Sunday, April 05, 2009

Selamat Malam Penchenta Agung

After rain is over~
Love Find The Way~
Lalalalal~
(Hayunan Lagu Klasik Oleh Penyanyi Itali.. apa nama ntah aku dah lupa) ^_^

Heheh masih agak lembab baju aku tika ini,
mana tidaknya sehari suntuk berjemur dan diselang seli dengan kehadiran Hujan yang agak sejuk dan dingin, membuatkan aku kejap-kejap menggigil manje kesejukan..

ffuuuhhh~ agak sedap aku menghirup asap rokok gulungan hasil dari Tembakau Brown Herbie
khas dari Finland... Nak kata aku ni agak letih, memang pun, cuba jugak aku
menamatkan perjalanan hari ini dengan mendapatkan tidur yang agak cukup sempurna
namun aku gagal...

Seharian aku bertungkus lumus menjadi Penjaga lensa Berkaca disaat sahabat baikku Faisal Angkut (<-- Angkut for Felda Transport) menjadi Raja Sehari..
Alhamdulillah hati aku terhibur melihat Lin (orang Rumah Faisal) agak cantik dan anggun bergaya orangnya (bertuah ko faisal ekekekek) begitu ceria walaupun
kadang kala agak susah aku menangkap wajahnya yang bersifatkan Neutral...
tapi syukur Alhamdulillah sepanjang aku menggalas tanggungjawab dan kepercayaan dari Lin dan Faisal aku berjaya menempuh hari ini dan semalam dengan penuh sabar dan agak terhibur..

Sepanjang perjalanan balik ke teratak aku, dalam diam aku drive sambil menikmati lagu nyanyian Afghan - Terima Kasih Cinta, aku dah mula senyum sendiri..
memikirkan betapa seronok nya pabila melihat kawan-kawan aku sendiri melangkah ke alam
yang agak penuh dengan cabaran dan macam biasa disusuli dengan kebahagiaan..
hari ini sahaja 2 orang sahabat baikku telah menamatkan zaman bujangnya..

tetiba aku sayu hati tak dapat menghubungi Chimmy Yummy @ Murni, hari ni die kahwen arr..
aisey.. nak kata jauh bohong sangat lah, dewan dekat dengan HUKM takkan jauhkan?
apakandaya aku memiliki tanggungjawab dan amanah daripada orang.. insyaAllah minggu depan 12hb akan aku pergi ke sebelah pihak Lelaki..

dan aku mula teringat akan Kak Pah @ Sharifah Najwa antara gadis yang berjaya mencuri jiwa aku ketika sekolah dahulu kala sampai ke hari ini..
11hb April 2009 merangkap hari kebahagiaan Wawa (nama panggilan aku kepada Najwa)
dah nak kahwen jugak... heheheh
aku agak terharu bila tengok sekeping Kad Jemputan dihantar kepada aku..
walaupun aku hanya sekadar bermain kata dalam pesbok tempoh hari..
InsyaAllah aku akan hadir jugak...

HHHuuuuuu~ lesu aku kali ini...
ntah mengapa pun aku tak ngerti sama sekali..
heheeh.. aku capai teddy, aku sandarkan kepala yang berat ni..


ZZZzzzzZZZZZzzzzZZ~


Selamat Malam Dunia
Selamat Malam Penchenta Agung

OnePolar

No comments: