Nie antara keratan yang menarik perhatian aku..
aku tujukan keratan akhbar ini kepada sahabat dalam navy_paskal
(ignitus hangga) seorang warga indonesia yang sering mensalah tafsirkan perhubungan kedua pihak (antara malaysia - indonesia)
KOTA BELUD: Latihan bersama Tentera Darat Malaysia
(TDM) dan Indonesia membolehkan kedua-dua pasukan
menjalin persefahaman serta bertukar maklumat
mencari kaedah terbaik menghadapi ancaman keselamatan,
terutama menangani kegiatan pengganas.
Panglima Tentera Darat, Jen Datuk Seri
Abdul Aziz Zainal, berkata pertukaran maklumat risikan pada
peringkat Jawatankuasa Bersama Sempadan dan latihan
bersama yang mampu meningkatkan
persefahaman.
"Kami mengadakan latihan bersama untuk menghadapi
ancaman biasa terutama berkaitan kegiatan pengganas.
Ada keperluan untuk bertukar
idea, pendapat dan pengalaman melalui latihan secara bersama
antara kedua-dua negara.
"Ada juga keperluan untuk saling memahami di
kalangan anggota tentera kedua-dua negara (Malaysia dan
Indonesia) bagi menghadapi sebarang ancaman keselamatan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas
Majlis Penutupan Latihan Bersama TDM dan
Tentera Nasional Indonesia (TNI) Angkatan Darat melalui
Eksesais Kekar Malindo ke-31, di Lapang Sasar Kota
Belud, kira-kira 20 kilometer dari sini
semalam.
Hadir sama Panglima Tentera Darat Indonesia (KASAD)
TNI, Jen Djoko Santoso.
Seramai 1,008 anggota tentera darat Malaysia dan
140 anggota tentera darat Indonesia menyertai latihan
sejak 18 Mei lalu dan berakhir semalam.
Latihan membabitkan peperangan konvensional,
disusuli latihan di lapang sasar. Eksesais Kekar Malindo
dianjurkan setiap tahun secara bergilir.
Dalam pada itu, Djoko berkata skop latihan
bersama akan dikembangkan lagi merangkumi pelbagai aspek
terutama menghadapi ancaman
semasa terutama pengganas.
Katanya, latihan bersama membabitkan tentera
kedua-dua negara perlu diadakan untuk mempertingkatkan
lagi kerjasama dan persefahaman yang sudah lama dijalin.
No comments:
Post a Comment