Mencari Ketenangan dan menikmati keindahan Alam Flora dan fauna..Keindahan Flora dan Fauna Menjadi Igauan Mimpi bagi ku dan ianya akan aku Ukir dan lemparkan bersama tenungan manja Lensa serta Iris ku yang menggoda ini dan biarkn Setiap hari ia menjelma sedikit demi sedikit.. aku mengharap kedatangannya kan berpanjangan hingga ke akhir hayatku..
Tuesday, April 07, 2009
Fast & Shopaholic!!
agak berat kepala aku pagi tadi..
mana tidaknya, semalaman aku menonton cakera laser
di rumahku.. terhibur aku seketika ditemani dengan
sepeket Cikedis @ Jajan yang aku temui di dapur..
dan Segelas Sirap yang agak sejuk sejuk manja rasanya.. (cedapnyeee~)
Kisah Pertama dimulakan dengan adengan Filem Aksi (Kononnya~)
Fast and Furious 4...
senang cerita kali ini filem ni agak kurang cemerlang kalau nak dibandingkan dengan sebelumnya.. walaupun pengarah kali ini cuba menghidupkan kembali watak-watak lama
tetapi ceehhhh~ kureng jugak (tapi aku puji lakonan Vin Diesel SUPERB!!!!)
supercar pun agak kureng, kebanyakkan kereta yang dipertonjolkan adalah dari era
puluhan sket.. Mustang dan sebagainya...
apa pun aku cuma buleh berikan 3 Bintang daripada 6 Bintang...
Kisah Kedua yang jadi tontonan bagi aku semalam ialah
Confession of a Shopaholic...
Yeeaahhh~ Great movie..
Thumb up jugak le aku bleh nak bagi kat filem ni..
mengisahkan wanita yg suke joli katak sampai berhutang kad kredit melampau2..
kepada yang teringin nak tengok beberapa tokoh yg agak menjadi idola aku
bleh tengok citer ini ok.. contoh?
eheheh contohnya Beliau dari Finland (cube tekaaa)
dan owner of Elite Mag dan tidak jugak aku terlupa
CEOs of one famous branded Wardrobe in World (teka leeee.. ekeekke)
citer ni sebenarnya bermotifkan untuk mengigatkan kepada belia-beliawanis untuk
beringat sebelum berbelanja (eleeehhh~ ko pun sama Lan.. hahaha)
so moral die jgn kuat berbelanja nnti lapor plak.. ekekeke
Drive Fast Because Im Own Ten Second Car
Buy While U Can...
hahahahaha Adios Adriagos Plague... (^_^)
OnePolar
Sunday, April 05, 2009
Selamat Malam Penchenta Agung
Love Find The Way~
Lalalalal~
(Hayunan Lagu Klasik Oleh Penyanyi Itali.. apa nama ntah aku dah lupa) ^_^
Heheh masih agak lembab baju aku tika ini,
mana tidaknya sehari suntuk berjemur dan diselang seli dengan kehadiran Hujan yang agak sejuk dan dingin, membuatkan aku kejap-kejap menggigil manje kesejukan..
ffuuuhhh~ agak sedap aku menghirup asap rokok gulungan hasil dari Tembakau Brown Herbie
khas dari Finland... Nak kata aku ni agak letih, memang pun, cuba jugak aku
menamatkan perjalanan hari ini dengan mendapatkan tidur yang agak cukup sempurna
namun aku gagal...
Seharian aku bertungkus lumus menjadi Penjaga lensa Berkaca disaat sahabat baikku Faisal Angkut (<-- Angkut for Felda Transport) menjadi Raja Sehari..
Alhamdulillah hati aku terhibur melihat Lin (orang Rumah Faisal) agak cantik dan anggun bergaya orangnya (bertuah ko faisal ekekekek) begitu ceria walaupun
kadang kala agak susah aku menangkap wajahnya yang bersifatkan Neutral...
tapi syukur Alhamdulillah sepanjang aku menggalas tanggungjawab dan kepercayaan dari Lin dan Faisal aku berjaya menempuh hari ini dan semalam dengan penuh sabar dan agak terhibur..
Sepanjang perjalanan balik ke teratak aku, dalam diam aku drive sambil menikmati lagu nyanyian Afghan - Terima Kasih Cinta, aku dah mula senyum sendiri..
memikirkan betapa seronok nya pabila melihat kawan-kawan aku sendiri melangkah ke alam
yang agak penuh dengan cabaran dan macam biasa disusuli dengan kebahagiaan..
hari ini sahaja 2 orang sahabat baikku telah menamatkan zaman bujangnya..
tetiba aku sayu hati tak dapat menghubungi Chimmy Yummy @ Murni, hari ni die kahwen arr..
aisey.. nak kata jauh bohong sangat lah, dewan dekat dengan HUKM takkan jauhkan?
apakandaya aku memiliki tanggungjawab dan amanah daripada orang.. insyaAllah minggu depan 12hb akan aku pergi ke sebelah pihak Lelaki..
dan aku mula teringat akan Kak Pah @ Sharifah Najwa antara gadis yang berjaya mencuri jiwa aku ketika sekolah dahulu kala sampai ke hari ini..
11hb April 2009 merangkap hari kebahagiaan Wawa (nama panggilan aku kepada Najwa)
dah nak kahwen jugak... heheheh
aku agak terharu bila tengok sekeping Kad Jemputan dihantar kepada aku..
walaupun aku hanya sekadar bermain kata dalam pesbok tempoh hari..
InsyaAllah aku akan hadir jugak...
HHHuuuuuu~ lesu aku kali ini...
ntah mengapa pun aku tak ngerti sama sekali..
heheeh.. aku capai teddy, aku sandarkan kepala yang berat ni..
ZZZzzzzZZZZZzzzzZZ~
Selamat Malam Dunia
Selamat Malam Penchenta Agung
OnePolar
Thursday, April 02, 2009
Jiwa Terang Hati Girang
Heheheh.. agak sengal aku hari ni, bailk jer dari Jln Semarak KL
setelah puas aku tidor hampir SEJAM dalam kereta
dihadapan opis Ibu aku.. (walaupun gadis comel lote lalu lalang <-- ada aku pedulik)
aku terus mencuri Broadband mak buyong (kakak aku yg sarat mengandung ekeek)
dengan niat nak usha pesbokk (facebook)..
1st benda yg aku berminat bile tgk Dato' Sri Azalina invite aku dlm sumting event..
heheh mcm best jer nak join, insyaAllah Dato' Sri nnti kot takde aral melintang aku dtg jua..
dan yg membuat aku rasa teruja sebab ada sumone ajak aku kuar minum2...
hahahah betul ke ni?
ekekekek tapi aku terpaksa tolak pelawaan beliau tu, aku ada reason tersendiri
maklumlah aku ni kan antara polite gentlemen (pirraahhh la lu lan... ekekek)
So macam biasa aku tolak dgn baik.. insyaAllah ada masa nnti ada nyawa aku nnti bleh
arr pergi minum2 mahupun berdondang sayang...
sat gi aku nak pergi meracuni minda aku ini dan terus melebarkan sayap aku
ke taman Melati gombak untuk melawat kawasan
jajahan aku..esok sampai Ahad aku mungkin BZ
aarrgghhh!!! kene tido cukup ni, kalau tak aku pitam nnti.. hahaha
apa pun semakin hari hidup aku dan hati aku rasa makin girang dan best..
to Nadia Yusof heppy Bestday <-- hadiah dah ada nnti aku bagi...
Antagonis Rambu Ramba
OnePolar
Wednesday, April 01, 2009
Jiwa Runcam Bencana
Lirik Lagu Kerispatih - Bila Rasaku Ini Rasamu
Aku Memang Terlanjur Mencintaimu
Dan Tak Pernah Ku Sesali Itu
Seluruh Jiwa Telah Ku Serahkan
Menggenggam Janji Setiaku
Kumohon Jangan Jadikan Semua Ini
Alasan Kau Menyakitiku
Meskipun Cintamu Tak Hanya Untukku
Tapi Cobalah Sejenak Mengerti
Reff:
Bila Rasaku Ini Rasamu
Sanggupkah Engkau Menahan Sakitnya
Terkhianati Cinta Yang Kau Jaga
Coba Bayangkan Kembali
Betapa Hancurnya Hati Ini Kasih
Semua Telah Terjadi
Back To Reff:
Aku Memang Terlanjur Mencintaimu
Tuesday, March 31, 2009
Le Gardenie
aku yang agak pendek ni..
kali ni aku baru selepas pulang dari menikmati
sepingggan nasi lemak beserta mocha Hazelnut (betul kot nama menatang tu)
di OldT0wn Bangsar South...
Pertama kali kaki suchi aku ini menjejakkan kaki ke wilayah seberang sana..
itu pun dengan bingkisan dan coretan SMS daripada
Sang Puteri Didie a.k.a Nadia Yusof yg berjaya menjadi Tourism Guide untuk aku..
Sesi pertama kali berjumpa berjalan agak secara rawak.. ini kerana aku dah nampak sgt lah
kurang kekok mahupun beliau terbabit..
Sesi bergedik sambil menggemukkan badan ini kalau tidak
akan dihadiri oleh beliawanis-beliawanis Nad2 a.k.a nadiah Ibrahim dan Rina...
Akan tetapi nasib tidak baik beliawanis terbabit (nad2+Rina) tidak hadir..
so tonite Table For Two sahaja yang ada.. antara aku dgn makcik didie ni...
gelak tawa clumsy aku jelas terserlah.. berjuta zilion aku cuba sorokkan
perangai zionis aku namun aku gagal.. maklumlah aku teringin sgt nak jmpa dgn makcik ni..
dan sewaktu pulang ke rumah, otak aku mula berputar ligat dan tetiba aku tersenyum sendirian.. why not aku sekarang ni jadi macam AKU yang bertahun sudah..
bebas berkawan dengan siapa sahaja.. ahli korupsi, ahli politik wang mahupun ke ahli kolar biru..
semua kawan aku.. why not ea? so student dah pun aku ada kawan.. thats mean..
tahun 2009 dah mula tahun aku berkawan dengan sesiapa pun sekali...
kawan susah mmg payah nak dapat
kawan senang petik jari jer dapat..
moral? - lu cari arr sendiri... apaaddaaaaa....~
Thursday, March 26, 2009
Inspirasi Minda Tercalar
ntah kali ke berapa milisaat serebrum aku berglodak memikirkan apa akan kesinambungan hari ni..
heheh.. senyum kambing aku sorang2 kat opis sambil melihat awan hitam menjajah sekitar "Town Subang Airport" ni... aduhai rasa Chenta terlarang ni makin meruntum dijiwa..
hati makin parah.. jiwa makin runcam, addehhh~ apa la kene aku hari ni..
aku mula menconteng drawing pad (boss takde bleh arr~ :p)
shreehhh~ shreehhh~ pensel murahan aku menari ligat..
hasilnya Alhamdulillah potret picisan halus berjaya aku hasilkan..
dari dalam aku mula terpikir dan secara otomatikus logikal akal aku yg sedang beradu bangkit
aku dah mula sedar satu per satu yang aku ini telah mensia sia kan apa yg dikurniakan maha Pencipta.. hasil "artwork" aku menjadi, setelah hampir 10 tahun aku tidak melukis..
Aku dah mula sedar dan kali ini telah aku cangkul dan tanamkan sedalamnya yang
mulai saat bumi ini berputar, aku akan mula kembali berkarya dari segi
pena mahupun dari segi Lensa berkaca..
Perasaan Agung yang masih bersarang menjadi sumber inspirasi mahupun ianya sumber yg agak tercalar pada hakikatnya....
kerusi masih kosong, aku masih termanggu melihat dari dalam... huhuhu
apa pun kehidupan aku kene teruskan mahupun aku rasa kelat dan tergeliat..
OnePolar
Saturday, March 21, 2009
Penerbitan karya warga jalanan..
dalam misi mencari dan mentarbiah segala pelusuk Kota batu Kuala Lumpur
dengan sisipan iris dan lensa kecil milik aku dan rakan rakan aku ini..
motif serta objektif mahupun modus operandi kali ini
mengisarkan wajah2 kota batu ini yang penuh dengan
1001 tipu dusta mahupun kebenarannya untuk tatapan warga seantero alam..
pendek kata esok merupakan opening ceremony untuk Haluan Kanan beraksi..
fuuhhhh.. insyaAllah usaha aku kali ini mesti menjadi dan bakal
menggemparkan serba sedikit ubun-ubun kepada mereka yang agak kronik dan fanatik
dalam perjuangan yang sama..
nantikan kemunculan nya....
Wednesday, March 18, 2009
Berakhir Sebuah Karya Agung
Aku hanya mampu menitiskan beberapa kaca dari mata aku ni
dan hanya mampu melihat dan menerima dengan hati yang tenang
segala ketetapan yg telah ditetapkan..
eheh.. aku cuba ketawa mahupun buat buat senyum kelat lepas menerima
keputusan tu, MALANGnya aku gagal..
hati aku yg telah terlanjur memiliki satu zarah perasaan Agung
tak mampu nak dilupakan mahupun disia siakan begitu sahaja...
Aku berdoa pada Maha Pencipta agar disambungkan semula apa
yang telah diakhiri olehNya.. Amin
Tuesday, March 17, 2009
Segenggam Janji..
"Awak jangan risau ler, saya pergi tak lama mana pun,
pejam celik pejam celik balik la saya nanti"
Aku bisu jer......
"Nah! awak simpan penyu Chain ni, saya sayang sgt penyu ni,
tapi saya lagi sayang awak, saya nak awak janji dengan saya
yang awak akan setia dengan saya tau, saya pergi jauh jauh ni
tak lama, Janji tau dengan saya"
"Yee.. saya janji... awak jaga diri bila dah sampai ea?
e-mail kat saya tau nanti, kot ada rezeki saya datang hujung tahun ni tau" Aku jawab lesu sambil mengenggam erat Penyu Chain..
"Ehh.. toksah nak mengada sampai nak datang sana, saya dan awak sama-sama bukan orang berada, simpan duit awak tu, kot-kot abis saya study ni kite kawen.. hahahah"
------------------------------------------------------------------------------------------
Last ayat yang sempat aku bual dengan dia, sedar-sedar tarikh hari ni genap aku dengan dia ke 8 tahun..
tapi malangnya angka tu bukan indah yang aku harapkan..
" Awak.. saya nak mintak tolong nanti, bila saya dah sampai KLIA awak datang jemput saya ea?
Sorry saya dah lama tak contact awak, saya banyak masalah dan banyak part kene focus..."
"Macam mana awak dapat nombor saya ni? awak tau tak dah bertahun saya tunggu jawapan awak, even family awak pun tak jawab apa-apa soalan saya, awak tau tak saya pergi sana mencari awak bagai nak mampus, tetiba awak boleh muncul macam ni jer.." Aku sound tepat jer... geram sangat aku.. dah bertahun tetiba sekelumit saat dia boleh call aku... just like that!!
"Thats why i nak u datang Azlan.. semuanya akan terjawab nanti"
Aku kaget sebab dengar bunyi sebak dari sana....
"Ok... i datang nanti flight u macam u cakap dlm email hari ni kan?
i datang nanti" Aku kontrol balik nada marah aku... kene slowdown sket temper aku ni...
------------------------------------------------
5th July 2008 Kuala Lumpur International Airport
"Saya minta maaf dekat awak Azlan seba wat awak macam ni,
saya dah tertekan sangat bila keadaan memaksa saya buat keputusan macam ni..."
Aku nampak berkaca dari mata dia, sedangkan mata aku dah berkaca dari awal aku nampak dia, dah naik berombak dada aku ni bila nampak dia dari dalam tu lagi.. hhaaaiiihhhhh~ hela nafas panjang aku...
"Dah la, saya mintak halal makan minum saya serta ada salah silap termaki ke apa ke saya kat awak harap awak maafkan ea? Segala apa yang awak wat kat saya tu anggaplah takde apa yg terjadi, dan anggap yang awak tak pernah kenal saya k? biar habis kat sini sahaja kita"
Aku dah tak mampu nak bicara secara rasional dah time ni...
"Awak jaga anak awak elok-elok k? cantik macam mak dia"
Aku bercakap sebak dah time ni....
------------------------------------------------------------------------------------
Tup tap tup tap...
aku terfikir macam mana lah keadaan die skng kan?
last aku ternampak pun last week kat One Utama,
itu pun aku ternampak die dengan Hubby die, dah besar budak tu skng ni, dah ada adik pun
(sebab aku nampak die tolak kete bayi tu lerrr...)
Alhamdulillah Semoga Kamu Bahagia Hendaknya.. Amin...
Aku? heheh still macam ni, single singlet, cuma banyak bermain dengan rasa cinta
yang bila aku tepuk tapi tepuk aku macam tak bersambut..
redha jer lah lan... apa pun
Aku tetap kene teruskan hidup kan... aku nak buktikan
kepada 'Orang' yang suka cakap HATI-HATI bila dengan aku tu yang
aku bukan macam yg dorang sangka...
Tengok jerlah nanti, masa tu akan datang cuma kene sabar menanti jer..
lepas ni tau la macam mana dorang rasa seksa mengalami hidup macam
mana yang aku rasa....
Aku skng ni dah mula meminati lagu
kerispatih - bila rasa ku ini rasa mu
daaa....
OnePolar
Saturday, March 07, 2009
Flickr....
KERAS menjalani sesi pengurusan badan kot..
dari 4ptg jogging di Titiwangsa dan pukul 6 ptg sambung jogging lagi di Taman Metropolitan a.k.a Taman Layang Layang Kepong...
dan hasilnya hari ini badan aku agak FLAT... hahaahha
aku dok surf internet last2 aku terjumpa beberapa link yang agak dah lama aku tak bukak..
rupa-rupanya aku terlupa yang aku memiliki akaun Flickr...
(macam mana aku bleh terlupa ea?)
kesimpulannya banyak gambar yang agak nostalgia dalam tu..
huhuhu..
rindu plak mau aktif balik dalam bidang photographer ni...
ermm.. ptg ni aku nekad takmo gi jogging
tapi aku mau gi tangkap gambar... hahahha
tengah hati sendu rindu ni.. layan tangkap gambar sentimental best jugak ni..
Thursday, March 05, 2009
Tetiba aku jadi seorang PERINDU
hahahah.. terus terang aku nak cakap
aku hari ni jadi seorang perindu..
aku rindu sangat2..
jiwa pun halus tetiba hari ni..
nak je aku touching tapi aku pikir balik tak guna nak touching sebab
apa yang aku rasa ni takde kene mengena dengan touching..
heheheh..
so berbekalkan laptop mekti..
aku terus cek apa yang patut untuk lepaskan kerinduan aku kat ....
ps: Aku rindu jugak kat kawan2 aku yg bertungkus lumus dalam operasi mencari dan menyelamat Hasan Ayat yang hampir hari ke 19 beliau hilang di pergununggan Yong Yap...
Doakan beliau selamat dan dijumpai semula..
Wednesday, February 25, 2009
Arrgghhh...
kat aku.. huhuh malang sungguh
Rumah aku dimasuki beliau yang tidak bertanggung jawab..
kesan dan akibatnya... yee Laptop kesayangan aku telah dirembat
barang-barang kesayangan aku diantaranya
Laptop Samsung X06, Kasut HiTec, Kasut sukan NAVY, Handphone Nokia 1100, dan beberapa barang yang tak buleh aku nak citer kat sini...
huhuhu, kepala aku dah mula pusing mana ketidaknya..
macam mana aku nak teruskan JOB part time aku tangkap gambor wedding?
nak tak nak terpaksa aku mengupah orang untuk kerja kerja editing...
huhuhu.. bila dipikirkan balik
benda dah nak jadi, maka aku redha...
mungkin orang tu takde duit nak beli menatang tu..
atau mungkin orang tu teringin nak pinjam tapi malu kot..
huhuhu.. aku redha mungkin ni ujian KECIK sangat2 Allah turunkan kat
aku... so aku pun hanya mmpu tersenyum kelat..
tu pun nasib baik SLR aku tak dirembat sekali...
moral of the story.. kene redha kalau sumting berlaku...
ps: minta maaf kepada semua sebab aku tak dapat nak update Facebook, Multiply, Friendster mahupun Blog aku ni...
Sunday, February 15, 2009
Valentines Day
Valentines day kan?
huhuh apa yg menarik?
bagi aku pada tahun tahun yg lepas NOTHING..
but now... this year, secara bangang
aku follow menatang ni...
aku bukan follow ala BARAT ok.. sekadar folo untuk memperingati
kekasih jer
time ni lepas Maghrib aku kuar mencari
Sekuntum bunga.. hahahh dapat arr jugak
sekuntum itu pun selepas aku pujuk kedai bunga tu jgn tutup...
senario pada hari ni biasa jer..
memula mau ajak DIA makan di Kunang-Kunang restoran..
pegi jer yarabbiii ramai gile
maka destinasi dilencongkan ke
Calipto Tmn Melati.. makan ala-ala kadar..
tapi Alhamdulillah... kenyang jugak
apa pun malam Valentines nie
lepas aku gedik2 kuar melepak
pulak dengan beliau beliau dari Chop Chop selayang
terus ke manjalara..
kesan dan akibatnya?
tuuu aku balik rumah pukul 645 pagi...
lepak tak hengat punya.. by the way
apsal arr ati aku munga munga nih??
isshhh.... bahaya ni...
Monday, February 09, 2009
Aku rindu padanya..
letih seluruh badan..
mana tidaknya, balik dari Gunung Besar Hantu,
aku diserang demam pulak.. apalah malang nasib aku..
tapi bila difikirkan balik, macam ada chemistry jer
aku dan DIA... demam aku maka demam arr die..
nyyeehhh.. kebetulan jer tu.. kui kui kui
apa pun, ari ni aku lemau mau gi kerje..
Hidup kene terus kan?
so kamon POLAR u can doit...!!
Apa yg penting? KERJESAMA <-- ayat ni aku dah terjebak.. hahah
Wednesday, February 04, 2009
Epy Besday for me
Masa berdetik
Bumi berputar macam biasa
aku hermm.....
dah menjangkau 25 tahun...
kesimpulannya.. Aku sambut seorang diri
macam biasa...
Happy Bithdays Azlan..
epy besday polar..
epy besday to me...
Monday, February 02, 2009
Dinner@Birthdays Norm Celebration
Birthday norm, kali ni dinner di Bar Savanh IndoChine
at Mont Kiara... tempat agak menarik dan romantikus... hahah
ala-ala aquarium bak kata Cik Norm...
Dinner bermula kul 0830 mlm dan akibat cik Norm ni lambat sampai
dan aku selaku driver die pada mlm tu <-- gile lembab aku drive, tak biasa drive v6 hahahah maka dinner bermula pada pukul 0930mlm.. huhuh apa pun dinner tetap menarik dan aku enjoy... Happy Birthday Cik Norm... simpan hadiah kite elok2 tau huhuhu.. dont Notty-notty...
Makan yeeaaa..
What are u looking at?
Makan dengan sopan...
Ala ala diva u mlm tu dear kan...
antara mereka yang hadir
lepas makan yang kecil2 terus ke hidangan main plak..
ko tengok apa Za... hahahah
Candle light lagi tu... auuuwwww
Norm amat teruja malam ni...
Boy Band... hahahah
Member Norm
Special Gift from Chef Bar Savanh IndoChine... <-- kelihatan aku sedang nak mengambil kek itu dari Norm
Happy Besdayyyy...
Tiupp lilinnnn...
Member-member Norm yang datang <-- thanks u all (wakil Norm)
Hah makan kau...
Gurls...
Boys...
Aicehh.. senyum sampai anak tlinge u mlm tu ea dear... huhuhu
Jom Balikkkk...
Dari PutraJaya Ke The Pavillion...
selang seharinya aku bergedik-gedik ke PutraJaya
kononnya mau tangkap gambar kat sana.. bila dah sampai
mood dah hilang dan ini jer yang aku dapat tangkap..
lepas tu lepak kat Secret Recipe PutraJaya dengan Norm..
hua hua hua..
Masjid dikala pagi
Teka time ni kul bape?
Yeaa.. brekpes time
Darling makan~ huhuhuh
Kedai yang menarik design die..
Bukan men seronok memilih kasut..
takmo beli kasut tetibe cik Norm nampak benda yang menarik..
Yeeaayy.. Bobbi Brown Studio..
i Like.... heeeeeeeeee
Sebelum Beli kene tanya dulu
Muke seronok arr tu..
Semua dibeleknye
Yeeaa!! dah beli... ekekeke
Pendek kata best beb jejalan time orang tengah keje..
hahahah.. next time bleh repeat balik.....
XPDC Cemerong...
buat kali ke dua dalam tahun 2009 aku
update blog aku ni, sorry le masa tak mengizinkan
agak sibuk dengan hal hal personal dan un personal.. ekekeke
dan dengan bangga aku opening blog aku
dgn xtvt outdoor aku.. trip santai ke air terjun langsir+gunung berembun+air terjun cemerong.. <-- Trip santai le sgt!! so ini jer yang dapat aku tunjukkan kepada korang semua... check it!!
Welcome to Cemerong..
Mandi di puncak Langsir.. <-- kelihatan kabus yang tebal menunjukkan aku berkulit badak yang tak takut sejuk..
Sungai di Kem Balak
Wajah Cute lagi chomel.. kekkek i like....
Monday, January 12, 2009
Me, My Friends and Sweet Memories..
bersama kawan-kawan satu alam pendidikan dikala kechil dan rumaja..
Tika saat ini, Fadhil telah selamat melangsungkan perkahwinan
bersama Gadis Pilihan nya.. Alhamdulillah hati kecil aku
memanjatkan kesyukuran diatas pertambahan ikatan SUCI dimuka
bumi ini...
Bila AKU tenung dalam-dalam gambar ini,
serebrum aku mula berfungsi dan tika itu
segala saraf2 dalam OTAK aku mulai
memikirkan bagaimana
AKU pada tahun ini yakni 2009?
AKU kekal macam ni?
AKU tetap AKU?
atau AKU bukan AKU?
Sebatang rokok aku sedut dalam-dalam dan hembus
keruang udara SUCI..
ermmm... entah lah..
pandang langit
nampak bintang
selagi ada nyawa AKU tetap AKU...
Selamat Pengantin Baru Fadhil...
Thursday, January 01, 2009
Kedatangan ~
pejam celik pejam celik iris aku pagi ni
Ahhhh~ dah tahun baru rupanya... tapi Nyawa, badan aku still sama...
Alhamdulillah.. Syukur kepada Nya kerana 'Pinjamkan' semua ini kepada aku..
Huh! awal mentari terbit ni medula oblongata dan serebrum otak aku
dah mula memikirkan apa yg ada pada masa yg mendatang...
Kebahagiaan? Kekayaan? Terkenal?
huhu~ ntah la, aku masih mencari apa yg mampu diri aku lalui..
masih mencari jalan yg mebawa aku ke jalan yg SATU..
Aku still 'AKU'
