila perjalanan disambung. Laluan terus sahaja terpacak mencanak. Azaab..!
Jam 7.00 petang kami sampai di last water point sebelum puncak Yong Yap. Ngai tiba lewat sejam setelah di rescue oleh Abang Ngah dan Adik. Kawasan ini cukup sempit untuk dijadikan tempat tidur bagi lapan orang. Tanahnya pula dipenuhi akar dan langsung tidak rata. Macam mana pun tidur sahajalah. Azaabb..!

HARI KETIGA (27 Disember 2004)
Pagi ini kami bangun awal. Mungkin kerana tempat tidur yang tidak selesa. Malam pula tidur tak lena. Jam 9.30 pagi kami memulakan perjalanan menuju puncak Yong Yap. Laluan yang terpacak bertambah canak. Azab.
Jam 10.45 pagi kami tiba di puncak. Matahari memancar terang di atas kepala. Cuaca sungguh baik. Persada alam terpamer di hadapan mata. Dari sini perjalanan adalah satu tanda tanya. Tiada siapa pun antara kami yang pernah merentas laluan hutan untuk ke G. Yong Belar. Kamilah yang akan menjadi jurupandu. Kami jugalah peserta ekpedisi.
Ngai mengambil kesempatan menelefon seorang rakan iaitu Siti Farishadina yang pernah merentas ke G. Yong Belar dari puncak G. Yong Yap untuk mendapat kepastian tentang laluan yang bakal ditempuhi. Beberapa hari sebelum ekpedisi ini saya juga sempat menghubungi Siti Farishadina untuk mendapatkan log yang tulisnya pada 1997 mengenai Ekpedisi Yong Yap – Yong Belar. Tetapi saya gagal memperolehinya.
Apabila naik dari Kuala Mu... tiba di puncak Yong Yap belok ke kiri, terdapat satu laluan menurun. Ikut laluan tersebut selama 4 hari untuk sampai ke Yong Belar dan keluar melalui Blue Valley di Cameron Highland. Azab!
Kami memulakan perjalanan turun dari puncak G. Yong Yap tepat jam 12.00 tengah hari. Selepas satu jam laluan menuruni gunung, kami tiba di satu permatang yang jalannya landai sahaja. Saya terperasan satu permatang yang terus naik meninggi di hadapan saya. Juga terdapat tanda-tanda seperti laluan denai di hadapan saya. Permulaan denai tersebut seolah-olah terdapat kayu yang sengaja direntag orang. Seperti tanda jalan ditutup. Atas arahan Omar yang berada di belakang saya, kami membelok ke kanan... berterusan menuruni permatang yang sedang kamu lalu ini.
30 minit selepas membelok ke kanan kami tiba di satu kawasan tapak perkhemahan. Kawasannya tidak berapa luas tetapi tanahnya rata. Tidak seorang pun antara kami yang tahu apa nama camp site ini. Ngai mengeluarkan pen berdakwat hitam lalu menulis KEM MALAS pada sebatang pokok kayu kecil. Kami berehat beberapa ketika di sini.
“Aku dengar ada orang kata boleh keluar ke Batu Caves dari sini.” Saya memulakan andaian.
“Aku nak keluar ke Gombak.” Adik pula menyampuk.
“Habis tuuuh... Zarin tuuuh keluar ke Parit Buntar... Along nak keluar kat Seagate.” Ada sahaja yang menambah.
Perjalanan kami memang banyak sekali tanda tanya yang bermain di fikiran. Jurupandu tak ada. Jalan main ikut sahaja... janji boleh lepas. Kalau nasib baik... kami sampailah di Yong Belar. Kalau tidak... tak tahulah ke mana arahnya.
Pukul 3.00 petang kami menuruni satu permatang di mana kiri dan kanannya jelas kelihatan anak sungai yang mengalir jernih. Kedua-dua anak sungai ini kemudiannya bertembung di satu kuala yang kecil. Dan di tepi kuala ini terdapat satu tapak perkhemahan yang kecil. Terdapat juga sepasang kasut yang di tinggalkan orang. Hampir sejam juga kami berehat di sini.
Hari masih terang. Jam baru mancecah angka 5.00 petang. Perjalanan diteruskan menuruni permatang bukit yang menyusuri tebing sungai dan menghala ke hilir. Hati saya masih tertanya-tanya. Ke manakah destinasi kami? Menurut penerangan dari Siti Farishadina, selepas puncak Yong Yap dia bermalam di Kem Berak yang terletak bersebelahan sebatang sungai. Kami semua tak tahu yang mana satu Kem Berak. Tetapi rasa nak terberak memang sejak semalam lagi.
Jam 6.00 petang kami tiba di satu lagi tapak perkhemahan di tepi sungai yang kami susuri. Saya lihat kawasan ini masih baru ditinggalkan orang. Pelepah pisang yang dipotong untuk dijadikan alas tidur masih lagi hijau dan belum kering. Tali rapia yang dijadikan ampaian masih teguh ikatannya. Kami mengambil keputusan untuk bermalam di sini.

HARI KEEMPAT (28 Disember 2004)
Dengan mengambil ilham semasa Ekpedisi Liang Timur-Barat dua minggu lepas, saya menamakan tapak perkhemahan malam tadi KEM GIANT. Selepas mengambil sarapan bubur nasi, kami memulakan perjalanan pada pukul 10.00 pagi.
Hari ini laluan masih lagi seperti semalam. Perjalanan adalah menuruni permatang bukit yang menyusuri sebatang sungai. Tak sampai sejam selepas memulakan perjalanan, kami tiba di atas satu jalan balak yang sangat lama di tinggalkan. Jalannya sudah pun menyerupai hutan. Sesiapa yang tidak biasa dengan keadaan hutan memang tidak dapat mengecam bahawa ini adalah jalan balak buat suatu masa dahulu. Permulaan jalan ini dipenuhi denga resam dan juga orkid hutan bewarna unggu.
Hati masih lagi tertanya-tanya kemanakah perjalanan ini? Untuk ke Yong Belar haruslah melalui puncak Junction. Untuk sampai ke sana, jalan semestinya terpacak dan mencanak. Haruslah terasa azab! Tetapi sejak dari puncak Yong Yap semalam... jalan sentiasa turun melandai. Hilang segala azab! Masing-masing treking dengan nada yang sungguh riang ria. Laluan mendaki amat sedikit. Kalau ada pun... tidak langsung terpacak mencanak.
Pukul 12.30 tengah hari kami tiba lagi di satu tapak perkhemahan setelah manuruni satu bukit yang amat curam. Namun perjalanan diteruskan lagi sehinggalah kami bertembung dengan runtuhan buluh akibat sebatang balak yang sudah lama tumbang. Saya menyusup di bawah buluh tersebut. Manakala Abang Ngah berusaha menebas jalan lain untuk mengelak dari buluh tersebut. Yang lain turut mengikut jejak langkah Abang Ngah.
Jam 2.30 petang kami berhenti untuk makan tengah hari. Along memasak beberapa bungkus megi untuk mengalas perut. Di tempat kami berhenti jelas kelihatan bekas buluh yang dibakar sebagai kayu api. Mungkin laluan yang kami guna ini adalah jalan Orang Asli pergi memburu. Mereka juga mungkin berhenti di sini untuk memasak atau barmalam.
Selepas makan perjalanan di sambung semula. Tepat jam 3.35 petang saya yang berada di hadapan sekali ketawa terbahak-bahak. Sungguh kuat saya gelak seorang diri. Ngai yang berada di belakang sekali pun jadi hairan. Sedikit pertanyaan telah terjawab. Kah...kah...kah...

HARI KELIMA (29 Disember 2004)
Sungai Rengil tetap setia membawa aliran air jernih dari hulu ke hilirnya. Anak-anak Sg. Rengil yang terletak dalam Banjaran Titiwangsa berhampiran G. Yong Yap tidak putus-putus memberi sumber air. Di bahagian hilir pula, Sg. Rengil bertembung dengan Sg. Brooke. Pertembungan sungai ini sekali lagi membetuk kawasan kuala. Sg. Rengil mati akibat bertembung dengan Sg. Brooke. Dan kuala ini dinamakan Kuala Rengil.
Di sinilah tempat tinggal Ranjis bersama keluarga mertuanya Tapa. Ranjis salah seorang masyarakat Orang Asli di sini. Hari ini Ranjis tidak ke hutan mengerat buluh atau anak kayu untuk dijual kepada tauke Cina. Ranjis juga tidak ke bukit mencabut ubi kayu. Ranjis juga tidak ke kebun membersihkan tanah. Ranjis juga tidak ke sungai menangkap ikan. Hari ini Ranjis akan membantu kami untuk keluar dari Pos Kuala Rengil.
Berdiri menghadap ke kuala dari arah jalan masuk ke Yong Yap... di kiri saya ialah Sg. Rengil dan di kanan saya ialah Sg. Brooke. Petang semalam kami mendirikan khemah di atas tanah lapang tepi Sg. Brooke. Kami sampai di sini tepat jam 6.30 petang dan terus berkenalan dengan Ranjis. Ranjis nampak senang untuk membantu kami.
Petang semalam saya terbaca papan tanda Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan. Saya ketawa terbahak-bahak kerana perancangan kami telah lari. Hajat hendak keluar di Blue Valley, Cameron Highland tetapi kami telah keluar di Hutan Simpan Kekal Lojing, Jajahan Kelantan Selatan, Kompartmen 33 Gua Musang. Dari pintu masuk ke HSK Lojing semalam, kami mengambil masa 3 jam di atas jalan balak untuk sampai ke Pos Kuala Rengil. Azab.
Beginilah nasib masuk hutan tanpa jurupandu. Apa yang telah kami lakukan ialah TRANS LASAH – YONG YAP – LOJING... dengan masuk melalui Pos Kuala Mu dan keluar melalui Pos Kuala Rengil.
Pagi ini cuaca kelihatan mendung. Mungkin kerana sejak tiga hari lepas ekspedisi kami tidak langsung di timpa hujan. Atau memberkati perjalanan kami di atas jalan balak pada hari ini. Jam 10.00 pagi kami bergerak meniggalkan Pos Kuala Rengil menuju Pos Brooke yang terletak di tepi jalan raya baru yang menghubungkan Gua Musang dan Cameron Highland.
“Aku tak tahu pun ada jalan lain nak ke Yong Yap nih...” saya bercerita dengan Ngai semasa berjalan.
“Ada... ikut Gua Musang... masuk ikut sinilah.” Jawab Ngai.
“Kalau aku tahu... aku redah jekkk jalan yang tutup ari tuuh. Tapi Omar suruh turun ke bawah... last-last sampai sini.” Balas saya.
Hajat untuk bermalam di Kem Berak dan Kem Pening seperti yang diceritakan oleh Siti Farishadina tidak kesampaian. Sejak turun dari puncak Yong Yap, ekpedisi kali ini terlepas dari azab. Perjalanan menuruni permatang bukit cukup terasa santai. ‘Takperlahhh... lain kali boleh buat lagi.’ Bisik hati kecil saya.
Ramai orang yang mendaki G. Yong Yap masuk ikut Lasah, Perak. Jarang sekali yang masuk ikut Gua Musang, Kelantan. Sebab ikut cakap Omar, secara tak langsung saya telah merasa cabaran kedua-dua trek ini. Memang seronok turun ke Gua Musang kerana jalannya santai.
Dalam perjalanan menuju Pos Brooke, Ranjis singgah di rumah seorang rakannya. Ranjis meminjam motor rakannya dan membawa Ngai keluar ke Sekolah Kebangsaan Pos Brooke untuk mendapatkan kenderaan pacuan 4 roda. Kami yang lain pula tiba kira-kira jam 11.15 pagi. Tetapi di sini pada musim cuti sekolah memang tidak banyak kenderaan. Kemudian Abang Ngah menumpang motor Ranjis untuk ke Jabatan Pertanian Lojing.
Abang Ngah kembali bersama Pakcik Ramli seorang pemandu di Jabatan Pertanian Lojing. Pakcik Ramli membawa Toyota Hilux 2.8d milik jabatan. Tepat jam 12.00 tengah hari kami meniggalkan Pos Brooke setelah membayar upah yang berpatutan kepada Ranjis.
Perjalanan mengambil masa hampir sejam dengan kenderaan menuju ke Kg. Raja, Cameron Highland. Di Kg. Raja masing-masing membeli lagi sedikit keperluan untuk naik gunung. Tidak seorang pun yang tergerak hati untuk pulang ke Kuala Lumpur. Bagitu juga Zarina dan Along yang tinggal di Parit Buntar. Masing-masing hendak ke hutan... mana lagi kalau tidak G. Yong Belar.
Di Kg. Raja juga kami dikejutkan dengan berita beberapa negeri di Malaysia dilanda ombak Tsunami setinggi 6 meter. Ramai orang mati dan kemusnahan harta benda turut berlaku. Ini merupakan bencana terbaru bagi Malaysia.
Pakcik Ramli turut menghantar kami ke empangan di Blue Valley, yang menjadi jalan masuk ke Gunung Yong Belar. Setelah membayar upah yang berpatutan, kami mengucapkan terima kasih kepada Pakcik Ramli yang sudi melayan karenah orang gunung seperti kami.
Ini kali kedua saya akan ke G. Yong Belar. Begitu juga dengan Ngai. Omar dah masuk sembilan kali. Along dulu terkandas di Kem Gurkha... tak sampai puncak. Yang lain inilah pertama kali akan ke G. Yong Belar. Pukul 2.00 petang bermulalah pendakian kami ke G. Yong Belar dengan menaiki 256 anak tangga yang terdapat di tepi empangan. Azab.
Untuk sampai ke Kem Gurkha pada petang ini adalah satu yang mustahil. Oleh itu kami membawa bekalan air yang mencukupi dan kami akan bermalam di mana-mana kawasan yang sesuai.
Jam 5.15 petang kami sampai di batu sempadan Pahang-Kelantan yang bernombor 81. Di sini batunya lebih basar dari yang lain kerana tanahnya merupakan puncak tinggi. Menurut Omar, ketinggian di sini ialah 6040 kaki dari aras laut. Kami bermalam di sini kerana tanah lapangnya yang luas. Lagi pun hujan renyai sudah mula turun dan suhu sangat sejuk.

HARI KEENAM (30 Disember 2004)
Berita dari Radio 1 RTM jelas kendengaran di puncak 6040 kaki melalui radio kecil yang Ngai bawa. Sebelum ini tak siapa yang tegerak hati hendak membuka radio buruk tersebut. Bencana Tsunami berpunca dari gegaran gempa bumi di Acheh di dengar dengan teliti. Begitu juga berita kejayaan skuad bola sepak Malaysia menundukkan Indonesia di Stadium Jakarta dalam kejohanan terbesar bola sepak Asia Tenggara.
Kami memulakan perjalanan tepat pukul 10.00 pagi dengan harapan dapat bermalam di puncak Yong Belar. Perjalanan turun dan naik permatang menuju ke puncak Yong Belar menjadi semakin mencabar kerana cuaca sejuk dan angin kencang. Sesekali angin bertiup membawa hujan yang menitik sejuk sehingga ke tulang sum-sum. Azab.
Kami tiba di puncak sempadan 3 negeri pada pukul 11.30 pagi. Setelah berehat dan mengambil gambar, perjalanan diteruskan lagi. Tiba di puncak Charli Pondok sekali lagi kami berhenti rehat untuk makan tengah hari. Kemudian perjalanan di teruskan menuju Kem Gurkha untuk mengambil air.
Ketika jam menghampiri pukul 4.00 petang, kami bergerak meniggalkan Kem Gurkha. Saya berjalan paling hadapan sekali bersama Along. Ketika senja hendak melabuhkan tirainya, Abang Ngah yang berjalan paling belakang sekali tiba-tiba bergerak laju lalu memotong saya dan Along.
Pukul 8.00 malam saya dan Along tiba di puncak anak Yong Belar. Abang Ngah kelihatan sudah siap sedia memasang fly sheet. Nampaknya hajat untuk bermalam di puncak Yong Belar tidak kesampaian walaupun jaraknya hanya tinggal beberapa minit perjalanan sahaja lagi. Abang Ngah sudah kepewaian dan hendak bermalam di sini.

HARI KETUJUH (31 Disember 2004)
Hari terakhir dalam tahun 2004. Angin Monsun Timur Laut masih lagi bertiup kencang. Setelah mendatangkan banjir di Pantai Timur, kini pergerakannya menghempas Banjaran Titiwangsa yang menjadi tulang belakang Semenanjung Malaysia. Sejuk pagi yang mencengkam menyebabkan saya lambat untuk keluar dari sleeping bag. Walaupun hujan yang menitis tidaklah lebat, tetapi cuaca sungguh sejuk.
Cuaca sejuk jugalah yang membawa kabus menyelimuti kemuncak gunung. Menghadkan pemandangan mata kasar.
Hari ini kami memulakan perjalanan agak lewat. Jam 11.30 pagi barulah kami bergerak menuju ke puncak Yong Belar. Tiba di puncak, hanya kabus gunung sahaja yang dapat dilihat. Sambil angin kencang bertindak menurunkan suhu di puncak gunung. Setelah puas bergambar kami menuruni puncak Yong Belar menuju ke Kem Tudung Periuk. Hujan renyai yang kadang kalanya berhenti, menyimbahi kami sepanjang perjalanan ke Kem Tudung Periuk.
Pukul 3.30 petang kami sampai di Kem Tudung Periuk. Adik yang dibantu oleh Zali, Zarina dan Along memasak megi untuk makan tengah hari. Setelah selesai makan kami meneruskan perjalanan menuju empangan di Blue Valley.
Hujan membasahi bumi, kadang kala berhenti... Jika hujan berhenti sekalipun, angin tetap bertiup kencang menghempas tepat ke pohon-pohon hutan yang merimbun. Lalu mengugurkan air yang bertakung di daunan pokok. Sejuk tetap mencengkam apabila airnya menitik di dahi. Azab.
Jam 7.00 petang akhirnya kami sampai di empangan Blue Valley. Terus berjalan kaki menuju ke Kg. Raja. Setelah lebih dua jam berjalan kaki, kami pun tiba di Kg. Raja dan mengambil makan malam di kedai yang berhampiran. Setelah makan malam, kami tumpang bermalam di surau Kg. Raja.

1 January 2005.

Setiap saat masa bergerak. Dalam tahun yang silih berganti. Masanya tetap lalu begitu sahaja. Semalam kami ada berselisih dengan empat orang pendaki lain di Kem Tudung Periuk. Mereka hendak bermalam di situ sebelum naik ke puncak Yong Belar.
“Bas ke Ipoh pukul 11.20 pagi.” Kata Abang Ngah yang keluar awal pagi tadi pergi membeli tiket bas dan juga surat khabar. Harga surat khabar pun dah naik. Kos hidup makin hari makin tinggi.
Bas ekpress dari Tanah Rata berhenti seketika di Kg. Raja untuk mengambil kami berlapan. Beberapa penumpang lain turut naik di Kg. Raja. Masing-masing mengambil peluang cuti tahun baru untuk keluar ke bandar Ipoh. Di Kg. Raja bas membelok ke kanan. Setelah 3 km meniggalkan Kg. Raja, ia membelok ke kiri pula menuju Simpang Pulai sebelum sampai di Ipoh. Tidak lama selepas itu aku terlelap di dalam bas.
Sampai di Ipoh, Abang Ngah dan Zali pergi mengmbil kereta mereka di rumah Salan. Duit program banyak juga yang lebih sebab tidak perlu membayar khidmat jurupandu. Sebelum pulang ke Kuala Lumpur kami berehat di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz, Ipoh. Pizza Hut yang di bungkus di Jusco tadi kami habiskan di sini.
Jam 5.30 petang kami meninggalkan Bandaraya Ipoh. Saya, Adik dan Omar menaiki kereta Zali. Zarina dan Along akan pulang ke Parit Buntar menaiki bas. Ngai juga pulang ke Kuala Lumpur menaiki bas. Abang Ngah akan memandu pulang ke Kuala Lipis.

Thanks For KabusGunung for ur Report